Lukisan Datang Mintak Nyawa!

Sedih betul apabila belek-belek draft tapi takdak entri untuk dipublish, sob sob. Selama ini gua perasan adalah dalam nambelas entri sedia untuk dipublish (berangan kalah mat jenin).

Gua takdak modal, so gua bercadang nak buat entri fasal mitos lagi. Walaupun dalam entri lepas gua janji-janji ayam je nak buat entri fasal Lukisan Datang Mintak Nyawa! ni (niat nak nipu je, kahkah).

Seperti mitos dalam entri 'Pensel dan Bayi Berkepala Dua', mitos kali pun berkisar di alam sekolah rendah.


Ditakdirkan, sejak azali lagi gua suka melukis. Boleh kata sejak reti pegang pensel dengan betul. Kat sekolah gua siap simpan satu buku conteng-conteng bawah meja.

Satu benda lazim bagi budak dulu, budak sekarang gua tak pasti lah kut depa simpan iPad bawah meja. Dulu, semua budak suka melukis, menjadi atau tak lukisan tersebut, belakang cerita yang pasti, lukis!

Ada sorang kawan gua, biarlah gua namakan beliau sebagai Napoleon Bonaparte. Matematik memang cekap. Tapi bak kata orang bijak pandai, otak matematik mana mungkin berjalan seiring dengan otak seni. Maka lukisannya sangat teruk. Teruk dia tahap lukis cacing pun nampak serupa sperma.

Kemudian entah dari mana, timbul desas-desus mengatakan setiap lukisan manusia yang dilukis perlu diletakkan tanda 'X' kat leher lukisan sebab takut nanti malam lukisan tu datang mintak nyawa dari si pelukis!

Gua terfikir sejenak, kalaulah sungguh bagai dikata, mesti semua kartunis majalah Gila-Gila dan Ujang dah habis nyawa untuk diberi kat lukisan-lukisan diorang..



Maka, kelam kabutlah bebudak letak tanda 'X' kat leher lukisan memasing. Tak ketinggalan si Napoleon Bonaparte. Walaupun hanya lukis orang lidi yang tidak berleher, itu bukan penghalang. Diletaknya tanda 'X' di dahi orang lidi tersebut... Dan punyalah siksa gua haritu untuk menahan gelak supaya tidak mengecikkan hati beliau, pffttt.

Satu hari, lepas waktu rehat gua ambik buku conteng sebab nak belek balik karya masterpieces gua sambil mengusap perut yang kenyang, kehkeh cekonon.

Tapi gua terkezut beruk apabila mendapati semua lukisan manusia dalam tu ada tanda 'X' merah kaler luna kat leher! Tengah gua membelek in disbelief, datang rakan sekelas gua dari meja depan tersenyum-senyum sambil tangan dikiam ke belakang gaya guru besar.

"Hang takyah lah terima kasih kat aku"

Thanks you for what?? Gerutu gua dalam hati.

"Aku dah tanda semua orang yang hang lukih, depa tak boleh mai mintak nyawa kat hang nanti. Kalau boleh hang jaganlah dok lukis orang lagi, tak baik. Kita ni orang Islam, buat benda lain yang lagi bagi faedah."

Dan gua melopong di situ macam orang utan tercekik pisang. Like Seriously? Kita baru je darjah 3, hello? 9 years old?

*************

Gua tak pasti sama ada kawan gua tersebut dah jadi ustaz atau apa sekarang sebab gua lost contact dengan dia sejak darjah enam.

True, gua pernah baca bermacam jenis penulisan berkenaan hukum hakam lukisan manusia ni menjelang kedewasaan gua. Tapi gua pun tak pasti sebenarnya mana yang betul mana yang propa je lebih, so gua nak mintak penjelasan dari sesapa yang arif.



Gua seram.. Seram baca keseriusan gua dalam entri ini! 
Till we meet again, salam.

15 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. lol..org lidi pun pangkah X..
    tak penah pulak kat sekolah aku ada war-war macam ni..
    semua melukis dgn gembira..

    #kartnster

    ReplyDelete
  2. heee seramnyer, seramnyer... *LoL*

    ReplyDelete
  3. ye betul tu, masa sekolah rendah tahun 1988, siap lukis tanda 'x' kat leher lukisan tu.

    ReplyDelete
  4. hahhaha,, biasalah time bebudak cepat benar percaya benda yang karut ,, haha,, jiwa suci la katakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bil percaya dah jadi tak suci lah :3

      Delete
  5. btol.. diorang cakap nnt kt akhirat org2 yg kita lukis tu dia akan mintak nyawa dri kita.. anyway x pernah dgr kesahihannya

    ReplyDelete
  6. hahaha.. sama la macam zaman sekrang dlm situasi berbeza,sblum nak sebarkan cerita,pastikan info bukan cerita mengarut mcm ni..

    ReplyDelete
  7. ada dengar pasal ni, tapi tak pernah dengar kena tanda X kat leher ke kepala ke apa, haha. lawak gak di situ.Farah Quinn mao bagi berapa bintang ya? oklah patblas.

    ReplyDelete
  8. Ooooo.. masa kecik pernah dengar pas tu juga.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. tahun lepas pernah jugak dengar mitos merepek merapu merabai camni tapi aku buat bodoh jer.lukisan tu sama jer macam objek tak bernyawa macam batu ke pokok ke cuma bagi seorang pelukis ianya nampak hidup giler.sape yang buat mitos gila ni mesti jeles kot sebab tak dapat lukis gila cool pastu takut-takutkan orang dengan mitos merepek gini.aduh mak aih...andai kata itu bukan dari mana-mana hadis hasan apatah lagi sahih.

    ReplyDelete
  10. Wah aku yang dah melukis dari darjah satu smpai form 3 ni baru tau yang melukis benda bernyawa diharamkan haih kena bagi peringatan kat diri sendiri sebelum nak dijadikan hobi'reseach dulu boleh ke nak buat benda ni dalam islam' T.T

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape