Pensel.
Tak kisah lah pensel 2B ke, kaler Luna ke, asalkan alat tulis yang berbatang.. erm apa-apa lah.
Bayi.
Berkepala dua. Atas kepala, bawah pun kepala.
Persoalannya di sini, apa signifikan pensel dengan bayi dua kepala?
Inilah dia gua nak cerita satu mitos yang tak berapa nak purbakala sangat. Mitos ni wujud semasa zaman gua sekolah rendah dulu. Zaman sekarang ni, andai wujud lagi mitos tu kat memana sekolah, kiranya boleh tahan lejen jugaklah sekolah tersebut.
Cerita dia berlatarbelakangkan zaman 90an. Once upon a time... ehewah
Gua ni memang seorang yang praktikal sejak dari dalam lampin. Semua perkara yang gua buat kalau boleh biarlah menyenangkan gua di masa depan. Sama jugak dengan pensel. Gua akan asah atas dan bawah so bila patah gua hanya perlu pusing dan guna lead yang kat atas pulak, praktikal bukan? Muehehe. Ramai jugak bebudak yang seangkatan dengan gua mempraktikkan cara ni.
Akan tetapi ada je yang dengki dengan gua. Datang sorang kawan sekelas gua yang agak mak nenek sikit perilakunya mendekati gua yang sedang khusyuk menggunakan pensel dua mata tu untuk meyiapkan kerja rumah yang gua terlupa buat semalam.
"Hang tau dak hang dok asah pensel lagu tu, nanti hang kawen dapat anak kepala dua, macam pensel yang hang guna tu!"
Gua menjawab sergahannya sambil tekun menulis kerja sekolah last minute tersebut, lagi lima minit cikgu nak masuk hoi!
"Ok lah tu, nanti aku kerat dua anak tu, bagi kat hang sebelah.."
Mendengar jawapan gua dia pun berlalu pergi sambil menghentak kaki dan menyumpah seranah dengan hidung kembang kempis. Dan Cik Senah PotPet tak pernah bercakap lagi dengan gua sejak haritu kecuali bila perlu, muahaha.
***********
Sejak kecik lagi gua malas layan bullsh*t, sampai lah ke hari ni. Oleh itu, sebelum hangpa forward kan artikel/mesej merepek-merepek kepada gua pastikan mesej tu masuk akal dan yang pentig sahih dan diperakui oleh SIRIM, muehehehh.
Pendek kata, sila bagi gua facts instead of fictions. Perlakuan mengasah pensel dua arah tu ada keburukannya, gua faham, yakni pensel akan cepat habis. Bila cepat habis makbapak kena beli baru, so tercipta lah mitos yang pelik-pelik untuk takutkan budak-budak (rasanya lah).
Lebih kurang macam situasi di bawah:
Orang puteh - "John! Its dark, come back home or you will catch bacteria and become sick"
Orang Melayu - "Awang! Hari dah gelap ni, balik cepat satgi kena sembunyi dengan Hantu Tetek"
Still wondering kenapa kita sering jauh ketinggalan? HeeHeeHee...
Kepada makbapak, gunakan reasoning yang masuk akal untuk melarang sesuatu perilaku yang buruk. Budak sekarang kan bijak, sel otak saling berhubung katanya. Jangan sampai sel otak tu berselirat dengan benda pelik sampai anak hangpa end up jadi manusia yang tak guna sudahlah.
Coming Next dalam label Mitos: Lukisan Datang Mintak Nyawa!
P.S. Bila ternampak pen maker Sharpie two tips, gua teringat betul dekat Cik Senah PotPet, zaman dah berubah!
Hahaha. Betul-betul. Selalu kita dimomok-momokkan dengan benda macam gini.
ReplyDeleteterlebih dimomokkan karang jadik tomok plk, eh
Deleteaku datang sebab aku rindu,, dan aku nak tunjuk aku care,, muahhh.. i miss you a lot..
ReplyDeleteaku pun rindu, ewah
DeleteCulture kita mmg suka mengajar guna momokkan..
ReplyDeleteKelakar plak bila baca hantu tetek...hahahhahaha
klako ke lucoh, kata nko.. hahah
Deletetu lah. kdg2 tak masuk akal. lg stu, bila tgkp gambar bertiga, ada je makcik2 yg akan kata nnt salah seorang akan mati. Aduhaiiii.. padahal ajal maut tu Allah yg tentukan, bukannya gambar bertiga tu =.=
ReplyDeletemungkin makcik tu xnk menggalakkan org lain nyibuk bergambar dgn ngantin, ngahaha :))
Deleteorg tua2 x kasi asah pensil mcm tu sbb takut tercocok mata.. hihi..disini bermulanya mitos x masuk dek akal.. hahaha
ReplyDeletepengaruh kassim selamat sbenrnya ni, huaha
Deletedulu kawan Alan cakap kalau asah depan belakang macam tu nanti mak cepat mati -_- ||
ReplyDeletealan ni mungkin sekampung dengan si fhatin kat atas :p
Deletebeb...dulu masa ku sekolah kalau asah pensel dua2 belah gini depa kata mak mati cepat...errrr
ReplyDeleteko sekampung dgn alan & fhatin eh? muahahah :p
DeleteDulu selalu gak asah cenggitu. Pastu lagi satu mitos , jangan asah pensel sampai pendek gila2, nanti mak bapak mati cepat.=..=
ReplyDeleteYang bagi mesej berantai pun satu hal gak. Tapi nasib baik tak pernah terlibat jd pihak yg tukang forward ke org lain, sbb rasa memang tak logik langsung mesej dia.
sapa yg reka makbapak mati ni memanglah tak sayang makbapak, huhuhu. ckplah kucing mati ke kerbau ke.
Deletebaguslah ko tak tergolong dlm golongan yahudi cm tu, muehehe
Hahaha.. Comel je budak kepala dua tu..
ReplyDeletePapaglamz singgah kat sini.
Jom lawat Papaglamz
gua pun comel pe, kihihi
Deletelain tempat, lain mitosnya :D
ReplyDeletehahaha..ok jugk cara tu..lebih jimat masa bila pensil patah..xyah kelangkabut nak asah
ReplyDeleteyeap ada benar kata orang tua kita tapi dulu bab pensil tu, tok dimomokkan kalau asah pensil atas bawah, pendek umur hehe.
ReplyDeleteke dorang takut tercucuk mata atau terjolok lobang idong kot? :)
hahahaha. jangan asah pensel atas bawah. asah bawah je cukup la. kalau asah atas nanti karang tecucuk mata pulakk. bahayaa.
ReplyDeleteHaahhaha.. lejen mitos ni
ReplyDeleteIkut logik, itu berbahaya. Boleh tercucuk mata. hahah.. 'mitos' mcm tu sbb nak takutkan je. kalau ita ckp : oi, xleh bahaya. budak mana nak dgr. Cuba cakap, eh, kau buat nanti kau kena kurap ular. haaa trus behenti. something like that la hahahaha
ReplyDeletetok nenek dulu kreatip, cakap berbunga-bunga bukan mcam lu & gua sekali. Jangan menyanyi masa masak nanti dapat tok laki tua, padalah nak habaq mai kalau kau nyanyi ayaq liuq masuk dalam makanan lah ! haha
ReplyDeleteTime lisa dlu kalau guna pensel dua hala cmtu keluar mitos nanti cpt mati. Alhamdulillah .hidup je smpai skg.huhu.
ReplyDeleteaku pakai pensel picit-picit..jadi tak merasa nak asah 2 kepala..
ReplyDelete#kartnster
hhaha,, ada yang kata kalau asah pensel dua hala nanti pendek umur. hahha :3 part Hantu Kopek tu memang betul hah, senja senja kalau main kat luar, nanti kena sorok dengan Hantu Kopek.
ReplyDeletetakde apa nak cakap, just nk bgtau skit yg bulan Februari 2015 ni kalendar dia cantik, review skit. erk. haha
ReplyDeleteSalam. Hee knp org tua tua tak bg anak dara duduk kt tanga ? sbb dulu dulu anak dara tak pakai spender kanns.. skunk ni anak dara takpe dok dpn laptop ade kamera leh tunjuk payu dara lg.., hrmm zaman dh berubahh., giteww ;p
ReplyDelete