T-Shirt Jenama Jilboobs

Hoho, rasa swag sangat dapat buat tajuk entri ala-ala tajuk novel arus perdana atau ala-ala bait lirik lagu pasca siber.

Mende gua ngarut ni?

Eloklah kiranya gua straight to the point. Lu perasan tak tiap kali belek T-Shirt, tak kisahlah kat pasar malam ke, kat iSetan ke uSetan ke, mesti ada motif gambar atau jenama diletakkan kat bahagian dada?

Kalau T-Shirt lelaki, mungkin motifnya untuk menonjolkan kesadoan, kehebatan atau kekuatan (konon) tapi kalau T-Shirt perempuan, nak tonjolkan apa? Adakah nak menonjolkan apa yang dah sedia terjojol? Eh toyol betullah ayat gua. Engkorang faham tak ni?




Baik, beginilah. Lu beli satu baju/t-shirt jenama Lui Vutong yang butiknya kalau nak masuk guard hensem akan cek dulu beg lu, dan harga sehelai shirt tu tak usah cakaplah, mungkin dua bulan gaji perlu dikorbankan. Tulisan jenama Lui Vutong tu pulak terletak elok kat bahagian dada, manakala lu ni sejenis perempuan bertudung. Jadi?

Jadi lu dah berhabis beratus ringgit takkan tanak show-off kan brand tersebut. Dan bila nak show-off jenama sebenarnya lu akan show-off benda lain jugak, mueheheh. Abaikan Lui Vutong tu, gila kau jenama tu mana buat t-shirt cikai golongan marhaen, tu contoh je. Baiklah, gua namakan jenama t-shirt tersebut sebagai Jilboobs (jilbab + boobs) sebab cara menggayakan t-shirt ni lu kena pakai tudung tapi at the same time turut menayangkan boobs, oopss.



Sebagai seorang muslimah, lu mesti dalam dilema bila terkenangkan surah An-Nur ayat ke-31: "Hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke paras dada dan jangan memperlihatkan perhiasannya.." Tapi dalam masa yang sama lu nak semua orang tahu yang lu pakai baju branded. Gua syorkan lu bawak je satu signboard bertulis 'aku pakai baju jenama ___________'. Tapi nanti jatuh hukum riak, takabbur, tabarujj pulak.

Argh! Susahnya jadi gadis semasa dalam dunia akhir zaman ni. Banyak sangat jarum-jarum halus yang sulit dan persendirian. Gua syak kedudukan jenama di dada ni satu konspirasi sulit. Apehal kena letak kat bahagian dada? Apehal tak nak letak kat bahagian siku? Serupalah jugak macam t-shit I AM ____________ tu, lagi dasyat siap ada nama lagi Jilboobs tersebut, wow!

Gua ni cakap je reti, padahal beli jugak baju ada tulis-tulis jenama ni, tertulis kat perut lah tapinya. Nak panggil apa pulak ni? Jilmach? (Jilbab + stomach) nyiahahahh!!

Oh, t-shirt Levi's gua suka. Tak payah nak try hard. Memang sedia ada dah red tab tu di sisi, hiks. Oooh ohh Tommy Hilfiger dengan Lacoste pun gua suka sebab logo brand kat bahu. Ehh untung jugak jadi blogger ni boleh show-off dalam entri.

Kahkahkah, babai :3

40 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. beli baju xdak corak.. haha.. senang, xyah piki nak tayang ke x.. keke..

    ReplyDelete
  2. kisah akhir zaman. pegi mana2 ada je perempuan2 yg dress up mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita semua dpt berubah ke arah kebaikan ><

      Delete
  3. ade juga baju i am tu, hadiah dari seseorang, tapi pakai mcm biasa je tudung takde tayang ape2 pun. hiuhiuhiu . Baju tu coraklah mcm mana pun , kalau si pemakai tak reti nak tarik tudung kebawah sikit tak leh lah nak nolong...

    ReplyDelete
  4. nasib baik gua lelaki... tapi still gwa beli baju yang tak terlalu obvious sangat jenamanya... eh kejap, gua mana ada beli baju berjenama... koh koh koh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenama yg obvious ni selalunya jenama murah kan kan. kohohohh
      elleh ye ah tuuu ><

      Delete
  5. Saya labuhkan jugak tudung walau ada corak kat dada baju tu haa. Lagipun corak entah apa apa ja maklumlah bukan baju branded hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus, teruskan begitu even bila lu beli baju branded ><

      Delete
  6. Tu la...patutnya buat kat bawah sikit la jenamnay tu..kat perut ke..ponggung ke..kan???kalau akak tak pakai baju jenama mahal2 nih..baju pulau pinang,kuala lumpur yang tu banyak la..eehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha itu lagi baik kak, malaysia truly asia gitu ><

      Delete
  7. saya pakai je la tudung tu mcm biasa. malu ler nak tunjuk2. hehe

    ReplyDelete
  8. pakai style tudung yuna bella kan panjang sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tudung kangaroo pun boleh jd panjang kalau hendak ><

      Delete
  9. i never cared about branded stuff, asalkan nampak lawa, nice material, nice size and color, gua beli n pakai... gua juga tak pernah nak perati org lain pakai apa, branded ke tak branded ke tak pernah gua nak perasan... hewhewhew~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi betul pakai baju branded depan hang ni, wkwkwkwkw ><

      Delete
  10. ahahaha XD satu2nya cara nak tunjuk bila beli hoodies tapi belakang je lah mwahaha..
    depan seganlah.. ahahaha XD

    >///< tutup tutup ahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. lu ni jatuh kategori jillback dah, huahahaha
      alah gua pun tgh cari hoodies ni hm hm ><

      Delete
    2. bwahahaha XDD

      ada banyak, online je beli.. fufufu >< duit takde ahahahahha :3

      Delete
  11. Itu laa psal...
    Kadang2 aku nak baca apa yg tertulis dekat baju t-shirt perempuan tu, tapi dia tuduh aku tengok benda lain yg aku tak tengok pon...

    Kalau rasa tak bagi orang tengok, jangan laa tunjuk...WHAHAHAHA!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dok ni cEro.. ye dok ni lu niat nak baca je *angkat2 kening ><

      Delete
  12. nanti kau buatlah zyra oi, logo kat siku. khas utk wanita bertudung gitu

    ReplyDelete
  13. buat logo kat seluruh baju lah, nanti diorang pakai tudung tutup leher saja haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat suruh letak logo seluruh baju supaya depa tutup depan secara menyeluruh ><

      Delete
  14. baju x de jenama pun, corak2 atau grafik kat bahagian tu jugak~~~

    ReplyDelete
  15. hmmmmm, konspirasi illuminati..LOL

    ReplyDelete
  16. buat kat siku lah lepasni ya? hahaha.. :p kalau T-shirt I AM tu... memang lah lagi0lagi lain.. wakwakwak

    ReplyDelete
  17. haha isu jugak ni..nsb baik aku pakai baju takda brand..belasah je semua...takdelah aku keliru dgn perasaan sendiri..kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai baju apa pun, semoga kita bertabah labuhkan tudung di dada :)

      Delete
  18. hehe kelakar betul...tapi betul semuanya apa yng zyraroxx ckpkan ni =)

    ReplyDelete
  19. ini part baju. ada tu yang dok pakai baju singkat pastu pakai seluar tight yang ade tulisan kat bontot tu ha cm ne gayenye tu? kadang bile gua tengah jogging gua TERPANDANG pulak bontot wanita tersebut. humangai!! gua bukan sengaja. nasib gua perempuan. kalau gua lelaki?

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape