BlogTalk #1 - Widget Followers

Hey guys.

Mulai harini setiap hari Isnin insyaAllah aku akan post apa-apa perkara berkenaan dengan blog dalam label #BlogTalk. Tapi bukan setiap minggu lah, ikut nasib, hahahaha. Jangan kecam aku pulak bila kau datang hari Isnin dan mendapati takde entri BlogTalk sebaliknya hanya entri sendu.

Aku mula berblog pada tahun 2011. Baru 5 tahun. Dan aku masih belum layak nak bagi tips and tricks tapi aku pandai mengkritik, kahaha. Harini aku pilih tema followers sebab aku rasa followers sangat penting dalam dunia blog. Dengan adanya followers takdelah kau rasa bercakap sorang-sorang dan bertemankan si cengkerik. Oh ya, blogger yang mencari followers bukan 'batak followers'. 'Batak followers' bagi aku adalah blogger yang NAK orang follow blog dia tapi dia TAK NAK follow blog orang ATAU dia follow blog orang lepastu unfollow. There, itulah batak followers yang sebenar.

Aku percaya ramai yang lost followers bebaru ni. Well, team Google tengah menghapuskan semua profil akaun non-Google. Oleh itu, semakin ramai followers kau yang follow blog tanpa menggunakan google account, maka semakin ramai lah followers yang akan hilang. Aku lost seramai 80+ orang (sobs). Anyway, lets move on. Perkara penting dalam meraih followers adalah widget followers. This is based on my personal experiences/opinions.

1) Google+ Followers (g+)
Jangan salah sangka bahawa ini merupakan pengganti kepada Google Friend Connect (GFC)-widget followers yang aku guna. Google+ ni adalah widget untuk follow (add in circle) blogger BUKAN blog. Macamnilah. Katakan kau guna g+ kau untuk upload gambar, makan jadilah ia serupa Instagram. Kalau kau guna g+ kau untuk menulis status jiwa-jiwa, jadilah ia serupa Twitter, its entirely up to you. Aku ada guna g+ ni untuk ping entri dan aku rasa tiada sapa peduli, hahahh!


2) Google Blogger Account (GBA)
GBA ni digunakan oleh blogger yang tak mahu ada widget followers dalam blog tapi nak orang follow blog mereka. Lazimnya mereka selalu letak 'butang follow' di atas header blog. Selalunya menjadi pilihan blogger kategori minimalis. Aku faham sesetengah blogger tak suka layout/design blog yang serabut tapi kalau nak orang follow please letak widget followers. Tapi sayang seribu kali sayang, GBA hanya mengehadkan setiap blogger untuk follow 300 blog SAHAJA. Jadi mintak maaf aku tak dapat follow blog kau sebab kuota aku dah penuh sejak 2012.


3) Google Friend Connect (GFC)

THIS IS THE RIGHT CHOICE. Tak seperti GBA, GFC membolehkan kau follow blog tanpa had, its unlimited bebeh. Disebabkan Blogger dah bertukar interface, mungkin ada blogger baru yang tercari-cari mana dia widget GFC? jadi di sini aku nak bagitau cecara tambah widget GFC:

Add a Gadget > pilih tab "more Gadgets" > scroll sampai bawah sekali, pilih widget "Followers" > add

* * *
Demikian lah pandangan aku mengenai tiga widget pilihan blogger. Kesimpulannya, kalau kau nak followers yang ramai, gunalah widget yang memudahkan mereka untuk follow. Ini kadang tu aku sampai kena menggeledah segala macam jenis widget untuk cari GFC. Hmm.. bila menulis entri ni aku macam mendapat satu ilham untuk buat 'Segmen ZyraRoxx Follow Google Friend Connect'. Adakah kejayan ZyraRoxx Blogbuster yang lalu akan berulang? *dengkur


Buatlah pilihan bijak 

50 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Tak paham. Malaslah nak paham. Tak suka followers banyak sangat. Kakaka

    ReplyDelete
  2. betul tu... kalau guna widget yang mudah, senang sikit orang nak follow kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti memfollow tak seharusnya menjadi sgt mencabar.. hahah

      Delete
  3. cik zyra, kita kawan kann., hehe2

    ReplyDelete
  4. lau hang xciter hal ni cheik pon xtahu pa pon huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah baguih la lagu tu la cheq dah tau kan? :p

      Delete
  5. Ohhh yeah baru tahu beza GBA & GFC

    ReplyDelete
  6. BV punya google friend connect ada masalah T^T
    sedihnyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah macamna tu BV? widget hilang? followers hilang?

      Delete
  7. true! kalau visit blog baru-baru first sekali kena cari widget followers GFC dulu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan, kalau takde GFC cm malas2 nk follow, huahaha

      Delete
  8. setuju!! follower widget yang sedia guna tu lagi senang kan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg paling afdal untuk dijadikan pilihan :D

      Delete
  9. wahh ,baru ain faham apa beza ini semua. tq atas sharing ini. :)

    ReplyDelete
  10. Pening...hahaha but gud sharing dear, bawu Kita taw dan faham semua benda alah tu. Klu tak,bodo sampai sudah kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah pening2 kalau guna GFC tu takpe, ini khusuh buat yg tak guna GFC :p

      Delete
  11. Saya mmg guna GFC. Tapi entah kenapa, dah dkt sebulan kot, widget followers saya tu hilang entah kemana. Mencari jalan penyelesaian, tak jumpa. Minta tlg blogger-2 pakar pun, tak tau apa punca T^T Sedihhh betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometimes kalau widget followers hilang sbb ada masalah dengan browser. cer try guna browser lain selain browser yg digunakan sekrg.

      Delete
    2. Samalah dengan saya. dia ada tulis 'We're sorry, this gadget is configured incorrectly' bla3. Saya pun tak tahu mcm mana nak betul kan. :( any idea how to fix this cik Zyra?

      Delete
    3. Chuolls boleh try cara add gadget macam tuto dalam link ni:

      www.southernspeakers.net/2013/02/adding-followers-gadget-in-blogger-post.html?m=1

      hope it help :)

      Delete
  12. weh aku tak tahu langsung benda kau cakap ni walaupun aku start blog tahun 2007. kahhhh! takpelah, akan ku cuba hadam haha. thankyou btw

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebab aku blogger yg jenis gigih cari followers :p

      Delete
  13. Kena bookmark entry ni sebab ambik masa sikit nak digest isinya.. Thumbs up, zyra

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah mona dah pasang GFC dekat blog kira okey lah tu, xyah baca lagi ><

      Delete
  14. itu hari GFC kat blog guwa ilang. bengkak2 jugak bijik mata guwa nanges *tipu* pastu lepas berusaha sehabes daya barulah dpt figure out semula wlaupon ye betul ramai followers telah hilang. tapi takpelah drpd takde langsung. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cemana lu figure out tu, ce cerita sikit sbb rasanya ramai yg alamai masalah mcmtu (yg selalunya berpunca dari masalah browser).

      *nangis tak habis lg hilang 80+ followers :3

      Delete
    2. masa guwa kehilangan GFC ituhari, guwa log in guna blog guwa yg lg satu pastu copy template coding blog buruk guwa tu and pstu guwa paste kat blog public guwa. pastu tetiba taraaaaaaa! terus dpt semula code GFC tu. pastu yg guwa terus tukar2 template sampailah bijik mata terlekak dgn template yg skr tu. gitula kesahnye kikikiki

      errrmm tp tu la byk jugak followers hilang. tp takpelah drpd takde langsung =P

      Delete
  15. Rasanya kalau nak orang follow guna widget, placing widget tu paling penting.
    Ada sesetengah blog letak widget follower tu nun jauh di bawah.
    Ikutkan perangai manusia, tak ada siapa yang nak skroll sampai bawah tanpa sebab. So kalau nak orang senang jumpa, letak laa tinggi2 sikit. Hehehe

    Just my 2 sen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Betul. Mcm yg saya ckp, visitors tak seharusnya menggeledah utk cari widget followers. Oh sbb tu awk letak bawah header terus :p

      Delete
    2. Aku la tu letak widget follower kt bawah. Hahaha.. Mcm kemas je kalau letak kt bawah, so readers lg byk nampak widget yg berkaitan dgn Content dulu.

      Delete
  16. Ada juga terbaca isu kehilangan follower ini, sekarang update pun dah jarang, malas gua nak pikir follower. hahaha..Selamat tahun baru Zyraa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala jgn mcmtu, aktif lah balik pls, huhu selamat tahun baru!

      Delete
  17. lahhh aku baru taw kalau guna Google Blogger Account tu boleh follow 300 orang je.. sedih! aku suka follow2 ni senang nak baca bila waktu2 lapang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha aku geram ada blogher suruh aku follow tp dh takleh follow, limit 300 je, tp diorg tak memahami diri ini:3

      Delete
  18. Saya dah cuba macam macam nak upkan followers... selepas lapan tahun blogging.. saya putus asa sebab followers saya tak lepas lepas 1k. Kakakaka... takpelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dua tahun lepas taknak join sy punya blogbuster, sesenang je dpt 1k, hihihihi (eh dh mcm MLM)

      Delete
  19. o i c

    zyra-kun, up entry memasak satu. nk tgk doodle zyra ko memasak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok rasa comel jap bila ada -kun, hahahahaha. Takdehal, lukis je zeraroks tgh memasak sbb encik F nk tengok doodle jek :p

      Delete
  20. Yang first tu serious sblum ni tak paham sebab dah lama tinggal blogging.. Pastu tetiba ja muncul.. Thanks for the explanation! belum ada lagi account google + tu.. mcm x perlu jekk

    ReplyDelete
  21. Ouch!!! batak followers tak suker...
    Join segmen tambah follower pastu bila kita dah follow dia buat batak jer....
    Kalau cenggitu tak payah arr join segmen tu.
    Lagi satu kat IG pun sama minta suruh follow tapi akaun private batak betul

    ReplyDelete
  22. Oooh patutlah ada notice jugak aritu bilangan blog followers gua ada berkurang sbnyk 7 org (je), tp gua buat derk je lah hahah. Rupa2nya sebab ni, now i know. Thanks for the info, monami~ ;3

    ReplyDelete
  23. Saya sebenarnya tak suka letak GFC tapi pasal ramai sangat orang tanya sebelum ni, itu yang letak juga.

    ReplyDelete
  24. Aku setuju kalau xde follower memang rasa syok sendiri. Awal2 blog tu memang kena buat muka x malu la follow org pastu suruh diorg follow balik.

    Walaupun baru dpt 2 follower, serius rasa makin semangat nak up entri. Rasa ada la jugak org baca. So, kalau ada org ckp 'follow biar ikhlas, x payah harap org follow balik' tu aku x setuju. Lagi2 utk yg baru berblog.

    Lepas dh ada follower puluh2 tu ok la kalau dah x paksa org follow blog kita lg. At least dh ada motivation utk menulis. Kalau xde follower memang sia2 je la tulis entri..

    ReplyDelete
  25. itulahhh..selalu jugak newbies marah sy sbb x follow balik, padahal sy nak follow dorg x ade gfc tuh.. nak follow gba tp sy punya dah had 300 pun, lama dah..uhh..

    ReplyDelete
  26. Salam dulu guna jugak GBA tapi dlm masa yang sama GFC ada jugak sekrang tak guna dah GBA tu

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape