Gua kira tajuk entri gua kali ini memang SEO habes, pergh pergh. Jangan tanya gua apa itu SEO! gua pun tatau, tau sebut je, kuhkuh.
akan tetapi, tajuk gua ni yidaklah banyak sangat bercanggah dengan isi-isi yang gua nak utarakan disini, kira masih ada kena mengena lah dengan tajuk, wahh gitu.
dan gua perasan yang bahawasanya bukan gua sorang yang suka pada bau ini, ramai lagi serupa, sehati sejiwa, senapsu dengan gua, errr.. ok abaikan. Sebelum otak kuning dan biru lu menerawang tah kemana-mana, eloklah kiranya kita ke isi-isi karangan.
Kahkah nampak gaya gua dah lalok sangat sampai merapu tahap edukated habes harini. Mende bau yang disukai dan hingga boleh diketagihkan serta mengkhayalkan ini?
a) bau gam UHU
gua suka panggil gam uhuk uhuk, kehkeh. gua ini comel, idoklah sampai nak tagih marijuana ke hape, takat tagih bau gam uhu je pong, bukan gam gajah ke gam kayu ke. Ketagih ke? rasanya tak kot cuma suka akan aroma beliau yang.. ahhhhh surrrrr (bak kata orang penang).
b) bau pen maker
kesukaan bau pada maker memang telah terbukti tanpa mengira warna ataupun jenis pen marker itu. pendek kata memang tak racis sama sekali, semua bau sama. buka je cap pen, arghhhhhh menusuk-nusuk, menggoda-goda urat saraf lobang idung gua. tapi bila tulis lama-lama kat whiteboard, naik pening pulak :3
c) bau petrol
Gua tak pasti samaada petrol kaler jernih itu baunya sama seperti bau petrol merah (kedai kampung) mahupun petrol kuning (esso dan mobil). Gua teka petrol merah lagi masyuk kot dia punya bau. Kemainlah gua mendalami jenis-jenis petrol pulak kan, kohkoh. Khayal kejak time isi minyak ke dalam keta
ahh jangan nak kata gua ini persis kambeng! hanya insan-insan osem yang membesar di kampung je yang faham nikmat bau ini, ngeh. Satu lagi bau jerami selepas dituai mahupun selepas hujan, pergh syahdu gila klo terbau di pagi atau dinihari. Tarik napas panjang-panjang, sedut bau dalam-dalam. Bau yang membesarkan gua selama ini :')
Ok, tayah nak feeling sangat. Takkan baca entri ni pun mengkhayalkan lu? Jika begitu, moleklah kiranya lu kerap-kerap sikit datang ke blog gua even bila gua tak hapdet pon, kahkah,.
Ingat pesan gua, jangan pi ketagih hidu gam, hidu taik lembu freshly keluar dari duburnya, hidu morpin, dan sebagainya. Sayangi organ dalaman anda. ehwah tetiba.
hidu bau duit jugak yang sedap.