Rakyat Malaysia dan ‘Common Sense’


Hey semua,

This few weeks aku agak busy re-arrange susun atur bilik, kemas-kemas bilik (tunjuk rajin konon), tu yang agak lama tak berupdate entri baru sebab laptop pun kadang cari tak jumpa akibat timbunan barang (alasan).
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan bagi mereka yang menyambutnya.
Eh, tetiba je aku rasa nak bercakap fasal sikap msyarakat Malaysia ni, tak kira lah kau kaum apa pun.
Berapa ramai dari kita yang berangan-angan atau pun acah-acah mempunyai the sixth-sense
Bukan kumpulan pemuzik tempatan tapi deria rasa yang ke-enam.
Tapi bagi aku, takpayah lah engkau nak berderia rasa ke-enam bagai kalau kau tak ada satu sense ini yang lagi penting dari sixth sense: COMMON SENSE.
Rakyat Malaysia harini macam kurang sangat elemen common sense ni.
Sampai satu tahap aku rasa manusia yang ada common sense ni serupa ada super power pulak. Rare.
Oh, lupa pulak. Pengertian common sense ni dalam konteks entri aku: Melakukan sesuatu yang sepatutnya tanpa perlu disuruh/diminta (amboi Zyra dulu BM kau dapat apa?)

Merokok kat tempat awam serupa naga. Sebab takde sign ‘Dilarang Merokok’(kalau ada sign pun kau merokok jugak). Kat tempat awam tu ada 13 orang termasuk dia. Dalam 13 orang tu mungkin ada 2 orang je yang suka sedut asap rokok, yang selebihnya benci nak mampos. Aku belum pernah dengar lagi orang mati sebab tak hisap rokok sehari. Itulah kalau common sense langsung takde tapi selfish melimpah-ruah.

Sama jugak di depan pintu lif, pintu LRT dan yang seangkatan dengannya. Kalau kita ada common sense, orang yang dekat luar akan tunggu orang yang kat dalam habis keluar dulu. Ini tak, berebut-rebut nak masuk dulu serupa kambing kena hujan, sudahnya benda yang sepatutnya ambik masa sekejap menjadi lama sebab sesak. Sistem beratur dan tunggu giliran ni bagi mereka hanyalah pada zaman tadika je kot. 

Serupa jugak time membeli belah di pasar raya, pasar malam, pasar ramadhan. Tempat sesak, lorong pulak sempit, tang tu jugak lah depa nak berjumpa sahabat lama lah, kekasih lama lah and then bersembang kat tengah-tengah jalan tanpa mempedulikan orang lain yang guna laluan yang sama. Lagi parah kalau kat pasaraya. Aisles pasaraya tu besar mana sangat, tambah dua tiga orang yang berenti bersembang, tambah pulak dengan shopping cart depa, Aku tak kisah kau nak sembang kencang, tapi cubalah duduk kat tepi dan jangan menghalang laluan orang lain. Ha bersembang lah kau orang sampai kiamat.

Ini foto dari Instagram zyraroxx
tak sangka, guna kamera henfon cikai pun orang tanya photoshoot kat studio ke?
Boleh tahan jugak skill fotografi aku, Kahkahkah!


Merdeka kali ni harapan aku satu je: Supaya rakyat Malaysia dijajah oleh common sense sehingga ke akhir hayat. 

22 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. aku harap merdeka kali semua rakyat melaysia terutama penduduk pribumi dan islam men-upgrade kan akal mereka ke mentaliti kelas terunggul. Takde hasad dengki, takde berfikiran dungu, takde kaki kipas, takde guna santau sihir syaiton, takde buat statement rupa budak tak pergi sekolah dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

    ReplyDelete
  2. bab bersembang kat pasaraya tu buat saya gelak pulak..memang banyak kali terjadi

    ReplyDelete
  3. tu belum lagi orang dok bertenggek depan pintu lrt walhal station nak keluar tu jauh lagi, tapi tak reti nak masuk dalam lagi untuk bagi laluan orang nak masuk...tengok depan pintu penuh tapi tengah2 tren tu kosong je

    ReplyDelete
  4. Stress kannn!! Dlm fikiran ni duk bambu semua yg jenis ni. Tapi dlm fikiran je la.

    ReplyDelete
  5. semua betul. kalau bab merokok tu, kadang-kadang dah tutup mulut pun masih xfaham lagi agaknya orang kita ni. kalau yg LRT atau KTM, memang geram kadang-kadang masa nak keluar, masa tu juga la org nak masuk.
    kalau yg pasaraya tu, kadang2 mcm nak sapa, ni jalan korg ke? hahaha.

    ReplyDelete
  6. mesti kelakarkan rupa kambing berlari2 kene hujan =)

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak menghadap ragam orang Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Dua sebab kenapa common sense jadi rare dlm masyarakat kita.
    1) Selfish (mcam Z sebut dlm entri ni), dan
    2) kurang empati (empathy). Bagi yg tak tahu (saya sure Zyra tahu), empathy ialah kebolehan memahami perasaan orang lain walaupun kita tak berada di situasi.
    Contoh paling best waktu manusia yg kurang empati ialah masa hujan, pemandu kereta memandu laju sampai merecik air ke penunggang moto dan orang tepi jalan.

    Kenapa saya cerita pasal empati?
    Sebab walaupun common sense itu rare, empati lagi rare.
    Negara boleh hancur hanya kerana pemimpin tiada empati terhadap rakyat.
    Sempena merdeka ni, apa kata semai empati dalam diri.
    Bila ada empati, adalah common sense nyer.

    Sorry comment panjang, best plak menaip. Hehhe
    Sekian kuliah saya hari ni.
    Majlis bersurai
    **orang bersorak gembira**

    ReplyDelete
    Replies
    1. common sense = suatu yang semua orang ada tapi tak reti nak pakai

      Delete
    2. Common sense ni macam indicator stick kat kete masing-masing, most unused feature in Malaysia.

      Delete
  9. mmg tension dgn org yg x sabar2 nak masuk lrt tu.. bg org klua dulu la woii

    ReplyDelete
  10. kadang tu dah ada warning jangan buat itu ini..tetap buat jugak..disuruh, dia melawan. tak disuruh lagi diabaikan

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com

    ReplyDelete
  11. betu2,kita selalu lack of common sense,kdg2 xsedar pebuatan kita nyakitkan orang lain

    ReplyDelete
  12. Geng sembang kosong tgh2 jalan sesak tu, kalau ada kereta atau moto lalu kat jalan tu baru kalut nak lari ke tepi... hahah, tau pun takut kena langgar, lulz...

    Pasal pic t-shirt yg org bajet lu photoshoot kat studio tu, sesetengah org tu dia tengok asal background hitam n objek depan nampak cerah je, terus pikir guna studio... biasa la tu, hewhew ;3

    ReplyDelete
  13. bersembang dengan handphone dalam bas/ lrt macam saja nak menjerit kat telinga kita.

    ReplyDelete
  14. Okey. Setuju dengan segala galanya yang tercatat di atas. Heee.. Haruslah memiliki komon sens ye. Dah nak merdeka nie. Jiwa juga harus merdeka.

    Oh ya, gambar tuu memang cantik pun. Tak kisah laa gambar tuu disnap or dilukis, semua cantik dan kreatif (ayat tunggang langgang)

    Hahaha

    ReplyDelete
  15. ok, gambaq kat instagram tu memang cantik. wkwkwkwkw. selamat hari merdeka!

    ReplyDelete
  16. Betul tu..ramai yang x boleh nak praktikkan common sense ni dalam kehidupan seharian. Ramai yg dah x sensitif dgn keadaan sekeliling, tu yg jarang nak nampak org boleh guna common sense dgn baik.

    Jap, sejak bila pulak kau tukar kata ganti diri 'gua' kepada 'aku' ? Tahniah...kau dah naik satu level keayuan..hahaha...

    ReplyDelete
  17. paling tak suka kalau orang smoke dekat public . pencemaran udara betul

    ReplyDelete
  18. yang jenis jejak kasih jumpak tetengah padat manusia kat pasar/bazar tu paling x bleh blah. hahaha

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape