Gua ada satu cerita misteri nak cerita. Tahap misterinya tu, kalau editor majalah Mastika baca mesti kelam kabut dia datang cari gua, muahaha.
Alkisahnya, gua pun pernah merasa bersekolah rendah dan memakai vest skirt kaler blueblack ke sekolah. Amacam, lejen bukan?
Alkisahnya, gua pun pernah merasa bersekolah rendah dan memakai vest skirt kaler blueblack ke sekolah. Amacam, lejen bukan?
Perkara misterius yang gua nak sampaikan ini terjadi waktu gua darjah dua, umur 8 tahun, comel, ranggi dan cemerlang. Seperti anak petani yang lain, gua punya wang saku tidaklah banyak. RM0.40 je sehari. Betul, 40 sen (40 sen sekarang cukup untuk berak je). 30 sen untuk nasik, 10 sen untuk air sirap (gua pemalas bawak bekal air).
Kalau lepas raya atau time kakak gua balik kampung, merasa la duit lebih, muehehe. Nak dijadikan isu, eh cerita, suatu hari yang gua tak ingat hari apa, gua ke sekolah seperti biasa. Pagi tu lepas salam, mak bagi dua keping syiling duapuluh sen seperti lazimnya.
********************
"Kringggggg!!" bunyik loceng waktu rehat memang ditunggu sejak masuk kelas, kehkeh. Macam biasa jugak, gua beli nasik tigaposen, beli sirap seposen. Maka tamatlah duit saku gua haritu.
Selesai makan, gua kembali ke kelas. Suasana sekolah haritu agak kelam-kabut sebab cecikgu semua sibuk dengan hari persiapan anugerah cemerlang. Seperti yang gua teka, cikgu tak masuk kelas lepas rehat. Sorang member gua, Azwani ngajak gua ke kantin, nokarom tak kenyang lagi budak ni?!
Gua ngikut je dengan niat nak teman, nak membeli tu memang tidaklah sebab gua tahu wang saku gua dah habis. Sementara dok tunggu dia pilih makanan yang sesuai dimakan dalam kelas, tangan gua menerawang ke dalam saku yang gua sangka kosong, tapi tak kosong!
Jengg Jengg Jenggg...
Gua telan liur, dua keping syiling duaposen di tapak tangan, aikk? Tapi hairan gua tidaklah lama, gua dengan gumbiranya join member gua beli makan lagi. Seronok betul haritu dapat makan dua kali, dia punya feeling, macam dapat anugerah Oscar.
Time balik sekolah, gua bersemuka pulak dengan motor yang jual sate ikan. Damn, feberet gua kot. Kalau kat rumah, nampak motor tu dari jauh lagi gua dah tak tentu arah serupa kera kena cacar air, merengek mintak dibeli.
Gua gigit bibir, nyesal pulak guna duit 'extra' tadi. Penyesalan yang sangat abadi gua rasa. Tangan diseluk lagi ke saku, serentak itu gua rasa macam hari raya dah tiba! Dua keping syiling duapuluh sen sekali lagi berada di tapak tangan! Gua toleh kiri kanan, pari-pari wujud ke?
Tanpa pedulik mana datang duit tu, gua menikmati 4 cucuk sate ikan dengan senang hati. Sesampai di rumah gua terus bagitau mak gua tentang apa yang terjadi dengan terujanya. Mak gua hanya senyum-senyum. Tak percaya lah tu, huhu.
Masa tengah tanggal baju sekolah gua rasa saku gua berat lagi, dan macam sebelumnya, dua keping syiling di dalamnya. Gua sampai dah rasa macam takda feel terkejut dah. Gua tunjukkan syiling tu sebagai bukti ke mak gua. Jawapan mak gua:
"Hm baguih lah lagu tu, esok mak takpayah bagi duit lagi" sambil berlalu pergi. Tinggal gua terkebil-kebil dalam keadaan separa bugil...
Esoknya, memang mak gua tak bagi duit saku. Dan gua pun menggunakan syiling 'ajaib' tersebut, dan lepas tu memang takda syiling dalam poket gua lagi. Sampai ke harini, gua tak dapat merungkap misteri yang terjadi.
Fenomena apakah ini? Apakah ini satu agenda untuk menyesatkan akidah gua sejak kecik? Adakah golongan Freemason telah memerhatikan gelagat gua sejak sebelum baligh lagi? Apakah ini satu petanda harga minyak naik 20 sen pada 2014?
Kahkahkah.
p/s: Sekarang ni kalau lah duit RM50 dalam poket gua membiak serupa syiling 20 sen... Alangkah!
Kahkahkah.
p/s: Sekarang ni kalau lah duit RM50 dalam poket gua membiak serupa syiling 20 sen... Alangkah!
haha, kelakar. Misteri sungguh crite nih. Keh keh. Dah rezeki kan? Hambek jek laaa. :)
ReplyDeleterezeki terpijak barangkali :D
DeleteHahaha. Misteri..misteri.. Manalah datangkan duit tu..? Hahah. Duit doposen beranak.
ReplyDeleteharap bukan dari toyol yg bermurah hati :3
Deletemisteri nusantara la.. hehhee
ReplyDeletenanti masuk tibi tiga lah ni :3
Deleteduit beranak
ReplyDeleteingat manusia dgn hewan je kan :D
Deletegila ko, aku dahlah kat library, kemain nak gelak kena cover. mmg legend story kau. camne sampai tiga empat kali 40sen? pergh, mmg hebat woah. mak kau dtg kejap2 kat sekolah dan memasukkan kepingan 20sen tu secara misteri ke camne? haha. mmg legend. terbaik. aku bg 90 bintang di langit.
ReplyDeletemaaff asik buat ko tergelak di tempat yg tak sepatutnya, muehehe. mugkin mak aku dulu ahli ninja halimunan kot :3
Deleteterima kasih utk bintang, rasa mcm peserta maharaja lawak mega pula saya
Hamboi2 betul2 misteri. Boleh pulak tu banyak kali keluar 40 sen tu.. Hihihi. Hati suci anak kecil tak boleh dikecewakan, itu yang duit syiling tu kesian agaknya kat kak zyra! Kekeke..
ReplyDeleteitulah. gua terlampau comel gamaknya.
Deleteyang sebenarnya... yang sebenarnya...
ReplyDeleteitu hanyalah sebuah mimpi je kan? tak pun suatu bentuk penipuan, kan? ;3
sayangnya ini realiti, sobsob. zeraroks tak penah menipu kecuali dinyatakan sebaliknya. muehehe
Deletehahaha lawaklah.. misteri sungguh. rezeki akak tu. :D
ReplyDeletehihi, harap rezeki camtu datang lagi ke gua tanpa jemu :D
DeleteAku syak, masa kau beli makan masa rehat dekat kantin memula tu, kau tak bayar.
ReplyDeleteMasa kau ke keantin kali kedua pun kau tak bayar.
Masa kau beli sate ikan pon kau tak bayar.
Sebab tu masa smpai rumah kau ada 40 sen lagi...hahahah
Aku pon selalu makan tak bayar.
Tapi esoknya bayar baliklah senyap2...hahahha
hmm, setakat ni aku terima dululah penjelasan kau ni. ini je satu penyelesaian yg masuk akal aku kira, walaupun agak mustahil sbb makcik kantin tu garang nak mampos :D
ReplyDeletehttp://madey09.blogspot.com/2015/01/januari-antara-12-bulan-paling-sibuk.html follow blog anda ya
ReplyDeleteReal story?? pheww ! Duit doposen membiak.. Koh koh koh. misteri sungguh story nih ! cuba fikir sejenak, akhir2 tergelak. Kehkeh. Mungkin rezeki agaknyaa. XD
ReplyDeletekisah benar, heran heran
Deleteuh..semisteri nusantara cite ni..agak2 nye umur zyra roxx ngan aku xjauh beza..sbb time skolah rendah aku bawak duit belanja 50 sen..bleh makan bihun ngan air sirap time tu..tapi xpenah plak semisteri tu..dan duit aku kalau xbelanja mesti aku duk guna buat tikam kat kedai sebelah skolah..dapat la jugak komik dendam kesumat dalam plastik itam kalau mengena..huahua
ReplyDeletejyeah, sepp sikit sbb kita sama lejen, hahaha. ha ah entah2 kita sebaya, ko kan gengster kat kelas sebelah? muahaha. Demmmm, lejen gila kot komik tu. terimbau memori weh!
Deletehaha..aku rasa kau tua sikit kot..sebab 40 sen..aku 50 sen..hahaha...gengster tu jngn cakap..ak budak baik..paling jahat pn curi guli ngan pemadam je lepas kalah main guli ngan pemadam tu..hua hua..komik tu mak aku dah bakar bila aku da masuk skolah asrama..uh memori..
Deletelu sempoi habis, nape gua tak kenal lu dari dulu lagi. haha pernah dengar pasal ibu duit ? dulu nenek-nenek gua suka ceghita pasal ibu duit, agaknye 20 sen tu ibu duit koy. hehehe
ReplyDeletehahaha itu namanya centa pandang pertama :p
Deletegua tak pernah dengar cerita fasal ibu duit ni, apatah lg ibu duit yang tgh bersalin, huhu. Agaknyalah kan, patutnya gua simpan duit tu jgn guna. Kalau tak harini musti gua dh jd jutawan, muahahah
Sedapnya sate ikan :D lama tak makan T^T dulu depan sekolah ada jual :/
ReplyDeletesedap kalah kfc baqhang
Deletehaha. misteri.. kelakar .. :)
ReplyDeletehahaha terima kasih kerana gelak
Deleteha terima kasih ya ..bahagianya rasa bertambah follow
ReplyDeletesama-sama. bahagiamu deritaku, ehh :P
Deletehahaha kelakar lah, misteri betul
ReplyDeletegua patut buat misteri dan seram :3
Deletehahaha. agak kelakar, tapi misteri.
ReplyDeletemana datangnya duit misteri tu? hehe.
harap ada pihak tampil buat kupasan >_<
Deletemak ko mmg bekalkan duit lebih ke hape?ke poket ko beranak2 duit?mintak buatkan untuk aku satu boley?
ReplyDeleteaku syak tertukar poket dengan itu doraemon lah :3
DeleteMisteri sungguh ~
ReplyDeleteho oh
Deletemesti mak letak duit saku untuk seminggu...hahah..penyampaian cerita yg menarik.. kelakar laaahh
ReplyDeletehmm, mungkin lah
Deletetq tq ^^
Aku saspek ko terlupa nak bayar kat makcik kantin tu untuk kes yg pertama dan kedua. Belanje skolah aku masa dulu lebih seposen je drpd ko 30sen beli nasi lemak, 10 sen air dan seposen lagi kacang goreng yg ada garam. Memang sungguh indah dpt makan kacang sambil bermain pd waktu rehat.
ReplyDeleteteori konspirasi ko ni sama dengan si cEro, korang berkonspirasi ekk, miahaha. untungla ko extra seposen leh mkn kacang lagi kat tepi :D
DeleteAgaknya kalau rahsia duit syiling ajaib tu tak dibocorkan dan duit belanja diberi seperti biasa, dah tentu syiling ajaib tu akan terus menjadi ajaib sampai sekarang ,, :3 Hahaha . Sungguh bertuah.
ReplyDeleteitulah, dah tentu gua sekrg sekaya tony fernandez, ehh
Deletehg takda try ka merungkai misteri ni? aneh sgt ni...hahaha
ReplyDeleteOkayyh.. Pernah merasai.. Tapi blik rmh ayah tanya.. "Tadi ayah macam bg duit lebih kt adik, ade lagi? Simpan yer."..... Erkkkkkkk...!!!! -_-
ReplyDeletenilai gryptografi 20 sen,,,,ada code crytografi di angka tersebut contoh code tersembunyi 50 dan 20 tahun 1967 76 68 96 96 ada juga kaitan falak atau astrology contoh kira tahun 1967 PLUS 47 ,,NISBAH 2014,,,,sebenar nya apa terjadi pada awak,,ia berkaiatan luck tuah,,,sebab selalu nya terjadi ketika kita masih kecil,,,ke jujuran dah ada dlm diri awak ketika awak masih kecil... sebenar nya masih banyak lagi code 20 atau crytografi ni,,ia nya ada di surah taha,,,surah 20,,rahsia huruf tu ta dan ha......sekian
ReplyDelete