Etika Menghantar Resume

Haii,

Aku sebenarnya dah lama memendam rasa bila terima email resume dari applicants.
Perkataan pertama yang hadir dalam kepala hotak aku tiap kali buka email mereka adalah: MALAS.
Ehem, fefaham sendirlah ye kalau dah dapat first impression cenggitu.

Wake up people! Penghantaran resume ini bagi aku adalah satu perkara yang sangat penting dalam nak apply kerja. Sebab ia melibatkan first impression majikan. Semoga senarai yang aku bagi kat bawah ni bermanfaat dan aku harap somebody akan PRAKTIKKAN apa yang aku kata ni:




1- Create email for professional purposes please?

Aku tak tahulah sebab malas atau apa tapi tiap kali bukak email resume nampak nama macam: Lan the Todak Slayer, Aminah dolly-molly high school, Shinodu Uke Zika Lubu. I mean, come on lah, kau nak hantar resume cari kerja kot, bukan nak hantar request main game Facebook. Be professional sikit. Create email address bukan kena bayar pun kan? Aku ni masih boleh dibawak berbincang, bukak jugaklah email dan baca. My boss? Nampak je nama pelik terus dia toss in the trash. See?

2- Tulis email bukan sakit pun

98.9% email resume yang aku terima hanya attach resume SEMATA-MATA. Takde salam, hello, hai apa khabar, awak kat mana awak kat mana (eh termenyanyi pulak). Seriously, mak bapak korang takde ajar adab ke kat rumah? Belajarlah buat CV (curriculum vitae) atau cover letter. Tak reti? Eh pakcik Google kesayangan korang kan ada? CV ni basically overview fasal diri kau lah. Memanglah rasa leceh but show your effort! Impress us! Takkan kau taknak terserlah among HUNDREDS of applicants?

3- Check gaya bahasa

Aku bukan nak suruh kau buat bahasa berbunga-bunga lengkap dengan personifikasi hiperbola bagai tapi please check struktur ayat kau betul-betul. Terutamanya bila dalam English. Kalau kau yang baca pun tak faham, habis aku ni nak faham sangat? Contoh: you're early reply I've been waiting (??). Aku bukan nak jadi Nazi Tatabahasa, tatabahasa aku pun ke laut, tapi biar orang faham apa yang kita nak sampaikan tu. Dan belajarlah untuk guna bahasa yang lebih manis. Contoh: I hope to get this job, memanglah menunjukkan betapa kau determined tapi lebih manis kalau: I hope to hear from you soon

4- Jangan serlahkan kebodohan

Kalau pun kau ratu Instagram ke, tuhan Twitter ke aku peduli hapa, tak payah lah kau nak mentioned hal-hal tak educated ni dalam CV/email/resume. Melainkan kalau kau nak apply kerja yang memerlukan kelayakan macamtu. Aku ada dapat email dari seorang gadis dengan English tonggang-terbalik, akhir sekali mentioned: I'm beautiful. Kalau majikan tu lelaki hidung belang mungkin ada potensi dia panggil kau interview. But sorry to say, we don't need a bimbo (beauty without brain) in our team. Bak kata orang sekarang, simpan sikit bodoh tu..

5- Jangan letak gambar 'Selfie'

Entahlah, aku rasa bebudak zaman sekarang takde sense of professional langsung. Ada ke patut letak gambar selfie dalam resmue? Dengan latar belakang pokok bungalah, mangkuk jamban lah. Aku rasa zaman sekarang ni kalau ambik gambar passport dekat kedai, ada disertakan sekali soft copy kan? Atau kau hulur jelah thumb-drive kat diorang, save dalam tu. Takkan itu pun nak kena ajar? Eh apa je yang kau belajar dalam hidup ini?

Akhir nasihat dari aku, tolonglah jangan guna Google Translate dalam membuat CV atau resume atau apa-apa saja sebab ayat kau nanti akan jadi kelakar nak mampos dan membuatkan aku terkekeh-kekeh ketawa macam orang gila depan PC.


Selamat mencari kerja dengan penuh bergaya 

57 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. teringat time belajar EOP (english for occupational purposes) kat uni dulu. contoh2 cover letter ke resume aku buat nota dengan pen mcm2 kaler kat atas cover letter tu.ya allah rajin betul zaman student.nasib baik dah dapat kerja.eh?kakaka aku dapat A-

    ReplyDelete
  2. Assalam Sis..

    Pernah uruskan permohonan jawatan engineer bg pihak bos... tp yang paling dasat selain takde resume ialah komen seperti ini....

    p/s: "..salam kak..ni resume dgn sijil2 saya.. akak TOLONG PRINT dan bagi pada bos akak yer...



    *gulp*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhahahahahahh!! Ini WIN! >_<
      Ni sapa yang perlukan sapa ni?
      Belum pape lagi dh tunjuk otai.. huhu

      Delete
  3. prkongsian yang berguna. boleh saye guna point ni untuk entry saye ?

    ReplyDelete
  4. you're early reply I've been waiting??? hahaha lawak2. baik tulis bm je la daripada tulis english google translate. yang ratu hotsetaf instagram twitter tu pun ada yang mention ye? gila betul la budak2 sekarang ni

    ReplyDelete
  5. perh...bagus tips ni. dah lama tak hupdate resume, teringin jugak nak makeup semula resume lapok tu

    ReplyDelete
  6. hahaha. betul sgt apa kau ckp tu. pelik aku manusia takde common sense ni. this entry helps a lot sbb mmg ramai buat cm kau ckp. gambar selfie sumpah x blh bla. ada bos siap cek background melalui post fb and twitter. so better private haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha xyah lah letak link social media melainkan di minta berbuat demikian >_<

      Delete
  7. Dari perspektif majikan maybe semuanya betul seperti yang cik Z kita cakap.
    Tapi dari perspektif pemohon, rasanya kita tak pernah ada kelas dan kurikulum khas utk buat resume, kan?
    I mean, ada, tapi diserap dlm english language subject dan tak diberi penekanan langsung.
    ianya satu pembangunan kemahiran yang sering dipandang enteng ketika diajar, tapi ditekankan penting sesudah tamat belajar.
    Mungkin perlu ada revolusi dalam silibus pendidikan negara yang sepatutnya bermula dari seawal pendidikan yang menekankan tentang cara dan prosedur sebenar memohon pekerjaan demi kelangsungan sumber manusia dan tenaga kerja kebangsaan.
    Sekian warta berita dari TV cEro,

    **muzik tema berita tamat ke udara**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm, dari perspektif pemohon yg berkelulusan spm, ye, boleh dikecualikan. Tp most of them ada degree, maknanya belajar di universiti.

      Di universiti mustahil takde tunjuk ajar fasal resume. Kalau pun takde dlm sukatan pelajaran, tp mesti ada jugak dekat mana2 aktiviti luar kelas, terutama budak final year.
      kena ada inisiatif utk ambik tahu.

      Ini tak, masa lapang gi keluar dating *tetiba

      Delete
    2. Memang masa U dulu ada macam modul kerjaya kena wajib itu,
      tapi itulah...masa modul sibuk tidur.
      Tak kurang jugak yg datang untuk kedatangan then lari ikut pintu belakang.
      Yang ada tinggal pun bukannya amik port pon bila masuk isu resume...
      Hahaha

      Awak yang mana? Saya yang tidur time modul...hahahha

      Delete
    3. aku yang datang sebab kehadiran and makanan free tp hari last bese aku ponteng sbb dah xde ape sngt..hahaha..

      tp mcm kata zyrala, benda ni kena tahu weyh atas inisatif sdr.. Takkanla nak apply keje bodo2 cenggitu jek..nila bezanya book smart and street smart..

      tp again, bukan semua orang ada pemikiran yang sama.. kalau dah kata memang tak pernah terlibat ngan apa2 akitiviti, memg jadi taktaula macam katak bawah tempurung..guhuhuhu.. Benda ni pn lebih kurang cam etika gi interview tp yang aku geramnya, masa aku interview nk jadi lecture dl, aku sorang jek yg betul2 ikut tapi org len gak yang dapat...hmmmm, mungkin aku takde aura grad oversea kot..hahaha,,

      tp aku tak dapat juga panggilan interview dr mana2.. QAQ *saje nk ngadu..hahahaha..*

      Delete
    4. Bab interview, aku pon sama.

      Beriya kita pakai smart habis siap buat rehearsal depan cermin lagi nak jawab soalan but then tak dapat pun.
      Bukan sekali dua, dekat sepuluh kali jugak laa interview.
      Aku lebih rasa yang interview kita tu dah buat keputusan dah nak amik siapa sebelum dia interview kita, cuma interview tu macam prosedur, kena buat jugak.

      Or maybe luck is just not on our side.
      Apapun Lee, AKIRAMENAI!
      BANKAI! SUSUME!

      Mungkin Zyra boleh buat entri tips interview pulak lepas ni...hehehe

      Delete
    5. @cEro
      Hahahaha nasib baik course sy mmg dh ajar fasal resume interview tu semua masa final year. Tp ada je kursus luar kuliah utk student course lain, kena peka lah.

      @Lee Kun
      Bab interview tu, bertabahlah awwaaaaa... hahaha kita pun tokleh jangka apa yg diorg nk sebenarnya. Kadang nk yg skema sgt, kadang nk yg spontan.. entah le. Mmg ikut nasib.

      Tp aku tak nafikan ada je yg dh ada calon pilihan mcm yg si cEro ckpkan tu.. huhu

      Delete
  8. zaman sekarang zaman untuk kita bersaing dan menunjukkan kehebatan diri kita. Bukan lagi untuk ala kadar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu. Maaf ckp, tp melayu sgt berbeza dgn cina. No wonder...
      Harap melayu dpt usaha lebih, jgn malas. Allah suka org yg berusaha :)

      Delete
  9. ku semat tips ni smpai akhirnya...
    :)

    ReplyDelete
  10. Resume pada aku bapak segala hal utk dptkan kerja..kalau resume tunggang langgang jgn salahkan sapa² kalau masih tanam anggur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm, tu antara masalah jgk, bila xdpt kerja asyik nk salahkan kerajaan, salahkan kaum lain, salahkan majikan, tp tak pernah nak salahkan diri sendiri. fikir balik, dh byk sgt ke usaha yg dibuat?

      Delete
  11. Aku terpaksa tahan gelak sebab aku tengah baca kat library. Kau memang pandai buat aku geli hati la kak jira. Wadehel I'm beautiful dkt last resume? Sian deyh. Thanks share ni kak jira. Lap u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal baca entri aku je, mesti dalam lib. Hahahah. Praktis jgn tak praktis! Ko jgn nk tulis 'sayangi anas' pulak nnt wkwkwkw

      Delete
    2. Kat sini je ada LINE kak jira. LOL. Tp x jgak update blog kan. haha. sedeyh anas sedeyh

      Delete
  12. aku takde buat semua di atas pun tapi still, takde satu interview pun yang lekat.. QAQ

    Ok, aku tipu jek.. Aku tengah keje skang tapi bukanla keje yang aku harap2kan.. Tapi keje yang aku harap2kan dan dah apply takde satu pun yang sangkut interview.. What else should I do to impress them to at least call me for an interview??? QAQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tabah lah Lee, bukan semuaorang dpt kerja idaman after grad. Yg ambik bio end up keje clerk peguam pun ada. Langsung xde kaitan. Hahaha anggap je belum rezeki. best thing always save for the last ;) eh betul ke ayat aku? Gahahaha

      Again cm aku ckp kat atas, kita xkan dpt predict apa yg diorg nk sebenarnya masa interview. Ada yg nk kita jd diri sendiri, nk kita serius, skema, nk kita bersahaja. Entahlah, aku tak pernah conduct interview :3

      Delete
  13. Fuhhhh. Nasib ada terbaca info macam ni. Walaupon mngkin lama lagi akan mintak kerja, hehe. Sbb memang ada byk email, dan ada yg namanya bengong2 macam Candycrushfrenz, liachocopie.... wakaka. Tapi ada byk lagi email lain. Buat email pelik2 tu pon hanya sbb nak buat akaun Fb untuk main candycrush, hehe. Kalau guna email candycrush tu, mesti orang yg tgk resume tu rasa menyampah gila. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nanti jgn lupa praktik! Hahahamboi kenmain nama email, mmg boleh masuk spam box nih >_<

      Delete
  14. harap gua tak terhantar resume gua ke lu.. scary..hehheee =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nk scary apa, gua xmakn org lagi ;p
      Sbb gua penyayang lah gua buat begini, sobsob

      Delete
  15. Nasiblah saya tak pernah buat benda macam ni lagi. Bersyukur dekat sini ada guide cara nak buat resume yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guide buat resume mmg byk dekat internet. Guide nk hantar tu tak ramai yg x nk ambik tahu.

      Delete
  16. Kahkah... gua setuju dengan semua points yang lu taipkan di atas. Part "I'm beautiful" tu... wow, maybe dia terpengaruh dengan budaya korean (the superficial ones) yg mana mereka percaya: 'good looks bring good luck in job hunting, regardless of what career position you are seeking'. Hahah... gigih tu dia nak kelihatan menonjol dari yang lain :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malangnya bila gua baca gua terbayang satu je: bimbo. Huhuhu
      Beauty with brain dia takkan mentioned hal2 begini :D

      Delete
    2. yeah, like i said "superficial ones" ;3

      Delete
  17. Kadang2 aku hantar resume ada cover letter, kadang2 aku x letak. Tp ada la salam, hello, intoduction sikit..

    Kalau kau, kau suka cover letter as attachment atau cover letter dlm email je?

    Tapi lawak betul la ada gak yg mention i'm beautiful..hahaha.. Kat dalam resume kan dh ada gambar, org tahu la kalau lawa ke x, buat apa nk mention..duhhh..

    Rasanya diorg salah faham cara nak menyerlah kot...diorg rasa menunjukkan kebodohan cara paling mudah utk menyerlah, baru nmpak rare...hahaha

    Btw, aku suka gila resume mamat ni. Best giler...hehehe

    rleonardi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku suka ko paste je cv tu dekat email, hehe. Itulah, zaman sekrg ni kebodohan tu kan satu kelebihan (utk jd popular sekejap bolehlah)

      Delete
  18. tulis email tu sangat btol.. ni tiba2 attach resume saja.. ermm nampak dah kat situ dia adalah seorang yg x berapa rajin. kah3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan? Guna common sense lah. Malas tu jgn nk show off sgt

      Delete
  19. haha. yg penting jgn guna google translate. hihi. binau mata nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul2 kita pulak nk kena fahami betul2 apa yg nk disampaikan

      Delete
  20. Terima kasih atas perkongsian.
    Tetapi semua itu jadi tak penting bila ada kabel masuk campur muaahahaaaa.
    Contohnya macam company oooppppsss biarlah rahsia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampeni pakai kabel tu xdptlah den nk nolong ae

      Delete
  21. im 15 and i read this. xD
    tips yang berguna sangat. thank you. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bagus2 boleh praktikkan nanti. Itu pun kalau masih valid ;p

      Delete
  22. BV masa sem 1 pun ada belajar buat resume, CV n cover letter semua. pastu sem 5 nie pun ada lagi belajar benda ni balik. siap ada belajar macam mana nak pi interview lagi. alhamdulillah, :D nice tips!! BV pun memang ada sediakan email khas untuk formal purposes. hehhehehe. :3 memang perlu belajar benda nie semua untuk masa depan. again, really nice tips :D

    ReplyDelete
  23. Wahahaha Thanks for sharing... Sangat sangat bermanfaat untuk masa hadapan yang cerah ^^ Heee

    ReplyDelete
  24. BAHAHAHHAHAHAHHAHAHA.....BIMBO HABISSSSSSSS HANTAR RESUME..."i am beautiful"lol!

    ReplyDelete
  25. Xpernah hantar resume.. But i love this entry!! Hahaha..

    ReplyDelete
  26. Xpernah hantar resume.. But i love this entry!! Hahaha..

    ReplyDelete
  27. Masa saya apply keje dulu, saya hanto resume jer. Nasib baik diterima.. wkwkwkwk

    ReplyDelete
  28. Masa saya apply keje dulu, saya hanto resume jer. Nasib baik diterima.. wkwkwkwk

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape