Hey You, My Other Half

Salam guys,

Wohoho kemain entri gua kali ini yang berkonsepkan geli-geli.
Ini semua gara-gara Bro Nadia lah ni, tak memasal gua turut terjebak sama, kehkeh!

Bukan apa, ramai betul kenalan gua yang buat ramalan dan rumusan sendiri apabila mendapati gua masih sendiri: Memilih sangat.
Gila ko tak memilih? Kita nak hidup selama-lamanya kot dengan orang tu?
Hang TERlalu memilih.
Bajet gua ni Puteri Gunung Ledang ke mende? Gua sedar diri okey, hehari suluh cermin.

Demi nak sedapkan hati semua pihak, gua senaraikan kat sini ciri-ciri suami idaman, suami lah, dah takde zaman untuk boyfie-boyfie ni, zzzzh.
Ada tak ciri cliche seperti taknak lelaki hisap rokok? Mmm takde. Asal jangan hisap vape sudah, bencinya.

1. Tabah
Sebagai manusia biasa gua pun ada kelemahan. Kelemahan gua adalah cemburu. Tapi gua takdelah nak jeles membabi buta sampai ke mak mertua ipar duai pun nak jeles. Harap bertabah dengan perangai gua nan satu ini. Harap luar je rawks, kat dalam manja serupa bayi, hampeh!

2. Tak sembang kencang
Gua cukup tak suka lelaki yang sembang kencang taknak kalah. Lagi-lagi fasal politik, bleargh. Bukan gua tak peka tapi, just keep our opinion to ourselves kay? Pernah jumpa lelaki yang memperlekehkan member sendiri semata-mata untuk nampak gah depan perempuan. Seriously NOT attractive at all, even hang hensem macam David Beckham sekalipun. Dan yang suka cakap besar fasal harta kekayaan, lepastu meroyan cakap perempuan pandang harta, zzzz..

3. Terima seadanya
Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Gua tak lemah lembut sopan santun macam perempuan lain, tapi awak jangan risau, saya masih reti lagi bersantun dengan orang tua-tua. Lepastu pulak, gua ni kadang nampak comel, kadang serabai, kadang macam nak makan orang, kadang cun, wahahaha. Dan paling penting, jangan buat remarks "kenapa awak tak macam perempuan lain?" Bij pls, I'm a limited edition.

4. For better or for worse

Ini penting. Gua ni seorang yang rela bersusah-susah dahulu pendapatan, ha gitu. Kalau dah jodoh, duduk dalam rumah kotak pun gua rela. Tapi nanti kalau dapat bertukar ke rumah batu, jangan lah cari bini baru pulak. Harap jangan lah susah bersama tapi bila senang cari lain. Almaklumlah, bak kata Tun M: "Melayu mudah lupa".
Gua sokong lu, lu sokong gua lah beb!
Gelak sesama, nangis sesama, okay?

Dan of course, sedap mata SAYA memandang. Lantaklah kalau orang lain tak berapa sedap nak pandang, wahaha.


Is it too much to ask? 

58 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Haha betul sangat tu.. Paling penting we can accept one another flaws. Kalau laki tu ada semua ciri yang aku nak pun yet he's annoying tahap petala 88, boleh berambus jugak! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul, flaws tu takpe lagi, yg perangai buruk tu harap berubah lah.. huhu

      Delete
  2. Perkahwinan satu perkongsian dan perjuangan..saling melengkapi setiap kekurangan..bila mendahului Allah pada setiap jalinan halal..in sya Allah...Allah sentiasa jaga kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, begitulah hendaknya, hidup perlu saling melngkapi, bukan sebelah pihak je yg sedaya upaya usaha nk lengkapkan :)

      Delete
  3. hahaha..semoga kau bertemu suami idaman kau dik. Perlu cari yang boleh terima kita seadanya bukan yang nak kite je terima die seadanya tapi die langsung tak boleh terima kelemahan kite.

    ReplyDelete
  4. hambik kau.. sekali ciri-ciri suami idaman terus.. koh koh koh...

    "Harap luar je rawks, kat dalam manja serupa bayi, hampeh!"

    anak bongsu yang rock and crisp outside but tender inside.... wkwkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha ha ah lah dah bukan zaman dia nk bercintan-cintun ni haa XD

      amboi, dan dan teringat kfc TT_TT

      Delete
  5. x too much.. okay je... hehe.. doa doa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kiranya tak berangan tinggi sgt lah kan, insyaAllah.. :)

      Delete
  6. Ehem ehem kaauuuu punya lelaki idaman.hahaha moga2 jumpa yang serasi sejodoh sehingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  7. hihihi....sampai satu tahap memang kita tak fikir apa dah, at least dia baik....dan pandai jaga hati kita dan mak ayah kita...cukup setakat tu...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha gua tamak, setakat tu je tak cukup. takut dpt yg pandai bermuka2 je.. :3

      Delete
  8. Bagi saya pula dalam perhubungan paling penting 2 ni je:
    1. Jangan mengharap kesempurnaan.
    2. Terima pasangan seadanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah betullah tu, kalau dua tu ada, bahagia hingga hujung nyawa.. XD

      Delete
  9. gua nak kasi nickname 'apple pie' la kat lu, sebab crispy and dry on the outside, tender and warm on the inside... wahkakaka ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha alang2 tu, kasilah 'cheery pie' comel sikit, wkwkwkwwk >_<
      hang pun sama ja macam Ojin, buat gua lapiaq!

      Delete
  10. semoga mendapat jodoh seperti yg kau sketch tu, putih, tinggi, rambut pacak, dan ada mulut je. oklah tu. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahahahahaahah! jgn la woi, gua nak yg dpaat lengkap bermuka :3

      Delete
    2. putih? tinggi? rambut pacak?
      bukan gua laa tu.. wkwkwkwkw

      Delete
    3. Ahahaha Anas.. Yang ini lawak XD Ada mulut jer.. XD

      Delete
  11. Replies
    1. hahaha yeke kak, baiklah. kena percaya dgn org yg berpengalaman ni :D

      Delete
  12. Gua rasa no 3 dgn no 4 tu yang paling penting. Kena terima dan redha dgn pasangan seadanya...dan sama2 support waktu senang ke susah....kelemahan2 diri yg lain tu kena sama2 la ubah selepas kahwin.....baru la boleh happy...

    Bagi gua ok je lu punya ciri2 suami idaman ni....takkan masih xde kot lelaki berpewatakan mcm ni? Gua rasa mudah je nak jadi suami yg ada ciri2 kat atas ni.....hahaha...nampak tak gua tengah sembang kencang ni..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan? Gua pun rasa begitu. Kiranya ciri2 gua ni realistik lagilah dan masih jejak tanah eik eik?
      Belum ada jumpa Bro, banyak yg tersangkut di skala 2 dan 4..

      Hahahaha, ayat last tu mmg kelakar dan comel ><

      Delete
  13. **salin poin dalam buku nota**

    Sejak hati pernah dikecewakan teruk satu tika dahulu,
    tiap kali terberkenan dgn mana-mana perempuan, saya akan cari keburukan dia dulu.
    Yup, nampak sangat negatif dan jahat sbb cari keburukan,
    tapi lepas dapat kenalpasti keburukan dia dan kalau saya boleh terima seadanya,
    maka saya pun akan terus mengorak ke langkah yang seterusnya...

    Setakat ni belum ada lagi keburukan yang saya boleh terima. hahahaha
    (Mungkin aku pun perlu buat list ciri2 isteri idaman...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha terasa serupa cecikgu pulak..

      Now tell me cEro, apa keburukkan saya sampai awk tokleh nak terima tu? Katakan, katakaannnn!

      Saya pun pernah dikecewa teruk, poin no. 4......

      Yeah, sediakan buku nota utk salin poin cEro pulak lepasni, wkwkwwkwk

      Delete
    2. Rasa dah pernah habaq dlm blog tak tak ingat entri mana...
      1st thing saya nilai dlm perempuan ialah suara dia.
      jadi selagi saya tak dengar suara, maka saya takkan nilai sesiapa.
      Sebab suaralah saya terjatuh hati dgn Emma Stone...Hehehe

      Delete
    3. yep, rasa pernah baca. demand tinggi, tak tercapai akalku.. tak setaraf Emaa Stone sobs TT_TT

      Delete
  14. yass paling menyampah laki sembang kencang . InshaAllah one day jumpa lah tu jejaka idaman ahahakss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan, heharap lelaki jenis tu cpt sedar diri dan berubah

      Delete
  15. Manusia tak ada yang sempurna.Sebabtu hidup kena saling melengkapi.Kena bijak memilih.












    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Sarep. masalahnya pilihan pun takde, wakaka

      Delete
    2. Lu jual mahal tu....mesti ada punya..

      Delete
  16. Adalah tu insyaAllah. Jodoh semua ketentuan Ilahi.

    ReplyDelete
  17. yang penting, kita suka dia, dia suka kita. orang lain tak suka, itu lantak mereka la! hahahaha!

    ReplyDelete
  18. Lawak plak entry geli2 ni, ex ak pun kuat cemburu dats why kene cerai haha, btw Selamat Hari Raya buat tuan blog ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampainya hati mung, belajarlah terima kekurangan.. wkwkwwk

      Delete
  19. btul2...setuju...nak hidup selamanya perlu pilih....jngan smpai terjerat diri sendiri kan....

    ReplyDelete
  20. KTC juga sangat lah tidak berminat dengan orang yang gila politikss --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kalo dia sembang pilitik kita sembang shopping ><

      Delete
  21. tak merokok? hmmm.. fail... baru ja nak ngorat tadik...

    ok. kbai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila baca dan fahami bebetul ayat tersebut wahai ankel.. =.='

      Delete
  22. salam, semoga mendapat jodoh yg ideal mencukupi spec cik zyraroxx tuu ;p aminn

    ReplyDelete
  23. Insya Allah, adalah seorang manusia yang menepati ciri-ciri di atas :)

    ReplyDelete
  24. semoga lu jumpa dgn lelaki yang baik yang senang dimata & dihati lu, in syaa Allah =)

    ReplyDelete
  25. Semoga bertemu jodoh dgn lelaki bersama ciri2 pilihan hampa. Amin...:)

    ReplyDelete
  26. mungkin jodoh yang kita idamkan tak dapat. tapi jodoh yg kita taknak tu la yg akan melengkapkan diri kita nanti. kita juga menjadi pelengkap dia ;)

    ReplyDelete
  27. Ade masa xyah cari jodoh tu yg dtg sndri.... Perkongsian hidup ni nak xnk kita mmg kena terima buruk baik pasangan, klu x hubungan tu mmg xlama LA.....;-)

    ReplyDelete
  28. Hmm,, ciri ciri lelaki idaman....sebenarnya gua tak memilih sangat, Ye la, mak walrus ni mana boleh picky sangat, bajet supermodel. Tapi yg lawaknya, Ramai lelaki kat Malaysiayg bajet diorng ni hot tahap supermodel. Nak perempuan putih kurus dahi licin muka ala ala Emma maembong. Gua patah hati, maka gua pun cari lelaki oberseas. Ahaha

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape