Birthday Owner Deathday Lesen

Hai~

Harini gua nak cerita satu kisah pedoman dan ikhtibar untuk semua. Semoga bermanfaat.
Entri ni sepatutnya dipublish sebelum bulan puasa itu hari lagi, tapi..

***

Pada suatu hari atau lebih tepat lagi pada pukul 9.14 pagi Sabtu, gua dan anak sedagha yang sulung tengah on the way pergi ke sebuah rumah anak yatim.


Kereta dipandu oleh Kakak (panggilan manja kekonon). Seronok jugak sekali-sekala jadi co-pilot, selalu jadi dreba je bosan jugak. Rasa macam nak angkat kaki letak atas dashboard pun ada. Tapi memandangkan itu kereta kakak gua dan bukannya lori balak, gua pun mematikan hasrat.


Sampai di pertengahan jalan, Kakak buat satu ayat cemas: "Alamak! Kakak rasa lesen Kakak dah mati sebab birthday Kakak dah lepas 2 minggu.."

Now, kalau gua merupakan seorang ibu saudara yang prihatin dan concern terhadap persekitaran sekeliling, gua pastinya terus melompat bangun, minta Kakak berhentikan kereta di bahu jalan dengan serta-merta, dan gua sendiri yang akan sambung drive.

Tapi, gua sejenis ibu saudara yang suka membiarkan budak-budak belajar tentang erti hidup, the hardest way possible, muahahahahahahh! Sebab gua sayangkan depa lah gua buat begitu.



Lalu gua pun menjawab: "Rileks, Maksu kan ada.."
Kakak: "Nasib baik ada Maksu, wee!"

Just a moment..

Kalau birthday dia di bulan Mei dah lepas selama dua minggu, birthday gua di bulan April pulak macamana? Lalu purse di ribaan gua selak perlahan sambil mengharapakan tahun yang tercatit adalah 2016. Deng, lesen gua jugak turut meninggal dunia lebih sebulan yang lalu. Mayatnya pun dah naik busuk dan mereput.



"Err.. Kakak? Lesen Maksu pun dah arwah...."

Lalu kami pun berHAHAHAHAHAHAHAHA sepanjang perjalanan sambil berharap tiadalah abiang-abiang polis mahupun JPJ yang rajin membuat sekatan jalan di pagi nan syahdu itu. Sebagai seorang law-abiding citizen, tetiba terus rasa insecure nak memandu.

Mujur jugak gua bukan seorang ibu saudara yang prihatin dan concern terhadap persekitaran sekeliling, yang pastinya terus melompat bangun, minta Kakak berhentikan kereta di bahu jalan dengan serta-merta, dan gua sendiri yang akan sambung drive. Sebab perlakuan tersebut hanya akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

Sejak dari itu gua kembali terfikir, apakah masih relevan ucapan birthday seperti:
HAPPY BIRTHDAY! SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI BLA BLA

Sepatutnya ditukar ke:
HAPPY BIRTHDAY! JANGAN LUPA RENEW LESEN!


Marry me puh-lease

24 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. eh sama mcm aku lah..tahun lepas punya cerita..dekat sebulan aku ulang alik dr rumah pergi tempat kerja...ntah mcm mana boleh teringat lesen dh arwah sebulan lepas..mungkin nasib aku baik sbb tak pernah terserempak dgn abg polis..-_-

    ReplyDelete
  2. eh sama birthday kita april! haha. hari tu aku pun lupaa, mak yang ingatkan. dasar sungguh perangai. nampaknya usaha kerajaan utk bg org ingat renew lesen sgt x memberi effect kepada manusia mcm kita >_<

    ReplyDelete
  3. bagus jugak idea ucapan tuh ermmm...

    ReplyDelete
  4. Saya takde lesen jadi tak berapa faham sangat bab lesen mati ni macam mana. hehe.

    ReplyDelete
  5. betul..kerana tarik luput lesen sama dengan tarikh lahir kecuali lesen diaktifkan lebih daripada setahun..tahun yang akhit itu boleh la wish..happy birthday and happy renew lesen..

    ReplyDelete
  6. Sebab tu aku selalu renew terus 3 tahun, sebab malas nak fikir kena renew ke tidak...
    Tapi tahun ni 2015 dah tamatlah 3 tahun, so memang kena renew laa pd besday yg mendatang ni...Hehehehe
    Harap ada yg ingatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sebab renew 3tahun pada tahun 2013 dululah ni, tahun 2015 ni aku boleh pulak terlupa. kekeke

      Delete
  7. Haha....aku dapat bayangkan betapa seronoknya berhahahaha dengan kakak sendiri.... Gua sebelum JPJ ubah utk renew lesen ikut tarikh birthday, memang mudah je nak lupa renew lesen ni. Tapi lepas dah ikut tarikh birthday ni kurang la sikit probability nak lupa renew lesen. kalau gua lupa jugak confirm gua tahun tu telah lupa jugak birthday gua sendiri.....

    Untuk megelakkan daripada lupa renew lesen, gua pun renew lebih dari setahun untuk selamat. Tapi masalahnya masa tahun akhir tu la nanti x ingat nak renew lesen sebab dah lama sgt x buat kerja2 renew lesen ni....huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh...haha..konfius gua dengan panggilan manja dalam family lu..patutlah...gua x berapa faham...sejak bila pulak lu ada kakak sebab entri sebelum ni ada bgtau yg lu ada abang je bukan kakak...hmmm....teruk betul skill membaca gua...

      Delete
  8. hahaha~ sama bulan la IQ dengan zyra...bulan april~ oii...lama benau tak renew!

    ReplyDelete
  9. Gua baru renew last year, tahun 2017 nnt baru kena renew lagi. Fuh, lambat lg tuh... harap tak terlupa n dok ingat tahun tu masih tak perlu renew lg sudah la... hewhew~

    ReplyDelete
  10. Hah.. Birthday aku dah hampir ni. Rasa nak check pulak bila expired. Thank you zyra..

    ReplyDelete
  11. Haha Mesti mata meliar sana sini kot kot ada pak polisi :P
    Selamat merenew lesen kepada yang nak merenew tuuuu XD

    ReplyDelete
  12. Aku siap p berjimba dari negeri sembilan, balik Kangaq, p negeri sembilan balik, pi jb, pastu berjimba kat shah alam, p damansara, dah sebulan jugak la... baru teringat. lepas renew lesen tu teroih eksiden. huhu nasib baikkkk (atau x baik?) ... T^T

    ReplyDelete
  13. saya menjangkakan kesudahan cerita dgn watak abang JPJ. hmm.. x pe la. hehe..

    ReplyDelete
  14. salam singgah sini dik....akak selalu lupa lesen dah tamat tempoh sebab jarang memandu dan jarang bawa lesen...hihi...terima kasih atas kunjungan dan follow blog akak...hihi

    ReplyDelete
  15. tahu tak apa , kalau lesen mati memang rasa insekyo habis nak drive . kalau drive tetiba nampak signboard oren oren atau kon kat depan terus kecut perut . rupanya construction je.... buat cuak je hahaha

    ReplyDelete
  16. First time aku sampai sini, terus teringat blog kawan baik aku zaman 5tahun lepas. serupa masuk dalam barbie doll punya rumah. hihi

    Ko punya entry membuatkan aku terus terrrrzzaaaasssttt! Lesen aku pun dah mati rupanya! Muahahaha! Deng! Dah hampir 2minggu. >.<

    Happy belated birthday, Zyra. Sila p renew lesen!

    ReplyDelete
  17. jangan kata nak renew lesen, nak renew road tax setiap tahun pun gua selalu lupa ='D

    ReplyDelete
  18. kena buat muka konfiden je time tu kan keh3

    ReplyDelete
  19. hihi lepas ni ada ucapan baru dah

    ReplyDelete
  20. jap aku nak bantai gelak dulu. sebab penah jadi kat jugak lesen dah meninggal sampai 2 bulan pastu baru aku sedar. hahahahaha. ni kat entry blog aku yg ni : http://ana-mizu.blogspot.my/2014/07/jangan-jadi-camni.html

    ReplyDelete
  21. Hhahaahha.... suke baca style penulisan.. stylo dan kelakar.. hehehe..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape