Lelaki Dan Nafsu Yang Satu

Perempuan ada sembilan nafsu.
Lelaki ada satu nafsu. Tapi susah dijaga seperti sembilan jugak.

Entri berkaitan 'The Flash' dari cEro membuatkan gua teringat kisah-kisah dari zaman U dahulu kala. Waktu di mana gua young and free, naif dan curious. Kerana curious jugaklah gua gigih enrolled psychology as a minor (sebab lecture prof tersebut cool mampos sebenarnya). Banyak benda beliau hajar gua hinggakan sedikit demi sedikit kenaifan gua berjaya beliau kikis.

Pada suatu hari yang panas serupa waktu begini, gua ambik keputusan untuk ke mall di ibukota Penang. Gua sendirian memandangkan haritu weekday dan member semua di kelas atau malas nak keluar. Gua terpaksa jugak keluar, ketagihan membaca fiction dah tak terbendung.

Time balik, gua tunggu bas di stesen bas kat tengah-tengah kota. Kebetulan dekat situ ada kaunter eksrem mekdi lalu gua pun sambar satu sundae cone (masa tu belum reti boikot) dan settle down kat satu bangku.

Tetiba ada satu mamat tegur, "sedapnyaaaa aiskrim, nak sikit?"
Gua pedulikkan je sebab ingat dia hanya mengusik. 
Kemudian: "Boleh laaa, bagi aiskrim tu.."
Gua pandang dia. Dari segi pakaian yang berkameja siap berseterika dan jam tangan jenama terkemuka yang bukan fake, gua agak dia puyai RM1.05 untuk sebiji sundae cone kat mekdi yang hanya 50 meter di sebelah.
Hati gua tak sedap. Gua teringat tajuk "Fetishism" dalam slides prof.
"Awak... boleh lah.." dengan suara yang satu macam.
Gua tak menoleh lagi lalu angkat kaki blah dari situ.

Apadia Fetishism? Satu perlakuan di mana seseorang itu akan terangsang secara seksual apabila dapat memiliki sesuatu benda yang merupakan 'bekas' orang lain (desired person). Selalunya perangai pelik ni dimiliki oleh stalker. Tapi dalam kes gua, ia lebih creepy sebab gua jatuh dalam kategori desired person at first sight. Jadi jangan rasa teruja sangat dengan benda karut macam love at first sight ni, kahkah.




Okey seterusnya kita pergi pulak dekat hujung-hujung sem. Jadi student USM tak sah kalau balik ke kampung tanpa bawak buah tangan berupa jeruk. Untuk membeli jeruk kena pergi ke pasar Chowrasta yang jugak dekat ibukota. Jadi, kami menunggu di stesen bas yang sama. Disebabkan gua pendek, dah jadi satu habit untuk duduk sambil hayun kaki yang tergantung. Tiba-tiba..

"Adik.. jangan buat kaki macamtu adik.. stim ni.."

Gua terus tarik tangan gua dan berselerak lari dari situ. Even di tengah-tengah kesesakan orang ramai. Damn! Gua baru face to face dengan seorang Podophilia! Gua rasa diri gua ni fit tapi berat jeruk yang dah serupa beras 5kg telah memancitkan gua. Kawan gua masih tercengang hairan sambil tercungap, Gua hanya jawab "orang.. gila....seks...." tiga perkataan tu dah cukup buat dia diam sampai ke hostel.

Kejadah apa pulak Podophila ni? Ia nama lain bagi foot fetish yakni manusia yang terangsang secara seksual bila tengok kaki. Mungkin sebab gua pakai sandal thong cenggitu dia nampak serupa pakai bikini kot. Rasa berdosa gila biarkan kaki separuh bugil cenggitu.

Pengajaran yang gua dapat sejak dua peristiwa di atas: Gua tak lagi makan aiskrim di tempat public yang open. Lagipun gua bukan budak umur 5 tahun lagi, people might get the wrong idea. Sejak dari itu jugak gua selesakan diri dengan memakai sneakers ke mana-mana. Tak tayang dah kontur kaki gua yang 'seksi' sangat tu, kahkah.

Alhamdulillah, sejak dah kerja dan berkereta sendiri gua dah jarang menuggu bas. Tapi gua tau gua hanya berapa persen je yang terbertuah dapat travel dalam keselesaan kereta sendiri. Masih ramai perempuan kat luar sana yang tiap hari kena hadap jantan-jantan serupa Mr Sleek dan Mr Slimeball di atas.



       


56 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. heee... sempoi je entry but creepy jugak orang macam tu

    ReplyDelete
  2. Zaman dah berubah. Dah banyak orang sakit dan gila.
    Luaran nampak sihat, tapi mental banyak wayar tak berhubungan lagi...

    Sekarang gua dah tahu kenapa lu suka pakai sneakers... koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, manusia makin tenat

      Tp kalau dgn lu gua rela pakai high heals, kahkah!

      Delete
    2. Gua nak ambil ayat high heels tu sebagai compliment atau lu rasa insecure kalau dengan gua maka lu akan gunakan heels sebagai senjata... kah kah kah ~

      Delete
    3. Ambik sebagai komplimen.
      Okey gua dh blush ni.... sbb... salah eja
      Kahkahkah

      Delete
    4. takpe.. gua buat buat tak nampak... wkwkwkw

      Delete
    5. *smoooooth*~
      ...go aujinz go, wkwkwkw ;p

      Delete
    6. Kakakaka plain san yg kacak bergaya dtg sini komen reply ojin je ke *nangis bawah bantal

      Delete
    7. Ojin smooooothhhh!!
      **gosok bahu**

      Delete
    8. Apesal kat blog takde 'like' button niiihhh..!!! Hahaha..XP

      Delete
  3. saya dulu penah gak jumpa orang macam ni....pastu kelentong ngan dia kata dah kawen...terus tak kena kacau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua ingat nak letak bantal kt perut bila keluar jenjalan ><

      Delete
  4. belajar istilah baru hri nh...foot fetish and fetishism........ ^^

    ReplyDelete
  5. Euwww scary kot gila seks gitu..

    ReplyDelete
  6. Ohh..ingatkan td podophilia tu sama mcm pedophilia...lain rupanya. Sebab tu la dlm islam kaki pun dikira aurat jugak, boleh naikkan nafsu lelaki jugak. Btw, nice entry. Seronok gua baca. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nama je nak sama tp tak. Yang pasti deduanya keji. Itulah, ada sbb islam syratkan suruh tutup semua kecuali muka n tapak tangan :)

      Thanks bro, lu happy gua dabel happy ><

      Delete
  7. masa gua budak sekolah rendah dulu, gua pernah terserempak dengan pedophiles twice at school... alhamdulillah gua berjaya melepaskan diri dan seterusnya membuat dia terjerat dan kena sound dengan para cikgu-cikgi yang ada... waktu tu cikgu-cikgi tengah bermesyuarat dalam salah satu bilik darjah, waktu tu awal petang, budak2 dah ramai balik. gua cuma perlu berjalan sebelah kelas tu dengan buat muka cuak gila, pedo tu pulak main follow je gua dari belakang macam hantu, last2 kena cekup dengan para cikgu... hahah, rasakan... menggelabah bewak dia nak explain, tergagap-gagap dia, heh...

    podophiles pulak gua belum pernah jumpa, kalau ada pun mungkin dia tengok kaki gua diam2 je, tapi yang tegur sandals gua menarik tu ada la... hah, lantak lah, gua tak nak pikir lebih2, gua tetap suka sandals ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu kes lagi creepy. Nasib tak kena molested dgn pedo tu. Kalau gua jadi cikgu-cikgi masa tu mmg gua dah belasah pedo tu sampai lunyai, huh!!

      Delete
  8. Tengok kaki pun boleh stim? Creepyy gilaaa mamat tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha jantan ni kita bukan tau otak dia fungsi cemana. eh rasa nak berniqab pulak =.=

      Delete
  9. so creepyyyyyyyy... tambah part yg podophila tuuuu... arghh nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiuhiu kan? berani declare stim lg tu dasar tak reti malu

      Delete
  10. memang ada orang macam tu..tengok jari kita pun dia teransang..tengok mulut terangsang ..macam nak sepak (guna kaki) sekali muka dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok tapak kaki gua melekat kt muka dia pun boleh terangsang gua kira =.=

      Delete
  11. cuma nak tnya. adekah icecream untuk bebudak seekitar 5 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud gua, budak umur 5 tahun kalo mkn eskrem kat public, nampak comel. kalau perempuan dewasa, nampak mcm ada agenda. hiu.

      Delete
  12. My experience with weird guys was not that extreme. One of my friend makes me worry about his interest on opposite sex or lack thereof. He would prefer to play game all day. That's all he ever wanted to do. But he's okay with girls actually. I've asked him once on his sexuality since he's not that into girls, but turns out he's just not into the whole shabang. Game is everything!! To me that's weird. Or maybe I just misjudge the male species. Perhaps sex is not their ultimate goal in life. Hahaha.

    On a darker tone, I've encountered a flasher in secondary school. He just went of wanking in front of female student. But the funny thing is or maybe absurd thing is, nobody actually noticed him. Seemed like I'm the only poor soul who saw that. everyone was so immersed in their reading and chatting that the flasher just lost his drive and drive away. I've seen this two times and I'm scarred for life. Uncle.. Please..

    Sorry for the long comment. I love psychological stuff.. But my comment hardly related to that anyway.. Mianhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually human sexual arousal and interest are varied and complicated. there are men who arouse by looking at robots, at insects and yes, by playing games! there are exactly 46+ type of sex fetishes, phew. let be on the safe side and assume your friend is yet to meet his soulmate or something, haha.

      hopefully that sicko flasher had rotten somewhere.

      Delete
    2. Sebenarnya, aku ada kenal sorang secara peribadi yg mengaku dia ada 'back fetish', terangsang bila tengok belakang perempuan (dia lelaki of coz)...
      Dia kata belakang perempuan tu tak kisah berbaju ke atau tak berbaju, dia tetap suka.

      Itu...aku rasa sangat pelik.

      Delete
    3. hahahah napsu manusia ni berbeza. Kalau disenaraikan maunya ada beribu-riban jenis fetish =_=

      Delete
    4. rumah sewa aku duduk dulu pernah jadi sasaran flasher..tapi seb bekla aku tak pernah nampak apa dia buat..housemate2 aku yang lain yang nampak..

      Betul, again.. human fetishes never fail to amuse me.. =w='''''''

      Delete
  13. Hahaha,, memang banyak sekarang ni orang yang gila seks. Hahahah,, pernah sekali makan aiskrim yang 20$ ditegur, sedapnya makan aiskrim, rupanya dia pikir benda lain. -,- Haish, zaman sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik, lelaki pun jadi mangsa keadaan jugak eh?

      Delete
  14. bangang gila lelaki dkt stesen bas tu o.O kehkeh. kawan sy ada gak kena macam ni. Dekat belakang sekolah, dia pergi tunjuk dia punya tut. nasib masa tu sy x rapat lagi dgn diorang, kalau tak, dengan sy2 jadi mangsa. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh! percuma je nampak tutt =..=
      nasib baik, take care always k?

      Delete
  15. duduk kl gua penah dengar cite buruk pasal naik public transport. gua sendiri pernah rasa. memang time tu gua rasa nak kaki kan mamat pedopilia apa benda yg lu sebut tu. tapi alhamdulilah, gua kena tak teruk mana. ada kawan gua punya kwn kena lg dasyat aihh malu nk cite, masa naik monorail. eh bru tk di gua baca kt fb pompuan ni kena kcau smpi lelaki tu keluarkan **** masa dlm sesak ramai org tunggu monorail. sini biasa gua dngr mat bangla paraipaa buat kerja biadap gini. nasib skrg gua naik mto biar kulit hitam sbb kena panas, janji gua tk perlu hadap org gila seks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ada baca jugak fasal perempuan dlm monorail tu. Kalau gua, gua jerit sekuat hati. Pedulik hapa fasal malu. Laki tu yg patut malu.

      Delete
  16. Orang yg macam tu kekadang mungkin berlawak atau saje2 nak tgk muka kau respon macam mana kot...
    Tp entahlah...
    Jangan assume positif sgt sbb mmg ada jenis fetish merata tempat...hahaha

    Tetiba aku terasa nak study benda2 fetishes ni..Macam best je....wahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua tak rasa jejantan tu melawak. Sebelum ni kalau kena kacau pun tak over sampai cmtu sekali. Gua kena percaya kpd woman intuition gua, kahkah.

      Study utk tahu je takpe, jgn terpengaruh nak jadi weirdo cm depa jugak, kohkohkoh

      Delete
    2. human fetishes never fail to amuse me.. nuf said.. =w=

      Delete
  17. Replies
    1. Kalau dgn hantu sundal bolong mana lg seram? ><

      Delete
  18. sometimes pelik sebab pernah kita pakai baju kurung dia cakap steam ? padahal baju kurung sopan tu . then nak pakai apa ? bugil ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang cmtu harus direjam dengan batu je, kuahahah!

      Delete
  19. haha..atlest di bg tau ko..jgn buat lg..die ngah stim..kire syukur dah tu..haha.. foot fetish ek..dashat gak dpt tau name nie..igat ppuan tak tau..hehe

    ReplyDelete
  20. Human fetishes ni memang pelik2.. Dunia ni sebenarnya makin penuh dengan creepy peeps.. Tambah2 bile benda bukan norm nak dijadikan norm.. So kena be extra cautiousla..

    BTW, aku suke pakai sneakers gak, baru kaki maintain cantik..hahaha.. Nampak tak niat terpesong di situh.. XP

    p/s: Aku rasa macam dah komen tapi tak komen lagi rupenye.. =A=''''''''

    ReplyDelete
  21. what~~~~~? saya baru taw istilah2 tu. rasa takut plak...

    ReplyDelete
  22. baru aku tau istilah ni dan wujud org cenggini...haiihhhh scary benauuu

    ReplyDelete
  23. 😉😉😉

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape