Zyraroxx Sebelum Masihi: Naif

Heyyy!

Bila entah si cEro nak cipta mesin masa.
Aku dah tak sabar nak kembali ke masa silam di mana i'm young, wild and free (wild lah sangat)
Tapi aku lebih teringin untuk kembali kepada zaman kekanak riang yang innocent.

Walupun aptx4869 berupaya menjadikan fizikal je kecik, aku tak kisah! Takpe, nanti aku mintak sendiri kat Haibara!!

Jadi di sini aku nak mengimbau sikit perkara-perkara naif yang aku still ingat sampai sekarang. Kadang-kadang rasa nak tergelak, kadang-kadang I be like oh why...

Pokok berpeluh
Suatu pagi cuti sekolah yang nyaman, aku bersiar-siar dengan kakak di padang.
Kakak perati je aku yg sekejap-sekejap lap lengan yang terkena embun lalang.
Kakak: Awat adik?
Aku: Eee geli lah, peluh pokok lekat kat adik!


Pokok tumbuh dalam perut
Aku rasa most of the kids punyai pengalaman begini

Ada satu hari aku duduk diam di satu penjuru rumah dengan bermuka muram.
Abang yang pelik dengan perangai aku yang serupa ayam berak kapur pantas bertanya:
Abang: kenapa adikku bermuram durja?
Aku: Tadi adik makan buah limau
Abang: Lalu?
Aku: Adik tertelan biji limau, nanti tumbuh pokok dalam perut!


Pokok hitam (apesal semua berkaitan dengan pokok ni?!)

Suatu petang aku tolong kakak tanam pokok bunga.
Aku tolong korek lubang tutup lubang je.
Melihat ketekunan aku, kakak benarkan aku tanam satu pokok.
Bukan main girang aku tanam dan siram.
Tengahari esoknya..
Emak: Adik, masuk! Buat apa tengah-tengah panaih tu??
Aku: Sat mak, nak tudung pokok ni, takut nanti dia hitam sebab kena matahari lama-lama.
Dari dalam rumah aku dengar Abang Chik mengejek: "hitam macam adik.. hihihihi"
*Hitam dalam situasi ini merujuk kepada gelap (kulit)


Doraemon dan lucah


Perkataan 'lucah' agak offensive waktu tu untuk penduduk kampung luar bandar
pada awal 90an tanpa sebarang jalur lebar.


Aku ni suka betul membaca sejak mula kenal abc lagi.
Jadi banyak jugaklah komik yang abang/kakak aku beli untuk menggalakkan aku membaca.
Satu hari tengah aku baca komik Doraemon, Nobita telah menyebut "wah, majalah lucah papa!"
Aku: Kakak, majalah lucah tu majalah apa?
Kakak: Err.. (kali pertama kakak aku teragak-agak bagi jawapan)
Aku: ???
Kakak: Erm.. lucah tu loqlaq!
Aku: Ooo.. (aku iyekan aje, waktu tu aku tak tau apa motif Nobita cakap majalah bapak dia tu loqlaq)
Rupanya aku sama seperti budak kecik lain, suka memberikan awkward situation kepada orang dewasa. kahkah!
(Sejak itu, kakak aku lebih kerap belikan aku komik KAWAN yang merupakan buatan tempatan dan selamat tanpa bahasa pelik)
*loqlaq boleh disifatkan sebagai cemerkap atau tidak senonoh, bergantung kepada situasi.

Hmm, sebenarnya banyak lagi kisah naif aku. Tapi aku malas nak senaraikan semua sebab malas nak melukis, huahahaha kalau takde lukisan korang bukan nak baca pun kan? kan?
Kongsi laa kenaifan engkorang jugak dekat ruang komen, untung aku rajin nanti boleh aku compile kan dalam satu entri.



Thats all folks! 

71 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Aah kan..bila ingat balik banyak jugak benda2 pelik yang aku fikir yg aku agak itu satu keajaiban.haaa nnt nk up satu entry psl ni

    ReplyDelete
  2. kalau yang tertelan biji terus fikir yang pokok akan tumbuh dalam perut..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah kaaaan? semua budak rasa gitu >_<

      Delete
  3. hahaha..bab tertelan biji buah pon pernah kualami..tp yg paling tak boleh lupa ms darjah satu tangan tercucuk mata pensil dalam masuk pastu bila tarik ada bekas hitam.. pastu kwn2 duk kata habis laa lekat karbon tu nanti mati..malam tu xleh tido takut mati..hahaha

    ReplyDelete
  4. kalau nak ikutkan kenaifan time kecik memang tak terbilang. fikir balik memang lawak, ape ke bengap sangat waktu kecik haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak terbilang, tp bagi lah satu contoh bebbb >_<

      Delete
  5. dulu Percaya bulan tu suke kite. Malam2 ..jauh mana pun kita travel mesti nmpk bulan follow kite aje. Siap naik angin lg Kalau Ada member lain ckp Malam td mase dia g KL bulan pun follow dia gak. Menipu besor diaorang tu pasal kite yakin Malam td bulan pun stay terpacak atas langit Umah kite aje..Kami x g memana. Bongokss betul gaduh pasal bulan tu aku punya bukan ko punya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kelakar lah. tak pernah pulak rasa cmtu, tak pernah tgok bulan kot >_<

      Delete
  6. Assalam..

    dulu selalu tertelan biji buah jambu batu tu..dah terbayang nnt cane nak berak kalo akar pokok tu kuar...bhahahahah

    ReplyDelete
  7. ketika membuai anak buah aku yang berumur derjah dua yakni lapan taon, beliau dengan sukarela jiwa hati dan raga beliau bertanya. Achu, buai Icha tinggi2 sampai jumpa Tuhan k.
    Kau rasa?????! Cmne aku nak jawab tu Kak Jira. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nak just wow jugak >_<
      hahahaha ko jwb je kita tak tahu tuhan dok kat mana, Icha kene jadi budak baik baru boleh jumpa tuhan satu hari nanti >_<

      Delete
  8. Kira okay lagi la tanya lucah tu apa. Saya pulak pergi tanya dengan makcik saya "porn" tu maksud dia apa. hahaha. Dia tanya nampak dekat mana perkataan tu ? Saya jawab kat majalah, then lagi la dia terkejut beruk. Hahaha. Ni semua angkara majalah Kuntum -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih? majalaj Kuntum ada perkataan porn?? omg >_<

      Delete
  9. aku pernah tanya kat mak aku, depan orang ramai.. "Mak, mati pucuk tu apa?"

    mati pucuk tu aku baca dari novel ke ape ntah, x ingat, dulu masa sek rendah aku suka sgt membaca, buku sastera form 6 makcik aku pon aku baca.. sekarang liat sket nak membaca. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahahahaha Ini lawak XD Maka mak pun mati kutu nak menjawabnya. Hahaha

      Delete
    2. ini ok lagi . kawan saya (perempuan) pergi tanya dekat cikgu bio (lelaki) masa kami form 5 . masa tu cikgu terkemut kemut nak jawab . puas bagi analogi dia tak paham paham . kengkawan lain semua dah kejang perut ketawa . naif sungguh....

      Delete
    3. hahahaha hamboi kenmahen hangpa semua dgn mati pucuk yea, kahkahkah >_<
      aku dulu ingat mati pucuk tu refer kpd keadaan pokok/tumbuhan, wkwkwkw

      tensen kalau anak aku nanti tnya soklan cenggini >_<

      Delete
  10. Yang pokok tumbuh dalam perut tu memang >_< Hahahahahaha

    ReplyDelete
  11. hahahah...semua kepercayaan tu mmg pernah alami masa zaman dolu2....
    :p

    ReplyDelete
  12. Nanti bila mesin masa siap, kita gi jalan-jalan sama-sama, down the memory lane, literally...
    Hehehe...

    Masa kecik dulu kagum dgn orang bawak kereta sbb kereta tu besar dan gagah sedangkan orang yg bawak tu kekadang takdela gagah mana pun...hehehe
    ...oh, and masa kecik takutkan biji buah ciku sebab nampak macam lipas...Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi sweenya.. kikikiki >_<

      hahahahahahahah oh my, kenapa comel sangat?!! rasa cm nk cuddle cEro kecik >_<

      Delete
  13. Dulu masa aku kecik , aku tertanya tanya kenapa ultraman xdak lubang hidung...

    Aku tekan 'pause' then aku pegi kat tv, pastu aku belek muka ultramen tu sampai puas...

    Lubang hidungnya masih tidak ku temui sehinggalah saat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkah apeke bende lah obses dgn lobang idung otomen?? >_<

      Delete
  14. Rasanya antara benda paling naif yang saya pernah tanya ialah, "Kenapa bulan tu asyik ikut kita je? Kita laju dia laju. Kita perlahan dia perlahan. Kenapa".

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha hang pun sama cam si Namy, hahaha boleh tahan naifnya hangpa ni >_<

      Delete
  15. yang isu pokok tumbuh dalam perut tu sampai Lissa tahun 4 masih percaya lagi dengan mitos tersebut. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah agaknya bebudak sekrg percaya lagi ke tak eh? >_<

      Delete
  16. dulu BV selalu fikir kenapa BV jadi manusia. hahahahaha. XD
    kenapa tak jadi anime ke apa. teringin gila nak masuk dalam dunia anime dan kartun dulu2. sampai sekarang still ada T^T

    ReplyDelete
  17. hahaha...sungguh naif hang waktu kecik..macam mana la kau boleh terfikir tu peluh pokok..hahaha..aku x ingat dah kenaifan aku waktu kecik, tp aku suka main pokok semalu masa kecik. Aku pijak2 dia, ingatkan bila dh pijak pokok tu mati sbb dh menguncup, rupanya esoknya ada lagi megembang dgn x malunya....haha

    Tapi yg paling aku ingat, masa kecik2 aku pakai spek hitam parent aku beli. Pastu masa perjalanan ke kampung aku tgk ke arah matahari dan aku nampak matahari tu mcm bulan....aku pun...ohhhh..matahari ni pun sejenis bulan rupanya...Disebabkan best tgk matahari mcm bulan, aku pun tgk la lama2....

    The best part is...beberapa minggu lepas tu, aku rabun dan terpaksa pakai spek sehingga skrg... o--o hahahuwaaahahauu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kesian lah kat semalu tu ko ni pun, hahahahah kejam! >_<

      hahaha serius ke fasal pakai spek tu bro? :O

      Delete
    2. Serius la...pakai spek hitam RM2 mana ada UV protection. Time tu pulak rasa tenang je tgk matahari mcm bulan..

      Sekali hambek kau..rabun terus. Pastu budak2 perempuan kt sekolah gedik2 pulak acah2 amek gambar aku pakai tgn diorg...tak tau la nak rasa sedih ke nk rasa bangga...hahaha...

      Delete
  18. Geli dengan "peluh pokok"... fuh, kreatif betul pemikiran naif zaman kekanak riangmu itu zygha ;3

    ReplyDelete
  19. anak kecil yg belum mengenal erti kondensasi dan pencernaan

    nobita pernah tanya sizuka "jom kita membuat bayi" dlm "mesin membuat manusia"
    https://www.youtube.com/watch?v=u9Frn_oSYOk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pernah jugak perasan episod tu >_<

      Delete
  20. Xde ape lebih betul dr entri ni... ekeke xp

    ReplyDelete
  21. saya pun baca majalah kawan kecik2 dulu. ok awkward situation yg saya bagi kat mak ayah saya is bila saya tanya mak, " umi, apa batas aurat suami isteri ?" dan ketidakpuasan hati bila umi tak solat sebab 'datang bulan'. bulan mana ? dan banyak lai. hahaha kesian umi be like "errr" bila teringat balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kenmain tanya fasal batas aurat >_<
      ha ah, dulu saya pun tak puas hati fasal datang bulan tu, ada mcm bulan mengambang ke? wkwkw >_<

      Delete
  22. Part telan biji jadi pokok tuu... Ada gak terfikir. Phewwww ~

    Wah majalah lucah papa tuu takleh blah. Hahaha Papa nobita baca majalah camnie rupa rupanya. Hahahaha

    p/s : Comel gillew Zyraroxx dahulu kala... Sekarang pun comel gak. Tapi yang dahulu kala lagi comel. Rambut maintain owwww. Ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye... Satu nak share.. Yang buat rasa menyampah sampai sekarang... Masa kecik kecik tengok TV tuu.. Ada artis cantik hensem apa semua... Ingatkan artis tuu ada satu taraf yang lebih tinggi daripada kita yang manusia biasa (bukan artis) nie ha... Pastu ada ke patut fikir artis tak berak macam kita manusia biasa sebab diorang nampak macam pembersih apa semua... Ciss... Hahahahahahahahahahaha --'

      Delete
    2. hahah kan? tak sangka papa nobita begitu, dh padan dgn nerd! >_<
      hahaha amboi kenmain memuja artis! >_<
      tp betul, dulu gua pun mcm rasa diorg ni hebak sgt, lawa, floless gitu, tp rupanya semua tu kuasa mekap! :3

      Delete
  23. hahahaha yang bab bijik limau tumbuh dalam perut tu memang betul XD

    dulu masa kecik kecik saya takut sangat nak minum berdiri sebab mati mati percaya ayah saya cakap kalau minum berdiri nanti kaki besar . pastu dengan bangga siap pesan kat kawan kawan yang minum berdiri . dah besar baru sedar kena kelentong -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, mak saya pulak cakap kalau minumberdiri nanati tumbuh ekor! hahahaha lagi tak logik :p

      semua pesanan tu bukan apa, utk mendisiplinkan anak2 jugak sebenrnya :D

      Delete
  24. buatlah sambungan nak tahu gak kisah hidup zaman kecik manalah tahu banyak lagi yang sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah doakanlah supaya gua rajin! >_<

      Delete
  25. poko tumbuh dalam perut tu nenek aku yang bagitau. aku tertelan biji rambutan.. aku rasa. kalau tak, dah tentu lumayan hidup aku sekarang boleh jual hasil ranbutan dari perut aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kenmainnn, kalo boleh jadi gitu, bestlah aku, tetiap musim boleh mkn rambutan petik dr perut seniri :3

      Delete
  26. dulu aku takut betul tertelan biji buah :P

    ReplyDelete
  27. hahaahahahah fikiran kita sm laa haahahha

    ReplyDelete
  28. p/s hadiah da siap dibungkus cuma blom ke PP sy agk bz mggu ni...sabaq noo

    ReplyDelete
    Replies
    1. weee, bestnya! takpe2 take your time *teruja ^_^

      Delete
  29. masa kecik, ingatkan semua orang tu baik, takde yg jahat... terasa kevangangannya bila dah mula faham perkara sebenar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lumrah lah tu, masa zaman kecik, hatinya masih putih bersih tanpa syak wasangka, hehehe.. gitu >_<

      Delete
  30. tulis nama pakai pen dakwat merah, nanti takut nama org yg ditulis tu mati... huhuhu... kita pun ngikut la... mana yg dah tertulis gune pen merah, cepat2 padam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, saya lain pulak.kalau tulis guna pen dakwat merah, ibarat menulis dgn darah sendiri. makin byk tulis, makin byk darah habis.. hahahaha.

      ia lebih kpd mitos, tapi disebabkan naif, kita percaya jelah >_<

      Delete
  31. yg tertelan biji tu mmg ye sungguh hahaha. yg pokok hitam tkleh blah wakakaka xD

    ReplyDelete
  32. budak-budak..biasalah......semua bnda dia nak tahu,dia nak explore......sekrg dah dapat dah kan jawapan kpd semua pertanyaan and persoalan tuh?heehhehhe

    ReplyDelete
  33. kikiki... saya nk buat entri psl saya masa kanak2 jugak lah..

    ReplyDelete
  34. Akhirnya terbongkar rahsia papa Nobita ada simpan majalah lucah :D haha

    ReplyDelete
  35. Akhirnya terbongkar rahsia papa Nobita ada simpan majalah lucah :D haha

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape