Vanilla Coklat

Yo \m/

Sebelum spekulasi lu meliar teruk, gua nak gitau siap-siap,
ini bukan drama cinta sweet-sweet.
Ini kisah benar yang diadaptasi dari hidup seketul Zyra, fewwwit.

Gua ada empat orang abang. Harini gua nak cerita perihal abang yang bongsu.
Dia mempunyai kulit yang cerah dan gebu yang diwarisi dari emak,
manakala gua memiliki kulit yang gelap dan gulita diwarisi dari ayah,  Daddy's Girl lah katakan. 

Masa kecik, gua sering jugak pertikaikan perihal kulit kami.
Sepatutnya gua lah yang dapat kulit cerah memandangkan gua ni perempuan. Mujur gua belum baligh waktu tu, kalau tak dah lama hangus disambar petir.
Gua stop pertikaian tersebut selepas ayah pergi. Glad I inherited his dark skin. 
Miss him much (ninja sesat mana pulak potong bawang sebelah gua ni?)

Kami juga menggemari perisa yang mewakili warna kulit masing-masing.
Abang gua suka vanilla dan gua pulak suka coklat. Adakah disebabkan pembawakkan genetik yang diperoleh dari kulit? Sampai sekarang abang gua tak suka coklat.
Gua rasa gua dah buat dia mengalami PTSD. Yelah, gua suka coklat, kulit gua pun jadi warna coklat, so abang gua tu maybe dah fobia dengan coklat, kahkahkah.

Dia sebolehnya akan elak coklat dan prefer coklat putih. 
Gua dah cuba makan coklat putih ni tapi rasanya serupa sebuah Genting Highlands tanpa kasino. 
Hambar. Menjelang hari raya, dia request Almond London versi coklat putih
Dah serupa Almond Sepanyol rasanya. Apabila ke Langkawi, dia memesan belikan coklat putih.  
Dan bila abang gua beli aiskrim Neapolitan, confirm perasa coklat ditinggalkan bersendirian. 

Selain racist, abang gua jugak seorang sexist, kahkahkah. 
Menurut cerita arwah emak, semasa gua masih seorang baby, abang gua suruh emak buang gua sebab dia nak seorang adik macam anak jiran gua: lelaki dan putih gebu macam dia, ceit. 
Emak membujuk: "Adik memang tak cerah tapi adik lebih cerdik, pandai senyum dan ketawa bila diagah, kan lagi comel tu?" (Ninja ni keturunan bangla ke potong bawang bayak-banyak?). 
Dan abang gua nampaknya terima pujukan tersebut. Dia tak boleh nafikan, adiknya itu memang comel, ufufufu.

Huh, abang gua tu propa je lebih sebenarnya. Kalau diletakkan kek coklat kat depan mata, licin jugak dilibasnya (menguap).




Air dicincang tak akan putus, biarpun teknologi telah mencipta pisau superhydrophobic. 

62 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. aduh.. habuk masuk mata....

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. Ninja keturunan bangla.. Entry ni sepatutnya buat aku rasa terharu tapi aku nak tergelak pulak baca random personification ko ni. (personification ke?? Aku xtau istilah apa nak pakai sebenarnya). Anyway, aku teramat dengki dengan orang-orang yang ada abang. Aku pun nak ada abang. wargh.. Bak sini abang ko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku puuuuuuuunnnn..! Cam chumil jek ada abang..! Guhuhuhuhu..

      Delete
    2. korang nak abang Zyra dah kenapa.. nak buat jadi abang angkat atau "abang" bawaan kadi?

      Delete
    3. ejejejeje Aujinz.. Kadang-kadang aku pun nak smooth macam ko jugak.. Hahaha

      Delete
    4. entahla personafiksi ke metafora, wkwkwk ><
      ada abang ni memang rasa diri begitu comel. tapi sometimes jela, rasa annoying tu yg lebih. At lest gua tak kempunan la nk paggil 'ABANG'.. kakakaka TT_TT

      tenang2, abang gua dah kawen. adik dia ni je yg avail ><

      Delete
    5. kah kah kah... melepas laaa Day ngan LeeKun.. kakakaka.. gua ada can lagi... wkwkwkw

      Delete
  3. coklat manis walaupon kaler dia "kelat"
    begitu juga zyrarox.....manis dipandang walau kulit warna coklat...ehhh!hahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lu dh boleh masuk geng puisi terfaktab ah cenggini. superb! ><

      Delete
  4. ada pulak bangla yang potong bawang sebelah cek ni ha T_T hahaha

    ReplyDelete
  5. coklat mestilah color coklat kan? hahaha. baru sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. kalau coklat putih panggilah puteh, jgn pggil coklat, kan kan? ><

      Delete
  6. ninja bawang ni ada macam2 bangsa baq hangggg~ ;3

    gua suka coklat kalau dipadankan dengan kacang (badam atau kacang tanah) je, kalau coklat on its own, gua pun cam maleh je nak makan, kehkeh X3

    ReplyDelete
  7. *hulur tisu jibby and co*

    ReplyDelete
  8. biar coklat asal manis . hahaha

    ReplyDelete
  9. Aku rasa aku boleh geng dengan Abang Zyra ni...
    Abang Zyra suka vanilla, aku pon suka vanilla.
    Abang Zyra suka white coklat, aku pun suka white coklat.
    Abang Zyra tak makan coklat biasa, aku pun tak suka coklat biasa.

    Cuma kulit aku je tak berapa nak cerah sangat, mendung je selalu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. smooth cEro..smooth... *plot twist.* cEro nak try abang Zyra.. LOL..!! XP

      Delete
    2. ok. lee-kun klaka~~~ hahahaha....

      Delete
    3. Nak pikat adiknya, pikat abangya dulu.. Smooth..

      Delete
    4. *unfriend cEro* muahahahahahahahaha!

      dayummm,, tergelak aku baca komen Lee :')) :')) mujur abang aku dh kawen kalau tak seram jugak dibuatnya

      Delete
    5. Baju sekejap aku hilang, banyak dah korang mngata aku ek? Hehehe
      Jangan risau pasal Abang Zyra, sebab aku yakin aku masih straight...hehehe
      Yang kena risau ialah si Zyra ni...hehehe

      Delete
    6. pilih zyra, pilih... hehehehe ;p

      Delete
  10. Replies
    1. mungkin gua kategori dark choc yg pahit T_T

      Delete
  11. Ninja tuh dah sampai kat umah aku..! Laju betoi dia...! >A</

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahaha, komen ni comel dan kelakar at the same time, ufufufu :3

      Delete
  12. biasanya eskrem neopolitan kat rumah aq ni coklat yang kosong dulu.paling hina stroberi ah.haha.poyo lah abang lu.XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngahahaha sama! beliau mmg poyo tahap mengalahkan wak doyok ><

      Delete
  13. Saya pula tak suka bila abang saya lebihkan kawan dia dari adiknya sendiri. abang kata kuat cemburu saya ni TT______TT

    ReplyDelete
  14. alfatiha utk ibu danbapa pelukis komik ini ;p kisah nostalgia yg menarik

    ReplyDelete
  15. haha.. kalau yaya pulak.. kecik dan rendah mcm smurf ikut mak. sedeh.. haha,. selalu kena buli

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xpa, gua bercadang nk buat satu entri khas untuk girl yg rendah ni ><

      Delete
  16. dan.. tak suka makan coklat sejak kena operation .. lepas operation xsuka mkn coklat kecuali ais coklat, haha

    ReplyDelete
  17. biar gua jadi abang lu... sebab gua tak memilih... coklat gua bedal, coklat putih pun gua bedal...
    tak memilih punyaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhlamak Cero ada competitor.. Smooth bro.. smooth and silky..

      Delete
    2. nak jadi abang angkat atau "abang" bawaan kadi?
      abang angkat gua tanak, dah ramai *menguap*

      smooth and silky? kahkahkah dah serupa iklan rejoice rich :)))

      Delete
    3. May the best man win?
      (haha, comfirm laa aku yang kalah...)

      Delete
  18. Cerita lu ni mengingatkan zaman kanak2 gua lah.Abang gua kulit gelap sikit (kaler kasut kulit).Kalau gua gaduh dgn abg gua mesti gua ckp "kau ni dah lah hitam!suka sangat makan kicap,sebab tu kau hitam..."


    *takyah dtg blog gua,xapdet pun.kehkeh*

    ReplyDelete
    Replies
    1. lu mmg racist tahap nigga la bro. gua pun sedih membaca komen lu terhadap abang tu :3

      Delete
  19. Al-Fatihah untuk kedua parents lu :)

    ReplyDelete
  20. nk sedih tp ada kelakar lak.. adik akak ada bg teka teki, "apa benda yang bila jauh rindu, dah dekat menyampah??" jawapannya, adik beradik.. indeed, jauh tu sgt rs rindu..dh dekat asek nk bertekak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua nak hajak lu tawa dalam tangisan, huahaha. gua suka teka teki tersebut ><

      Delete
  21. Hehehe seronok baca kisah adik-beradik. Tak boleh dinafikan biasanya pangkat abang2lah yg selalu sakat adik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg gua mmg taraf sakat dan sakai, hahah ><

      Delete
  22. ni sebelah aku pun macam ada invisible ninja je ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jejaga, they are everywhere ><

      Delete
    2. nape slalu ninja dikaitkan dgn potong bawang?
      sbb yg game potong2 buah tu ke? =P

      Delete
  23. coklat itu sangat sedap....dan menggemukkan... wahahahah :3

    ReplyDelete
  24. itu namanya adik beradik. even gulap gulita sekali pun tetap menjadi pojaan hatiku. eh!

    ReplyDelete
  25. boleh pulak gitu kan. hahahaha.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape