Ip Man 3 in High-Definition (HD)

Hey guys.

Maaflah kepada yang datang ke sini dengan niat nak memuat-turun filem Ip Man 3 sebab high-definition yang dimaksudkan di atas adalah dari pandangan 'mata baru' aku, wahahaha! Padan muka.

gambar sekadar hiasan, takde kena mengena dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia.


Sebenarnya dari tahun 2015 aku asyik nak nak nak nak nak buat cermin mata baru. Kali terakhir aku buat cermin mata semasa zaman sekolah menengah dulu. Masa berlualu, daun berguguran dan mata aku pun dah power-up, jadi kenalah buat yang baru. Tahun baru haritu aku tekadkan azam ajak sorang kawan pergi buat. Selain faktor malas, faktor takde design yang berkenan di hati juga menjadikan aku bertangguh untuk buat glasses. Kawan aku cadangkan aku pilih bingkai dekat kedai optik O.W.L sebab situ designnya up-to-date.




Aku tahan diri dari buat glasses sebab berhajat nak cari bingkai 'ol skul' yang tebal kat atas, bawah takde bingkai tu. Memang ada pilihan macam tu dekat O.W.L tapiiii bila aku try, mak aihh terus jadi serupa nenek kebayan si bongkok tiga lalu terus termati hasrat. Lepas puas tawaf satu kedai dan try segala macam jenis bingkai (termasuk round-frame ala Harry Potter dan John Lennon), akhirnya aku tergerak hati nak try bingkai yang pada firasat aku sangat tak menarik. Sekali try terus eh, sesuai pulak dengan muka aku. Terus ambik. Pengajarannya, jangan pandang sebelah mata pada orang sekeliling (motif?)

Dua hari kemudian aku pergi ambik glasses baru yang dah siap dan wallah, terang berderang dunia aku. Ibaratnya seperti dari TV1 arial bercabang bertukar ke saluran Astro MAYA HD piring satelit, hoho. Muka manusia yang dulunya flawless rupanya ilusi optik semata-mata. Setiap biji jerawat, jeragat, parut, kedut semua kini terlihat jelas, huahahah! Aku kemudian terus menuju ke panggung wayang dan beli tiket Ip Man 3. Dan itulah hari di mana aku menikmati wayang gambar dengan pandangan HD tanpa perlu mengkecikkan mata baca subtitle.


jangan kecam pilihan hati saya!


Aku bukanlah fans cerita kantonis ni sangat, Tapi memandangkan aku dah tengok Ip Man 2 dulu jadi terasa lah nak tengok Ip Man 3 ni pulak. Di samping hero filem si Donnie Yen yang aku kira sebagai lelaki yang tak hensem tapi sangat hot dan hubby-material (blush). Punyalah ignorance aku dulu, bila kawan tunjuk poster filem Ip Man aku cakap cerita apa tu? Ai Pi Man? (sebutan macam dalam Bat'man'). Dan terus kena gelak tanpa belas kasihan.

Aku sejenis manusia yang pakai glasses on-off yang sedang mengumpul kekuatan untuk lasik (ouch, sebut 'lasik' pun dah seriau bijik mata).


Ke arah masa depan yang lebih jelas 

53 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Zyghaaa lagi sorang puak specky.. Woo woo.. Aku pun nak tukar spek. Apakan daya tak mampu... Marilah mengumpul duit untuk lasik sebab aku dah tak sanggup buat spek. p/s: Lawa spek baru. Bak sini nak pinjam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah murah2 saja mona. Erm, saia belumkuad utk lasik awwaa

      Delete
    2. Hai geng kacamataku sekalianz, megane-shoujo-chan tachi (kumpulan awekz berkacamata) ;3

      Delete
    3. Hai.. ehh.. aku bukan awek..
      Wkwkwkwkw

      Delete
  2. style nya spek! aku pun idam nak pakai yang tebal kat atas tapi lengkung bawah frameless tapi tak tahu sesuai ke tak dengan muka aku. selfie sikit! hahaha. aku dah sebati dengan spek, so macam tak terfikir nak buat lasik. aku pun sendiri pelik kalau tengok muka sendiri x pakai spek haha

    best tak AI PI MAN? Kenapa kau kena gelak? aku tak tahu menahu cerita tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aka ko cantik, frame macaman pun sesuai je aku rasa, hehehe. Haha dah tua2 tak rajin dh nk selfie :3

      Best la jugak. Kena gelak lah sebab aku debut ai pi men instead of yip man, haha

      Delete
  3. Perghh .. spek lawa nmpak old skol gituu .. ni, kalau aku yg pakai hmmm .. mesti xlawa T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho ol skul kan? Haiya belum cuba belum tau lawa ke tak maa ;p

      Delete
  4. Pergh spec... owg bingkai bold tebal kat atas.. ni kira bru nampak gak ni~ hahaha.. lpas ni nampak pulak owg bingkai ke bawah pulek hehehe,,,~ Ip Man superb kot.~ suke tgok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah sbb boleh di tas is too mainstream. Bingkai bold kat bawah ni dh lama sebenarnya, zaman datuk nenek dulu ;3

      Delete
  5. sejak bila hg pkai spec nie. elok2 mate ok tetibe pakai spec pulak. org kate bila da pakai spex muke jadi lain. patut ar ari tu aku nampak mcm ko, tp mungkin bukan. jadi aku x tgur ah takut salah org. ahaha (jgn percaya cerita aku)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyo korn, kalau mata okey buat apa aku perabih duit buat spek, baik aku makan makan dan makan, huhuhu.. ah sembang lah hang

      Delete
  6. Laaaa, zyra pakai glasses jugak ke? Well, kita sama la zyra, on-off jugak pakainya...IQ banyak silau, pakai waktu malam sahaja ataupun cuaca mendung...kalau pakai time hari cerah, pening jadinya..

    hensem sangat pilihan hati zyra, IQ suka!! ol skuulll~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe off tu sbb makin buruk rasanya bila berspek. On sbb kabur sgt, huhu.

      Hensem eh? Harap ramai yg tergoda, hahahah ;p

      Delete
  7. wak dh buat lasik 6 taun lampau, skrg xyah nk risau pk psl cerminmata, tp pandangan xlah se'HD' channel astro pulak., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ce cite sket pengalaman dilasik ni wak, hahaha..

      Delete
  8. sama la sy pun on-off jgk. tp skrng ni off terus sbb spec patah. huuu. lawaa spec baru. btw, mmg tertipu dgn title tu. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kofff ada jugak tertipu wee ;p
      Sis doakan awk cepat dpt pengganti :)

      Delete
  9. hai zyra. aku pulak sejenis manusia yang tak pakai cermin mata (walaupon mata aku sebelah sepet sejak dari lahir lagi & selalu menjadi bahan ejekan oleh bdk2 lelaki yg kekonon samseng masa skolah dulu) sobss sobsss

    ehh dan aku pon sebut IPMan tu macam hang sebut jugak hahahaha *punyala naif aku taktaw psl YipMan nih* -=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sadisnya kehidupan kekanak hang Ana, huhu. Aku pun ada kwn kondisi mcm hg tp nasib dia jarang kena buli.

      Yeke? Nampak nya bukan aku sorg yg salah sangka, wahahaha

      Delete
  10. Aku haritu dapat free ticket Ip Man 3. Aku pun sebut I.P Man macam batman tu.Sampailah housemate aku tegur, dia kata Ip Man tu nama orang china. haha dayyum! kenapa aku tak tau?

    oh, ceritanya sedih Ip Man3 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yay geng lagi!

      sedih2. Aku pun turut sebak bila ip man sebak

      Delete
  11. OWL...bleh la rietta cuba ke sana plak...sbb focus point xde yang rietta minat...i mean design frame...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sama lah kita. Sbb focus point byk design biasa2 dan skema kot, hehe. Boleh try OWL plk pasni

      Delete
  12. Ohoiii...cantikk!!.cheery dah pegi check Mata utk buat LASIK dgn prof muhaya tapi Mata cheery xleh buat,risiko buta uwarghh T__T...kempunan nak free glasses

    ReplyDelete
    Replies
    1. ct cherry..ad jenis2 mata/ kerabunan yg risiko buat lasik?

      Delete
    2. Omggg baru tahu bukan semua org boleh buat lasik ni, huhuhu T_T

      Delete
    3. Ada..that why, before buat LASIK diowg akn check tahap kesihatan Mata Kita.kalo Sihat bawu continue buat LASIK..bknnya simply2 buat.

      Delete
  13. by the way...1 Disember lepas aku dah buat lasik..

    ReplyDelete
  14. Hi geng spek.. haha aku pun pakai spek juga.. tapi baru2 ni dah biasakan diri dgn lens.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nak memasukkan objek ke dlm mata itu terlalu menyeriaukan, hahaha

      Delete
  15. muka org kedai tu pon terus Full HD (Hitam Dot) ahahaha

    ReplyDelete
  16. eh mcm pelik jer tgk bingkai tebal kat bawah ni.. xpenah plak kite jumpe

    ReplyDelete
  17. Tahniah untuk alam HD yang baru. Hahahaha

    Macam sy jugak dulu-dulu.
    Ingatkan Ip Man tu IP Man, kisah seorang genius hacker yang selalu bertukar-tukar alamat IP komputernya untuk susah dikesan CIA. Dia seorang lagenda hacker yang mampu meruntuhkan empayar negara besar hanya menggunakan hujung jarinya. Hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankss..

      Amboi imaginasi sampai tahap dah boleh buat cerita sendiri. Heroin dia siapa? Ending macamana tu? Theeheheh

      Delete
  18. Plain-neechan loves her glasses, she'll never consider lenses or lasik. Glasses are her friends since high school. Wkwkwkw X3

    ReplyDelete
  19. Hello!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  20. Nak buat cermin mata kena ikut bentuk muka juga kan... Salah bentuk, nampak old sagt

    ReplyDelete
  21. cantiknyaaa spek!
    BV pun on off jugak pakai spek. org kata takelok camtu. better pakai terus. tapi pakai spek nie macam ada penghalang je melekat kat muka. wakakakkaa XD

    ReplyDelete
  22. Dtg jenguk2 terjun dari tingkap wak 3lalat.
    Tersuka pulak dgn dak zyra ni.
    ai folo.

    ReplyDelete
  23. Haha..yg paling x menarik jugak kau pilih. Nasib baik kena dgn muka kau. Tu la..yg kita nampak baik tu x semestinya baik utk kita. Kahkah..

    Btw, aku benci betul bila kena pilih spek masa nk buat spek mata baru. Sbb power dh la tinggi, aku pakai spek yg belum ada power tu tgk kt cermin pun aku x jelas nampak sesuai x dgn aku. T_T

    Pastu org kedai tu pulak kalau boleh nk letak semua jenis spek kat depan muka aku. Jadahnya la nak pilih tp x tahu sesuai x dgn aku. Hahaha.. Nasib baik aku selalu ajak org teman aku buat spek, baru boleh tanya pendapat diorg ok x dgn aku..

    ReplyDelete
  24. hari tu masuk owl shop dekat the mines tu, harga dia pun okay..

    ReplyDelete
  25. pergh~ spek dia. nice. budoxe punya standard hitam dan plastik empat segi

    ReplyDelete
  26. Welcome to my world . hahaha . Yahooo

    ReplyDelete
  27. Saya pulak jenis setahun sekali buat cermin mata. Huhuhu.. walopon power maintain, silau dia naik selalu.

    Biasanya cermin mata baru memang hd. Tunggu dah lama sikit, cermin dah kelabu, baru dia tak HD. Hua hua hua

    ReplyDelete
  28. Aku hanya pakai spek bila memandu, tgk movie/tv...haha kerap di cop sombong..padahal muka dorang pun aku tak nampak..T__T

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape