Diskriminasi Detox

Salam.

Pada suatu hari yang indah, gua telah pergi ke sebuah toko kecantikan dan penjagaan diri. Gua request satu minuman detox yang agak gah di canang ke serata pelusuk negeri.

"Untuk sapa ni dik"
"Er, untuk saya lah" (sambil tahan diri dari nyanyi lagu 'untuk dia, heyy untuk dia, heyy')
"Eh, adik kan dah kurus, buat apa nak minum detox? Ishh tak payah lah. Lainlah kalau adik gemuk dan nak kuruskan badan. Ni dah kurus ni?"
"..."

Diskriminasi apakah ini? Setahu gua, detox adalah istilah yang digunapakai untuk nyahkan toksin (bahan beracun dihasilkan di dalam sel atau organisma hidup) dalam badan. Semua manusia dan organisma hidup mempunyai toksin di dalam badan mereka tanpa mengira rupa, pangkat, darjat, berat dan keturunan. 

Atau ada saintis yang telah mengelurkan fatwa toksin hanya untuk orang gemuk yang gua terlepas pandang? Okey fine, maybe kakak tu misunderstanding. Gua pergi lagi dua kedai. Masih soalan yang sama: untuk siapa, dan memandang gua dengan sangsi. Damn, gua dah rasa serupa ingin membeli sesuatu yang termaktub di bawah Akta Dadah Merbahaya 1952 pula.

Hak membuang toksin hak kami! Kahkahkah.

Nevermind, I'll just stick to ze lemon 




Mind-set orang kita ni kadang-kala cukup menakjubkan.
   

51 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Baru baca sikit, aku dah terdetik benda yang sama.. Toksin ada dalam orang gemuk je ke? Ke toksin tuh maksudnye gemuk? Hahaha..


    Yup2..our peeps never fail to amuse me.. UvU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha mind-set yg tak boleh dibawak berbinciang baqhang ><

      Delete
  2. Agaknya sebab detox tu dipopularkan sebagai ubat kurus kot. Sabar jela ye..

    ReplyDelete
  3. Mungkin orang berkenaan kurang tahu kegunaan sebenar minuman detox kot.

    ReplyDelete
  4. so ko kena belanja aku utk detox.

    ReplyDelete
  5. diskriminasi mcm ni kira ok lg.. saya slalu kena sales girl x layan sbb dia ingt saya org x de duit. Kah.. kah..kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah gua lagi suka cenggitu, ngacau salesgirl je ngikut sana sini ><

      Delete
    2. Samalah... saya suka kalau salesperson tak ikut saya ke sana ke mari.. ngacau jer...

      Delete
    3. Cerita pasal sales girl tak layan kan, aku pernah kena masa nak beli power bank aku pergi dekat bahagian yang berjenama dan mahal sikit pastu ada jurujual ni datang kata "Kita ada power bank yang murah dekat sana..." sambil tunjuk ke satu penjuru bilik.

      I iz sad. Dia fikir aku nak takdak duit nak beli yang mahal punya.
      Terus tak jadi beli.

      Delete
    4. hm, kita dah terbalik. tadi tgh belek-belek frame speck yang rm180, salesgirl tu ckp sana ada lagi, pergi tengok harga, mak aih rm800++ :'))

      adakah sebab gender kita berbeza?

      Delete
    5. Mungkin sbb muka aku macam muka mat rempit kaki ragut Wan Maimunah tepi jalan kot...

      **duduk berpeluk tubuh di penjuru bilik gelap dalam kesedihan**

      Delete
    6. hahahahaha! part wan maimunah tu klaka XD

      Delete
  6. wahhhh tak berani nak order minuman detox tak macam ni, confirm kena tanya jugak nanti :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu ckp je: nak berniaga ke takanak ni kak? ><

      Delete
  7. Actually kan, aku pernah baca yang salah satu cara orang berisi tak kurus-kurus walaupun diet bagai nak rak adalah sebab banyak toksin dalam badan, hence kaitan detox (detoxification) dgn manusia berisi.
    Tapi betullah kata kau,
    detox actually bukan HANYA utk orang berisi saja.
    Manusia kurus keding pun ada juga toksin dalam badan.

    Apa kata cuba amalkan madu.
    AKu pun tengah giat mengamalkan madu dek kerana kolesterol aku yang meninggi langit ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...jangan lupa campur dengan serbuk cinnamon sekali tau cEro, minum dengan teh-0 panas... heheh ;3

      Delete
    2. Hehe...
      You know what Plain?
      Aku memang berniat nak campur cinnamon, tp tiap kali aku keluar je mesti aku lupa nak beli cinnamon...hehehe
      Nak kena tulis dengan permanent marker dekat tangan nih...heheh

      Delete
    3. Gua bukan xnak minum madu, nanti manis overload pulak, wahahahaha. Err tak sebenarnya gua takut kena madu =_=

      Delete
    4. Madu tu aku campur air, so manis dia akan kurang sikit...hehehe
      Aku sokong madu makan manis je, madu yang makan hati ni no komen. Hehe

      Delete
    5. kenapa bab2 madu mkn hati ni no komen?! *tumbuk meja* koffkoff

      Delete
    6. Nanti kalau aku kata aku ni jenis yg setia pada yg satu, kang orang kata aku up diri sendiri.
      Jadi no komen je laa...hehehe
      **lap-lap meja yang Zyra tumbuk tadi**

      Delete
  8. saya mmg nak detox tapi malas sbb x suka masam. detox bgus utk kecantikan kulit muka bebas jerawat, jyeahh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jyeahhh, itu lah motifnya. Nak cun kena byk sabar ><

      Delete
  9. laaah... abih tu last kali lu tak dapat jugak la amik produk detox tu? isk isk... ( -___- )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia offer gua pelekat detox yang lekat kat kaki tu instead of minuman. Tp gua tanak. Rasa skeptikal sikit dgn menda2 berpelekat ni, wahaha. Last sekali gua beli online dan sekarang sistem pencernaan gua semakin baik ><

      Delete
  10. sbg seorang akak cashier di kedai ala farmasi,mende cenggini patutnya tak boleh berlaku.kene report! saya bangkang! *beriya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farmasi lain, well-educated sikit. Nyiahaha ><

      Delete
  11. saya makan suppliment utk jaga kesihatan, orang pandang saya atas bawah. haha
    mungkin orang gemuk saja yg kena jaga kesihatan ? ini bidaah ! *heheh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha itu merupakan sebuah mind-set yg sgt bidaah! ><

      Delete
  12. nak komen satu je. kenapa doodle zyraroxx dah ala-ala ayu? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayu ke? kakakaka. harap ada org ngorat ><

      Delete
    2. Doodle ayu, tuannya lagilah...
      **smooth**

      Delete
    3. si cEro ni suka betul buat gua tak keruan *kucar kacir pergi mandi* kahkahkah

      Delete
  13. Saya detox dengan lemon dan daun pudina jer... wkwkwkw

    lepas ni kalau orang jual tanya lagi, awak kabo jer... "untuk suami!"
    kalau dia tak percaya, awak panggil saya, saya temankan awak.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut nanti kakak tu offer produk lain pulak...wkwkwkwkw.

      Ahem, buat apa just teman, jadi suami terus lah **smooth** XD

      Delete
    2. sapa yg smooth? teach me master! ><

      Delete
    3. perghhh... manis gila.... *semutttttttt*

      Delete
  14. so next time kalau nk beli minuman detox ckp je minggu depan nak pergi jepun. nk bgi minuman tu untuk sumo2 kt sana. konfem tak de siapa yg tanya lagi. muehehe.

    tu la akibatnya bila produk2 ni terlalu dkomersialkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah! apeke comel sgt alasan lu ni? ><

      Delete
  15. hahha.. orang gemuk je la yang banyak toksin..kecik hati orang gemuk..ekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. agagaga sian orang gemuk, sering jadi mangsa kekejaman ><

      Delete
  16. Salam. Hee gambar komik yg chantek mcm biasa ;p

    ReplyDelete
  17. detox mmg penting...klu xdetox mcm mn kite dpt serap zat2 yg kite makan tu...hehehe...kite selalu wat air lemon+strawbery...huhu

    ReplyDelete
  18. tak sangka bab detox pun ada racism.

    ReplyDelete
  19. akak pun sekarang memang tengah usha2 produk untuk detox sebab akak ade masalah system penghadaman yang tak berapa nak bagus. bile g kat kedai2 yg jual jamu2 ni, diorang siap offer 2 3 produk lagi kat akak. mungkin akak adalah suspek atau prospek.. aww..malu gua!

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape