Jenis Kad Raya Yang Menerujakan

Gua teka sekarang ni encik abang kakak kat pejabat-pejabat pos seantero Malaya pasti tengah sibuk nguruskan pos yang luarbiasa banyaknya - Kad Raya!

Walau zaman dah canggih manggis, ada e-card, MMS bagai, kad raya dari encik posmen jugak yang jadik idaman. Seronok bukan main bila tengok alamat sampul tertera nama sendiri. Lazimnya dari sampul pun dah tau itu kad raya dan bukannya surat hutang.

Untuk menyemarakkan semangat lu orang nak berkirim kad raya (motifnya supaya lu orang tak lupa kirim kad ke gua, ngeh), gua nak senaraikan jenis kad-kad raya yang pasti menerujakan si penerimanya. Ini berdasarkan pengalaman lah, ala-ala kisah benar gitu. Gua puasa ni, mana ada nipu, ceh.

1) Kad raya buatan sendirian berhad


Ini kalau dapat memang meleleh hingus gua. Sememangya menda-menda yang dibuat sendiri ni akan rasa lebih deep dia punya feeling. Setiap dekorasi, setiap bilah kertas yang dipotong, setiap kerawang yang dilukis dibuat dengan penuh kasih sayang (kemahen ayat). Bila sentuh kad tu terasa si pengirim dekat betul dengan si penerima, auchh :')

2) Kad raya bermusikal



Ini kalau dapat, tapi tak teruja jugak lu memang takda hati, perasaan dan napsu. Menggeletis woi bila dapat kad raya sebegini, meriah sikit nak baca. Tenenet nenet net nenenenetenettt. Tapi kalau bermusik tapi isi tulisan kat dalam mintak hutang agak kurang teruja juga lah, kahkah! Masa kekecik dulu gua suka sangat buka kad muzik sampai abang gua potong wayarnya. Zionis betol T_T

3) Kad raya sebesar akhbar Metro Ahad

boleh dibuat selimut di musim tengkujuh


Bila nengok kad jenis ini di kedai waktu pestime diterbitkan dulu, gua terpikir jugak - Mahukah dan mampukah hincik posmen membawa kad sebesar ini? Tapi bila pernah sekali dapat kad sebegini dari sorang kawan yang sengal, ok hilang rasa skeptikal, gua tabik springggg sama lu abang posmen! (dan dan abang pulak). Tetiba terimagine, cemana kalau semorang anta kad raya gajah ni, mau pancit tayar moto posmen.

4) Kad raya pelbagai guna

kekunun bulih jadik penanda aras buku =..=


Sekarang ni kad raya bukan saja dilipat dua atau empat, malah divariasikan dalam pelbagai bentuk. Baguslahkan, tidaklah dibuang aje kad tu (gua suka simpan & gantung kad raya, kalau kuantiti banyaklah, sobs). Ada kad yang boleh dibuat frame gambar, penanda buku, dan diletak atas meja. kretip kretip. Tapi ada jugak terlebih kretip sampai tak tau mana punca nak buka kad, ufufufu.

5) Kad raya berisi duit raya

bapak besar pula gambar kalau datang bab duit ye, erm hm.

Damdamdum, ini gua kira kad raya yang paling menerujakan amat. Kad rayanya biasa je tapi bila bukak ada pulak not merah atau hijau yang terselit! Eksaitednya sampai boleh lupa nak baca kad. Huh, matawang sungguh. Kalau tak mampu selit banyak selit singgit pun jadilah. Jangan selit duit syiling, nanti berat timbangan, kihkih.

Demikian saja kad-kad raya yang gua kira cukup mempesonakan. Eksheli, kad raya macamana pun gua yakin si penerima akan tetap eksaited menerimanya. Nak lagi best kalau gabung semua sekali: Kad raya besar gajah bermusikal buatan sendiri berisi duit dan boleh dijadikan pelapik hidangan hariraya, keless.

Dah dah, gua nak pi nunggu sebelah petisurat ni.


Sapa yang tak suka kad raya? Hek eleh sangat.

40 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Tengah menginginkan kad raya huksss!

    ReplyDelete
  2. Bestnye kalau dapat kad raya yang ada kartun comel2 macam gini. :)

    ReplyDelete
  3. izz: serupa lah kita T_T

    nuha: memang best, akan diusahakan, ewah

    ReplyDelete
  4. haha serupa lah kita. tapi sekarang dah jarang dapat kad raya tsk tsk :(

    ReplyDelete
  5. haha serupa lah kita. tapi sekarang dah jarang dapat kad raya tsk tsk :(

    ReplyDelete
  6. @sis92 org makin sibuk, setem makin mahai, tsk

    ReplyDelete
  7. yeah !! sesungguhnya kad rya abg posmen jgak menjadi pujaan hati ^^ ngehngeh :p

    ReplyDelete
  8. setiap tahun akan kirim kad raya kat kawan-kawan, tapi beli dah siap jelah :P

    ReplyDelete
  9. Bila nak buat GA kad raya? Gua tunggu. Depan pintu rumah, hahaha

    ReplyDelete
  10. aku tak kisah kad raya bentuk apa pun akan aku terima ngan ati terbuka :)

    ReplyDelete
  11. dlu slalu men kad rayer...smenjak mcm2 teknologi skrg, kad rayer dh dilupakan..tp kad rayer g best

    ReplyDelete
  12. cek jenis tak main kad raya,, tapi kalau dapat sekeping memg rasa nk jerit satu dunia,, hehe

    ReplyDelete
  13. aku harap aku dpt kad raya dari hg tahun ni... ;p

    ReplyDelete
  14. hampeh betul, gua mintak gua yg kena bagi. sayang ampa! :D

    ReplyDelete
  15. nak kad rayaaaaaaaa! dah lama tak dapat. hm. asyik dpt msj raya je =(

    ReplyDelete
  16. Mohon pm alamat ang kalo nak kad raya dr wa..kih2

    ReplyDelete
  17. kad raya sebesar peti ais ada tak?? hahaha

    ReplyDelete
  18. gua dr 1st pose tgu sebelah peti surat harem xsampei2 hhuhuhu
    slmt hari raya in advande xyraroxxuhh

    ReplyDelete
  19. Fuhhhhh , aku xde kad raya daun pandan lagi.. klu nak gempak , tatuk daun nenas je,, kasi manisss je kad tuh,, ekekekeke

    ReplyDelete
  20. kad raya ada duit tuh paling best hihihi

    ReplyDelete
  21. Zaman kecik2 dulu taksub sangat dengan kad raya bermuzik.. Duk buka tutup buka tutup sampai abis bateri.. Bacanya idak jugak.. Duk ralit dengar lagu jer.. Kengkunun muzik box, langsung letak sebelah tilam wat tidur.. Kohkohkoh..!

    ReplyDelete
  22. kad raya tetap legend..

    ReplyDelete
  23. hehe..kad raya besar newspaper..terbaek...

    ReplyDelete
  24. bb nak kad raya yg bawah sekali bleh?

    ReplyDelete
  25. nak kad besau surat kabor metro tuh!

    ReplyDelete
  26. suka yg berisi duit raya tuuu. kikiki :D

    ReplyDelete
  27. Pyka pnah dapt kad raya . Siap skali dengan duit . Tapi yg kasi tuh member2 jgk . Dia letak duit shiling 5sen je . Kuang2 :p

    ReplyDelete
  28. mmg best laaa, kad raya yg last tu patut di nobatkan no.1..huhui

    ReplyDelete
  29. kad raya berisi duit aku suka..haha klu belh letak byk sikit nilai matawang tu...hukhuk:P

    ReplyDelete
  30. ahaks!..bapak lawak baca entri lu bro..siyeh memang mengamit kenangan silam bila baca kisah kad raya..:) ble dpt kad raya ada bunyik2 gila jakung nk dengar..sangap berebut dgn adik..ahahh..btw aq pollow sini juga..nk baca blo nie..hiih

    ReplyDelete
  31. kalau dapat kad raya berisi duit raya tu paling best. hahah

    ReplyDelete
  32. wa xmau kad, wa mau duit raya boleh dakk? hehehe,

    ReplyDelete
  33. untunglah la kad raya ada duit raya huhuhu kalau la ada org bagi kn :D

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape