5 Pesanan Kepada Zyra 2016

Hey,

Susulan dari kes pembaziran masa secara melampau dalam tahun 2015, jadi sempena tahun baru ni aku (Zyra 2015) nak ajak kau (Zyra 2016) bermuhasabah mengenai 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:

Masa muda ni lah kau perlu gunakan sebaiknya untuk melakukan perkara yang dah tak akan dapat kau buat bila tua. Beranak misalnya. Tapi itu di luar bidang kuasa kau. Jadi apa yang kau boleh buat sekarang adalah jaga kesihatan, jaga kesihatan tulang dan oral mulai dari sekarang sebab bila dah tua nasik dah jadi bubur, rebung dah jadi buluh betong apa pun tak boleh (kata nak jadi tua dengan penuh bergaya?). Explore nature more, go hiking like you used to do.

Jangan nak jadi sedara syaiton sangat, jangan membazir, jangan boros, beli bila perlu. Dan tolonglah faham bahawa semua duit gaji yang kau dapat tu bukan 100% milik kau. Selain milik bank dan lain-lain, ada peratusan dalam tu yang milik orang susah dan asnaf. Banyakkan lah sedekah. Tak luak pun, percayalah rezeki Allah. Belum ada lagi yang jadi muflis sebab bersedekah ni.

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).

Takde pun tulis dalam tu "Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kemisikinan". Jadi? Apa masalahnya sekarang?

Jangan suka menangguh lagi. Tangguh filing dokumen, tangguh tulis entri (eh?), tangguh itu ini, enough. Mulai harini kau buat semua benda on the spot. Dapat dokumen terus filing tanpa perlu tunggu ia menimbun, rasa nak tulis entri terus tulis tanpa perlu datang mood (eh lagi). Sebab kau tak tau bila akan datang masa sempit yang akan membuatkan kau menggelabah dan depressed.

Sewaktu entri ni ditulis tekanan darah kau adalah 111/120 (darah rendah), kandungan gula dalam darah adalah 4.2/7.0 (okey belum tahap potong kaki) manakala kandungan kolestrol pulak 4.7/5.0 (do something!). Jadi jangan ingat dengan berat kau yang 43kg tu kau boleh melahap macam harimau kumbang. Jaga pemakanan (well, hello oats!). Aku tahu ia susah, dah lebih 2 dekad kau hidup dengan memakan semua makanan tanpa sebarang kompromi. Tapi cuba lah, you can do it! Again, kata nak jadi tua dengan penuh bergaya? 

Semasa hayat di kandung badan ni lah kau nak berbakti kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Dunia hanya persinggahan. Jangan pernah lupa tu. Kalau harimau mati meninggalkan belang, kau buatlah sesuatu supaya bila kau mati at least kau ada tinggalkan sesuatu yang berguna. Tinggal hutang je nak buat apa. Buat wasiat. Maksud aku bukan wasiat harta juta-juta macam dalam drama, tapi wasiat simple je. Jadi waris kau takdelah tenggelam punca nak buat apa. Senaraikan sekali segala macam email dan password media sosial kau tu bagi memudahkan aktiviti memadam akaun.

Thats it. Hujung tahun 2016 ni kalau kau masih hidup, kau datang balik ke sini dan tolonglah cakap yang kau dah buat at least 76% dari kesemua yang disebutkan di atas. Kalau masih tak buat? Itu bermakna kau telah mensia-siakan tahun 2016 jugak!


Ini self-reminder, terima kasih lah kau orang turut terbaca sama, kah! 

54 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. ingat ye Zyra 2016 jgn macam zyra 2015 ..hahaha
    ok btw TQ for sharing this Zyra.^^ ingatan bersama :)

    ReplyDelete
  2. it remind me too...ok, mlm krg nk start buat wasiat...wasiat password je la...harta benda nan hado...

    ReplyDelete
  3. bagus pesanan ko ni zyra, pesanan untuk aku gak. semoga tahun baru ni berikan ko banyak peluang untuk memperbaiki segala kekurangan dari segi zahir dan batin ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mana baik tu ambik lah tok, thanks tokk amiiin :)

      Delete
  4. wasiat tu.. omg.. thank you zyra.. Rasanya aku pun kena listkan semua social media password untuk diwasiatkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah i know right mona? huhuu... *bukak digital locker dan update list info apa2 maklumat penting yang patut* (~ "-___-)~

      Delete
  5. Nice entry! Thanks ingatkan diri ini jugak zyra :)

    ReplyDelete
  6. yayaya..semoga zyra berjaya mencapai 5 pesanan tahun 2016! chaiyok²!!

    ReplyDelete
  7. baguih sungguh lu ni zygha, peringatan untuk gua jugak ni hihuu~ :3

    ReplyDelete
  8. Thank you for making this post. Sangat comel dan sangat berguna :D

    ReplyDelete
  9. Yeah! terima kasih atas pesanan tu ya...
    Ia jadi melekat sebab gaya bahasa yang sangat Zyra Roxx

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha amboi siap ada gaya bahasa sendiri :p
      thanks Mrs. A!! ^^

      Delete
  10. Nasihat ni bukan utk Zyra 2016 je, tapi semua orang pun boleh pakai.

    Buat masa sekarang, rasanya tak ada siapa lagi yang dipercayai utk pegang amanah simpan password semua tu. Rasanya kena sediakan nota kecik dekat dalam bilik, like kalau jadi pape, selesaikan teka-teki ini dan jawapannya adalah petunjuk kepada tmpat tersimpannya semua wasiat dan password media sosial...Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha idea yg bernas. buat masa sekrg letak je bersama dokumen penting yg lain, atau lipat2 masuk celah wallet (kalau wallet hilng cecepat tukar password, hahahah)

      Delete
  11. K fine if salah satu ni kau tak buat haaa siap ah kau haa siap!

    ReplyDelete
  12. Peringatan untuk semua juga.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. haaa huda 2015 spatutnya buat jugak pesanan kat huda 2016 :P

    ReplyDelete
  14. Ini bukan peringatan untuk zyra jer..untuk semua orang pon boleh..termasuk saya T__T *

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana yg baik boleh ambik, yg buruk jgn ikut, hehehe

      Delete
  15. assalamualaikum...jalan2 cari kawan ...yaya dah follow sini....follow back yek...
    mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
    http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

    tq ^_^

    ReplyDelete
  16. Selamat mencapai target, Zyra 2016 :)

    ReplyDelete
  17. nais pic zyra! buat edition sendiri memang thorbaek!!

    ReplyDelete
  18. aku pun ada matlamat nak hidup bergaya bila dah tua. bukan maksudnya aku tua nak pakai gincu merah pekat, rantai labuh atau batu cincin lagi besar dari kuku..idok ler gitu. Tapi aku nak sehat sampai aku tua ganyut, bila jalan mcam kaki pendek sebelah, tak maulah bila aku jalan aku tercicir ke belakang, dan aku xmau tambah aksesori tongkat pulak. Tapi cuma doa dan harapan aku jelah...pelaksanaan ke arah gaya hidup yg sehat memang ke laut...;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha begitulah define tua dgn bergaya yg aku maksudkan. tulang gigi kuat lagi ><
      moh le bermula dari sekrg Namy! :D

      Delete
  19. good advice especially yang kaya sebelum miskin tu hoho. dengan ekonomi sekarang memang mudah jatuh miskin but tetap kena percaya pada rezeki Allah. Lagi banyak kita bagi, lagi banyak Dia bagi balik. Tapi kena beringat dan berusaha hehe.

    aku pun ada terfikir nak bagi wasiat pasal password tu haha. pasal harta ehmm takde harta lagi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dgn ekonomi sekrg takut nnt org makin kedekut nk sedekah, huhu.
      ye je takde harta, haha

      Delete
  20. Umm Sweetnyer..kena muhasabah diri

    ReplyDelete
  21. Lapang sebelum sempit.. Kalau blogging ni tak tahu lah nak relate macam mana.. Jaga tangguh post entry ka ataupun jangan buang masa sangan blogging ja :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah dilemma tu, heheh blogging tak salah sebagai hobi, asal jgn terus lalai sampai perkara lain terabai :D

      Delete
  22. Bagus reminder kau ni. Islamik tapi versi roxx. Haha..

    Akan aku ingat nasihat kau ni. Btw, kenapa nak padam akaun media sosial? Contohnya, mcm blogger profile kau as zyra roxx ni kau nak org padam ke?

    Tapi wasiat password tu bagus gak. Cuma nk bg kat siapa password tu x tau lg. Skrg ni Aku simpan password kt apps note dlm phone tu. Tapi apps note tu sendiri ada passwordnya. Pandai2 la orang hack nanti.. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. padam laa Bro, mana tahu ada tulisan/lukisan aku yang bakal buat aku merana dlm alam barzakh nanti, huhu.

      ko pun sama macam cEro, hahahah

      Delete
  23. gambar terakhir... beri keinsafan betul. Selamat tahun baru zyra~~~ (hehe.. lambat wish. Lambat buka blog)

    ReplyDelete
  24. Tak pernah tak suka blog nie. adore sangat !! <3 nak jaaa bagi love banyak2 kat lukisan dudel ni arghhh comel

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape