Memelihara Muka

Salam malam yang basah dari gua, gua harap malam-malam lu kering dan selesa di sana. Tak lupa jugak kepada para perajurit negara di medan sana.

Apakena tetiba gua nak bercakap fasal pelihara muka? Bukanke lagi baik kalau cakap fasal pelihara alam sekitar ataupun pelihara haiwan domestik? Pelis jangan nak politikkan isu gua malamni, kang ada jugak yang kena tibai. Hekhek.

Ingin gua tegaskan di sini yang bahawasanya menjaga kucing itu sesungguhnya lagi mudah dari jaga muka, sumpah. Hilangkan parut jerawat misalnya, mengambik masa berminggu-minggu bahkan boleh mececah ke satu purnama untuk hilang. Tapi tumbuhnya jerawat itu, hanya perlukan masa setengah hari saja, tsk.

Hoi, gua tahulah gua tak seayu atau selembut gegadis lain tapi sapa tamau muka nampak segerrr kan? Segerr lah sangat, ngaku jelah nak nampak chantek. Hiks.

dah macam dr rozmey gaya posingnya


Dipendekkan cerita yang sememangya dah sedia kontot, gua pun mencubalah beberapa cara tradisi. Maapla gua bukan gila sampai nak beli produk ratus-ratus ringgit. Cukuplah berabis dua tiga hengget je, hiks (nak cun tapi dekut)

Eksheli petua-petua ni dah sedia terpahat di sanubari. Dulu time sekolah menengah gua rajin praktikkan. Maklumla, takda menda nak buat selain setadi. Time tu laman sosial sekadar Friendster, itu pun belum  hot lagi aktibiti bersosialnnya. Plan internet pun bulum meluas lagi macam sekarang, serendah seringgit sehari, maka rumah gua memang takde internet sebab time tu internet bukan satu keperluan.

Dah takde koje, dari gua duduk saja korek hidung, baik gua amalkan petua katanya. Baru-baru akhil baligh katakan, jerawat memanglah harum subur di hati. Mujarab jugak petuanya, kalo rajinlah oke, rajin. rajin itu keywordnya. Tapi untuk cantikkan kulit jelah, tak berupaya nak tukar hidung penyek jadi mancung jadi jangan nak expect lu jadi comel macam kak ton setelah muncoba. kehkeh.

Ini semua dah sedia maklum, tomato. Nak comel macam kak ton makanlah, tenyehlah tomato ke muka, kahkah! Memanglah messy gila pakai masker buat sediri ni tapi, no pain no gain lah weh, tahan jelah kejap, kata nak lawa. Lu pegi suntik botox pun sakit jugak, tak caya tanya kak neeeeeta. err.

Masalah timbul bila pakai masker tomato ni, gua rasa nak jilat-jilat muka seniri macam yang kucing selalu buat. Slurrrpp slurrpp. 


Dan dan dan gua jugak bosan tengok muka panda kat dalam cermin tetiap hari. Sekali sekala nak jugak tengok muka comel kan kan kan. Ok, mak gua dulu suka benar suruh gua masak asam pedas sayur timun (dem, kecur liur tetiba). Stok timun tak penah putus dari peti sejuk. So apalagi mula la buat keja lain selain dari masak, kehkeh. Mula la berangan kekunun tengah berehat di spa layaknya.

Selain dari timun, gua jugak guna uncang teh yang dah diguna, tapi pedih woi mata gua kena sisa air teh, jimbai. Karang mata dah tak panda, buta pulak jadinya. Pepandai lu lah nak buat cemana. Jaman sekarang sonang, tenyeh je roll-on Garnier, tapi haram takda efek pun, mati-mati gua ditipu fasha sandha, jimbai lagi sekali :3


Ini setail paling remeh, paling tak selesa, paling paling, ergh! Hahah taktau mana gua ceduk petua ni tapi lagi berhasil rasanya berbanding garnier lisa surihanis, kihkih. Lumurkan aja muka lu itu dengan asam jawa, dah serupa ikan pulak gua rasa, lumur kasi hilang hanyer. Kan semua produk kecantikan gua dedulu datangya dari ceruk dapur je. Perempuan. Dapur. Tanampak lagi ayu gua di situ? Hm hm.

Demikianlah ramuan rejim penjagaan muka gua time gua belajar dulu, sekarang dah keje, dah ada fesbuk, tuiter, insta, blog bagai, masihkah ada masa untuk muka? Ngehngeh. Sekarang makin malas, semua berharabppada tiub sang produk kecantikan. Tah pape je depa taruh dalam tu kan, kita pulak tepek ke muka, hm hm.


Daaaaan, memandangkan gua dan malas itu ibarat aur dengan tebing, heh hehhh.. nasiblah kau muka, dapat tuan begini. Sehangat-hangat tahi ayam, lama kelamaan sejuk juga. Begitulah jugak dengan semangat penjagaan wajah gua, datang semangatnya tak boleh dihalang, berapi-api, tiba datang malass, bagai air yang mencurah ke api itu, mati.

Sebenarnya gua perati dari tadi lagi, lu perasan sesuatu tak? sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita mungkin? Ada perasan? Ceh, doodle gua dah ada DUA bijik mata lah, buat julung-julung kalinya. Muhun sebarkan bunga api barang setitik dua bagi meraikannya, kehkeh.


yang sedang lemas dalam aloevera,
Zyraroxx

33 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. tbaik dri ladang rmput sgar!! hoho!! yg mnarik clip rmbut carrot xleh blah tue.. hahaha

    ReplyDelete
  2. ini memang rare. ekekeke *potong2 timun tepek kat mata*

    ReplyDelete
  3. nak mata cantik perah limau kasturi dalam mata.. ahahah howliow woooooooooo

    ReplyDelete
  4. @Fakhrurubaru nak ckp pasal tuuu haha. da jgk y perasan... :3

    ReplyDelete
  5. timun tuu, hiris untuk boh muka, hiris bagi lebih sikit nk bawak masuk mulut. hehe :3

    ReplyDelete
  6. comel comel doodle dah ada dua mata. betul betul. semangat menjaga muka itu mmg hangat hangat tahi ayam lepas tu sejuk!!

    ReplyDelete
  7. hahaha.. ye..ye semangat.. akhirnya.. hampeh... :P

    ReplyDelete
  8. khusyuk bce entri ni wlaupun merepek..
    mcm2 petua eh..
    ahaha

    ReplyDelete
  9. wahh!comel la blog nie! doodle die pun comel! huhuhu...

    buat doodle susah tak? gune ape eh? :D

    ReplyDelete
  10. smbil2 potong timun nak makn..bole letak kat mata terus..jimat masa..hehe

    ReplyDelete
  11. dewasa ni kalau aku nk amalkan petua yg ko bg mmg jauh panggang dari api la..dasar pemalas mcm aku pergi beli jer mask kat watsoon..haha abis rajin aku tempek bedak sejuk..bapak pemalas kan?=.=

    ReplyDelete
  12. aku rasa pelik bila aku boleh baca dari awal hingga akhir entry ni,, hahaha,,,

    ReplyDelete
  13. tahniah dah menghasilkan dua biji mata..tu la pasal kan.perihal menjaga muka ni amatlah payah..kdg2 hangat hangat tahi ayam gitu..nasib xde petua letak tahi ayam..err

    ReplyDelete
  14. blogwalking n follow n baca entry~ n tambah satu petua jaga muka...cuci muka ngan air ais...memang bagusssss

    ReplyDelete
  15. hahahaha suka baca entry lu, dulu jadi silent reader je.. 1st time drop komen.. hehe keep'in rocxxxxss!! ok.. hahaha

    ReplyDelete
  16. mohon hadiahkan doodle cute mcm wa 1...hihihi

    ReplyDelete
  17. aku letak timun dkt mata tak sampai seminit pun... rimas..haha..

    ReplyDelete
  18. gua letak cili kat muka.. untuk muka yang nak nampak putih kemerah merahan.. try lah gua yakin lagi konpiden. Bukan lu je malas bang gua lagi 1000x malas. haih ape nak jadi lah kan.

    ReplyDelete
  19. lepas tempek terus ler mkn timun tu....he3

    ReplyDelete
  20. hehehhhhehe letak timon dan terus makan timun tu ..comellah gambar doodle tu

    ReplyDelete
  21. tempek bedak sejuk je zyraa.. haha.. timun tu kasi tempek bebanyak sikit..hehe.. >_<

    ReplyDelete
  22. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  23. cik empunya blog,akk gune ape nk buat doodle yg cute tu??cer share.. :)

    ReplyDelete
  24. Sedang bayangkan akak menulis blog sambil muka dilumur aloevera. :P

    ReplyDelete
  25. Takpe, kak Zyra. Walau macam mana pun rupa kak Zyra, Shawn tetap sayang. Kihkih! Femes betul kak Ton sekarang, merata tempat orang bercerita pasal dia. :DD

    ReplyDelete
  26. usaha tangga kejayaan yo jangan lupa :D

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape