Erti Sebenar Sebuah Kekecewaan

Ceh, tajuk dah macam chapter novel kekeluargaan. Tapi benar, itu yang gua nak isu kan di sini. Kecewa itu subjektif. Ada yang kecewa bila kucing peliharaan buat 'donno' je, ada yang kecewa bila PTPTN lambat masuk akaun, ada yang yang kecewa bila kawan tanak keluar dan sejuta satu perkara lain yang boleh mengecewakan.

Kekecewaan bukan perkara baru. Menda ni berlaku sejak kecik lagi, sejak belum reti bercinta, kecewa dan dikecewakan. (pergh! gua kah ni?)

Zaman kekecik dulu selalunya kecewa bila tak dapat cekelat, mainan, baju transformers, dan yang sama waktu dengannya. Tapi ada lagi perkara lain yang mengecewakan gua pada zaman keanakkan. Bahkan, gua rasa tak melampau kalau gua kata ia masih mengecewakan gua even bila berlaku time gua dah tua bangka macam sekarang.

Apa dia?


Nampak tak betapa ibu-ibu kita semua berjaya mentroll kita dengan jayanya sejak 1996, kahkah. Walau kerap terkena tapi harapan tu tetap tinggi bila bukak petisejuk dan ternampak bekas aiskrim yang agak 'baru'. Harapan tu tetap ada, ya tetap ada. Nak nak pulak bila tahu emak/kakak baru balik dari pasaraya, lagilah menggunung harapan bila ternampak bekas aiskrim dalam freezer.


Selain itu?



Deng, gua pernah terkena kot. Nampak bekas Danish Cookies atas meja kakak gua yang gemar menjahit. Langsung tak terlintas di benak fikiran bahawa ianya bakal terisi dengan benda lain selain biskut. Pada fikiran gua kakak sengaja tak letak kat dapur sebab nak makan sambil menjahit, begitu naif sekali pemikiran gua pada masa itu. Begitu mudah terpedaya dengan pesona dunia, kahkah.

Tapi situasi di atas tu dah tak berlaku lagi kot pada bebudak sekarang yang dah biasa dengan makanan segera dan kudapan lazat senantiasa di dalam petiais. Yang tak pernah nak rasa kecewa sebab setiap kehendak dipenuhi, so bila kecewa putus cinta mulala pikir nak bunuh diri, WTF betul.


"Harapan, harapan mejadi laaaaayuuu" - nyanyi lagu HyperAct kejap

48 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. ..kecewa btl dgn ikan tu. Knpa ikan masuk dlm bks aiskrim..g la duk tmpat lain...hahah..terkena daa

    ReplyDelete
  2. bila nak potong rambut. da mcm alleycats tu

    ReplyDelete
  3. nasib baik wa x pernah terkena ekekeke

    ReplyDelete
  4. byk kali terkena...buka peti ais tgk ada bekas aiskrim...buka tgk2 ada cili boh....pastu berangan buka balik peti ais andaikan aiskrim tu ada kat situ balik....

    ReplyDelete
  5. gua kecewa bila cici kucing kakak gua buat dunno bila gua panggil dia penuh kasih sayang. at last i call the kucing " kuangajo ko cici ". -the end-

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak kejap si cici tu kt market barang sehari dua, lepastu blk rumah mst dia mnja dgn lu, kahkah

      Delete
  6. haha.. selalu terkena yg mangkuk aiskrim..

    ReplyDelete
  7. memang dah terkena jugak pada zaman dulu..kecewa tak hengat! now kalau nampak pun tak kan menaruh harapan setinggi gunung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. now dah besar, frust boleh p beli tuti pruti, ehh :p

      Delete
  8. hahaha. pernah jugak leyla terkena cam tu . frust pulak rase .

    ReplyDelete
  9. haha..baik punya barang ada kat dalam..:)

    ReplyDelete
  10. salam..
    sama je kita.. pernah terkena tp bkn sekali okeh! banyak kali pulak tu..tp time tu kecik kecik la kan.. tak terfikir walaupun dah pernah terkena..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm
      biasalah budak kecik, pemikiran masih innocent katanya, comel2 gitu

      Delete
  11. hahaha.. lia slalu terkena pasai ikan tu haaa. mmg kevewa giler ahh. XD

    ReplyDelete
  12. hahaha...selalu jugak kena macam tu..spoil betul

    ReplyDelete
  13. hahaha..mak mun pun simpan ikan dlm bekas eskrem..

    ReplyDelete
  14. haha giler tak kecewa kalau buka bekas eskrem walhal dalamnya ada ikan..punah impian wooo..mak-mak memang kreatif bila bab kitar semula..hehe sbb tu depa ohsemm:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess walaupun kena troll, kasih syg mak ttp xberbelah bahagi, sentiasa nk yg thorrbaik utk anak2 :')

      Delete
  15. gua pernah keciwa yang lebih keciwa..perut tengah lapaq, nak kluaq malas, megi tinggai 1..dah jerang ayaq panas, dah standby mangkuk siap sudu garfu..ayaq panas dah masak..

    bukak2 plastik megi yang ada cuma megi..rencah nya hilang entah kemana..hati kecil gua detus..Haram J punya kompeni megi!! takkan gua nak makan megi semata2 tanpa rencah? -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu megi versi utamakan kesehatan. megi cicah air kosong, kahkah padan muka ang. lani klau lapiaq pi oldtown teruih kan kan kan

      Delete
  16. Bhahahah! Dulu selalu gak terkena cani.. Tapi skunk my turn plak prank orang sebab skang semua hal rumahtangga under my control.. Hakhak! ^^,
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  17. Beep.. beepp.. kalau isi ikan tahula jgk nampak la itu ikan.. banyangkan di isi tempoyak? letak lak kt freezer tak ke nampak mcm aiskrim? dahsyatnya dengan confident scope sesudu masuk mulut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkahkah! lu lagi osem! mmg eskrem vanila la kekononnya kan, dushdush :3

      Delete
  18. Haha. Benda yang selalu terkena. Ihiks.
    Lagi satu bila nampak botol air hundred plus dlm peti ais time waktu tengahari. Mesti ada harapan yg tu air 100plus betul, walhal hanya air masak. *zaman xde botol tupperware* Haha. Btw, nice. comel jek :)

    ReplyDelete
  19. haisssyyyyy... cek rasa pernah rasa,, tapi tak ingat kat mana,, ekekekee

    ReplyDelete
  20. Ni mesti jenis pelahap suka curi2 makan eskrem yg mak simpan utk adik2... padahal dah dpt bhgian masing2 kehkeh

    ReplyDelete
  21. aku pun banyak kali dah terkena situasi sejibik mcm kat atas ni haha

    ReplyDelete
  22. semuaa pernah, kat rumah ada bekas tin corn flakes, bukak-bukan benang, jarum, menangis tak berlagu. wuu. hahaha

    ReplyDelete
  23. Haha.. sama lah, mama saya pun selalu letak ikan dlm bekas aiskrim.. amboihhh~ igtkn kecewa ttg cinta ;p

    ReplyDelete
  24. tu semua pesen mak-mak kat umah..

    ReplyDelete
  25. zaman kecik dah ada baju transfomers..? pandai kan..hahaah

    ReplyDelete
  26. hahahahhaa.. masa kecik aku selalulah kena.. tapi kengkadang aku terttroll diri sendiri jugak. bila bukak bekas aiskrim, sekali dalam ada tempoyak.. kah kah kah.. lupa, simpan tempoyak dalam bekas aiskrim...

    ReplyDelete
  27. haha, sama laaaa. bekas aiskrim mmg berlambak buat simpan ikan & ayam. hihi.

    ReplyDelete
  28. ahaha...memang dah laamaa perkara mentroll ini menjadi suatu tabiat..eh?...haha

    ReplyDelete
  29. bhahaha.. smpai sekarang trend tu still diguna...

    ReplyDelete
  30. hahahha..bekas aiskrim tu mmg slalu mak letak ikan or udang...huhu....

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape