Crush Yang Sebenar

Hey guys.

Hahahah ramai betul orang ingat si Mukhsin dalam entri Kapal Terbang Kertas tu sebagai crush aku. Tapi kau orang semua salah, u uh, not even close, hahaha. Dia langsung tak tersenarai dalam senarai crush aku. Dah lah selalu ejek aku hitam anak keling (sobs).

Jadi harini aku nak cerita fasal first childhood crush yang sebenar.

Nama dia San. Bukan Hassan, bukan Kacang-san, bukan jugak San Diego. Just.. San.
Waktu tu aku rasa dia mempunyai ciri-ciri lelaki ideal.
Tinggi, lebih cerah berbanding aku (sobs lagi), rambut hitam berkilat.
Tapi paling membuatkan aku tertarik adalah matanya..
Ya, dari karena mata yang mempunyai kuasa.. (background muzik klasik).
He has smiling eyes.
Bila dia tersenyum, matanya yang akan senyum dulu sebelum bibir.




Sebelum ni, kami tak pernah sekelas sekali.
Bila masuk darjah enam barulah kami disatukan (batuk batuk).
Aku ingat lagi, haritu lepas tamat peperiksaan UPSR.
Seperti hari-hari merdeka yang lain, suasana kelas riuh-rendah.
Aku pun tak tahu apa lagi fungsi aku ke sekolah.
Mungkin sebab nak habiskan masa dengan kawan-kawan sebelum bawak haluan masing-masing.
Mungkin jugak sebab.. San.

Oh, lupa nak bagitahu. Waktu tu tengah top radio kecik ala-ala iPod.
RM10 je sebiji kat pasar malam. Semenjak habis UPSR, setiap hari aku bawak ke sekolah sebab bosan.
Dan, haritu aku melayan lagu sendu rock kapak sambil memandang ke luar tingkap.
Kemudian terasa kawan sebelah menyiku-nyiku, aku tanggalkan earphone dari bawah tudung.

Woih woih hang ni pasaipa?
Pasaipa apa? Aku yang patut tanya hang pasaipa dok siku-siku aku?
Laaah, tadi tu, San tegur hang, banyak kali, hang buat bodo ja?
Ah? Mana aku tahu, aku tengah layan lagu lah.
Laa, dia mai kat meja hang tadi, ishk.
(dia tak tahu dalam hati dah berapa puluh kali aku sepak diri sendiri).

Kalau lah aku tak dengar radio. kalaulah!

Selepas itu, we drift apart.
Aku selalu jugak ternampak kelibat San denga motor Yamaha RXZ hadiah dari bapaknya.
Masuk sekolah menengah aku selalu dengar-dengar je gosip tentang San yang salin awek macam salin baju.
Dan setiap awek yang diceritakan tu semua cun dan sosial.
Aku tak peduli sangat sebab aku pun tengah dok usha budak lelaki lain, wahahaha.
Tup-tup waktu aku tingkatan 6, terdengar cerita San dah kawen.
Kawen tanpa rela. Pergh, boleh tahan dramanya.
Cerita aku dan San berakhir di situ.

Huh, macam takde point je penulisan aku kali ni?
Sebenarnya banyak, cuma biarlah ini je yang aku utarakan kepada umum.

Ini lah crush aku yang sebenar. Dari kecik membawak ke tua bangka, auchh..


So long, my friend  

37 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. hah!!!!!!! tup tup kawen dah si San tu?
    adoi hahahaha retak sikit hati qila ahahahahaa.
    sememangnya crush-ed. hihihihi. amboi last sekali tu takleh belah tuwwww hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sapa suruh palyboy sgt kan, itu makan dia :p
      heheh yg last tu dulu kini dan selamanya :p

      Delete
  2. Aku pernah ada crush kat sorang mamat yang suka kacau aku masa sekolah rendah dulu.. Dia pun dah kawen dah..dan semua crush2 aku selepas tu pun dah kawen.. Orang2 yang ada crush kat aku pun dah kawen..haha..

    Semalam tunggu bas, aku dapt crush baru..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tung ah ada yg crush kat hang Lee, aku.. aku tadak sapa, huwaaaa!

      Delete
  3. Hmm jgn sedih k bila crush da kawen. Hehe. Biasalh crush ni. Angan2 mat jenen je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah tak pernah sedih pun. crush hanya crush no heart feeling :)

      Delete
  4. salam ! fuh drama /novel sanagt si san tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah agaknya drama diadaptasi dr kisah dia :p

      Delete
  5. untungla ade crush-san, bukann perasan erk., hehe2

    ReplyDelete
  6. Semua crush dah kawen ! Kita bula lagi ehh ? *letak jari di bibir mata keatas*

    ReplyDelete
  7. beeep beeep beeeep. k ingatkan kau kawen dgn dia . phew

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah aku sekolah lagi waktu tu weh, kawen2 takde dalam senarai :))

      Delete
  8. Apa ni.. semua crush dah kawen... cuba add San jadi friend facebook awak.. try tengok.. try tengok... wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha San takde FB. entah dah jadi atuk org sekrg, wakakaka

      Delete
  9. Prooootttt preeettttt

    - Ayam Apreka

    ReplyDelete
  10. Kisah benar yang sedikit sebanyak menyentuh hati heheh~
    Kalau kak zyra confirm ada crush saya pulak tak pasti entah betul ke entah tak saya ni suka kat sorang hamba allah ni hmhmhm kelirunya sebab saya tak pernah lagi rasa angau bila terbayang dia adooii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah amboi komplikatednya. kalau takde rasa angau, rasa berdebor, rasa gelisah atau apa2 rasa bila teringat dia, bukan crush lah tu. hehehehe

      Delete
  11. san.. san.. san..

    yg di usha tu dapat tak..?!

    ReplyDelete
  12. crush ni macam angin lalu jer..dia datang ke kita, kita rasa suka, nyamannya dunia. tapi bila dia pergi, angin lain pulak menyapa kita..pun masih buat kita rasa nyaman. Semoga San bahagia , semoga Zyra lebih2 lagi bahagianya ;)

    ReplyDelete
  13. Kahwin tanpa rela camne? Kena kawin paksa ke sebab benda lain..

    Crush ni buat sedap mata memandang je. Last2 kau tgk dia kahwin, kau akan boleh move on cari crush lain...wuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah dari gosip org ckp kena.. tett! hahahah aku taknak bukak cerita zaman silam :)

      Delete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape