Siti & Diversiti Universiti

Ada satu peristiwa yang berlaku pada zaman gua study USM dulu. Ceh, tiga tahun belajar situ haruslah banyak peristiwa yang berlaku (menguap), tapi ada satu peristiwa tu gua susah nak lupa. 

**********

Pada suatu hari yang gila heven sebab ada satu kelas je haritu dan kelas tersebut telah dibatalkan. Disebabkan gua baru first year, banyaklah assignment berkumpulan yang kena buat. Jadi bila gua dah puas tido, mengeliat dan berguling, gua pun ambik keputusan untuk ke bilik coursemate gua, Siti Hermione. Duk bilik pun bosan, roommate gua yang berjurusan seni takdak dalam bilik. Entahlah sama ada beliau ke kelas atau merayau cari ilham.

Kebetulan, roommate si Siti Hermione pun ambik course seni dan tiada di tempat kejadian jadi takdalah gua rasa malu-malu kucing bahkan siap buat bilik mereka serupa ana yang punya. Lalu kami pun bergosip, berfoya-foya, tengok movie dan buat assignment (sikit), kendian Siti Hermione mintak diri untuk mandi.

Gua teruskan aktiviti membuat slides untuk presentation.

Meoooww meowww..

Eh kucing? *shrug* sambung buat slides.

Sejurus kemudian, masuk Siti Hermione yang kelihatannya begitu puas dengan mandian yang diterima.

“Cira mu napok anak koci aku? Letak sini tadi” (oh, lupa bagitau dia orang kelate dan gua orang kedah, perfect)
“Err anak kocin?” 
“Ho lah, anak koci aku. Rasa letak sini tadi, abih la nyanyok dah sera”
“Err haa tadi aku ada dengar bunyik anak kocin mu” (cuba kecek klate dan fail)
“EH, mu dengar deh? 
“Ho la, bakpo mu bela anak kocin dalam bilik?" (still broken klate)


sila tenung gambarajah selama 3 saat


Serentak dengan itu, Siti Hermione terjatuh dan terguling-guling atas katil, gua kaget dan cuak. Bertambah kaget bila dia berdekah-dekah ketawa serupa Voldemort mentertawakan Harry (eh apesal ter ramai pulak watak Harry Potter dalam ni?)

“Cira.. Ciraa… buke anok kocing laaaaahh, anok konci, KONCI!!”
“Ohhh..”

Dan gua pun join Hermione berguling atas katil *bad poker face

*********
Dua point kritikal dari peristiwa di atas:

1. Gua tak tahu yang orang Kelantan rajin menyebut anak kunci instead of just kunci. Perkataan ‘anak’ tu sendiri telah mengaburkan pemikiran gua;
2. Ringtone SMS telefon Siti Hermione adalah bunyi anak kucing mengiau yang didengar gua sebelum diaju soalan berkenaan ‘anok kocin’ so, ko rase? 

Jadi, boleh lah disimpulkan di sini bahawa gua terkonfius akibat faktor persekitaran.





Sekian laporan.

42 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. huahahahahaha kesian kau. memana uni pun kelanta memang win ea. hehehe

    ReplyDelete
  2. Selalu gak. Kadang selalu jer bahan diowang. Hahaha

    ReplyDelete
  3. kalau sebut laju2 mmg anak koci = anak kucing la..patutla..

    #kartnster

    ReplyDelete
  4. hahahahaha anok koci T_T
    hihii
    bestnya!
    qila pun kelate pastu suka gila kwn dgn org kedah hiks
    and i failed to speak kedah hahahhaah

    ReplyDelete
  5. betul..kalau kawan yang cakap dengan loghat diorang memang akan terkonfius..

    ReplyDelete
  6. kenapa name dia siti hermione? hahah
    saya dh agak mesti anak kunci yg beliau maksudkan.. hehehe
    mcm ayam dengna itik bercakap.. yg sorang fikir lain,yg sorang faham lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sbb dia peminat harry potter.
      itulah, ayam itik sangat

      Delete
  7. alahai.. kalau yaya la yg dengar memang xfaham .. sbr je laaa

    ReplyDelete
  8. Ok la. Mak saya dulu dengar bunyi suara anak kambing, tapi dia ingat tu suara baby kena buang. haha xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang. kadang bunyik kucing yg tgh melayan perasaan pun cm suara budak nangis T_T

      Delete
  9. Hahahaha...
    Berdekah aku gelak depan komputer sorang2...
    Tp anak konci mmg lebih kurang bunyi mcam anak kocin, tmbahan plak bila disebut lg dgn laju dan gaya bersahaja...Patu extra planted seed plak ada bunyi kucing meow plak...hahahaha
    Serius lawak situasi terbaik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahahaha finally. ada jugak yg dpt tangkap lawak yg aku maksudkan :3
      all hail to cEro!

      Delete
  10. pon boleh, nanti amik kucing tu, pulas kat tombol. haha

    ReplyDelete
  11. hahhahaha. kocing dan koci . Hahaha. :3

    ReplyDelete
  12. huahuahua lawak2 ..anak kocin meow2 pun bole ..

    ReplyDelete
  13. Hahahahhaahahhhaaa.... Cramp perut gelak tak hingat!!! Subhanallah.... Ptg ptg mkn kuih koci minum kopi, disangka anak kucing meow meow rupanya kunci!!!! Sekian pantun dua kerat tak berap nak rhyme saya. Hah.. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhamboii siap boleh karang pantun, boleh saing2 dgn joe flizzow dah :D

      Delete
  14. haha..ini kelako...dapat dibayangkan macam mana situasinya =)

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. nasib gua bukan course masscommunication, ihihi

      Delete
  16. hahahahahaha. ak mmg akn da mslh pendgrn bila bersembg dgn bdk kelate ni. :3

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape