Salam guys,
Wohoho kemain entri gua kali ini yang berkonsepkan geli-geli.
Ini semua gara-gara Bro Nadia lah ni, tak memasal gua turut terjebak sama, kehkeh!
Bukan apa, ramai betul kenalan gua yang buat ramalan dan rumusan sendiri apabila mendapati gua masih sendiri: Memilih sangat.
Gila ko tak memilih? Kita nak hidup selama-lamanya kot dengan orang tu?
Hang TERlalu memilih.
Bajet gua ni Puteri Gunung Ledang ke mende? Gua sedar diri okey, hehari suluh cermin.
Demi nak sedapkan hati semua pihak, gua senaraikan kat sini ciri-ciri suami idaman, suami lah, dah takde zaman untuk boyfie-boyfie ni, zzzzh.
Ada tak ciri cliche seperti taknak lelaki hisap rokok? Mmm takde. Asal jangan hisap vape sudah, bencinya.
Gelak sesama, nangis sesama, okay?
Dan of course, sedap mata SAYA memandang. Lantaklah kalau orang lain tak berapa sedap nak pandang, wahaha.
Is it too much to ask?
Wohoho kemain entri gua kali ini yang berkonsepkan geli-geli.
Ini semua gara-gara Bro Nadia lah ni, tak memasal gua turut terjebak sama, kehkeh!
Bukan apa, ramai betul kenalan gua yang buat ramalan dan rumusan sendiri apabila mendapati gua masih sendiri: Memilih sangat.
Gila ko tak memilih? Kita nak hidup selama-lamanya kot dengan orang tu?
Hang TERlalu memilih.
Bajet gua ni Puteri Gunung Ledang ke mende? Gua sedar diri okey, hehari suluh cermin.
Demi nak sedapkan hati semua pihak, gua senaraikan kat sini ciri-ciri suami idaman, suami lah, dah takde zaman untuk boyfie-boyfie ni, zzzzh.
Ada tak ciri cliche seperti taknak lelaki hisap rokok? Mmm takde. Asal jangan hisap vape sudah, bencinya.
1. Tabah
Sebagai manusia biasa gua pun ada kelemahan. Kelemahan gua adalah cemburu. Tapi gua takdelah nak jeles membabi buta sampai ke mak mertua ipar duai pun nak jeles. Harap bertabah dengan perangai gua nan satu ini. Harap luar je rawks, kat dalam manja serupa bayi, hampeh!
2. Tak sembang kencang
Gua cukup tak suka lelaki yang sembang kencang taknak kalah. Lagi-lagi fasal politik, bleargh. Bukan gua tak peka tapi, just keep our opinion to ourselves kay? Pernah jumpa lelaki yang memperlekehkan member sendiri semata-mata untuk nampak gah depan perempuan. Seriously NOT attractive at all, even hang hensem macam David Beckham sekalipun. Dan yang suka cakap besar fasal harta kekayaan, lepastu meroyan cakap perempuan pandang harta, zzzz..
3. Terima seadanya
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Gua tak lemah lembut sopan santun macam perempuan lain, tapi awak jangan risau, saya masih reti lagi bersantun dengan orang tua-tua. Lepastu pulak, gua ni kadang nampak comel, kadang serabai, kadang macam nak makan orang, kadang cun, wahahaha. Dan paling penting, jangan buat remarks "kenapa awak tak macam perempuan lain?" Bij pls, I'm a limited edition.
4. For better or for worse
Ini penting. Gua ni seorang yang rela bersusah-susah dahulu pendapatan, ha gitu. Kalau dah jodoh, duduk dalam rumah kotak pun gua rela. Tapi nanti kalau dapat bertukar ke rumah batu, jangan lah cari bini baru pulak. Harap jangan lah susah bersama tapi bila senang cari lain. Almaklumlah, bak kata Tun M: "Melayu mudah lupa".
Gua sokong lu, lu sokong gua lah beb!Gelak sesama, nangis sesama, okay?
Dan of course, sedap mata SAYA memandang. Lantaklah kalau orang lain tak berapa sedap nak pandang, wahaha.
Is it too much to ask?
Haha betul sangat tu.. Paling penting we can accept one another flaws. Kalau laki tu ada semua ciri yang aku nak pun yet he's annoying tahap petala 88, boleh berambus jugak! Hahaha
ReplyDeletehahaha betul, flaws tu takpe lagi, yg perangai buruk tu harap berubah lah.. huhu
DeletePerkahwinan satu perkongsian dan perjuangan..saling melengkapi setiap kekurangan..bila mendahului Allah pada setiap jalinan halal..in sya Allah...Allah sentiasa jaga kita..
ReplyDeleteya, begitulah hendaknya, hidup perlu saling melngkapi, bukan sebelah pihak je yg sedaya upaya usaha nk lengkapkan :)
Deletehahaha..semoga kau bertemu suami idaman kau dik. Perlu cari yang boleh terima kita seadanya bukan yang nak kite je terima die seadanya tapi die langsung tak boleh terima kelemahan kite.
ReplyDeletehahaha begitulah hendaknya kak :D
Deletehambik kau.. sekali ciri-ciri suami idaman terus.. koh koh koh...
ReplyDelete"Harap luar je rawks, kat dalam manja serupa bayi, hampeh!"
anak bongsu yang rock and crisp outside but tender inside.... wkwkwkwkw
hahahahaha ha ah lah dah bukan zaman dia nk bercintan-cintun ni haa XD
Deleteamboi, dan dan teringat kfc TT_TT
x too much.. okay je... hehe.. doa doa
ReplyDeletehahaha kiranya tak berangan tinggi sgt lah kan, insyaAllah.. :)
DeleteEhem ehem kaauuuu punya lelaki idaman.hahaha moga2 jumpa yang serasi sejodoh sehingga akhir hayat.
ReplyDeletehahahaha mengada je lebih tu.. XD
Deletehihihi....sampai satu tahap memang kita tak fikir apa dah, at least dia baik....dan pandai jaga hati kita dan mak ayah kita...cukup setakat tu...=)
ReplyDeletehahahaha gua tamak, setakat tu je tak cukup. takut dpt yg pandai bermuka2 je.. :3
DeleteBagi saya pula dalam perhubungan paling penting 2 ni je:
ReplyDelete1. Jangan mengharap kesempurnaan.
2. Terima pasangan seadanya.
hahah betullah tu, kalau dua tu ada, bahagia hingga hujung nyawa.. XD
Deletegua nak kasi nickname 'apple pie' la kat lu, sebab crispy and dry on the outside, tender and warm on the inside... wahkakaka ;p
ReplyDeletehahahaha alang2 tu, kasilah 'cheery pie' comel sikit, wkwkwkwwk >_<
Deletehang pun sama ja macam Ojin, buat gua lapiaq!
semoga mendapat jodoh seperti yg kau sketch tu, putih, tinggi, rambut pacak, dan ada mulut je. oklah tu. kan?
ReplyDeletebhahahahahahaahah! jgn la woi, gua nak yg dpaat lengkap bermuka :3
Deleteputih? tinggi? rambut pacak?
Deletebukan gua laa tu.. wkwkwkwkw
Ahahaha Anas.. Yang ini lawak XD Ada mulut jer.. XD
Deletehahaha yeke kak, baiklah. kena percaya dgn org yg berpengalaman ni :D
ReplyDeleteGua rasa no 3 dgn no 4 tu yang paling penting. Kena terima dan redha dgn pasangan seadanya...dan sama2 support waktu senang ke susah....kelemahan2 diri yg lain tu kena sama2 la ubah selepas kahwin.....baru la boleh happy...
ReplyDeleteBagi gua ok je lu punya ciri2 suami idaman ni....takkan masih xde kot lelaki berpewatakan mcm ni? Gua rasa mudah je nak jadi suami yg ada ciri2 kat atas ni.....hahaha...nampak tak gua tengah sembang kencang ni..huhu...
Hahaha kan? Gua pun rasa begitu. Kiranya ciri2 gua ni realistik lagilah dan masih jejak tanah eik eik?
DeleteBelum ada jumpa Bro, banyak yg tersangkut di skala 2 dan 4..
Hahahaha, ayat last tu mmg kelakar dan comel ><
**salin poin dalam buku nota**
ReplyDeleteSejak hati pernah dikecewakan teruk satu tika dahulu,
tiap kali terberkenan dgn mana-mana perempuan, saya akan cari keburukan dia dulu.
Yup, nampak sangat negatif dan jahat sbb cari keburukan,
tapi lepas dapat kenalpasti keburukan dia dan kalau saya boleh terima seadanya,
maka saya pun akan terus mengorak ke langkah yang seterusnya...
Setakat ni belum ada lagi keburukan yang saya boleh terima. hahahaha
(Mungkin aku pun perlu buat list ciri2 isteri idaman...)
Hahaha terasa serupa cecikgu pulak..
DeleteNow tell me cEro, apa keburukkan saya sampai awk tokleh nak terima tu? Katakan, katakaannnn!
Saya pun pernah dikecewa teruk, poin no. 4......
Yeah, sediakan buku nota utk salin poin cEro pulak lepasni, wkwkwwkwk
Rasa dah pernah habaq dlm blog tak tak ingat entri mana...
Delete1st thing saya nilai dlm perempuan ialah suara dia.
jadi selagi saya tak dengar suara, maka saya takkan nilai sesiapa.
Sebab suaralah saya terjatuh hati dgn Emma Stone...Hehehe
yep, rasa pernah baca. demand tinggi, tak tercapai akalku.. tak setaraf Emaa Stone sobs TT_TT
Deleteyass paling menyampah laki sembang kencang . InshaAllah one day jumpa lah tu jejaka idaman ahahakss.
ReplyDeletehahaha kan, heharap lelaki jenis tu cpt sedar diri dan berubah
DeleteManusia tak ada yang sempurna.Sebabtu hidup kena saling melengkapi.Kena bijak memilih.
ReplyDeleteyelah Sarep. masalahnya pilihan pun takde, wakaka
DeleteLu jual mahal tu....mesti ada punya..
DeleteAdalah tu insyaAllah. Jodoh semua ketentuan Ilahi.
ReplyDeleteaminn :)
Deleteyang penting, kita suka dia, dia suka kita. orang lain tak suka, itu lantak mereka la! hahahaha!
ReplyDeleteya betulll mind you own business! ><
DeleteLawak plak entry geli2 ni, ex ak pun kuat cemburu dats why kene cerai haha, btw Selamat Hari Raya buat tuan blog ya :)
ReplyDeletesampainya hati mung, belajarlah terima kekurangan.. wkwkwwk
Deletebtul2...setuju...nak hidup selamanya perlu pilih....jngan smpai terjerat diri sendiri kan....
ReplyDeleteyes indeed :)
DeleteKTC juga sangat lah tidak berminat dengan orang yang gila politikss --'
ReplyDeletehahahah kalo dia sembang pilitik kita sembang shopping ><
Deletetak merokok? hmmm.. fail... baru ja nak ngorat tadik...
ReplyDeleteok. kbai..
sila baca dan fahami bebetul ayat tersebut wahai ankel.. =.='
DeleteAuchhh.. ada bau2 ni.
ReplyDeletebau menda? cagu? wkwwkkw
Deletesalam, semoga mendapat jodoh yg ideal mencukupi spec cik zyraroxx tuu ;p aminn
ReplyDeletehahaha mekasih lalat, amiiinnn :p
DeleteInsya Allah, adalah seorang manusia yang menepati ciri-ciri di atas :)
ReplyDeletesemoga lu jumpa dgn lelaki yang baik yang senang dimata & dihati lu, in syaa Allah =)
ReplyDeleteok. aku manusia.
ReplyDeleteSemoga bertemu jodoh dgn lelaki bersama ciri2 pilihan hampa. Amin...:)
ReplyDeletemungkin jodoh yang kita idamkan tak dapat. tapi jodoh yg kita taknak tu la yg akan melengkapkan diri kita nanti. kita juga menjadi pelengkap dia ;)
ReplyDeleteAde masa xyah cari jodoh tu yg dtg sndri.... Perkongsian hidup ni nak xnk kita mmg kena terima buruk baik pasangan, klu x hubungan tu mmg xlama LA.....;-)
ReplyDeleteHmm,, ciri ciri lelaki idaman....sebenarnya gua tak memilih sangat, Ye la, mak walrus ni mana boleh picky sangat, bajet supermodel. Tapi yg lawaknya, Ramai lelaki kat Malaysiayg bajet diorng ni hot tahap supermodel. Nak perempuan putih kurus dahi licin muka ala ala Emma maembong. Gua patah hati, maka gua pun cari lelaki oberseas. Ahaha
ReplyDelete