Lebih Baik Gagal dari Cemerlang?

Hi,

Hari ini keputusan UPSR telah diumumkan. Resah-gelisah para ibubapa terjawab sudah. Alhamdulillah, nephew dan niece (bukan kembar) aku berjaya dengan cemerlang dengan memasing menggondol 5A (lap air mata). Sebagai Ucu yang hanya mampu dapat 2A 3B, aku bangga tiap kali ada anak buah yang berjaya dapat 5A.

Tapi aku rasa sedikit kecewa dengan netizen yang sembang kencang macam:

"Tak guna kejar A dalam belajar, A sana, A sini tapi skill kemahiran entah di mana-mana. Masuk Universiti pulak sibuk kejar pointer. Dapat 4.0 pun akhirnya menggangur jugak. Tengok pelajar yang gagal, bukak bisnes sendiri. Sekarang dah ada banglo, kereta menjalar. Yang jadi mekanik pun apa kurangnya, berjaya jugak walau tak masuk Universiti!"

Aku faham kalau tulisan begitu ditujukan buat pelajar yang gagal. Sebagai menyedapkan hati mereka, memotivasikan mereka supaya berusaha untuk berjaya walau tak mampu untuk cemerlang dalam akademik.

Tapi aku tak setuju bila kau seolah-olah merendahkan pelajar yang berhempas-pulas untuk mendapat A! Mesej kau seolah-olah: "Tak payah belajar teruk-teruk, kalau gagal pun nanti berjaya jugak!". Kalau ada pelajar yang mula malas belajar sebab status sampah ni macamana? Dari puluhan ribu pelajar yang gagal akademik, peratusan yang hidup berjaya bila dewasa amatlah menyedihkan. Bukan semua rajin berusaha atau pandai mencari alternatif.

Yes, I know, Steve Jobs pun gagal, dropped out of college. Bill Gates pun, tapi masih berjaya, lebih berjaya dari kawan-kawan yang cemerlang. Tapi satu perkara kau perlu faham, berapa orang anak muda kita yang ada visi dan misi macam Steve Jobs atau Bill Gates? Berapa orang yang sanggup bermula dari bawah? Berhentilah berangan untuk berjaya kalau takde kelayakan, tapi demand kerja bagus, anggap kerja buruh hanya untuk warga asing, tak mahu bersusah payah dulu.


Dan aku juga faham, akademik bukanlah segala-galanya dalam dunia pekerjaan zaman sekarang. Tapi jangan terus menidakkan kepentingan akademik dalam pasaran kerja. Hampir semua profesion seperti jurutera, doktor, guru, arkitek, peguam memerlukan kelayakan akademik. Melainkan kau nak import peguam dari luar negara? Atau doktor dari luar negara? Lepastu bila kos perubatan meningkat kau menyalak. Itulah kerja manusia mentaliti macam ni, menyalak dan terus menyalak, yak yak yak.

Fikirlah guna akal yang waras. 


To my beloved Haziq and 'Afaf, keep being awesome! 

27 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. ilmu ni mcm jambatan sungai yg airnya sangat deras mengalir, kalau kita tak de jambatan, cemana nak menyeberang? lainla kalo terer mcm steve jobs, rilek je berenang.... eh, membebel pulak saya,,haha

    ReplyDelete
  2. nice entry. saya pun tak suka juga dgn pemikiran org yg macamtu. ilmu ni sangat penting. tentang hal kerja ke itu bergantung pada nasib orang tu

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat. Tak semua pelajar zaman sekarang ada cita cita macam tuh majoritinya mmg mls. Lain lahh kalau diorang cuba nk bngkit dri kgagalan trsebut. diorang blh brjaya. Lain org lain cara pemikirannya..

    ReplyDelete
  4. pehh memang betul sangat sangat sangat tu kak zyra. rasa bengang gila bila orang kata macam tu. ina rasa mcm penat kot belajar mcm ni then disebabkan satu statement tu, boleh hancurkan semua penat lelah ina. lek lah, rezeki masing2. kene dua2 stabil lah; means akademik & kemahiran. tak boleh nak kasi statement macam tu je.

    ReplyDelete
  5. Semua bergantung kat rezeki kan. Cause and Effect bukan dalam tangan kita. Allah yang tentukan takdirnya. Ilmu tu sangat penting untuk kau faham macam mana nak jadi manusia. Kena balance kan jugak ilmu dunia dgn agama. Menuntut ilmu tu kena sampai habis nyawa. Bukan stakat lepas dapat scroll je. Pendapat A bukan segalanya tu di salah ertikan sebagai alasan bagi budak lagi malas. Hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu, rezeki masing2. tinggal kita sendiri je nak usaha macam mana. kalau takdak usaha memang tak kemana la. effort yang penting, kalau gagal sekali, boleh je bangkit dan usaha lagi, ALLAH dah susun perancang hidup kita elok2. be positive lah kan. :D

      Delete
    2. Well said Kie@Yurayu, well said *thumbs up* ;3

      Delete
  6. yang penting lulus ke gagal jangan bakar kertas exam tanda protes hahaha

    ReplyDelete
  7. eh... result upsr kita sama laa~~~ 2A3B.

    ReplyDelete
  8. rezeki adalah untuk orang yang berusaha. kalau akademik teruk tapi usaha gigih, akan berjaya jugak. and vice versa, kalau akademik gempak lepas tu rasa diri pandai tak de rasa nak jadi lebih baik, tak ke mana jugak. apa-apa pun menuntut ilmu tu dituntut dalam Islam. Ilmu bukan syllabus sekolah je, it's wider than that.

    ReplyDelete
  9. macam marah je..huhu..ilmu mmg penting..susah nk hidup kalau xde sijil2 ni..

    ReplyDelete
  10. betul tu saya setuju dengan zyra. saya pun ada tulis entry pasal ni lepas baca posting zyra.

    ReplyDelete
  11. huhu, aah. tak suka jugak bila orang dok perlekeh budak-budak yang struggle untuk dapat 5A. they be like, "alah UPSR" je kut. bagi mormor, ni kejayaan peribadi kut. penting tuuuu ~ hehee.

    ReplyDelete
  12. Setuju 100% dgn Z.
    Tak dapat A pun boleh berjaya? Yang penting soft skills?
    Pada saya, WHY NOT BOTH?
    Jangan justify kegagalan kita dengan merendahkan kejayaan orang.

    Pd saya, orang yg cakap macam tu sebenarnya tak pernah rasa kemanisan kejayaan dr hasil usaha sendiri.
    Dia power kat media sosial je, tapi nak samakan diri dgn Steve Jobs. WTF? Hahaha

    ReplyDelete
  13. setuju..setiap orang dah ditetapkan rezeki masing2 kan.. setiap orang jugak berbeza usaha yang di buat.. kadang2 orang pandai pun, mungkin dah rasa cukup dengan apa yang ada. bukan bermaksud dia gagal dalam hidup walaupun dulunya dia seorang yang pandai.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. setuju 100%

    (sorry terdelete komen atas sebab tersilap tekan kat henfon.) (ノಠдಠ)ノ︵┻━┻

    ReplyDelete
  17. Gua setuju dengan pendapat lu dan pendapat noob. Tu je gua nak komen, kehkeh~ ;3

    ReplyDelete
  18. Masih banyak lagi ayat lain yang boleh digunakan untuk menyedapkan hati dan memotivasikan mereka yang gagal :)

    ReplyDelete
  19. betul tu! & honestly aku xpernah lg jumpe org yang cemerlang tu xdpt kerja a.k.a mengganggur.
    Yang tak dapat kerja tu, hasil penelitian aku adalah org yang pointernya "so so" tp demand nak dapat kerja & gaji macam org da ada 10 tahun pengalaman kerja as senior exec.

    ReplyDelete
  20. bak kata netizen dalam twitterjaya, "Steve Job drop Harvard, ko stakat u biasa je drop, itupun sebab sangkut kat algebra" XD

    ReplyDelete
  21. tahniah uncle ucapkan pd anak buah yg cemerlang tuuu ;p

    ReplyDelete
  22. tahniah buat dorg berdua...teringat zaman UPSR dlu...9 org je dalam skulah yang dapat semua A...lpas tu habis semua bdk perempuan dalam klas kitorg nanes....hehehe....tpi yang pertama nanes tu yang dapat semua A...lpas dia yang kurang satu A...tapi disebabkan memasing diam...semua nanes...rindu plak zaman skulah rendah dlu...

    ReplyDelete
  23. Pada aku la kan..memang betul x payah belajar teruk2. Kalau belajar semata2 nak dapt A pun x begitu berbaloi. Tapi, aku pun buat camtu gak masa student/zaman study.

    Cuma skrg ni aku fikir la, kalau belajar tu ikhlas memang nak guna ilmu tu utk share dgn org ramai, tolong org ramai, memudahkan urusan org ramai, aku rasa yg ni paling berbaloi. Biar tak dpt A tp ilmu tu berkat dan ingat sampai bila2.

    Btw, aku setuju yg x perlu merendahkan org yg struggle nak dapat A. Maybe tu satu cara utk dia latih diri utk dpat kejayaan yg lebih besar pada masa hadapan. Kadang2 dgn dpat A juga mampu menggembirakan parents dan family. So, apa salahnya struggle utk menggembirakan family kan...

    ReplyDelete
  24. kalu belajar semata2 nk A, rasanya tak perlu laa 'belajar' sebenarnya... kemanisan mengutip ilmu tu hilang entah ke mana

    ReplyDelete
  25. steve jobs & bill gates tu hanya 1% drpd jumlah yg drop out. the rest? so nak kata education tu tak penting pun tak boleh. cuma ye la, ia boleh dijadikan motivasi kpd mereka yg x dpt result yg bagus. dgn erti kata lain, kalau result tak bagus, kena work hard utk compensate result yg x bagus.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape