Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Debaran Lebaran

Hey guys!

Harapan aku korang semua dah berjaya melakukan amal ibadat dengan khusyuk di bulan barakah ini. Apa yang berdebarnya dengan lebaran? Takde apa, cuma sedap didengar/dibaca.

Aku nak menulis sikit pasal persiapan raya aku dulu dan sekarang. Yelah, nak tulis minggu depan, dah hari raya. Siapa yang nak baca? Wahahahhha. In fact, aku haramkan korang buka blog aku di hari raya ni. Tolonglah minimakan penggunaan gajet dan maksimakan interaksi sesama umat. Simpan kejap rindu dendam korang kat blog ni *batuk keras

Kenapa kita selalu rasa raya dulu lagi meriah dan seronok dari raya sekarang? Adakah faktor umur dan persekitaran? Malam raya aku dulu happening bagi aku. Sebab..

Malam tulah nak pasang tirai..
Aku tak tahu kenapalah tak pasang seminggu awal, atau di awal ramadhan. Dan macam jadi tradisi kena pasang malam raya, kalau tak, kurang meriahnya. Memang meletihkan tapi sangat puas hati bila tengok hasil ruang tamu jadi kemas rapi menawan.


Aku tak suka pasangkan besi cangkuk kat tirai. Susah nak masuk satu hal, salah selang barisan satu hal yang lain pulak. Salah selang barisan boleh membawak kepada tirai jadi pendek tak sampai ke destinasi, atau terlebih lebar hingga sampai ke tingkap sebelah. The struggle is real. Kakak aku ambik pendekatan bijak dengan menulis SELANG 3 BARIS di atas tirai tu. Tapi struggle balik sebab kesan tulisan hilang lepas dibasuh.

Sekarang: Dah takda sapa nak rajin pasang tirai malam raya. Kakak aku awal lagi dah pasangkan. Hilang sikit meriahnya. Aneh, tugas yang sangat aku tak suka dulu, kini dirindui pula.

Malam tulah nak buat biskut terakhir..
Masa dulu panjang. Bukan aku mengarut tapi itu satu fakta. Masa semakin lama semakin singkat. Malam raya aku dulu lazimnya mesti ada paling kurang sejenis kuih dan kek yang akan dibakar. Seronok dia lain macam sambil buat sambil dengar lagu raya. Memang keesokan harinya tu para tetamu dihidangkan dengan freshly baked biscuit and cake.



Aku pulak dulu jenis tak senang duduk kalau jenis biskut sedikit. Paling koman mesti ada 5 jenis. Tu pun aku merengek dekat kakak suruh tambah lagi. Mesti ada 6 jenis ke atas. Sebab? Bukan tak nak kalah dengan jiran sebelah tapi bekas kuih raya ada enam bijik, aku tak suka tengok bekas kosong, haha.

Sekarang: Meh, sapa ada masa untuk semua tu? Semua biskut dan kek dah tersedia di dalam bungkusan..

Malam tulah nak habiskan menjahit baju raya..
Ini bukan aku, menjahit bukan bidang aku, tapi kakak aku. Dulu aku mana ada beli baju raya, semua kakak buat (kecuali baju raya kasual skirt, jeans, t-shirt lah). Pulak tu bukan baju kurung biasa, ada je dia bereksperimentasi dengan fesyen. Baju kebaya lah, kebarung, kebaya Johor dengan padanan kain yang memang menongkah arus fesyen semasa kat kampung aku masa tu. Seringkali jugak aku dipanggil oleh anak-anak dara kampung bila aku pergi beraya untuk meneliti busana raya pertama aku, hahaha bangga mak nak.



Keburukan buat sendiri ni, suka bertangguh. Agak cemas lah bila lagi seminggu nak raya tapi baju raya kau masih dalam bentuk kain ela, hahahah. Sedangkan rakan sepermainan lain dah enam kali try baju dan kasut raya memasing, fuh.

Sekarang: Kosser kakak nak menjahit baju untuk aku. Baju dia sendiri, suami dan anak-anak pun beli siap di kedai je sekarang.

Bagi aku, memang terasa beza sangat kemeriahan raya dulu dan sekarang. Dulu abang kakak memasing belum kahwin, rumah meriah. Sekarang, tinggal aku je belum kawin, maka aku sorang jelah yang beraya di kampung dengan sorang kakak dan dua anaknya. Siblings lain raya kedua/ketiga baru balik sebab beraya di rumah mertua memasing dulu. Takbir raya yang mendayu sure bring  back memories with arwah ayah dan emak, dan abang sulung.. huhu.

Korang teka baju raya aku biru kan? Tahniah! Hahaha memang aku suka biru. Tapi dalam kes di atas, kaler biru kelihatannya seperti baju pengawas sekolah jadi aku pilih.. um.. lilac.

Dan di kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog Zyraroxx. Maaf sekiranya ada tulisan yang menggangu, walaupun awal-awal lagi aku dah warn kat atas blog 'read at your own risk' muakakaka. Selamat menyambut lebaran dengan yang tersayang tidak kira di mana anda berada. Buat yang bertugas di hari raya, terimalah salute dari saya. Dan sekali lagi aku nak ingatkan, kurangkan interaksi di media sosial, bersosial  lah dengan sedara mara rakan taulan sepupu sepapat. Please disconnect to connect more, ewah dah macam iklan. Bencinya.


Pandu cermat, ingatlah orang tersayang 

Kerana Mulut Perut Binasa

Salam guys,

Selamat kembali berkerja. 
Sila jangan perasan, gua bukan ucap dekat lu, tapi gua nak ucap dekat perut lu semua. Selepas sebulan berehat (tak rehat sangat sebab kerja syif malam), kini tibalah hari di mana mereka perlu berkerja keras.



Nah, terimalah natijahnya akibat makan tak ingat dunia akhirat, wahahaahaha. Ketahuilah kalian bahawa gua susah payah siapakan entri ini dengan perut yang memulas-mulas macam mesin basuh separa automatik. 

Di kesempatan ini, gua nak menyeru lu semua untuk berpuasa enam supaya menstabilkan kembali perut yang terkena kejutan budaya di Aidilfitri. Gua nak start Isnin depan, jom lah join nanti boleh raya enam sama-sama, weee.


Selamat berpuasa kembali 

Salam Syawal 1436H

Salam guys,

Kejap je dah hampir sebulan kita berpuasa pada tahun 2015 ni.
Sayangnya 10 malam terakhir ni kita sibuk habiskan dengan pergi ke Low Yat dan PWTC dari pergi ke masjid.
Gua sedih ni. Sedih. Entah dapat rasa lagi ke tidak Ramadhan tahun depan.

Di kesempatan ini, gua nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sesiapa saja yang baca blog ni. Gua nak mintak maaf andai ada tulisan-tulisan dalam blog ni yang menyinggung perasaan, sumpah gua tak sengaja, tiada niat lain melainkan sekadar suka-suka semata.


Kepada yang dapat cuti tu, pulanglah ke kampung, jangan dengar sangat saranan pakar motivasi suku masak tu. Gua sedih bila tengok orang tua-tua yang beraya sendirian sebab anak TAK NAK balik. Satu je gua nak cakap:
Hulurkan tangan ketika mereka masih ada untuk menyambutnya.

Dan kepada warga muda-mudi, tinggal-tinggal kan lah gajet anda barang sekejap. Beramah mesra lah dengan sanak saudara jiran tetangga. Apa guna gah dan femes di media sosial tapi in real life saudara sendiri pun tak kenal hangpa. 

Gua ingat tahun ni nak sediakan satu bakul. Sampai je anak-anak buah kat depan pintu rumah di kampuang, gua nak suruh masukkan segala gajet dalam tu. Kalau ingkar, takdak kipas dan kasih sayang untuk hangpa! Muahahaha!!


Selamat bergembira di hari raya di samping insan tersayang 

Ketupat Iluminati

Salam guys,

Pergh, power jugak bila sekali-sekala guna tajuk ala-ala tabloid murahan begini.
Maklumlah orang kita memang minat mengkaji iluminati. Semua benda yang bermata satu dan berbentuk segitiga dikatakan ada unsur iluminati. By the way, hangpa patut baca novel Dan Brown: Angels and Demons yang merungkai tentang iluminati dengan begitu menarik. Yep, ia hanya sebuah cereka fiksyen. Tapi dianyam dengan historical facts yang sangat superb it will take your breath away.

Berbalik kepada persiapan raya.
Kami di utara menyediakan ketupat palas. #TeamKetupatPalas
Negeri-negeri di selatan mungkin sediakan ketupat jawi, atau mungkin ketupat plastik (ketupat segera). Ketupat palas dibalut dengan daun palas (lawak kaitkan daun ni dengan kasut jenama Pallas is so lame). Isinya pulak terdiri daripada campuran pulut santan separuh masak, dimasukkan dalam daun kemudian direbus. Manakala ketupat jawi dianyam dan dibalut dengan menggunakan pucuk daun kelapa (betulkan kalau gua silap). Komposisi isinya pulak terdiri daripada beras.



But of course, kalau nak jadi hiasan dinding, lampu liplap atau dekorasi kad raya, ketupat jawi menjadi pilihan. Bayangkan dekorasi raya digantikan dengan ketupat palas berbentuk segitiga yang simple, plain tanpa sebarang anyaman, hanging limply on the wall.
(krikk krikk krikk)

Gua cuba belajar buat ketupat jawi dulu, guna riben. Waktu nak hias kelas sempena sambutan Aidilfitri di sekolah.
Dan kejadian tersebut berakhir dengan kedua belah tangan gua terbelit lalu memaksa guru kelas menggunting riben tersebut dengan muka separa ikhlas.
Andai ditakdirkan suatu hari nanti gua terer buat ketupat jawi, gua akan hidangkannya dalam bakul anyaman bilah rotan buatan tangan.
Gua akan berdiri di sebelah bakul tersebut dengan sebilah lembing dan bermuka bengis.
DON'T YOU DARE TO TOUCH MY MASTERPIECES!

Berbalik kepada ketupat palas.
Lu jangan tak tahu, ketupat ini mempunyai jantina.
Ya, jantina seperti manusia, tumbuhan dan haiwan. Tapi usah khuatir, ia ada dua jantina je iaitu jantan/betina. Ia tiada masalah transgender. Dan kepakaran gua adalah menghasilkan ketupat palas betina.
Harap maklum ye tuan puan, ketupat betina tidak akan diterima masyarakat setempat.
Sebelum kena hentam dengan puak-puak feminism biar gua jelaskan dekat sini:

Ketupat palas betina, akan ada satu err.. 'bukaan' berbentuk segitiga kecil dibawahnya. Please jangan fikir bebukan, ini makanan kot, show some respect. Manakala ketupat jantan mempunyai satu belitan/lipatan yang smooth tanpa sebarang lubang. Now, lubang ini merupakan satu kritikal point. Kalau hasilkan ketupat betina yang mempunyai lubang, kelak akan jadi masalah ketika proses merebus dilakukan. Air akan masuk ke dalam ketupat lalu ketupat menjadi lembik dan tak sesado, sekental ketupat jantan yang tidak dapat ditembusi air.



Anyway, gua sebenarnya reti 'buka' daun palas je, yakni ambik daun yang panjang tu dan lipat/simpulkan jadi bentuk ketupat.
Jadi, gua tak ambik port sangat mengenai jantina ketupat gua sebab proses memasukkan pulut setelah daun dibuka dilakukan oleh emak/kakak gua. So, mereka lah yang bertanggungjawab menukarkan jantina ketupat gua dari betina ke jantan.
Oh my, baru tadi gua cakap ketupat ini bebas dari masalah transgender..
(tepuk dahi).


Konklusinya, bagi lah gua ketupat apa jenis pun gua akan makan.


Nom nom nom. 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape