Jaga Rambut Semasa Tidur

Hey,

Buat yang tak kenal aku secara mendalam, aku ni sebenarnya seorang gadis bertudung, bukan seorang gadis berambut biru. Tapi itu tak bermakna aku tak ambik berat perihal mahkota kedua aku tu. Aku jaga dia sama jugak macam perempuan free-hair jaga rambut mereka. Ada jugak suara sumbang yang mengatakan buat apa lah nak jaga rambut lawa-lawa tapi pakai tudung, bukan ada sapa nampak pun? Bagi aku pakai tudung tu sebab nak tutup aurat, bukan sebab nak cover rambut yang tak lawa.

Anyway, sebelum ni memang aku lepas bebaskan rambut aku time tido. Tapi sejak aku terbaca satu artikel tu yang aku tak ingat dekat mana, aku start sanggul rambut time tido. Alah, sanggul serupa perempaun dalam pantang tu, ufufufu. Dan hasilnya? Sangat memuaskan! 

Sanggul dapat membantu memerangkap kelembapan pada rambut. Bila rambut lembab, rambut akan jadi ‘berat’ dan terletak elok. Kalau rambut kering tulah yang buat dia mengerbang. Kelembapan maksud aku kat sini bukalah dari air, tapi dari rambut tu sendiri (dari conditioner/minyak etc). Nanti karang kau pergi sanggul lepas mandi pulak tak pepasal lain jadinya.

Sebelum tidur, sapukan krim/minyak (aku prefer minyak dari Loreal Paghis) then ikat/sanggul rambut ikut keselesaan dan tido. Lagi satu, dengan mengumpulkan semua rambut ke atas kepala, secara tak langsung akan menaikkan akar rambut ke atas semasa kita tido, jadi rambut akan bertambah volum keesokkan harinya. 

Selepas bangun tido, bukak ikatan dan taddaaaaaa! Terlihat seorang gadis berambut ikal mayang mengurai cantik instead of langsuir di hadapan cermin.



Oh, by the way, rambut aku dalam kategori ikal mayang atau wavy hair. Maknanya rambut aku takdelah lurus sangat, ada jugak bengkoknya tapi takdelah kerinting sangat, ada jugak lurusnya pendek kata bagi aku, it just nice. So, kalau kau orang kategori rambut lain, aku tak berani nak jamin hasilnya macamana but it worth a try (wink).

Lelaki pun boleh. Hensem gilos kot lelaki dengan man-bun mereka (emoticon mata love). Aku sebenarnya dalam dilemma ni, bila kawen nanti takkan aku nak sanggul rambut time tido, tak seksilah, kahahahh!


Messy is sexy 

57 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. kalau kite, tak suka ikat, biar je macam tu. Alhamdulillah setakat ni tak jadi mcm langsuir lagi. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah mmg aku dulu pun cmtu, tp agak rimas lah kadang tu rambut menjalar ke muka bila ditiup angin kipas :3

      Delete
  2. Ada juga orang yang selalu cakap dekat saya "buat apa nak jaga rambut tu elok-elok. Bukannya orang nampak. You kan pakai tudung." Saya pula selalu balas, "Excuse me, pakai tudung tu bukan alasan nak abaikan penjagaan rambut." Memang terbakar sikit kalau orang cakap macam tu.

    Bab sanggul atau lepaskan rambut ni pula, saya pula ada baca yang lagi elok kalau kita lepaskan rambut masa tidur. Sebabnya, saya tak ingat pula. Nanti saya cari balik artikel tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itulah pasal. bertudung bukan satu alasan utk tak jaga rambut. in fact org bertudung lah kena jaga lebih lagi kan kan

      hahaha mat salleh ni mmg lah, ada kata baik ada kata sebaliknya. penuh dgn pro dan kontra, xpe kita ikut je mana yg baik :)

      Delete
  3. sebenarnya gadis yg bertudung tu kena jaga rambut elok2.. sbb bila bertudung nie kdg2 rambut mudah kene peluh tu punca jadi gatal-gatal...btw nak try jugak sangul mcm tu hehehe..tq utk info nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul3x kita yg bertudung ni kena bg extra care kepada rambut. selamat mencuba

      Delete
  4. ooo...yg sally baca pulak cakap jangan ikat rambut masa tido...adoii...hahahaha...takpoo...nnt sally try tips ni plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha maybe ada yg sesuai lepas, ada sesuai sanggul :)

      Delete
  5. cara kau describe rambut, mcm sama je rambut kita. so aku nak try la petua kau ni hehe. tq!

    ReplyDelete
  6. ooo baru tau.. lepas ni kene sanggul rmbut la sebelum tido..

    ptot la bangun pagi2 tgok cermin terkejut tgok rupa sendiri.. ingtkan hantu kak limah.. hakhak..

    ReplyDelete
  7. hahhaha mcm2 tips pmpuan utk jaga rmbut ye..

    ReplyDelete
  8. alah nanti dah kahwin setahun pertama je semangat nak seksi seksi . dah lama lama air liur basi kat pipi pun tak heran nak lap . hahahaha .

    btw , cuba kak zyra braid rambut before tidur . nanti bangun tidur buka rambut terus jadi wavy . tak payah pakai heat pun ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahahahahh!! alah kalau boleh tu nk le sexy sampai tua, even dh takde gigi pun :))

      oh braid ye? hmm tak berapa reti nk braid rambut sendiri, hmm hmm kena lah tggu ada suami. hekss! :p

      Delete
  9. sama macam kak murni..suka ikat rambut masa tdo..tp tak sanggul laa sebab rambut pendek aras bahu jer..seba dlu2 masa belajar ada sorang tu bg petua nak rambut cepat pjg kena ikat ms tidor..tapi betul rambut cepat panjang dan cantik jer (patut ler hubby selalu puji akak cntik ms baru bgn tdo kikikiki)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke? patutla rambut cpt betul panjangnyaa, hahahahah. harap nanti hubby sy puji sy jugak bile bangun tido :p

      Delete
  10. ada terbaca jugak pasal ikat rambut masa tido ni. same goes to cuci rambut jugak la, ada kata tak elok cuci rambut hari2, ada pulak kata rambut kena cuci hari2...pada saya ikut shampoo je, kalau shampoo bau best rajin cuci hari2 tapi kalau shampoo bau tak best, 3 hari sekali baru cuci hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah betul tu, depends kpd individu tu sendirilah, mana yg elok amalkan. sy pun dulu suka cuci rambut tetiap hari, sbb tu kena cari syampu yg organik takde byk kemikal (harga pun mahal lah) sekrang ni syampu rambut selang dua hari, hehe

      Delete
  11. Bagi yang takde rambut,bolehlah ikat kepala. *tetiba*




    Haritu aku baca kat blog sape entah.....dia kata "lepas mandi jgn sikat rambut tp setiap hari kena sikat rambut kalau taknak rambut rosak."




    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah! sarep sarepp :))

      Aaaa acene tu jangan sikat rambut tp kena sikat rambut :3

      Delete
  12. ohh.. baru tau... kena ikat sanggul gitu ya? patut pun Lissa hari-hari bangun pagi jumpa langsuir dulu. salah cara rupanya. haha

    ReplyDelete
  13. Sama dgn rambut aku beb.tapi sabtu lepas aku dh potong layer rambut aku paras leher so bye bye long hair bye bye sanggul.

    ReplyDelete
  14. rambut kite samela kot..plus, rambut aku tebel... kalau tak potong layer, bangun pagi memang serupa singala, kembang. Hmmmm, mungkin boleh try cara ni sebab rambut aku agak kering..huhu..

    Dilema aku, aku suke rambut pendek tapi terpaksa simpan rambut panjang sbb kot2la esok ada orang masuk minang pahtu terus kawen. Taknakla laki aku terkejut beruk and konfius tengok bini kacak bergaya berambut pendek..wakaka.. plus, nanti dia konfius jantina.. =w=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha ko simpan jelah time ko dh tunang nanti. Sekrg stay pendek dulu ;p

      Delete
  15. gua rambut pendek, rilek dan selesa sentiasa ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua rindu rambut pendeeeeekkkk.. QAQ

      Delete
    2. Hahahah rambut pendek mmg praktikal dan comel. Harap jumpak lelaki yg suka rambut pendek *tetiba

      Delete
    3. Kehkeh... gua pedulik hape, asalkan idop gua selesa sudah. Be yourself, value yourself, only love someone who loves you for who you are ;3

      Delete
  16. gua pun rase kalau sanggul rambut hilanglah keseksian..waahaahaa bile lagi nak sexy kan selain ms tidur =)

    ReplyDelete
  17. dah kawen pon sanggul je la.. explain kt hubby utk menjaga kelembapan rambut.. gitteww

    ReplyDelete
  18. Kalau lelaki sanggul jugak, esok paginya bukak tak berjurai la rambutnya, stay je kat atas tu terpacak sbb rambut pendek...

    Btw, aku rasa macam emm...emmm...tak patut kot korang cerita pasal aurat sendiri. Cerita pasal penjagaan rambut ok la...tak payah cerita spesifik rambut korang camne...sorry galss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki rambut panjang laa.
      Oh, okay noted. Sorry kalau this entry offensive

      Delete
  19. Sedikit awkward utk lelaki nak komen entri keperempuanan macam ni,
    tapi personally, perempuan yg ikat rambut sanggul tinggi atas kepala ada aura keistimewaan dia sendiri. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah teka dah dai mesti reply camni...hahaha
      Rambut lelaki bukan senang nak dibuat man-bun tau,
      kena rambut cukup panjang baru boleh buat.
      Pernah try dulu, habis kena kecam dgn orang keliling sebab nampak.....serabut!

      Delete
    2. wahahahahahahah! takleh imagine cemna rupa cEro... emm tapikan messy is sexy :p
      org yg kecam tu jeles sebenarnya sbb nampak hensem, wahahaah!

      Delete
  20. Haha.. Akhirnya... Ko kembali membahasakan diri sendiri dengan panggilan "aku" . Seriusly, this is much better and suitable instead of "gua-lu" .

    Keep rockin bebeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pestime dapat komen dari anon ni rasa nak buat party pula..

      Delete
    2. Hah! Jom jom.

      Candle light party okeh! Baru romentik sket...

      Delete
  21. ok, nnti mlm rietta try sanggul...tu pown klu teringat la...hehehe....sebelum ni tdo letak rambut belakang bantal je....errr pham ke?sebab masa tu tgk sharifah amani buat time rambut dia pjg sesangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. err belakang bantal? hahaha ce buat demo sikit ><

      Delete
  22. Tapi rambut saya macam Hazel Grace dalam cite "Fault in Our star" macam mana nak sanggul .???. alaaa dilema nya.. lol~

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap gua google dulu siapakah beliau, wakakaka ><

      Delete
  23. lepas darjah 2 hingga kini aku tak pernah merasa rambut panjang. entah kenapa asal rambut panjang je demam. asal rambut panjang je sakit kepala. ada kaitan kah semua ini?

    ReplyDelete
  24. kasi pendek la rambut ang zyra hehe

    ReplyDelete
  25. A'ah tudung untuk cover aurat. Bukan untuk cover rambut tak lawa... Sokong handret persennnnnnssss. Haks !
    Oh ye. Baru tau pasal tips tuu. Tengkiu tengkiu....
    Pftttt ayat last tuu takleh blah k. Hahahahah :P

    ReplyDelete
  26. hmm, mcm mne kalau man-bun tapi guna chopstick? XD

    p/s: saya buat mcm tu sekarang sbb rambut mmg agak panjang kot hmm. BTW salam kenal :)

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape