Turquoise Tortoise

Agak ada terbelit tak lidah bila baca Title di Atas? 

Baguslah untuk kesihatan lidah, lidah juga kepingin senaman selain jadi tukang rasa untuk lu, kofkof. Malam ni gua mencatatkan sejarah baru bila hapdet pakai tab. Makin tua dah laptop gua, harus di bawak pergi ke rumah orang-orang tua, sobs.

Arghh tensennya nak menaip, grrrr. Gua tabahkan diri jugak jugak ni demi lu, muahhh sikit.

Kisahnya begini, abang gua yang bongsu bakal tammatkan zaman bujang tak lama lagi. planning punya planning, terpacul dari mulutnya untuk menggunakan warna turquoise sebagai warna tema cekonon.

Humang aih, warna teqois? Sumpah, warna-warna asas pun gua tak pernah dengar dia sebut, tetiba sebut warna yang bukan-bukan. Dasat penangan bakal kakak ipar gua, kufkuf.

Dan dan dan ini satu penyiksaan bagi gua untuk cari baju yang sesuai. Dah berkenan, takda pulak kaler pilihan abang gua tu. Nak lagi best, gua pulak tercalon dalam kategori buat tempat makan pengantin, haaaaa mula la gua pening mendesign. Gelabahnya lain macam. Tu belum majlis sendiri lagi tu, ufufufu.

Ahem, berbalik pada warna yang menyiksa jiwaraga gua tadi, tekois. Gua kira warna tu boleh diibaratkan warna dua alam, nak kata hijau tak hijau, biru tak biru. Macam maknyah dan pengkid nak kata jantan tak jantan, tino tak tino.

Gua tak pasti kenapa warna ni terpilih sebagai warna 2013 (menurut laporan abang gua, dah sejak bila pulak dia jadi fashionista gua pun kurang arif). Dan gua jugak tak pay attention sangat time kelas seni dulu untuk mengetahui campuran warna apa yang membentuk warna tekois ni.



Bila sebut je tekois, gua otomatik terbayang tortoise (penyu/kura).  Dan dan teringat akan peristiwa gua mancing puluhan tahun nan silam. 

Biasa mancing ikan di bendang, tapi alih-alih haritu tuka port ke kolam terbiar depan rumah makcik Besah. Tunggu punya tunggu, serasa mata kail gua disambar sesuatu, tali kail lurus cekang. Dalam hati dah seronok kemain ingat dapat bapak haruan.

Dengan penuh berhemah gua sentak joran hanya untuk mendapati kura-kura sebesar pring dihujung kail, cisss. Cemano nak buang beliau dari joran ni. Tanpa sebarang opsyen (gua geli dengan amfibia) lalu gua pun balik.

Di pertengahan jalan gua jumpak kawan-kawan dan sepupu laki gua. Saited kemain depa nampak kura tu yang pura-pura inesen. Apalagi, joran di tangan gua terus disambar, dan kura tu diperlakukan tanpa belas. Tak sanggup nak cerita kat sini, 18SG sangat.

Usah khuatir, kura tu akhirnya bosan dan melepaskan kail lalu seslow masuk dalam parit. Happy ending kan? Argh, gua rasa gua dah tersalah beli baju, ah gasaklah baru lain dari yang lain. Hik.

Apake tak relevan lansung entri gua ni, kawen dengan kura. Isu yang berbeda kot, takda keseinambungan katanya. Ah pedulik hapa, publishhh. Yeyy.


Ghindu gua taaaakk?

20 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. hohoho .~
    kaler tuh palig popular ..
    tapi kura2x tuh cam sian sgt terkail eak ..
    ihih

    ReplyDelete
  2. guna app apa nak lukis camni? smooth je... hihi..

    ReplyDelete
  3. hahaha.gua teka nanti tema lu kaler mcm kura2 lah pulak :P

    ReplyDelete
  4. baby blue + pink = perempuan melayu terayu sedunia,, kau tahu tak aku rindu separuh pengsan,, update harus hari2.. ini arahan. :P

    ReplyDelete
  5. hahahah comel je tekoise tortis. awak kita ada bela kura-kura. besar gila sekarang. asal duit 50 sen je!

    ReplyDelete
  6. colour 2013 .
    ahakz .. awat tortise tu comey sgt

    ReplyDelete
  7. oh tortoise yg pling femes skunk ni...mnakala turquoise plak binatang 2 alam..eh gua pun confius..-_-

    ReplyDelete
  8. kaler yang makin orang pilih sekarang ni kan..pengantin lebih berseri woo..heh..mmg xde kaitan kekura ngan kawen..kalau sebut2 lelaju dua dua mungkin sama :p

    ReplyDelete
  9. memang ramai pilih turquoise skrg sebab wane dia cantik :)

    kak jira plak bila nak kaweng dgn abam shong?

    ReplyDelete
  10. haha warna ni mmg susah na cari baju. limited kot haha

    ReplyDelete
  11. kaler fav adik mas.suka sangat warna tuh tapi susah dia nak sebut.terbelit2.hihihi

    ReplyDelete
  12. saya tau biru muda dgn biru laut je. biru tueruertuoisseq tu bahasa kedah ke cemana :p

    ReplyDelete
  13. apa kata pakai je costum tortoise,...kekeke

    ReplyDelete
  14. gua xkenan warna tutuis ni sgt...halooo warna 2013 emerald la... ahhah gua boleh jd perunding neh

    ReplyDelete
  15. hahaha..gua suka kaler tekuis :)

    ReplyDelete
  16. eh mmg cantikpe tekois tu. sape yg aura dia hijua mmg sesuai sgt ler :)

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape