Ketawa Tak Semestinya Bersama

Salam gays,
LOL

Pernah tak terjadi pada hangpa semua di mana perkara tak lawak bagi orang lain adalah lawak bagi hangpa? Dan vice versa.

Gua selalu jadi lagu ni. Bila gua muka ketat, orang asyik komplen.
Bila gua tersengih, tersenyum sengsorang, orang kata gua buang tebiat lah, kurang siuman lah. Hangpa nak kaki ke menda?

Perkara ni selalu terjadi sebab gua suka tergelak pada benda-benda biasa bagi orang lain.
Orang kampung gua cakap: mundane things.
Contohnya macam ternampak kucing bersin, manusia yang teragak-agak untuk melintas jalan, burung yang kena tinggal jauh dengan gengnya..
Yup, gua boleh tergelak kalau tengok benda-benda cenggini.
Sila jangan judge gua atau lebih malang, cop gua sebagai gila.

Ada satu malam tu abang gua pasang rakaman Lawak Keder episod mana ntah.
Sepanjang pelawak-pelawak 'professional' tu melawak, takdak satu pun gua gelak.
Hanya mampu lap air mata je sebab menguap tanpa henti.



Tiba giliran Harith Iskander, gua rasa nak give up. Hello? Sedangkan pelawak lain pun gua tak boleh nak gelak?
Ternyata gua silap seribu kali silap.
Lepastu minit-minit gua diisi dengan lap air mata jugak.
Kali ni air mata yang terbit sebab gelak overdose.

Sepupu sedara gua di belakang senyap krikk krikk
Entah kan diorang tak gelak sebab lawak tu berbahasa Inggeris, atau punch line si Harith begitu tinggi untuk digapai.
Yang pasti gua gelak kaw-kaw serupa manusia yang hilang pedoman hidup pada malam tu.



Atau adakah, ekhem, ini bermakan gua suka lawak yang educated? Lawak yang ada pengisian.
Berbanding lawak slapstik yang try too hard, atau bahasa mudahnya lawak bodoh.
Lawak yang terlalu dibuat-buat untuk membuat orang gelak.
Contoh: Lawak menghina, Ehhh... ekau ni muke dah lah buruk, busuk pulak tuh!
Seriously, apa yang kelakarnya? Gua tak faham dengan manusia yang ketawa dengan lawak begini.
explication s'il vous plaƮt?


Hahahahahahahaha..ha. 

51 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. betul... saya kalau tgk lawak ke der, memang tertunggu2 part harith iskandar sebab lawak2 dia ada pengisian... lawak educated.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul, tak sempat bernapas sbb gelak ><

      Delete
  2. lawak harith iskandar la paling best. yang lain tu macam lawak bodoh je, kadang-kadang saya sendiri tak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kadang kesian tgk diorang try hard buat lawak tp tak lawak ><

      Delete
  3. lawak yang educated ni biasa lawak berbentuk sindiran dan sarkastik. lawak tu dibuat untuk menyindir sikap tipikal masyarakat yang tak bagus agar kita sedar.

    lawak bodoh ni pula lawak menghina dan mengutuk orang lain. langsung takde pengisian atau moral yang nak disampaikan, cuma hinaan semata2.

    sekian daripada pakar lawak. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahaha ye setuju 102% boss. pakar lawak ke? acer up entri lawak serangkap dua? ><

      Delete
    2. yup. btol nub. setuju jgak~~~~

      Delete
  4. lawak harith iskandar memang lawak tahap tinggi, memang tak mampu nak tahan kalau gelak disebabkan lawak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah org-org IQ tinggi cm kita je paham ><

      Delete
  5. Haaaa.. Harith ni masa zaman Jangan Ketawa dulu makcik saya kata lawak bodoh. Tapi masa tu saya gelak.
    Tapi, dia punya stand up comedy memang best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha jangan ketawa sy tak ingat sangat, tapi AH-HA tu ingat sesikit, dia dengan Afdlin ><
      Harith mmg superb, kalo tak takdelah sampai ke India dia pergi :O

      Delete
  6. yeah... boleh di categorykan yang you like educated punya jokes? muehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah maybe. kadang lawak sarkastik tu setepek kena kat muka kita sendiri, tu sbb kita gelak kot? wahaahahaha ><

      Delete
  7. kita geng . saya pun selalu rasa benda kecik kecik lawak . tapi macam raja lawak apa semua tu tak ada la lawak sangat. selalu kalau scroll twitter jumpa gif pelik2 eksaited tunjuk kat kawan kononnya lawak , sikit pun diorang tak gelak . agaknya kita je yang mudah terhibur kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha betul tu Cuna, sbb tu sekrang kalau terjumpa benda2 kelakar gelak sengsorang je taknak share. sbb tak sama sense of humor barangkali :3

      Delete
  8. setiap orang ada cara menghadam situasi masing masing..hihihihi..lucu pada kita..boring pada mereka,,lawak pada mereka menyampah pada kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha yg ni tepat. sbb tu diorng boleh gelak dgn lawak menghina tp kita menyampahnya ya rabbi ><

      Delete
  9. pernah..saya selalunya jarang jumpe lawak yang boleh saya gelak.
    Tapi selalunya bila saya tak gelak..diaorang akan mula pandang saya..maka saya pun start gelak.
    Tak lawak pun..tapi kemudian saya pula kena gelak..tetiba saje saya terbuat lawak.
    Anyway, saya suka jokes Harith , pasal pada saya point dia 99% tepat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kan, sampai member pun dh boleh detect gelak ikhlas dgn tidak =.=
      time diorg gelak sy tak gelak kena pandang,
      time sy gelak dorg tak gelak punnn kena pandang, haish ><

      Harith is da best, harap beliau baca entri ni, wkwkwkwwk

      Delete
  10. Harith Iskander mmg terbaik la tok. eh, jira

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa tok tok? nak kena ketok? ingat gua tokti ke? ><

      Delete
  11. Saya pun selalu ketawa bila ternampak benda-benda yang orang lain rasa tak kelakar. Semua pun nanti pandang macam alien.

    ReplyDelete
  12. Yeah i so understand what you mean zygha... bagi gua, lawak menghina, lawak fizikal main pukul2 macam 3 stooges, lawak lucah (or in other words "lawak orang kawin"?), semua tu sangatlah low class, especially the last one. Sorry la kalau ada yang ter-butthurt dengan komen gua ni eh, this is just an honest opinion coming from a very plain person, lulz ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kira kita ni layan lelawak high class je yedakk ;)
      Memang gua cukup tak suka lawak lucah 18SX ni. takde yg lawak pun sebenarnya, lebih kepada gataiii, huhu

      Delete
  13. Nak habaq mai satu rahsia ni...

    Dulu ada satu ketika aku terlayan video stand-up comedy Harith Iskander dlm youtube.
    Aku punya laa suka sampai sejak dari hari tu aku decide one day I'll be a stand-up comedian just like him.
    Aku siap prepare lagi satu skrip kekonon satu hari nanti aku ada peluang perform depan orang ramai...

    Sampai laa ni tak ada peluang. Tapi aku tetap masih ada simpan niat nak jadi stand-up comedian. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr come again? C? Stand up comedian??

      BHAHAHAHAHAHAHAKKKK WAKAKAKAKAKAKAK WARGKHAKHAKHAKHAAKHAHAKHHH!!!!

      ok pls proceed, baru bagitau keinginan pun gua tergelak besar ni ha, wkwkwkwkw

      Delete
    2. Cis ketawakan kita plak...
      Bukannya nak bagi sokongan moral ke, jasmani ke, rohani ke...

      Delete
  14. yeah. sebab aku pun tak rasa lawak yang menghina tu sebenarnya lawak.
    english punya jokes biasanya lagi best. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha kan? lagi2 klo depa tell jokes dgn ekspresi muka serius ><

      Delete
  15. Gua suka smua....camana tu?ke jiwa gua rapuh dan lembut asyik nak ketawa je tak memasal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke, bukan hang susah nk gelak ka Sarep? gua buat lawak sepanjang entri hang tak penah gelak!

      Delete
  16. hahaha. aku pulak team mudah terhibur. lawak sikit pun boleh mengukirkan senyuman nak ke ketawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah gua pun mudah terhibur, kalo tak, tak tergelak lah tengok aksi kucing, lawak bodo je i kenot ><

      Delete
  17. Mak aku cukup bebai kalau aku cuba buka mana2 rancangan yg menghidangkan lawak bodoh. Btw, aku xpenah tgk Lawak Keder *so sadT_T Mungkin aku perlu tgk sekali utk menguji humor sense aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mak lu sama mcm mak gua ><
      try lah sekali, part Harith sudaa.. haha

      Delete
  18. ikut selera masing2 kot.. ada suka lawak educated, ade yg suka lawak slapstik

    ada yg suka orang yg buat lawak tu

    mcm dalam kumpulan jambu... aku suka tokey, kawan aku suka yus jambu..

    so bila tokey buat lawak, aku gelak

    bila yus buat lawak, aku meluat..

    haa ok x teori aku tu

    ReplyDelete
  19. sepp! educated jokes are way better than lawak kosong yg berbentuk penghinaan >.<

    ReplyDelete
  20. Biala ape org nk kata jnji kita happy.....^_^

    ReplyDelete
  21. hahhaha kelakar la entry ni...sebab sy pn same gak....kalau lawak yg org ckp lawak tah ape tu mcm malas nk layan..tp x tau knp ade jgk org gelak...huhu

    ReplyDelete
  22. Saya tak pernah tengok lawak ke der. Haha XD

    ReplyDelete
  23. Gua kalau tgk lawak ke der tu memang harith Iskandar biasanya paling lawak. Sebab byk unsur sarcasm kat lawak dia.

    Tapi yg lain2 pun kadang2 gua gelak gak cuma kalau lawak menghina tu pun gua x minat gak. Nampak terlalu mencuba...better cakap serius je drpd buat lawak menghina, kadang2 cakap serius pun boleh jadi lawak secara x sengaja apa. :)

    ReplyDelete
  24. memang lawak harith iskandar tu banyak pengisian dan lawak yang perli orang. hahahahaha. BV asal lawak je gelak. takkesah la lawak bodoh ke lawak takbodoh. hahahhaah XD

    ReplyDelete
  25. aku pon cukup x minat dgn lawak menghina ni. baik xyahla buat lawak kalo jenis cenggitu. zmn skrg ni org masing2 dah pandai menilai kot.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape