Zyraroxx Sebelum Masihi: 'PaipBesi'

Hi,

Semalam aku terminum air Pepsi. Mind you imbuhan 'ter' yang menujukkan aku tak sengaja. Kahkah!
Sebenarnya aku dah lama tak ambik minuman bergas, strive for a healthy lifestyle konon.
Jadi apa motif aku bagitau aku minum Pepsi? Hek eleh Pepsi je pun, bukan kopi hipster berharga RM35 secawan.

Sebenarnya setiap kali aku minum Pepsi, akan ada satu nostalgia yang datang bersama minuman ringan tersebut...

(Flashback ke zaman 90an)

Aku dalam darjah tiga. Kelas pulak terletak bersebelahan dengan kantin sekolah. Di antara kawasan kelas dan kawasan kantin, terdapat sebaris paip air tegak tanpa sinki untuk bebudak membasuh tangan secara berjemaah.

Hari tu kalau tak salah aku hari Rabu dan ada slot Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) pada pagi nya. Selesai berfoya-foya di padang, kami pun kembali ke kelas untuk salin baju dan bersedia untuk memulakan sesi akademik. Masing-masing meneguk botol air sebelum berlalu ke tandas untuk salin baju. Manakala pelajar lelaki yang tak membawa botol air ke sekolah: "Weh, jom pekena PaipBesi (sebutan ala Pepsi)."  

Mana lagi sumber 'Pepsi' diorang kalau bukan sebaris paip besi di kantin. Waktu tu tak timbul isu sakit perut muntah darah sebab minum air mentah. Mungkin sebab perut memasing dah kebal dan imun, hahaha. Sebelum nak bergerak salin baju, seorang kawan bermurah hati offer aku air 'Pepsi' dan aku dengan bermaruahnya tolak pelawaan beliau. Selesai salin baju aku tengok ada botol Pepsi kosong di atas meja kawan aku tu.

(Pepsi tu memang dah habis, yang hitam tu buntut botol, hahah)


Aku: Wey awat hang tak tinggai kat aku sikit?!
Dia: Aku tanya tadi hang kata tak mau??
Aku: Awat hang tak cakap Pepsi?
Dia: Aku dah cakaaaap, hang nak dak ayaq Pepsi?
Aku: ....

Ini semua salah bebudak lelaki tu lah. PaipBesi.. PaipBesi... sampai telinga aku pun dah tak tahu beza PaipBesi dan Pepsi. Rugi betul tak dapat minum Pepsi secara percuma, saty peluang yang sangat jarang berlaku, haha.


(Kembali ke zaman sekarang)

Kelakar. Dulu masa duit poket sekadar cukup makan, aku asyik teringin nak minum minuman ringan. Sekarang dah ada duit sendiri, tak terasa pulak nak minum sampai kembung.


Tak reti beza Pepsi dan Coke 

42 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. I jaga badan. What is air bergas ni?kakaka

    ReplyDelete
  2. hehe...lawak..tak pasal2 kempunan :p

    ReplyDelete
  3. Haha. Aku pun dah jarang gila minum air berkarbonat. Zaman kita kecik kecik air masih sihat kot, sungai laut masih x dicemari. Aku pun lek je minum air paip dulu. Tapi seteguk dua jela as pelega tekak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kan? Penat bermain g capai paip terdekat basahkan tekak

      Delete
  4. Hahaha...
    Dulu pun masa sekolah memng femes lawak Pepsi PaipBesi ni.
    Masa sekolah menengah dulu pun memang tak kisah sgt nak minum air paip, sbb macam masa tu badan konon power gile dapat lawan segala kuman. Hahaha

    oh, btw tahu tak kat jepun semua skolah dia, air paip memang boleh diminum, malah digalakkan.
    Kenapa laa kat Malaysia tak buat macam tu jugak, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jepun negara maju, kita negara mundur.. mana sama. Ibarat gagak dan enggang, wahahaha!

      Delete
  5. pepsi dan coke lain rasa dedua. rasanya mereka serumpun. XD
    nak juga healthy lifestyle, tapi xblh lawan la napsu nak air bergas nie T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm rasanya nk kena minum dedua at the same time baru dpt rasa perbezaan, hehe. BV muda lagi, nnt dh dewasa tak hingin dh, hahaha

      Delete
  6. Sampai sekolah menengah pun paipbesi masih wujud.. :)
    Laaa... Tak merasa laa Pepsi free... Haha Salah paham yang amat merugikan XD
    Pssst... Aku boleh jer beza mana pepsi mana coke. Hiks. Tepuk tangan.

    ReplyDelete
  7. First time ni dengar lawak PaipBesi vs Pepsi. Interesting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mana ada lawak, ini satu konsep sekolah kampung :)

      Delete
  8. lawak childhood:

    hello kopi ke milo?

    huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Childhood kita berbeza generasi sbb tak penah dgr lawak ni, hahaha

      Delete
  9. Dah lama gua tak minum pepsi atau coke, kalau pi kepci pun tak rasa nak order air bergas. Ya, gua sudah tua... hahah! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha gua gi kepci terpaksa oder air gas sbb nk jimat XD

      Delete
  10. betullah, mase kecik2 rase awesome sangat kalau dapat minum air yang keluar iklan kat tv. Da besar2 ni, barulah sedar, air paling memuaskan adalah air masak atau air mineral.
    **tetibe rasa kesian kat emak yg dulu berbuih mulut duk pesan jgn minum air gas! jgn minum air gas tapi anaknya ini ttp tidak peduli**

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? sekarang ni kalau kena air mineral baru rasa puas dan segar

      Delete
  11. kenapa diorang panggil air papipbesi? hahaha uniknya

    ada budak kecik panggil air Coca-Cola , air KOKOLA.. hahahahah comei

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin utk sedapkan rasa air paip tersebut, hahah
      comei2

      Delete
  12. tringt zaman sekolah uncle jugakk., (0

    ReplyDelete
  13. memandangkan sekolah kat pantai timur, maka takde la budoxe dengar sebutan air paipBesi
    cuma ada air 'peksi' dgn air 'kok'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah air kok tu taleh blah XD

      Delete
    2. Pak mertua aku sampai harini panggil air coke...'kuk'.
      'Kuk' okey, bukan 'kok'.

      Delete
  14. budak lelaki kt situ kuat rap agaknya. sbb lain benar kot sebutan paip besi dan pepsi xD unless cakap cepat2. mesti frust menonggeng tak dapat minum air manis :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, boleh ganti rappers masa kini, hahaha frust ooo waktu tu bukan sonang nk dapat benda free :p

      Delete
  15. Nostalgia weh! Minum air PaipBesi!

    ReplyDelete
  16. hahahah ina sampai sekarang x suka pepsi. dont know why, sbb bergas kot?

    ReplyDelete
  17. kalau kat Arab countries, diorang eja "ba ya ba sin ya" = bibsi
    sebab Arab x leh sebut P, diorang bleh sebut Fa and Ba saja.
    huruf PA (fa titik atas) tu x de dlm muqaddam/Quran..huruf jawi je ada.
    serious fact.

    ReplyDelete
  18. Nostalgic kan nama PaipBesi tu...dah lama xbuat perngai minum air paipbesi, mmg xbrani, kecuali air filter la...dlu lepas time PJ mmg air PaipBesi je la yang ada...hehehe...

    ReplyDelete
  19. coke dan pepsi sama jer tak elok... tinggi gula.. saya pun dah lama tak minum coke dan Pepsi... beli coke sebab botol kaca dia cantik jer.. itupun sebab nak buat hiasan.. koh koh koh

    ReplyDelete
  20. Masa sekolah asrama selalu gak la aku minum air paip ni. Biasa la budak2 asrama memang sengkek gila bab duit. Sampai nak minum air masak pun x mampu. Huhu...

    Aku pun skrg ni dah malas nak minum air gas. Tiba2 makin besar ni rasa concern pulak pasal kesihatan. Nak minum tu pikir 2-3 kali la terkenangkan org tersayang. Lol.

    Btw, coke dgn pepsi takkan takbleh beza. Coke tu dia punya gas kuat giler kot. Aku boleh je agak drpd level gas dia tu...

    ReplyDelete
  21. sy minum bila teringin je... da ada kesedaran ;-)

    ReplyDelete
  22. masa duit tarak, bila minum air bergas ni umpama "i'm at the top of the world" nyer feeling. tp bila dah ada duit sendiri, feel tu dah takde sebab dah tau hari2 boleh minum. nak tak nak je.

    ReplyDelete
  23. ape ke sengal la awok ni ~ hahahahaha.. kelakorr :p

    ReplyDelete
  24. sekarang dah kurang minum air gas...
    dulu masa kecik, dapat minum air gas time raya je sebab boleh beli dengan duit raya.. huhuhuhu

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape