Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Sehati Sejiwa

Hey guys!

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara tercinta Malaysia yang ke-59 tahun. Yipeee!


Negara dah merdeka dari penjajah, kita entah bila nak bebas merdeka dari hutang piutang, hahaha.. Aku taknak tanya mengenai erti merdeka bagi korang. Aku yakin pembaca blog ni semua dah besar panjang. Dan aku jugak taknak mention betapa 'merdekanya' kita.

Pada suatu malam yang panas, aku ke mall untuk beli kasut jogging (ehem). Puas menjelajah dan meneliti, aku duduk di bangku untuk buat perbandingan. Tiba-tiba terdengar sorakan dan teriakkan yang kuat dari level bawah. Aku kaget, Tsunami kah? Maklumlah, Queensbay Mall memang dekat dengan laut. tapi rupanya pada malam keramat itu, Dato Lee Chong Wei telah mengalahkan musuh tradisinya, Lin Dan. Buat kali terakhir di pentas Olimpik.

Gadis di sebelah aku yang sejak tadi ralit menjilat Baskin Robbins buy 1 free 1 bangun dengan teruja sambil menarik tangan teman lelakinya untuk ke tingkat bawah. Aku juga turut serta meskipun tidak ditarik oleh sesiapa. Dan setibanya di sana, aku rasa sesuatu yang aneh. Something glowing inside me, warm. And I wish it could stay inside me forever.

Di hadapan mata aku orang ramai bertepuk dan bersorak di hadapan sebuah skrin, punching the air, laughing, hugging each others, huge grin pasted on every single face. Mereka gembira bukan sebagai Cina, Melayu, India dan lain-lain. Tapi mereka bersorak dan gembira sebagai satu warga Malaysia. 

I feel proud. 
Bibir aku tersenyum.
Mata aku bergenang. 
Aku pun berlalu pergi ke kedai kasut sebelum aku termenangis kat situ.
Hahah imej kena jaga beb.

Dan aku terfikir, ahli politik selalu melaungkan unity, bersatu-padu, tapi deep down aku rasa mereka bukan peduli. 

Sistem pecah dan perintah. Penah dengar?
Tak pernah? 


Apa sumbangan kita untuk negara selain cukai? 

Debaran Lebaran

Hey guys!

Harapan aku korang semua dah berjaya melakukan amal ibadat dengan khusyuk di bulan barakah ini. Apa yang berdebarnya dengan lebaran? Takde apa, cuma sedap didengar/dibaca.

Aku nak menulis sikit pasal persiapan raya aku dulu dan sekarang. Yelah, nak tulis minggu depan, dah hari raya. Siapa yang nak baca? Wahahahhha. In fact, aku haramkan korang buka blog aku di hari raya ni. Tolonglah minimakan penggunaan gajet dan maksimakan interaksi sesama umat. Simpan kejap rindu dendam korang kat blog ni *batuk keras

Kenapa kita selalu rasa raya dulu lagi meriah dan seronok dari raya sekarang? Adakah faktor umur dan persekitaran? Malam raya aku dulu happening bagi aku. Sebab..

Malam tulah nak pasang tirai..
Aku tak tahu kenapalah tak pasang seminggu awal, atau di awal ramadhan. Dan macam jadi tradisi kena pasang malam raya, kalau tak, kurang meriahnya. Memang meletihkan tapi sangat puas hati bila tengok hasil ruang tamu jadi kemas rapi menawan.


Aku tak suka pasangkan besi cangkuk kat tirai. Susah nak masuk satu hal, salah selang barisan satu hal yang lain pulak. Salah selang barisan boleh membawak kepada tirai jadi pendek tak sampai ke destinasi, atau terlebih lebar hingga sampai ke tingkap sebelah. The struggle is real. Kakak aku ambik pendekatan bijak dengan menulis SELANG 3 BARIS di atas tirai tu. Tapi struggle balik sebab kesan tulisan hilang lepas dibasuh.

Sekarang: Dah takda sapa nak rajin pasang tirai malam raya. Kakak aku awal lagi dah pasangkan. Hilang sikit meriahnya. Aneh, tugas yang sangat aku tak suka dulu, kini dirindui pula.

Malam tulah nak buat biskut terakhir..
Masa dulu panjang. Bukan aku mengarut tapi itu satu fakta. Masa semakin lama semakin singkat. Malam raya aku dulu lazimnya mesti ada paling kurang sejenis kuih dan kek yang akan dibakar. Seronok dia lain macam sambil buat sambil dengar lagu raya. Memang keesokan harinya tu para tetamu dihidangkan dengan freshly baked biscuit and cake.



Aku pulak dulu jenis tak senang duduk kalau jenis biskut sedikit. Paling koman mesti ada 5 jenis. Tu pun aku merengek dekat kakak suruh tambah lagi. Mesti ada 6 jenis ke atas. Sebab? Bukan tak nak kalah dengan jiran sebelah tapi bekas kuih raya ada enam bijik, aku tak suka tengok bekas kosong, haha.

Sekarang: Meh, sapa ada masa untuk semua tu? Semua biskut dan kek dah tersedia di dalam bungkusan..

Malam tulah nak habiskan menjahit baju raya..
Ini bukan aku, menjahit bukan bidang aku, tapi kakak aku. Dulu aku mana ada beli baju raya, semua kakak buat (kecuali baju raya kasual skirt, jeans, t-shirt lah). Pulak tu bukan baju kurung biasa, ada je dia bereksperimentasi dengan fesyen. Baju kebaya lah, kebarung, kebaya Johor dengan padanan kain yang memang menongkah arus fesyen semasa kat kampung aku masa tu. Seringkali jugak aku dipanggil oleh anak-anak dara kampung bila aku pergi beraya untuk meneliti busana raya pertama aku, hahaha bangga mak nak.



Keburukan buat sendiri ni, suka bertangguh. Agak cemas lah bila lagi seminggu nak raya tapi baju raya kau masih dalam bentuk kain ela, hahahah. Sedangkan rakan sepermainan lain dah enam kali try baju dan kasut raya memasing, fuh.

Sekarang: Kosser kakak nak menjahit baju untuk aku. Baju dia sendiri, suami dan anak-anak pun beli siap di kedai je sekarang.

Bagi aku, memang terasa beza sangat kemeriahan raya dulu dan sekarang. Dulu abang kakak memasing belum kahwin, rumah meriah. Sekarang, tinggal aku je belum kawin, maka aku sorang jelah yang beraya di kampung dengan sorang kakak dan dua anaknya. Siblings lain raya kedua/ketiga baru balik sebab beraya di rumah mertua memasing dulu. Takbir raya yang mendayu sure bring  back memories with arwah ayah dan emak, dan abang sulung.. huhu.

Korang teka baju raya aku biru kan? Tahniah! Hahaha memang aku suka biru. Tapi dalam kes di atas, kaler biru kelihatannya seperti baju pengawas sekolah jadi aku pilih.. um.. lilac.

Dan di kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog Zyraroxx. Maaf sekiranya ada tulisan yang menggangu, walaupun awal-awal lagi aku dah warn kat atas blog 'read at your own risk' muakakaka. Selamat menyambut lebaran dengan yang tersayang tidak kira di mana anda berada. Buat yang bertugas di hari raya, terimalah salute dari saya. Dan sekali lagi aku nak ingatkan, kurangkan interaksi di media sosial, bersosial  lah dengan sedara mara rakan taulan sepupu sepapat. Please disconnect to connect more, ewah dah macam iklan. Bencinya.


Pandu cermat, ingatlah orang tersayang 

Terima Kasih Cikgu!

Hey guys,

Entri bersempena dengan Hari Guru 2016.

Terima kasih aku ucapkan kepada Cikgu Jah (panggilan mesra orang kampung), cikgu tadika KEMAS aku dulu yang membuat aku kenal apa itu twinkle twinkle little star dan baa baa black sheep ketika aku berumur 5 tahun. Juga yang sabar melayan kerenah aku yang tak suka mengira syiling plastik. 

Tidak aku lupa jasa Cikgu Ramli yang sabar dan tekun mengajar aku dalam kelas matematik aku yang pertama di darjah satu. Terima kasih kerana sabar menunjukkan kepada aku bahawa sepuluh ditulis sebagai 10 dan bukannya 01.

Terima kasih juga kepada cikgu Rosli, guru Bahasa Melayu merangkap guru kelas aku selama 3 tahun berturut-turut. Terima kasih kerana mendorong aku dalam akademik dan bidang seni (melukis dan mewarna, bukan seni suara). Telah diadakan pertandingan mewarna besar-besaran yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbitan ketika aku di darjah tiga. Cikgu Rosli kelihatan resah mencari-cari dalam lauatan pelajar. Rupanya mencari aku. “Buat yang terbaik!” katanya bersemangat. Dan petang itu, hidung aku begitu kembang sekali bila merangkul title juara.

Terima kasih kepada semua guru-guru yang sangat sabar dengan kerenah aku yang rebellious di awal remaja. Terima kasih kerana memahami dan bukan sekadar menghukum.

Dasar pemalas tahap sloth. Main recycle komik page FB je. Huhu.
Selamat Hari Guru Disiplin!

Dan akhir sekali, jutaan terima kasih kepada guru-guru tingkatan enam aku, Cikgu Basir, Cikgu Rosli, Cikgu Hasnah, Cikgu Helmi, Cikgu Maryam dan ramai lagi yang tak dapat aku senaraikan. Terima kasih kerana tak pernah putus harapan dan sentiasa menggalakan, memberi sokongan padu dan perhatian tanpa sempadan sehinggalah dari C- menjadi A+

Terima kaseyyyh!!!
(Dah macam Alleycats..)

Ajar anak kau menghormati guru 

Mukasurat Yang Ke-365

Hey guys,

Sebagai seorang ulat buku, aku tak ada masalah untuk habiskan ribuan mukasurat novel/buku dengan jayanya.
Tapi aku rasa aku tak berupaya untuk habiskan 365 mukasurat novel berjudul 'Zyraroxx Dalam 2015 Masihi' dengan cemerlang.


Ya, aku belum bersedia untuk selak ke mukasurat 365.
Banyak lagi perkara yang aku rasa belum sempat aku buat di mukasurat sebelumnya.
"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian".
Dan aku adalah di antara manusia yang rugi tersebut.
Bersedia atau tak, masa akan terus berjalan.
Terpaksa lah aku selak jugak mukasurat tersebut dalam keterpaksaan.
Buku yang aku maksudkan adalah buku kehidupan, bukan Buku Amalan Roqib dan 'Atid
(Hey future Zyra, jangan banyak bunyik kalau kau dapati banyak ruang-ruang kosong dalam buku ni).




hajat hati nak buat collage yang awesome tapi *dengkur


Seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun 2015 aku diwarnai dengan pelbagai kisah suka dan duka.
Yang baik aku ambik untuk diteruskan dalam tahun-tahun mendatang.
Yang buruk pulak aku jadikan pedoman, iktibar dan rujukan.
Kalau buruk tu datang dari aku, akan aku usahakan supaya ia menjadi lebih baik (hoi future Zyra, ingat ni!).
Terima kasih daun keladi aku ucapkan kepada semua yang sudi hadir mewarnakan hari-hari aku.
Tak kisah lah kau warnakan dengan warna pastel atau warna hitam pekat, tetap aku hargai.
Dan, banyak jugak pengajaran yang dapat aku kutip untuk dimasukkan ke dalam karung berlabel 'peringatan'.

Dengan ini, aku nak mengucapkan selamat menyambut 2016 masihi kepada sekalian pembaca.
Selamat tersilap tulis 2016 sebagai 2015.
Selamat membina azam tahun baru yang tak pernah tercapai.
Selamat bercount-down dan menikmati percikan bunga api (aku dah lama bersara dari aktiviti ni).
Aku taknak mintak maaf kalau ada tulisan aku yang mengguris hati, sebab tahun depan aku akan buat lagi.
(evil laugh)


Lupa pulak letak ayat: Pejam celik pejam celik 

Dan Calon-Calonnya Adalah..

Hey,

Alhamdulillah, tamat sudah mini giveaway Komik Buasir Otak yang berlangsung selama satu minggu (fuh, lap peluh). Aku ingat dua orang je yang akan join sebab ada dua hadiah cuma, tapi sambutan amat menggalakan, terharu betul aku ini. Thanks guys, you rawks!

Jujur aku akui, nak memilih pemenang is the hardest decision ever. Ramai yang tunjuk effort dalam entri masing-masing. Oh ya, lupa pulak nak bagitahu yang semua peserta akan dimasukkan ke dalam geng Rakan Subahat. Jadi, braced yourself for my daily dose of blogwalking and silly comments, muahahah!


Hasil dari tilikan dan firasat aku, terdapat 12 orang blogger yang telah di-senarai-pendekkan daripada 42 orang pserta. Mereka terdiri daripada:-

1) Ct Cheery
2) Izyan Cinnamon
3) Leya Yeolly
4) Khairul Nisya
5) Mrs. A
6) Riana Little Cuties
7) Zakie Azid
8) Sabrina SA
9) Wawaabdulhadi
10) Little Rant
11) SuzieLAWAti
12) Tiga Lalat

Dan kemudian, aku perlu struggle pulak untuk memilih hanya dua dari senarai di atas! Kalau lah aku anak taukeh kilang percetakan memang aku akan pilih semua (ah, sudah lah ko Zyra). Aku harap keputusan yang aku buat ini adil dan saksama serta dapat diterima oleh semua pihak. Adat pertandingan, ada menang ada kalah (dah lah hadiah sikit, lagi nak sakitkan hati dengan ayat cliche!)

PEMENANG PERTAMA: SuziLAWAti



Aku tergelak besar bila bukak link entri beliau. Kenmahen hakak yakuza kita ni berposing dengan rambut pelesu. Mujur jugak rambut dia kaler hijau, kalau kaler biru bayi memang dah lama aku rembat. Memula aku ingat hakak ni dah beli komik Buasir Otak, rupanya itu hanyalah ilusi optik hasil percetakkan mesin pencetak. Kreatif dan inovatif! Hahahaha tahniah hakak, you are truly rawks

PEMENANG KEDUA: Tiga Lalat


Blogger ni yang mesra disapa dengan panggilan wak membiarkan aku speechless sebentar dengan effort beliau menghasilkan gambar ala-ala komik superheroes gitu, sangat mengikut tema. Hahahahaha terhibur betul diri ini dan terharu benar dengan wak yang komited dalam membuat entri. Tahniah wak! Aiseh, teringin betul nak tahu sambungan komik tersebut sebab ada tulisan 'to be continued' di situ.. (blushing Thor cakap aku lawo, wahahahh!)



ARAHAN KEPADA PEMENANG:
1) Emelkan butiran peribadi anda (nama, alamat, no. telefon) ke ctnazira@gmail.com
2) Komen SUDAH EMAIL di ruangan komen kat bawah dengan menggunakan ID Blogger. Aku taknak nanti orang lain yang menang, orang lain yang bagi details. Tak ke haru.
3) Sila berbuat demikian dalam masa tiga (3) hari dari tarikh pengumuman pemenang. Kalau lambat, aku pilih orang lain. Ini bukan cobaan, ini betul-betul.
4) Hadiah akan dipos menggunakan Pos Express pada hari bekerja berikutnya dan tracking number akan diberikan melalui email (wah dah macam peniaga online pula).


Tahniah dan jangan sedih, ada rezeki aku buat lagi  

Berkorban

Hai,

Korban.
Aku rasa semua tahu maksud korban.
Tapi berapa ramai yang pernah betul berkorban?
Maksud aku, korban yang mendatangkan manfaat, bukan korbankan diri demi cinta buang emak buang saudara. Itu bagi aku bukan korban, tapi kebodohan.

Berbalik kepada korban.
Seiingat aku sepanjang hidup ni aku tak pernah melakukan apa-apa korban yang signifikan.
Aku tak pernah korbankan kerjaya untuk menjaga emak yang sakit di kampung.
Aku tak pernah korbankan wang ringgit untuk mereka yang lebih memerlukan.
Aku tak pernah korbankan tenaga muda untuk aktiviti kemasyarakatan atau sebarang sukarelawan.
Dan aku tak pernah berkorban apa-apa untuk negara.
Selfish betul seorang aku ini.

Mungkin satu hari nanti aku berpeluang untuk melakukan satu pengorbanan yang bermakna.
Mungkin 'aku tak pernah berkorban' patut aku tukar menjadi 'aku belum berpeluang berkorban'.
Buat masa sekarang biarlah korban aku hanya dari segi ibadah.


Selamat Hari Raya Aidiladha 

Rakyat Malaysia dan ‘Common Sense’


Hey semua,

This few weeks aku agak busy re-arrange susun atur bilik, kemas-kemas bilik (tunjuk rajin konon), tu yang agak lama tak berupdate entri baru sebab laptop pun kadang cari tak jumpa akibat timbunan barang (alasan).
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan bagi mereka yang menyambutnya.
Eh, tetiba je aku rasa nak bercakap fasal sikap msyarakat Malaysia ni, tak kira lah kau kaum apa pun.
Berapa ramai dari kita yang berangan-angan atau pun acah-acah mempunyai the sixth-sense
Bukan kumpulan pemuzik tempatan tapi deria rasa yang ke-enam.
Tapi bagi aku, takpayah lah engkau nak berderia rasa ke-enam bagai kalau kau tak ada satu sense ini yang lagi penting dari sixth sense: COMMON SENSE.
Rakyat Malaysia harini macam kurang sangat elemen common sense ni.
Sampai satu tahap aku rasa manusia yang ada common sense ni serupa ada super power pulak. Rare.
Oh, lupa pulak. Pengertian common sense ni dalam konteks entri aku: Melakukan sesuatu yang sepatutnya tanpa perlu disuruh/diminta (amboi Zyra dulu BM kau dapat apa?)

Merokok kat tempat awam serupa naga. Sebab takde sign ‘Dilarang Merokok’(kalau ada sign pun kau merokok jugak). Kat tempat awam tu ada 13 orang termasuk dia. Dalam 13 orang tu mungkin ada 2 orang je yang suka sedut asap rokok, yang selebihnya benci nak mampos. Aku belum pernah dengar lagi orang mati sebab tak hisap rokok sehari. Itulah kalau common sense langsung takde tapi selfish melimpah-ruah.

Sama jugak di depan pintu lif, pintu LRT dan yang seangkatan dengannya. Kalau kita ada common sense, orang yang dekat luar akan tunggu orang yang kat dalam habis keluar dulu. Ini tak, berebut-rebut nak masuk dulu serupa kambing kena hujan, sudahnya benda yang sepatutnya ambik masa sekejap menjadi lama sebab sesak. Sistem beratur dan tunggu giliran ni bagi mereka hanyalah pada zaman tadika je kot. 

Serupa jugak time membeli belah di pasar raya, pasar malam, pasar ramadhan. Tempat sesak, lorong pulak sempit, tang tu jugak lah depa nak berjumpa sahabat lama lah, kekasih lama lah and then bersembang kat tengah-tengah jalan tanpa mempedulikan orang lain yang guna laluan yang sama. Lagi parah kalau kat pasaraya. Aisles pasaraya tu besar mana sangat, tambah dua tiga orang yang berenti bersembang, tambah pulak dengan shopping cart depa, Aku tak kisah kau nak sembang kencang, tapi cubalah duduk kat tepi dan jangan menghalang laluan orang lain. Ha bersembang lah kau orang sampai kiamat.

Ini foto dari Instagram zyraroxx
tak sangka, guna kamera henfon cikai pun orang tanya photoshoot kat studio ke?
Boleh tahan jugak skill fotografi aku, Kahkahkah!


Merdeka kali ni harapan aku satu je: Supaya rakyat Malaysia dijajah oleh common sense sehingga ke akhir hayat. 

Kerana Mulut Perut Binasa

Salam guys,

Selamat kembali berkerja. 
Sila jangan perasan, gua bukan ucap dekat lu, tapi gua nak ucap dekat perut lu semua. Selepas sebulan berehat (tak rehat sangat sebab kerja syif malam), kini tibalah hari di mana mereka perlu berkerja keras.



Nah, terimalah natijahnya akibat makan tak ingat dunia akhirat, wahahaahaha. Ketahuilah kalian bahawa gua susah payah siapakan entri ini dengan perut yang memulas-mulas macam mesin basuh separa automatik. 

Di kesempatan ini, gua nak menyeru lu semua untuk berpuasa enam supaya menstabilkan kembali perut yang terkena kejutan budaya di Aidilfitri. Gua nak start Isnin depan, jom lah join nanti boleh raya enam sama-sama, weee.


Selamat berpuasa kembali 

Salam Syawal 1436H

Salam guys,

Kejap je dah hampir sebulan kita berpuasa pada tahun 2015 ni.
Sayangnya 10 malam terakhir ni kita sibuk habiskan dengan pergi ke Low Yat dan PWTC dari pergi ke masjid.
Gua sedih ni. Sedih. Entah dapat rasa lagi ke tidak Ramadhan tahun depan.

Di kesempatan ini, gua nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada sesiapa saja yang baca blog ni. Gua nak mintak maaf andai ada tulisan-tulisan dalam blog ni yang menyinggung perasaan, sumpah gua tak sengaja, tiada niat lain melainkan sekadar suka-suka semata.


Kepada yang dapat cuti tu, pulanglah ke kampung, jangan dengar sangat saranan pakar motivasi suku masak tu. Gua sedih bila tengok orang tua-tua yang beraya sendirian sebab anak TAK NAK balik. Satu je gua nak cakap:
Hulurkan tangan ketika mereka masih ada untuk menyambutnya.

Dan kepada warga muda-mudi, tinggal-tinggal kan lah gajet anda barang sekejap. Beramah mesra lah dengan sanak saudara jiran tetangga. Apa guna gah dan femes di media sosial tapi in real life saudara sendiri pun tak kenal hangpa. 

Gua ingat tahun ni nak sediakan satu bakul. Sampai je anak-anak buah kat depan pintu rumah di kampuang, gua nak suruh masukkan segala gajet dalam tu. Kalau ingkar, takdak kipas dan kasih sayang untuk hangpa! Muahahaha!!


Selamat bergembira di hari raya di samping insan tersayang 

Tanggungjawab Zakat Fitrah

Salam guys,

Selain ingat nak raya, gua harap lu semua tak terlupa bayar zakat fitrah. Itu pun satu kewajipan jugak. Sekarang zaman dah moden dan canggih, boleh bayar pakai online banking, malah SMS. Tapi gua lebih suka bayar secara zahir face-to-face.

Cerita fasal zakat fitrah ni, zaman kekanak riang dulu, mak gua yang akan sediakan zakat fitrah untuk gua 'bayar' iaitu beras yang telah disukat mengikut kadar yang ditetapkan dan dibungkus menggunakan beg plastik (sebelum syarikat beras ada inisiatif untuk pack beras fitrah yang bersaiz comel).

Jadi menjelang dua minggu sebelum raya akan berebutlah gua dengan Abang Chik untuk menghantar beras fitrah tersebut. Jangan salah faham, kami bukan berebut sebab tak sabar nak bayar zakat fitrah, tapi berebut nak hantar kepada penerima yang paling dekat dengan rumah, muahahahaha.

Lepas emak dan ayah dah tak ada, tugas membayar zakat fitrah digalas pula abang dan kakak. Sampailah gua bekerja sendiri. Bayar sendiri. Tapi tahun lepas, lain macam sikit ceritanya..


Sungguh, tiba-tiba gua rasa begitu comel dan anggun, rasa macam budak berumur lima tahun semula.
Kahkahkah! Tapi tahun ini, tak tahu lah macamana pulak ceritanya, mungkin kena bayar sendiri pulak sebab Abang Chik dah ada anak dan isteri. Dan mungkin dah lupakan adik dia nan seorang kat sini, sobs!

Hahahaha jangan salah anggap pulak, it is not about the money (yang tak sampai sepuluh ringgit) tapi perasaan bahagia bila ada seseorang yang mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap diri kita. Terasa diri dihargai gitu haa.

Guys, jangan tak tahu guys, zakat fitrah pun ada #pickuplines yang tersendiri:
"Nak saya bayarkan zakat fitrah untuk awak?"

Somehow, gua rasa ini ayat ngorat yang tak try too hard, simple dan pada masa yang sama kelihatan agak sweet (somebody please punch me hard on the face. Twice.)


Selamat membayar! 

Selamat Berpuasa Dan Bertarawih!


Salam,

Alhamdulillah, kita bakal memasuki bulan yang paling mulia dalam Islam: Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, bulan yang dilimpahi rahmat Allah, bulan di mana setiap pahala digandakan, bulan di mana doa-doa diterima..



Bulan di mana bila tidur pun dapat pahala..





Tapi... agak-agak lah beb.



Si syaitonirojim akan dirantai selama kita di bulan Ramadhan.
Tapi ingat, segala tugasan telah diserahkan kepada side-kicknya iaitu nafsu.
Jangan underestimate kuasa nafsu sebab dia mampu membuatkan kita pulak yang jadi syaiton.

Gua dengan ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan tanpa rasa keterpaksaan.
Kepada yang bekerja: Jangan curi tulang. Puasa bukan alasan untuk menurunkan prestasi kerja.
Ayuh buktikan kepada non-muslim bahawa puasa bukan satu beban!
Kepada yang belajar: Jangan malas dan skip kelas/tutorial. Di bulan yang barakah ini lah perlu melipat gandakan usaha mencari ilmu.

Kepada makcik/pakcik/akak/abiang yang berniaga di bazar, sila lah berniaga dengan ikhlas dan berhemah. Gua harap anda semua memperolehi rezeki yang berkat.
Sila lah masak sedap-sedap. Kalau anda sendiri pun tak terjamah apa yang anda jual, apatah lagi kami yang membeli.
(Kan best kalau peniaga yang masak tak sedap pun dirantai sepanjang Ramadhan, huahahahah!)

"Makcik, bagi karipap dua ringgit"
"Nak inti apa dik?"
"Inti angin.."

Gua SANGAT SUKA karipap, so please jangan lah menipu gua yang daif dan naif ini, sobsob.
Peniaga murtabak, sila jangan buang masa bertanya pelanggan mahukan inti daging/ayam jika komposisi murtabak anda hanya terdiri daripada 9% tepung 75% bawang dan 16% telur.
Tolong jangan bagi harapan palsu.

Thats all folks.
Semoga puasa kita berjalan lancar,
Semoga lu tak tersarapan di kedai mamak pada pagi 1 Ramadhan.


Semasa zaman jahiliyah dulu gua selalu sebut Ramadhan al-Murtabak 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape