Perhatian Buat Peminjam PTPTN!

Hi,

Bagi menjadikan blog ini lebih bermanfaat, harini aku nak kongsi tips (ke?) kepada peminjam PTPTN di luar sana. Khususnya yang mula meminjam sebelum kewujudan sistem Ujrah.


Bapak serius mukadimah aku kali ni, seram pula rasanya. Aku nak kongsi entri ni kepada mereka yang berusaha dan berniat nak bayar, kepada yang taknak bayar langsung tu terpulang lah. Aku malas nak cakap apa. Hutang tetap hutang walau dengan siapa pun kita berhutang. Ops.

Pertama,
Kepada yang belum bertukar kepada sistem Ujrah (1%), aku merayu supaya engkorang pergi buat pertukaran sekarang (RM20 untuk setem hasil). Kenapa aku merayu? Aku dapat komisen ke? Tak, aku tak dapat apa pun, cuma aku tak sanggup tengok engko habiskan sisa-sisa hidup kau dengan bayar "bunga" pinjaman SAHAJA. 

Kedua,
Dah kau bertukar kepada Ujrah, jangan terus pergi berfoya-foya bayar macam biasa. Sebabnya, bila kau bertukar, jadual bayaran balik kau akan diselaraskan semula. Jadi, kalau kau terkurang bayar dari jadual tu, maka terciptalah tunggakkan. Tunggakkan ni kalau dibiarkan akan melarat bulan demi bulan. Macam kes aku, nasib ada staff PTPTN yang mention aku ada tungakkan. Mula tu memang aku menyirap, tapi bila dia eksplain seperti di atas, aku terima. Itulah, malu bertanya sesat jalan dan padan muka aku (nasib tak banyak, kalau tak maunya menangis bawah kereta).

Jadi penyelesaiannya, kau perlu apply pulak Penstrukturan Semula (PS) Jadual Bayaran Balik (lagi RM20 untuk setem hasil). PS ni bagus sebab kau boleh tetapkan bayaran bulanan ikut kemampuan dan ikut suka hati kau. Contoh, kau nak bayar balik  RM100 je sebulan. Staff tu akan buat pengiraan pantas dalam sistem diorang dan akan bagitau kau mungkin kena bayar RM112 sebulan (jumlah yang hampir) selama 10 tahun.

Tapi, permohonan bergantung kepada approval dari PTPTN lah. Kalau gaji bulanan kau RM15,000 sebulan tapi kau mintak nak bayar balik RM100 je sebulan, agak berat lah kot untuk dapat. Bagi aku PS ni bagus sebab kau tetapkan sendiri bayaran bulanan. Kalau dah tetap sebulan RM112, kau bayar lah berapa kau nak sebulan, asalkan jangan kurang dari jumlah tu. Mengerti?

Kalau kau tak faham, kau pergi lah tanya dekat kaunter PTPTN yang terdekat. Aku dulu pun macam malas nak ambik  kisah, bayar je ikut suka konon kalau tak ambik kisah, hutang makin berkurang dengan sendirinya, hidup dalam denial mode, hahaha. Jangan takut untuk bertanya. Banyak kes tunggakkan yang peminjam langsung tak tahu menahu sebab diorang malas nak ambik tahu. Masa aku pergi tu, ada seorang peminjam sebelah aku tengah dimaklumkan bahawa beliau mempunyai tunggakkan sebanyak RM3K++.....

Aku juga nak nasihatkan para peminjam yang baru grad atau yang baru mula kerja, eloklah kiranya enkorang pergi mintak nasihat mengenai pinjaman dan pembayaran balik pinjaman. Jangan tunggu sampai surat saman atau surat mahkamah sampai ke dalam peti surat, atau tunggakkan dah berkepuk-kepuk baru nak menggelabah.

Aku harap perkongsian ni berguna kepada nusa dan bangsa.
Sebelum kau tanya sebarang soalan, suka untuk aku nyatakan kat sini bahawasanya aku bukan kerja dengan PTPTN, aku takde kaum kerabat, sahabat handai yang kerja dengan PTPTN. Hubungan aku dengan PTPTN hanyalah sekadar peminjam dan pemberi pinjam, tak lebih dari itu, hahahah.

DISCLAIMER: Apa yang aku tulis bedasarkan pengalaman sendiri. Aku tak bertanggungjawab sekiranya kes kau tak sama dengan kes aku atau kau mengalami kerosakkan harta benda, perceraian, kehilangan nyawa, muflis etc. akibat dari entri ini. Tagline blog fully applied.


Pitih pitih no end 

52 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. aku nak tanya, kau pinjaman tahun bila? aku tak sure la aku punya memang dah ujrah ke belum. hasihh tetiba nak pergi cek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha baik kau pergi cek aje, lebih selamat dan tepat.

      Delete
  2. info bagus ni..kena bgtau husband..huhu

    tq

    ReplyDelete
  3. betul tu, dah nama pinjam, lunaskan laa selagi masih bernyawa. Supaya jika mati pun nanti, hati sudah tenang.

    ReplyDelete
  4. Betul tu. System ujrah lagi bagus sebenarnya tp tak faham kenapa ada yg condemn ujrah tu. Kalau kita betul2 faham concept kita takkan rasa berat hati nak byr ikut jumlah yg depa dah tetapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well ramai yg jd pakar syariah dgn ckp ada unsur riba lah tp itu urusan PTPTN, urusan kita sebagai peminjam adalah bayar balik pinjaman.

      Delete
  5. dah nama pun berhutang, kena je la bayar balik.. huhu. bayar la sikit-sikit, lama-lama nanti langsai la kesemua hutang tu.. walaupun sekarang ekonomi negara entah macam apa je lagi :'D

    ReplyDelete
  6. owh.jadinya ni untuk yang dah habis grad je la?

    ReplyDelete
  7. maaf nak tanya, kalau peminjam tu jobless lagi , boleh buat penukaran ke sistem ujrah tak ? sebab kalau dah pi kaunter , msti diorang akan suruh proceed utk jadual pembayaran ? gerunnya nak pi..atau ada apa2 kaedah penukaran ujrah tu sambil penangguhan bayaran balik ? sorry kalau terkeluar tajuk,harap anda boleh respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaunter yg sy pi tu staff dia agak friendly. Sy tak tau cawangan lain mcmna. Tp sy syorkan awk utk pergi jumpa diorg. Mintak penangguhan dan nasihat diorg. Jgn takut, sy rasa diorg takdelah suruh bayar terus kalau g jumpa. Better pergi jumpa dan tau duduk perkara sebenar dari biar begitu je, takut makin melarat, huhu

      Delete
  8. bagus info update ptptn nihh., ;p kipidap

    ReplyDelete
  9. Masalahnya aku dh habis byr ptptn sejurus aku dh grad. Cemane?kakaka

    ReplyDelete
  10. her her..nak taknak hutang tetap kena bayar..masa study aku pinjam dgn mara...so takda hubungan la dengan PTPTN ni..huhu

    ReplyDelete
  11. Bagus info kamu nie...mujurlah suami akak dah settle dah awal tahun lepas...yahuuuu...akak pulak peminjam MARA...so dah settle dah jugak...kehkehkeh...selamat membayar hutang pada yang tgh membayar tu ye...
    Jangan lupa...Hutang itu salah satu bab yang akan ditimbang...hihihi ;-) seram tak? semoga kalian semua dapat cepat2 settle bayo ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah akak dan suami. Hahaha seremmm..

      Delete
    2. eh eh, riak pula minah sorang nie, jangan takabur sangat kak, tuhan marah. anak kak tu nanti nak belajar juge yer kak, itu pun kalau anak you tu jenis yg nak belajar la ye. belum tentu lagi nasib anak you tu di masa hadapan ye? susah senang tu kedua2nya ujian manusia, jangan cakap besar ye kak, tak elok.

      Delete
    3. ^ eh eh kau.. Kau dah kenapa? Tak macam takabur pun akak tu komen. Kalau ada pun berbaur-baur takabur, apa masalah kau? Main tikam je suka hati. Eh eh.. eh eh. eh eh eh dia ni..

      Delete
  12. hutang WAJIB bayar. err selagi tak lunas hutang amalan kita tergantung .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngeri kan? Jgn lah main suka2 berhutang dgn org :3

      Delete
  13. Disebabkan ptptn hidup aku tak tenang T.T

    ReplyDelete
  14. Seram..ptptn belum bayar banyak lagi..huhu

    ReplyDelete
  15. Huhuh~ ptptn memang sedang menanti je ni sye byar hutang ni.. tpi surat blom smpai.. anyway zyra, sye da tag awak kt sni http://diva-queenlife.blogspot.my/2015/12/10-soalan-dari-kak-syikin.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru grad eh, hihihi. Thanks tag, akan diusahakan menjawab ;)

      Delete
  16. da berhutang silalah byr... jgn ditangguh2 kan

    ReplyDelete
  17. Warghhh nak nangis...bila nk freedom dari hutang ptptn ni? T__T

    ReplyDelete
  18. saya punya, Alhamdulillah, dah nampak potongan beberapa ratus dari ujrah tu.. tapi still byk nk byr balik T_T
    scary la plak

    ReplyDelete
  19. uish takutnya...nasib baik setakat ni takde ptptn lagi...

    ReplyDelete
  20. Betoi tu, kena peka bab2 ni bila kita meminjam. Gua alhamdulillah dah lama setel, siap ada lebihan bayaran lagi yang dorang dah pun pulangkan kepada gua dengan jujurnya (ada la around 2K++ dapat balik). Salute la atas kejujuran dorang ^^

    ReplyDelete
  21. Waaahhhh! Berinformatif sungguh entri kali ni...hehehe
    Sy boleh kata kurang laa jugak hutang PTPTN tu, tapi niat hati nak selesaikan semua hutang dlm masa kurang 2 tahun, tu yg laa ni membanting tulang mencari rezeki tu...
    Tak best ooo berhutang ni. Jadi tak tenteram rasanya...

    ReplyDelete
  22. Isu panas ni.. Ramai yg akam x senang duduk baca.. Haha.. Btw lama x singgah sini..

    ReplyDelete
  23. Kena tunjuk entri ni dekat Along saya ni.

    ReplyDelete
  24. Zyra, bagus entry ni. Aku sokong sangat. Bagi yang baru bekerja dan berat nak bayar secara bulanan, cadangan aku, bonus pertama korang tu silakanlah guna untuk bayar PTPTN. Jangan kalut nak pegi oversea bagai. Hutang kasi setel dulu barulah aman..

    ReplyDelete
  25. Da habis bayar pon.

    Senang cakap..dari kita aje. Nak bayar atau nak tambah beban.

    ReplyDelete
  26. aku dah setat tolak gaji. untungla rm108 sebulan tapi yang tak menahannya 20 tahun huuuuu~

    ReplyDelete
  27. *terkedek2 pergi kaunter ptptn...

    tak sanggup cheq!

    ReplyDelete
  28. Nasib baik masa saya study, saya tak pinjam pitihpitihnoend... wkwkwkw

    ReplyDelete
  29. kita bayar 500 sebulan sementara takde anak ni, kalau ada anak mungkin bayar kurang dalam 200 sebulan je la..

    Kalau 500 sebulan pun, 7 tahun baru habis.. redha je la..
    nasib baik la duit PTPTN dulu betul2 buat belajar.
    kalau buat joli,, terasa jugak la nak membayar balik duit yang berjoli dulu.. huhuhuh

    ReplyDelete
  30. Ohhh..camtu ke ptptn punya cara bayaran. Baru aku tahu. Ingat bayaran xde kenaikan kalau bertangguh. Aku study dulu x pinjam ptptn tp pinjam dr yayasan negeri la. Pinjaman yg ada diskaun based on result.

    Masalahnya, rasa mcm kena bohong pun ada sebb rate diskaun masa aku apply tu byk gak la diskaunnya. Tp bila aku dh kerja ni dia kata rate discount kena ikut rate skrg yg lg sikit aku dpt diskaunnya.

    Tak faham betul aku. Semua bukan nk betul2 tlg Student pun, tp mcm nk amik kesempatan atas kesusahan Student je nk buat duit.

    Good luck la habiskan bayaran ptptn.

    ReplyDelete
  31. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    ReplyDelete
  32. dah setahun grad tak start bayar lagi adoi. kang kena ccris naya :P

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape