Jenis Kad Raya Yang Menerujakan

Gua teka sekarang ni encik abang kakak kat pejabat-pejabat pos seantero Malaya pasti tengah sibuk nguruskan pos yang luarbiasa banyaknya - Kad Raya!

Walau zaman dah canggih manggis, ada e-card, MMS bagai, kad raya dari encik posmen jugak yang jadik idaman. Seronok bukan main bila tengok alamat sampul tertera nama sendiri. Lazimnya dari sampul pun dah tau itu kad raya dan bukannya surat hutang.

Untuk menyemarakkan semangat lu orang nak berkirim kad raya (motifnya supaya lu orang tak lupa kirim kad ke gua, ngeh), gua nak senaraikan jenis kad-kad raya yang pasti menerujakan si penerimanya. Ini berdasarkan pengalaman lah, ala-ala kisah benar gitu. Gua puasa ni, mana ada nipu, ceh.

1) Kad raya buatan sendirian berhad


Ini kalau dapat memang meleleh hingus gua. Sememangya menda-menda yang dibuat sendiri ni akan rasa lebih deep dia punya feeling. Setiap dekorasi, setiap bilah kertas yang dipotong, setiap kerawang yang dilukis dibuat dengan penuh kasih sayang (kemahen ayat). Bila sentuh kad tu terasa si pengirim dekat betul dengan si penerima, auchh :')

2) Kad raya bermusikal



Ini kalau dapat, tapi tak teruja jugak lu memang takda hati, perasaan dan napsu. Menggeletis woi bila dapat kad raya sebegini, meriah sikit nak baca. Tenenet nenet net nenenenetenettt. Tapi kalau bermusik tapi isi tulisan kat dalam mintak hutang agak kurang teruja juga lah, kahkah! Masa kekecik dulu gua suka sangat buka kad muzik sampai abang gua potong wayarnya. Zionis betol T_T

3) Kad raya sebesar akhbar Metro Ahad

boleh dibuat selimut di musim tengkujuh


Bila nengok kad jenis ini di kedai waktu pestime diterbitkan dulu, gua terpikir jugak - Mahukah dan mampukah hincik posmen membawa kad sebesar ini? Tapi bila pernah sekali dapat kad sebegini dari sorang kawan yang sengal, ok hilang rasa skeptikal, gua tabik springggg sama lu abang posmen! (dan dan abang pulak). Tetiba terimagine, cemana kalau semorang anta kad raya gajah ni, mau pancit tayar moto posmen.

4) Kad raya pelbagai guna

kekunun bulih jadik penanda aras buku =..=


Sekarang ni kad raya bukan saja dilipat dua atau empat, malah divariasikan dalam pelbagai bentuk. Baguslahkan, tidaklah dibuang aje kad tu (gua suka simpan & gantung kad raya, kalau kuantiti banyaklah, sobs). Ada kad yang boleh dibuat frame gambar, penanda buku, dan diletak atas meja. kretip kretip. Tapi ada jugak terlebih kretip sampai tak tau mana punca nak buka kad, ufufufu.

5) Kad raya berisi duit raya

bapak besar pula gambar kalau datang bab duit ye, erm hm.

Damdamdum, ini gua kira kad raya yang paling menerujakan amat. Kad rayanya biasa je tapi bila bukak ada pulak not merah atau hijau yang terselit! Eksaitednya sampai boleh lupa nak baca kad. Huh, matawang sungguh. Kalau tak mampu selit banyak selit singgit pun jadilah. Jangan selit duit syiling, nanti berat timbangan, kihkih.

Demikian saja kad-kad raya yang gua kira cukup mempesonakan. Eksheli, kad raya macamana pun gua yakin si penerima akan tetap eksaited menerimanya. Nak lagi best kalau gabung semua sekali: Kad raya besar gajah bermusikal buatan sendiri berisi duit dan boleh dijadikan pelapik hidangan hariraya, keless.

Dah dah, gua nak pi nunggu sebelah petisurat ni.


Sapa yang tak suka kad raya? Hek eleh sangat.

Hakim Tanpa Tauliah

Salam,

Sebelum berlaku perselisihan faham dengan mereka mereka yang bernama Abdul Hakim, Muhammad Hakim, Norman Hakim, dan yang bernama sama waktu dengan Hakim, suka gua memeperjelaskan di sini bahawasanya hakim yang dimaksudkan adalah hakim, ya hakimmm? haish kena cakap omputih kejak, jugde yaaa itu dia judge.

Ala-ala pepatah "don't judge a book by it's cover" gittew.

Dah kenapa tetiba nak bercakap soal kehakiman pulak? Nak jadi peguam ke? Gua bukan nak memprsoalkan keadilan, jauh sekali sistem perundangan negara tetapi gua nak cakap fasal hakim-hakim yang tak bertamadun bertauliah di luar sana tu ha.


Comel tak setail rambut gua?


Gua berani aci potong kuku, lu mesti pernah rasa tak adil kan bila orang judge lu memacam? Gua peratikan sekarang ni, gejala menghakimi orang tanpa usul periksa ni makin meluas. Dasyat betul judge orang, tak kasi chance orang tu bela diri apatah lagi melantik peguambela, terusss jatuhkan hukuman, zalim zalim.



Selamat berpuasa. Hari-hari tunggu tepi peti surat. ehem.
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape