Gua memang suka perasan. Perasan comel, perasan rockstar, perasan pandai, dsb.
Tapi harini gua perasan satu maciam. Gua perasan buncit. Ops. Badan kurus perut buncit, hoi something wrong somewhere, rasa agak loser di situ.
Tapi harini gua perasan satu maciam. Gua perasan buncit. Ops. Badan kurus perut buncit, hoi something wrong somewhere, rasa agak loser di situ.
Pfft, dah macam budak afrika yang kurang zat, kurus dan buncit. Mengapa dan kenapa fenomena ini berlaku? Kalau budak aprika yelah, dah sedia maklum akibat kekurangan zat dan mungkin jugak pelbagai jenis keturunan cacing bersarang dalam perut depa, tapi kalau di Malaysia ni, sebab apa? Teruskan membaca (ceh rasa macam pengacara nona pulak)
Sebelum gua pergi lagi jauh, jom kita cek dulu buncit ke tak. Kalau tak buncit takyah lah nak over-reacting, kahkah. Kalau keputusan menunjukkan lu buncit, gua tumpang bersimpati, tsk tsk. Kalau laki buncit itu seksi (konon) kalau perempuan? Hmmm agak jatuh saham di bursa attractiveness -_-
Nah, berikut cara paling saintifik untuk memastikan samaada lu ni ada masalah kebuncitan perut atau tak. Tolong jangan tahan napas sewaktu buat okey, gua lempang lelaju karang. Cara yang digunakan adalah dengan mengira Waist Hip Ratio (WHR) atau nisbah ukuran pinggang kepada bontot (matematik habis).
Dann, jejejenggg sekiranya ukuran WHR lu melebihi 0.85 (Gegirl) dan 0.95 (Boboy), gua ada berita buruk... ini bermakna perut lu buncit! (selamatlah gua cuma 0.7375. Tapi dah hampir-hampir tu, sobs)
Kepada yang buncit, takyah feeling down sangat. Kalau gua buncit pun gua tak salahkan perut sebab gua memang kuat makan dan tido, kufkuf. Pada yang tak kuat makan tapi still buncit tu, apahallll?? Kadang gua rasa semua zat makanan disedut oleh perut tanpa beri peluang bahagian lain membesaq :3
Sebenarnya begini:
#1 - Kurang ayaq putih
Minum air kena banyak. Gua rasa dah berbuih mulut pakar-pakar kesihatan suruh manusia minum air banyak-banyak. Paling kurang pun 7 8 9 gelas sehari. Takat ni gua hanya berjaya meminum 2.5 liter sehari. Letih woi nak ke tandas. Tapi bila lu dah biasa minum banyak, kekerapan ke tandas makin kurang, mungkin sistem badan dah terbiasa dengan kebanjiran air. Ini pengalaman gua. Air banyak bagus untuk buang segala toksin, tapi perut kembung dengan air jelah, kahkah.
#1 - Kurang ayaq putih
Minum air kena banyak. Gua rasa dah berbuih mulut pakar-pakar kesihatan suruh manusia minum air banyak-banyak. Paling kurang pun 7 8 9 gelas sehari. Takat ni gua hanya berjaya meminum 2.5 liter sehari. Letih woi nak ke tandas. Tapi bila lu dah biasa minum banyak, kekerapan ke tandas makin kurang, mungkin sistem badan dah terbiasa dengan kebanjiran air. Ini pengalaman gua. Air banyak bagus untuk buang segala toksin, tapi perut kembung dengan air jelah, kahkah.
#2 - Makan tak reti tertib
Ni satu hal yang umum. Makan buru-buru macam nak pi perang. Bila makan tu kalut, otomatiknya lu telan makanan tu dengan cepat tanpa kunyah sampai hancus. Bila cenggitu ceritanya, udara dalam usus jadi tersekat-sekat (macam kita semput) lepastu membentuk gas, pastu perut pun kembung, pastu buncit, pastu? tak reti-reti nak ubah stail makan? Nabi pun suruh kita makan, bukan mencekik. Sunnah nabi kunyah 44 kali tu ada fungsinya. Takat ni gua selalu jumpa orang yang kunyah 4 kali je, 44 belum penah.
#3 - Sembelit
Sembelit atau bahasa kampungnya susah berak. Bila 'benda' tu lama tak keluar, usus besar pun makin berbelit-belit, kahkah. Err maknanya depa tak larat dah nak tampung najis yang menginap lama-lama kat dalam tu sampai tak reti-reti nak checkout. Dulu gua ada masalah ni, kadang rasa macam bukan orang, makan tapi tak keluar, badan tak naik naik, mana pegi semua makanan? Tapi sekarang sejak gua amik pil vitamin C, babai sembelit.
#4 - Malas bersenam
Ini sangat TRUE! Bila kurus rasa sangat malassssss nak senam, konon senam ni untuk orang gemuk je, duh. Yang betulnya senam ni untuk semua, kecik, besar, tua, muda, miskin, kaya, janda, maknyah, aaatodia. So rerajinkan lah senam, gua pun nak mula senaman perut, sebelum buncit baik kasi cantass dulu, ye dok?
#4 punca buncit tu gua dapat dari cakap-cakap dokter-dokter yang gua jumpa (tak termasuk Dr Shawn, kahkah). Entahkan betul ke tak gua kurang arif, maklumlah sejarah pendidikan gua bukan berlatarbelakangkan sains perubatan, kuhkuh. Kalau tak betul muhun pencerahan di ruangan komen di bawah (nampak tak permainan gua nak suruh lu komen -,-)
jom sihat!