Ketupat Iluminati

Salam guys,

Pergh, power jugak bila sekali-sekala guna tajuk ala-ala tabloid murahan begini.
Maklumlah orang kita memang minat mengkaji iluminati. Semua benda yang bermata satu dan berbentuk segitiga dikatakan ada unsur iluminati. By the way, hangpa patut baca novel Dan Brown: Angels and Demons yang merungkai tentang iluminati dengan begitu menarik. Yep, ia hanya sebuah cereka fiksyen. Tapi dianyam dengan historical facts yang sangat superb it will take your breath away.

Berbalik kepada persiapan raya.
Kami di utara menyediakan ketupat palas. #TeamKetupatPalas
Negeri-negeri di selatan mungkin sediakan ketupat jawi, atau mungkin ketupat plastik (ketupat segera). Ketupat palas dibalut dengan daun palas (lawak kaitkan daun ni dengan kasut jenama Pallas is so lame). Isinya pulak terdiri daripada campuran pulut santan separuh masak, dimasukkan dalam daun kemudian direbus. Manakala ketupat jawi dianyam dan dibalut dengan menggunakan pucuk daun kelapa (betulkan kalau gua silap). Komposisi isinya pulak terdiri daripada beras.



But of course, kalau nak jadi hiasan dinding, lampu liplap atau dekorasi kad raya, ketupat jawi menjadi pilihan. Bayangkan dekorasi raya digantikan dengan ketupat palas berbentuk segitiga yang simple, plain tanpa sebarang anyaman, hanging limply on the wall.
(krikk krikk krikk)

Gua cuba belajar buat ketupat jawi dulu, guna riben. Waktu nak hias kelas sempena sambutan Aidilfitri di sekolah.
Dan kejadian tersebut berakhir dengan kedua belah tangan gua terbelit lalu memaksa guru kelas menggunting riben tersebut dengan muka separa ikhlas.
Andai ditakdirkan suatu hari nanti gua terer buat ketupat jawi, gua akan hidangkannya dalam bakul anyaman bilah rotan buatan tangan.
Gua akan berdiri di sebelah bakul tersebut dengan sebilah lembing dan bermuka bengis.
DON'T YOU DARE TO TOUCH MY MASTERPIECES!

Berbalik kepada ketupat palas.
Lu jangan tak tahu, ketupat ini mempunyai jantina.
Ya, jantina seperti manusia, tumbuhan dan haiwan. Tapi usah khuatir, ia ada dua jantina je iaitu jantan/betina. Ia tiada masalah transgender. Dan kepakaran gua adalah menghasilkan ketupat palas betina.
Harap maklum ye tuan puan, ketupat betina tidak akan diterima masyarakat setempat.
Sebelum kena hentam dengan puak-puak feminism biar gua jelaskan dekat sini:

Ketupat palas betina, akan ada satu err.. 'bukaan' berbentuk segitiga kecil dibawahnya. Please jangan fikir bebukan, ini makanan kot, show some respect. Manakala ketupat jantan mempunyai satu belitan/lipatan yang smooth tanpa sebarang lubang. Now, lubang ini merupakan satu kritikal point. Kalau hasilkan ketupat betina yang mempunyai lubang, kelak akan jadi masalah ketika proses merebus dilakukan. Air akan masuk ke dalam ketupat lalu ketupat menjadi lembik dan tak sesado, sekental ketupat jantan yang tidak dapat ditembusi air.



Anyway, gua sebenarnya reti 'buka' daun palas je, yakni ambik daun yang panjang tu dan lipat/simpulkan jadi bentuk ketupat.
Jadi, gua tak ambik port sangat mengenai jantina ketupat gua sebab proses memasukkan pulut setelah daun dibuka dilakukan oleh emak/kakak gua. So, mereka lah yang bertanggungjawab menukarkan jantina ketupat gua dari betina ke jantan.
Oh my, baru tadi gua cakap ketupat ini bebas dari masalah transgender..
(tepuk dahi).


Konklusinya, bagi lah gua ketupat apa jenis pun gua akan makan.


Nom nom nom. 

68 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. hazy pernah ah jugak beraya kat utara. tapi rasa pelik sebab tak jumpa pun ketupat yg guna daunkelapa tu. baru tau yang org utara makan ketupat palas je. heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah gua pulak teringin nk mkn ketupat dari daun kelapa tu, sampai sekrg tak dapt, sobs :3

      Delete
  2. ha ha ha, ketupat illuminati gitchewsss...akak pun rajin juga membaca tentang illuminati....

    ReplyDelete
  3. terengganu pun ada ketupat palas ni. selalu makan dengan serunding, tak pon rendang...

    perghh..kecur air liur pagi2...minggu depan da raya yop!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan, kelate ganu pun ketupat palas jugak, perghh sedapnya cecah dgn serunding basah, slrrpp!

      Delete
  4. baru taw ketupat ada jantina hahahah

    ReplyDelete
  5. Hahahaha... ooo.. kitorang Johor panggil Ketupat Bawang jer... tak tau plak nama beliau pada IC ialah ketupat Jawi.Sejak bila beliau masuk Jawi?..

    koh koh koh...

    Ketupat palas gua tak berapa in. Tapi tak tahulah kalau kalau gua ter ikat dengan orang Utara, mungkin gua cuba in kan ketupat palas dalam hidup gua... koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ketupat bawang yg bentuk cm bwang tu kot, ketupat jawi yang empat segi senget2 sikit tu kot.. wkwkwkw ><

      rugi oh tak suka ketupat palas, sedap, lemak, masin cecah pulak sambal daging, fuhhh Gordon Ramsey pun blh angkat topi ><

      Delete
    2. kalau empat segi tu kan ketupat sate kan kan kan?

      Delete
    3. entah le google image ketupat jawi keluar segala mcm jenis ketupat. wahahaha ><


      org Muo buat ketupat apa, nak sikit!

      Delete
    4. Orang MuO ketupat Bawanglah... koh koh koh

      Delete
  6. Maaf gua tak makan apa jenis ketupat pun mahupun lemang.lol

    ReplyDelete
  7. pebret sgt klu balik kg kat kedah..

    ReplyDelete
  8. Hahaha. Nenek aku buat ketupat plastik je! Palas ke berbelit ke pulas ke cari kat kedai.
    EH apa beza ketupat dengan nasi impit?
    Btw, kali ni aku baca satu2 ayat kau. *angkat tangan tanda ikrar*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha rock gila nenek lu :D
      nasi impit tu ketupat jawi versi plastik, hahaha ><

      Terima kasih, tak sesia gua taip panjang sampai pecah peluh, wkwkwk :p

      Delete
  9. etupat palas ni pebret aku.. tapi probability aku nak dapat kan ketuat palas kat kawasasan aku sangat nipis dgn skala 1/20 buah rumah baru jmpa ketupat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakaakaka amboi kenmain siap ada skala gittew.. hahaha nanti kalau sempat aku bawak lah penang sikit kasi kat hang, itu pun kalau ada la.. kalau.. wkwkw ><

      Delete
  10. tak suka sangat ketupat palas sebab dia melekit2 macam pulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahahaha memang beliau sejenis pulut pun boss ><

      Delete
  11. aku tak pernah buat ketupat palas lagi, biasanya aku anyam ketupat bawang @ ketupat pasar

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa tok, nk ketupat bawangg.. huhu. eh ketupat pasar tu apa pulak? :O

      Delete
  12. I reti bukak je.. ekekekek..

    ReplyDelete
  13. I reti bukak je.. ekekekek..

    ReplyDelete
  14. I reti bukak je.. ekekekek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. i nak masuk geng ni boleh? #teamBukaKetupatIttew (alamak..kenapa sensual)

      Delete
  15. teringin nak makan ketupat palas la puasa-puasa ni. hmm

    ReplyDelete
  16. saya dah try belajar banyak kali buat ketupat jawi tapi tak reti reti sampai sekarang . so dah give up .
    ketupat palas pernah belajar tapi dah lupa . konklusinya , sekarang cuma pandai buka anyaman ketupat dan makan . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama sama.. ayat last tu yg paling best! wahaha XD

      Delete
  17. saya orang utara hehe, perlis ni bykk guna ketupat palas ja. Lepas cara balut dia pon boleh jadikan ketupat tu jantan atau betina..kata org dulu la..hihi sy pon tgah gagaahkan diri belajar...kalau buat betina, nanti dia terkeluar isi tu,balutan tu tk kemas, hiuii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha gua buat pun asyik jd betina jee, dia ikut jantina si pembuat ke cemana? wkwkw ><

      Delete
  18. hahahahaha... hmmm, great minds think alike? ;3

    http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2013/07/krisis-jantina-seekor-ketupat-palas.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah! lu dah pernah buat ke entri ni? wkwkwkw yeah we have great minds :3

      Delete
  19. Famili sy panggil ketupat daun palas tu ketupat tiga segi, dan yg jawi tu empat segi.
    Next time kalau ada ketupat bentuk bulat, sy panggil ketupat bulat pulak #hambar

    Mak sy selalu buat bila malam raya.
    Selalu dia tunjuk mana jantan mana betina.
    Tapi sampai laa ni sy tak dapat nak beza jantan betina.
    Masalah betul bab-bab nak bezakan benda ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha, lepas ni boleh lah panggil ketupat iluminati pulak.. wahahaah!

      lepasni boleh refer ke gambarajah di atas ><

      Delete
  20. Oh nama ketupat tuu ketupat jawi. Huhu Selama nie taktau pun nama nama ketupat. And oh ada jantina jugak? Nie lagi laa tak pernah tahu. Bagus bagus. Banyak info baru di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ketupat jawi tu yg empat segi, yg segitiga ni yg ada jantina ><

      Delete
  21. Ketupat palas ni sedap! Saya lebih suka ketupat palas berbanding dgn ketupat yg biasa tu haa. Tpi tak selalu pun beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kann? lagi sedapp, nyumm. buat apa beli, buat la :p

      Delete
  22. ahaha.. comelnya ketupat palas makan bersama rendang ayamm
    tak sabaqnya.

    p/s: zyra boleh pakai produk body shop sbb sesuai utk smua jenis kulit. btw blogger utara right? nanti bg no phone. boleh masukkan dlm group blogger utara

    ReplyDelete
  23. wah ada jantina.. yg jantan siap sado lg tu..

    ReplyDelete
  24. salam ramadhan ketupat katak je sy leh anyam ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ketupat katak tu ada serupa katak tak? ><

      Delete
  25. fuh . .ketupat palas sedapnya . . kalau gi kedah, i mesti nak makan ketupat iluminati ni dulu .. kalau ada jagung plak lagi dalam dia .. yummieh.. sedap wooo ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh jagung pulak tambah mmg power baqhang ><

      Delete
  26. tau makan ketupat je. takkesah dah jenis macam mana kalau makan. wohahaha :D

    ReplyDelete
  27. gua biasa makan ketupat yg empat segi tu je la....ketupat jawi rupanya nama dia. Kalau nak buat ketupat lagi la tak reti. Gua reti potong belah dua je ketupat tu pastu makan..hahaa...Sekarang ni nak senang beli ketupat segera je la yg dalam plastik tu. Rasa dia sama je mcm ketupat jawi...senang. Cuma ketupat palas segera gua x tahu la ada ke x..Kalau ada nak jugak gua try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketupat palas segera pun ada, jenama NONA kalau tak silap gua. Rasanya almost serupa lah, almosttt, hahaha

      Delete
  28. ketupat iluminati pun boleh. memang suka part iluminati ni (berangan nak hancurkan dari akar umbinya. kahkah)

    ReplyDelete
  29. comelnya ketupat.......
    slmt hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya Remy, kirim peluk cium kat si comel Zara ^_^

      Delete
  30. kagumnya... saya langsung x taw wat ketupat. (pengakuan jujur, harap2 bakal mak mertua x baca)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha takep harap mak mertua tak berblog ><

      Delete
  31. Ketupat Jawi tu yang mana ? Hahah. Ketupat yang empat segi tu eh ? Hahaha... Segala jenis makanan raya yang sedap semua bedal, malas nak ambil tahu namanya. Kah kah kah. Janji sedap dan perut kenyang.

    Tapi tak silap ada ketupat yang isinya ada campur campur,, ada jagung lah, kacang merah lah, dan lain lain. Tak tahu ketupat apa namanya. Yang penting, kalau ada hidangan tu, memang langsung tak disentuh.
    Hahaha.. Tekak langsung tak berkenan.

    ReplyDelete
  32. ketupat illuminati kahkahkah! aku yg tinggal kat Perak ni pon memang buat ketupat palas ni je zyra. aku kira up level sikitlah sbbnye pandai gak la masukkan pulut dalam daun palas tu. kalo x silap aku, cara lipat pulut+daun palas tu dalam kiraan genap atau ganjil akan m'bezakan jantina dia pd akhirnya tu nanti. so kalo salah percaturan lipatan, akan terhasillah ketupat betina yang tak berapa nak sado mcm ketupat jantan wahahahaha gitewwww =P

    selamat ari raya zyra. maaf salah silap hehehe

    ReplyDelete
  33. akak ni cuma tau makan ketupat aje. Ape2 jenis ketupat akak memang bedal asalkan sodap. Family akak even dok nismilan tapi kitorang lagi suke ketupat palas. memang mak akak akan buat punye. raya tahun ni pulak mak akak buat ketupat palak pastu letak serunding kering kat dalam die. Pergh...sodap!! tapi mana kau tau ketupat ado jantina dik?

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape