Maroon 5 & Macaroon

Hiya,

Sebenarnya dua nama di atas takde kaitan. Saja aku letak sebab ada rhythm dan berunsur hipster.

this image is so.. wrong, but who cares *yawn


Last weekend entah berapa kali mp3 player aku asyik jump randomly kepada lagu dendangan Maroon 5: She will be Loved. Agaknya laptop purba aku pun cuba untuk meyakinkan bahawa aku akan dicinta satu hari nanti, wahahaha!

Beralih ke macaroon, atau makaron atau wth you pronounce it. Ia sejenis dessert yang berbentuk bulat dua lapisan bersaiz lebih kurang syiling lama 50 sen (atau besar sedikit) dan berwarna warni mengikut perisa. Comel dan sempurna untuk golongan hipster muat naik dalam Instagram.

Masalahnya di sini bukan aku dengki dengan macaroon yang jauh lebih comel berbanding aku tapi harga dia yang tak patut padan. Okey, aku akui aku pentingkan jenama when it comes to electronic appliances, gadget, garments. Tapi bila tiba soal makan, aku tak pandang langsung jenama tapi keenakan.

Buat apa pergi restoran makanan segera kalau kau boleh dapat burger yang lagi sedap di tepi jalan dengan harga dua kali ganda lebih murah? Buat apa masuk air-conditioned cafe with crappy and overpriced food kalau kau boleh rasa nikmat cendol di gerai tepi jalan? Itulah aku.

Berbalik kepada macaroon. Aku belum hilang pedoman lagi untuk bayar RM5.00 untuk satu (1) biji macaroon. Dengan nafsu makan seperti gajah mengawan, apa sangat yang sebiji macaroon tu dapat lakukan? Aku bertambah kagum bila ramai je yang beli. Bukan dua, bukan empat, tapi sepuluh biji ke atas. You do the math.

Bila aku habiskan ratusan ringgit untuk puluhan novel fiction ada kawan cakap aku gila. But when they spend RM10 untuk 2 biji macaroon, adakah mereka kelihatan waras? Heck, buku aku boleh baca, boleh learn something, boleh simpan sampai bila-bila aku suka (provided tak dimamah serangga atau dijilat api/air).

Tapi macaroon? You pop it in your mouth, you munch, you swallow, send it to your digestive systems, become poops, and you flush it down the toilet (kalau kau jenis yang flush lepas guna lah), the end of your RM10. Hmm, I wonder.. adakah golongan yang tak flush toilet ni baru lepas makan makanan mahal, so they intentionally left their 'expensive poops' for showing-off purposes?

Di atas adalah bookish point of view, aku tak tahu macamana pulak sweet-tooth point of view. Maybe it worth every penny, memandangkan macaroon antara dessert yang penyediaannya jatuh dalam kategori level advanced. Kalau kau baru level beginner, jangan bazirkan masa dan bahan untuk mencuba, kahkah!

Level advanced or not, bagi aku rasa dia tak sedap. Mungkin tekak aku bukan tekak Peghancis. Atau lebih tepat, tekak aku tekak murah rakyat marhaen kais pagi makan pagi.
There, dramatik sikit.



Geli dengan mengkarung 

68 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. giler punya harga...memang tak sedap pun...awat entah harganya mahal macam tu.kawan akak pernah bagi kat akak.dia beli kat Sg.Katanya 3 dolar sebiji...mengarut je pi sg beli macaroon tu macam kat sini tak dak..hahah..kalau dia nak akak pun boleh buat bagi kat dia..free je akak bagi..ahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 dollar x ringgit malaysia = oh my god!!

      hahahaha kawan akak tu orang kaya ke? Hehehe ada adik lelaki tak? :p

      Delete
  2. okeyh. tang rega tu memang akak tak boleh nak cakap hape lah sebab memang mana-mana kedai yang dok jual macaroon tu confirm punye akan tampak lebih eksklusif dan mungkin berbekalkan macaroon tersebut boleh menambahkan lagi sumber pendapatan kedai tersebut. namun ape yang akak cuba nak perkatakan adalah macaroon adalah sekadar biskut. sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah lah kan, makanan kebanggaan peghancis lah katakan. Walaupun sekadar biskut :3
      sedap lagi biskut marie..

      Delete
  3. macaroon harganya mahal kerana bahan nak buat sangat rumit. ada ramai yg jual kat ig. Fea cdgkan akk beli je secara borong. ig dolcediba tu dia jual macaroon dgn pretzel. konfem sedap byk feedback dia. Fea akui, memg harganya mahal. tp kalau sedap, Fea sanggp habis byk duit. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fea tp ahkak tak terasa pun nak membeli walau sebijik, inikan pulak secara borong.. wahahaha >_<

      Err.. maybe utk tunang nikah kawen boleh dipertimbangkan, wahahahaiii..

      Delete
  4. Kite tk pernah mkn macaroon ni.. siyes.. haha.. Stuju, harganya sangat lah mahal banding sizenyer yg kecik.. mungkin rupanya comel tapi tak tahulah pulak dgn rasanya.. mgkn satu hari nanti boleh la cuba.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sarankan takyah cuba (kecuali free)
      Baik gi makan kepsi :3

      Delete
  5. wuuu mahalnya macaroon... Haa, nampak tak jenis orang tak pernah amen taw pasal makanan hipster? hahahhaa

    makan kt mamak jer.. huhuhuhu.. ayam tandoori sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanan apa pun kalau dihipsterkan meme akan mencanak naik harganya. Aiskrim malaysia yg doposen pun blh jadik rm4
      pfttt

      Dayyummm tandoori... ok, blk karang nk beli slrrpp

      Delete
  6. 5 ringgit? gila. seekor cacing dalam perut pun tak kenyanggg. isk. sayangnyaa duit T_T kalau Labuan sini 5 ringgit dapat semangkuk laksa. heee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tau takpe, mmg taklah nk beli kan. Rm5 tu boleh beli laksa, mi kari, pulut ayam, nasi ayam.. argh lapaq!

      Delete
  7. haha..mhlnyee...sy tak minat macaroon..

    ReplyDelete
  8. memang tak la nak beli RM5 seketuiii..
    mahal macam bedil..

    Macaroon bukan la sihat sangat.. Banyak gula.manis sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha bedil tu menda pulak, ada sama mcm begedil tak? >_<

      Delete
  9. dulu wak penah try macarooni nih, manis sangatt gituu., ;p

    ReplyDelete
  10. Pernah try sekali je makan macarron ni pastu tak makan dah sbb rasa dia manis tahap nak bagi orang mati cepat hahahaha dah la mahal.

    ReplyDelete
  11. Pernah try sekali je makan macarron ni pastu tak makan dah sbb rasa dia manis tahap nak bagi orang mati cepat hahahaha dah la mahal.

    ReplyDelete
  12. mahalnya. BV belum pernah lagi makan macaroonnnn~ T^T
    better beli burger or pizza dari beli seketul macaroon mahal cenggitu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha setuju setuju. Burger and pizza 250 ganda lagi sedappp

      Delete
  13. <- tak pernah makan macaroon *sadis ngat* --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amenda sadisnya, patut bangga sebab tak tertipu dan membazir, hahah

      Delete
  14. Aku pernah makan byk kali macaroon ni. Pada aku rasa dia sedap tp terlalu manis. Risau pulak kalau makan byk...

    Tapi disebabkan aku selalu dpt makan benda alah ni free je (sbb member aku reti buat dan dia selalu bawak balik sikit kt bilik), maka zaman study dulu aku bedal je dengan nikmatnya macaroon ni tanpa memikirkan soal duit dan kesihatan...hahaha..

    Btw, memang mahal giler harga dia. Kalau aku xde member yg reti buat, sampai skrg aku rasa aku xkan cuba macaroon ni.

    Rasanya macaroon ni terlalu seni, perlu buat dgn perfect(kalau x bentuk dia x jadi mcm burger tu) dan bahan2 yg agak mahal menyebabkan harga dia melambung tu....Ini pendapat aku la kenapa mahal, jgn caya sangat...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh bro, dah pi check gula dalam darah? Wahahahhahaha

      Aku kalau free pun xmkn dah kot. Tak sedap bagi aku. Ye, mcm aku ckp kat part last entri, cara penyediannya lvl advanced so susah lah nk buat.

      I dunno, aku buta seni kulinari, bg aku yg sedap itu yg hebat wahahahahahahhh!

      Delete
  15. Gua pernah makan gak, sumpah tak sedap... bagi free pun gua tolak lepas tu, manih melecaih! Laju je gua pekena kopi kurang gula lepas makan macaroon tu untuk buang rasa manis tu dari lidah gua, huhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sbb gua alergik kopi, rasa cm nak jilat dinding je utk hilangkan manis >_<

      Delete
  16. hhahahahha gladly, nasib baik ina tak pernah rasa macaroon lagi. tak sangka harga dia sampai rm50 sebiji! gilaaa!! selama ni, tengok igers upload kat ig je, nampak comel je. tp tak sangka harga dia mak oii baik makan burger tepi jalan. dapat beli 5 bijik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha rm5 je Ina, kalau rm50 mahunya terbalik kedai macaroon tu dikerjakan >_<

      Delete
  17. Tul tuu.. Rasa n kualiti lagi penting...

    Makaron?? Tak pernah makan. Tak pernah gak nampak orang kat sini jual makaron.... Kalau ada pun mana laa mampu mahal gilllew....

    Erkkkk makaron and makaroni tak sama kan kan kan?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana sama, macaroni sedap. Manakala macarena pula sedap menari bila stress, wakakakakaka

      Delete
    2. Okey okey. Banyak dah simpang siur. Haha

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Kalau makan first time oklah kot sebijik dua. Tapi serius makanan mahal sememangnya tak berbaloi makan hari-hari. baiknya duit terlebih tuh kita derma tak pun kita simpan habis cerita.

    Tapi biasalah, nama pun orang kaya; secara stereotypenya diorang tak fikir sangat harga mahal benda yang diorang nak beli. Diorang rasa duit diorang takkan habis 7 keturunan. Lagi-lagi anak orang kaya yang lahir-lahir je dah kaya. Mostly kerja habiskan duit mak bapak buat benda takde faedah contoh seperti yang dimention dalam post.

    Lagipun sejak zaman Bani Abbasiyah lagi orang kaya biasa-biasa nak tunjuk megah depan rakyat dia kecuali hartawan luar biasa yang lebih banyak memberi daripada menerima. Susah nak cari orang kaya camtu zaman sekarang ni! :(

    (aku kata stereotype, maknanya wujud lagi golongan hartawan dermawan atau yang berjimat-cermat atau dua-dua, cuma sebab orang kaya yang lain banyaknya habiskan duit untuk diri sendiri;perbuatan mulia mereka dikaburi begitu sahaja!) :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sis. Rm5 bg org berduit mcm takde apa je, tp bg mereka yg memerlukan, besar nilainya.

      Yg kaya cara kaya, tp yg bajet2 kaya tu yg tak menahan. hehehe. Apa2 pun seblum kita membazir, fikir dulu dalam2. Sedekah kpd yg perlu, pahala pun dapat, rezeki juga berkat :)

      Delete
  20. About the macaroon, aku rasa makan sekali seumur hidup pun dah cukup bagus dah sebenarnya. Ceh, dah macam haji pulak bunyinya. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha makan sekali dah cukup sbb taknak makan lagi dah >_>

      Delete
  21. Perghh mahal der... Beli roti gardenia pun enak dimakan dan lagi murah huahuahua

    *Makan kangkung* tah hape hape..
    Beli nasi goreng pattaya tak sampai 5 ringgit tu pun kenyang gila. Ni nak makan besar duit 50 sen tu 5 hengget?
    Mungkin untuk penggemar macaroon bolehlah hahah. Nak try beli satu ah nak rasa :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha org kaya tak kira kenyang, depa kira glamour, huahahaha. Jgn nyesal bila dh try, dan jgn ketagih pulak.. hahahah ;p

      Delete
  22. aku pernah makan macaroon, orang belanja! hahaha. dah la tak sedap! mahal! tak sedap sebab aku tak suka makanan manis sebab aku sndiri dah manis wahahahha ampunkan aku. kita sama! buku takpe habis ratus-ratus dari beli makanan hanya untuk instagram worthy. bluekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha hang memang manis tahap diabetes Nadia, nasib aku bukan lelaki, wahahahahh

      yay ada geng!

      Delete
  23. 1st time singgah... comel gilee doodle.

    btw, akak penah try buat macaroon. tapi tak makan pn buang je uhuhu... manis gilos. last-last g beli je...sebiji rm4 perghh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome! Thanks, hehehe

      Alah yeke? Ruginya kakkk :O

      Delete
  24. Macaron ni mahal sebab bahan asas dia guna serbuk badam! Nak menangis jugak tengok harga 1 paket tu kt kedai bakery. Huhuh... Sy suka buat macaron, tp tak minat makan sebab manis. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha baik makan coklat badam :p
      Minat buat je sbb mencabar eh? Hehehe

      Delete
  25. Dulu ingat macaroon ni lembut macam pau sbb texture dia mcam smooth mcam bontot baby.
    1st time makan sbb adik buat versi mini dekat rumah, rupanya macaroon sekadar biskut.
    Tak pernah beli kat kedai, so tak tahu range harga dia,
    tapi rasanya RM5 utk sebijik dah tak masuk akal kot.
    Baik beli komik je, boleh baca 400 kali sampai lunyai. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik awk pandai buat? PM no telepon adik awk jap. Hehehehehehehe

      Ha ah baik beli Det Conan :3

      Delete
  26. mahalnyaa. hahaha. baik buat sendiri

    ReplyDelete
  27. e'in tak penah mkn macaron pun even org ramai ckp sedap.. hihi

    ReplyDelete
  28. Mahal nak mampus. Kalau saya makan 2 biji macaroon, belum tentu kenyang. Sebab benda tu kecik giler weyh. haha

    ReplyDelete
  29. Tak pernah try lagi macaroon ni tapi harga dia memang agak mahal lah.

    ReplyDelete
  30. Mahal nya harga makaron. Hahahah... Lebih rela makan benda len kalau mcm tu 😂

    ReplyDelete
  31. Penah rasa Dan xsedap lah,geli masuk tekak..ke aku tekak kg? Haha.member aku ckp senang jer buat tapi leceh Sebab tu kot mahal.owg xrajin belek xyah buat lah,buang masa ja.mkn ja biskut lutut cicah Teh,perghhh..surga.

    ReplyDelete
  32. Memang terkejut bila tengok harganya.
    Pernah jugaklah Mrs. A dah berkira-kira untuk membeli bila tengok color macaroon tu yang menggoda ala-ala color blog. Lagi satu pengaruh program Running Man bila Ji hyo makan macaroon memang teringin time tu tapi bila tengok harga. Tuuuu... dia mahal kemain pastu pulak yang anti climaks habis pekerja yang jual itu adalah bangla.Terus terselamat tak beli pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha dasyatnya, Bangla yg jual? vah vah vahhh bangla dh upgrade XD

      Delete
  33. mahalnya harga dia...rietta xpernah bli...dan xpernah makan pown...sebab nmpak cm biskut dan rietta kurang minat beskut...

    ReplyDelete
  34. sekali je aku pernah beli macaroons ni..tu pun sebab aku teringin nak tau rasa dia mcm mana..sekali je..pastu aku xbeli dh smp sekarang..hoho

    ReplyDelete
  35. tudia mahainya no harga dia. aku pernah gak merasa makan macaroon ni tp tu pon sebab member aku beli pastu bg aku merasa 2-3 bijik. xtau pulak harga dia mahai sampai tahap tu hahaha

    ReplyDelete
  36. tak suka Macaroon. Manis. Tak kena dengan tekak... huhuhuhu

    ReplyDelete
  37. Baik aku makan cucur badak jer.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape