Tanggungjawab Zakat Fitrah

Salam guys,

Selain ingat nak raya, gua harap lu semua tak terlupa bayar zakat fitrah. Itu pun satu kewajipan jugak. Sekarang zaman dah moden dan canggih, boleh bayar pakai online banking, malah SMS. Tapi gua lebih suka bayar secara zahir face-to-face.

Cerita fasal zakat fitrah ni, zaman kekanak riang dulu, mak gua yang akan sediakan zakat fitrah untuk gua 'bayar' iaitu beras yang telah disukat mengikut kadar yang ditetapkan dan dibungkus menggunakan beg plastik (sebelum syarikat beras ada inisiatif untuk pack beras fitrah yang bersaiz comel).

Jadi menjelang dua minggu sebelum raya akan berebutlah gua dengan Abang Chik untuk menghantar beras fitrah tersebut. Jangan salah faham, kami bukan berebut sebab tak sabar nak bayar zakat fitrah, tapi berebut nak hantar kepada penerima yang paling dekat dengan rumah, muahahahaha.

Lepas emak dan ayah dah tak ada, tugas membayar zakat fitrah digalas pula abang dan kakak. Sampailah gua bekerja sendiri. Bayar sendiri. Tapi tahun lepas, lain macam sikit ceritanya..


Sungguh, tiba-tiba gua rasa begitu comel dan anggun, rasa macam budak berumur lima tahun semula.
Kahkahkah! Tapi tahun ini, tak tahu lah macamana pulak ceritanya, mungkin kena bayar sendiri pulak sebab Abang Chik dah ada anak dan isteri. Dan mungkin dah lupakan adik dia nan seorang kat sini, sobs!

Hahahaha jangan salah anggap pulak, it is not about the money (yang tak sampai sepuluh ringgit) tapi perasaan bahagia bila ada seseorang yang mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap diri kita. Terasa diri dihargai gitu haa.

Guys, jangan tak tahu guys, zakat fitrah pun ada #pickuplines yang tersendiri:
"Nak saya bayarkan zakat fitrah untuk awak?"

Somehow, gua rasa ini ayat ngorat yang tak try too hard, simple dan pada masa yang sama kelihatan agak sweet (somebody please punch me hard on the face. Twice.)


Selamat membayar! 

51 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Tahun ni bayar sendiri laaa...koh koh koh

    Bila saya boleh bayarkan zakat fitrah untuk awak?
    wkwkwwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayyyy.. firstttt!!!.. koh koh koh

      Delete
    2. Smoooth habis ni!
      hahahaha

      Delete
    3. yelahh byr sendiri lahhh :3
      tahniah sbb dpt no satu.. wkwkw

      Delete
  2. suami dah byrkn zakat fitrah...yeayyy..

    ReplyDelete
  3. pickupline yang paling best setakat ni. hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersalah pickup bini org gua tak tahuu.. hahaha

      Delete
  4. Aku tak pernah bayar zakat fitrah sendiri. Tahun lepas aku ada usulkan kat abah nak bayar sendiri tapi abah cakap takyah. Aku takde abang tapi aku rasa aku paham perasaan berbunga yang kau rasai. ejewah tudia

    ReplyDelete
  5. budoxe bayar kan untuk semua, ayah mak dan adik.. anak sulung la katakan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish, bagus ni, boleh dibuat menantu, hahaha >_<

      Delete
  6. Hahahaha k bila baca ayat penerangan bawah tu aru paham ayah pickupline XD kohkohkoh.

    Still dalam tanggungan keluarga ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhh.. apasal typo banyak sangat ! ! ! ! ! Benci ahh. Hahahha

      *Baru.. *ayat bukan ayah. Aduhhh T//////n////////T

      Delete
    2. bhahahaha! sebab berpuasa mungkin? hahaha nasib baik lu eksplen kt bwh, klo tak agak susah nk fhm komen tsbt :p

      Delete
  7. aku pun faham perasaan tu. Lalala~~~

    ReplyDelete
  8. hahhaha..blaja2 byr zkt sndiri sblm org lain bayarkan..

    ReplyDelete
  9. tak pernah pun bayar zakat sendiri . ikut ayah pergi bayar zakat pernah lah . haha .
    alamak tak nak membesar lah macam ni . nak sentiasa di bawah tanggungan je >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha anak ayah betul ni.. hiks. terimalah hakikat bhw menjadi dewasa itu perit >_<

      Delete
  10. amboi..kemain ayat pickuplines...haha aku bapak aku still bayarkan utk aku lagi..entah bila la nak pikul tanggungjawab bayar zakat sendirik...erkkk-_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha alah lepasni ada somi, somi plk byr, bila entah lu nk byr seniri :3

      Delete
  11. zakat fitrah? apa tu?............................... kidding, opkos la bayar meh, wkwkwkw ;3

    ReplyDelete
  12. Laa abang ensem tuu dah kawen ke.. Baru nak kasi dia pickuplinesss. Eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahaha! kasi pickuplines kt gua jelah :))

      Delete
  13. aku nak bayar sendiri, tapi apakan daya bapak aku dah bayarkan. okbye.

    ReplyDelete
  14. Zaman sekarang boleh terima lagi ke zakat bayar beras, ek?
    Kalau boleh nak bayar dekat amil jugak ke berasnya??

    Alaa Z, mana tahu tahun depan ada orang bayarkan zakat awak tu.
    Pickup line jadi kenyataan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha entahlah. tp dulu tu pun tak pernah bayar kat amil, bagi terus dekat individu yg layak mndpt zakat.

      Baiklah C, baiklah..

      Delete
  15. #pickupline tu win tahap nak nanges! hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kalau ada yg buh ayat tu konpom gua pun nangis! ><

      Delete
  16. alhamdulillah.. e'in dh bayar dah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, inilah menantu contoh, ehh ><

      Delete
  17. hahhaha.... saya masih budak. Kah kah kah.....

    Zakat ni pun satu, time nak kutip, celah jamban pun dia buka kaunter,, tapi bila time nak mintak ? Jangan haraplah. Isi sampai 50 borang, jumpa orang sana sini.... still pending.. kesian kat mereka yang memerlukan duit zakat ni.

    Nak harapkan menteri ? Disuruhnya kita jangan balik kampung lagi ada. Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat penyataan di atas.
      Tiap2 tahun paper akan umum jumlah pungutan zakat yang berjuta-juta tu, tapi ke mana zakat tu disalurkan kita pun tak tahu sampai orang yg susah nak mintak pon kena isi 50 borang bagai...

      Delete
    2. hahahaha sebab tu dari dulu sampai sekrg kami org kg ni selalu bagi terus kepada individu yg layak. duduk sekampung kan, mst kenal dan tahu siapa layak siapa tak. kampung aku pulak ramai ibu tunggal yg xde pendapatan tetap, sah2 lah diorg layak. anak yatim lg. pendek kata, bayar terus tanpa memalui org tgh yg ntah sampai ntah tidak.... huhu.

      Delete
  18. Gua ni selalu lalu depan kaunter zakat tp x bayar2 lagi, iya lah kan kat mana2 pun dia nak buka kaunter siap ada drive thru lg skrg.....gua selalunya gua bayar nak hujung2 Ramadan nanti...so skrg ni gua tgk je la org bayar zakat...

    Tapi lu sempat jugak kan rasa bayar zakat dgn beras...mcm best jugak la...gua bayar dgn duit je lah pernah.

    Btw, nak lagi best pickup line tu kan...kalau tiba2 lelaki tu datang dan cakap camni "saya dah tolong bayarkan zakat fitrah utk awak". Pergh..pergh...hahaha.....pickup line tu diadaptasi dari cerita 'sepah kepok bonda'. Gua tgk cite ni tergelak-gelak kaw2 punya... lawak gila la si shuib dgn jep ni dlm cite tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha samalah, suka tggu hujung2 ramadhan. best woo bayar paki beras.. haha kejen jgk gua ini :3

      gua belum pernah tgok lg cerita tu :O

      Delete
  19. #pickupline terbaik kalo gini. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa ramai gegadis yg menyukai pickuplines ini nampkanya.. >_<

      Delete
  20. comel je mimik muka yang gambar last tu. hehehe :D

    ReplyDelete
  21. tahun ni macam biasa la macam tahun2 suda, aku bayar utk semua. aku kan abang huhu. Oh by the way pikap line zakat fitrah tu, sesuai tak kalau aku kata kat ko? kuikuikui :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tok, lu merupakan kepala keluarga yg bertanggunjawab! Hahahahaiii tok? nk beraya kat wad kecemasan ke tahun ni? :'))

      Delete
  22. Alhamdulillah, encik hubby dah bayar. kihkih.

    ReplyDelete
  23. tiap2 tahun bayar...semakin tahun semakin bertambah...he3

    ReplyDelete
  24. aku ni syukur masih ada mak & abah. tinggal pulak dengan diorang.
    so memang tak dibagi lah utk aku bayar zakat fitrah aku sendiri.
    abah aku ah yang bayorkan. hamboi tudia pickupline hehehe

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape