Mengkarung Dan Semut

Hey guys.

Sejak akhir-akhir ni aku selalu diserang oleh cramps (kekejangan) dekat bahagian jari telunjuk kaki (get it?)
Dekat kampung aku kejang tu dikenali sebagai 'tarik mengkarung'. Aku tak tahu apa kaitan mengkarung (sejenis cicak licin) tu dengan kejang jadi jangan tanya aku. Aku mula kenal frasa 'tarik mengkarung' sekitar usia 5 tahun.

Waktu tu aku sedang mencangkung memerhatikan sorang jiran mengupas kelapa. Tiba-tiba dia mengerang kesakitan: 'adoi, tarik mengkarung'. Sebelum itu, biar aku bagitahu yang aku memang takut/geli dengan ular, keluarga cicak, biawak dan yang sama kaum dengannya. Mendengar jiran tersebut sebut 'mengkarung' aku terus anxious.

Aku: Mana?
Jiran: Nii..(sambil menjuih-juih ibu jari kaki)
Aku: Takda pun? (Sambil tertinjau-tinjau)
Jiran: Apa yang takdanya, adoi sakitnyaaa..
Aku: Mengkarung lah.
Jiran: Ya tuhannnn.. hahahahahaha bukan mengakarung binatang tu la, adoi hahahahahah!! Adoii!
Aku: (orang dewasa memang pelik)


Selepas kejadian tersebut, aku mendapatkan maklumat lanjut dari emak. Selepas faham konsep tarik mengkarung tu tiba-tiba aku rasa selalu diserang oleh kejang. Its a cursed words (patutnya namakan 'tarik sesumpah'). Korang dah baca ni, tunggulah ia datang serang, muahahaha!

Dan setiap kali kejang aku akan teringat dekat si Patrick Star. Ada satu episod dia asyik kena kejang bontot. Hahaha tak dapat aku bayangkan. Baru kejang jari kaki pun dah rasa macam nak terajang orang di sekeliling. Sangat tak kelakar apabila ia berlaku semasa tengah drive.

Ngilu betul sakitnya weh!


Anyway, aku difahamkan dekat negeri-negeri selatan gejala kejang otot ini dikenali sebagai 'semut-semut' atau 'sesemut', betul ke? Mengkarung lah, semut lah. Apalah yang haiwan ni semua dah buat sampai dapat nama. Swag betul.

Sebagai seorang baby sister yang comel, mestilah aku mengadu fasal gejala kekejangan ni dekat group family.
Kakak A cakap banyakkan makan pisang;
Kakak B pulak cakap minum susu banyak-banyak;
Dan paling best dan murah, mestilah dari Abang Chik: Minum air garam.


Kena minum Pamoga barangkali 

DIY: Peti Simpanan Harta Karun

NOTIS: BACAAN UNTUK PEREMPUAN SAHAJA. LAKI-LAKI JANGAN NYEBOK

Hey girls,

Susahnya apabila gobok tanpa laci ni. Nak simpan undies jadi leceh, kena masuk bakul je. Jadi haritu aku pergi usha storage box untuk undies. Harganya RM28.90 setiap satu.

Boleh tahan mahalnya peti simpanan harta karun ni yek. Dah tu, sebiji je mana cukup. Kebetulan keesokan harinya aku kena masuk stor ofis. Dan aku ternampak beberapa kotak sampul surat kosong terbiar kaku.

Tiba-tiba sel-sel otak aku berhubung bila aku tengok saiz kotak tu yang lebih kurang saiz organizer undies yang aku usha tu. Tanpa berlengah aku pun angkut 4 kotak sampul surat tu bawak balik rumah.

Maka terhasil lah storage box buatan sendiri yang jauh lebih murah dengan fungsi yang serupa seperti berikut:-

Bahan-bahan yang diperlukan yang sangat mudah untuk diperolehi. Kalau takde kotak sampul surat, guna je kotak apa-apa yang berdimensi segi empat sama (ke tepat? argh!)


Memula potong kedua belah telinga dia. Kita taknak pengacau kan?


Kemudian balutkan dengan wrapping-paper corak kegemaran. Untuk lebih eksklusif, korang boleh jugak balut dengan kain fabrik.


Jangan lupa lining kat dalam jugak. Jangan cantik luaran je dalam ya ampunnn..


Lepastu sesi menghias. Suka hati korang lah nak letak bunga ke, gambar selfie korang ke. Macam aku, simple je. Plus letak label B & P untuk kelihatan lebih hipster, ufufufu.

Cara penyimpanan bra yang betul bagi mengekalkan kesegaran kualitinya. By the way, aku suka half-cup. Mohon jangan bash!


Kisahnya lah tak muat pulak sebab ada dua tiang gemuk tu kat bawah, hahaha. Well, here we go, your own undies storage. Maka terpelihara lah harta karun kau dari mata-mata durjana :))


Okay mari kita analisis kos sikit:
Kertas pembalut: RM1.00/pcs. Satu kotak perlukan dua keping kertas pembalut.
Oleh itu:
Organizer Kapitalis: RM28.90 x 4 = RM115.60
Organizer Zyraroxx: RM2.00 x 4 = RM8.00
JUMLAH PENJIMATAN = RM107.60

Jadi, why spend a fortune when you can do it yourself?! Weehuuu *tabur duit*




Bad Zygha 

Gigi Yang Bijaksana

Hey guys.

Semasa awal remaja dulu aku perasan ramai orang dewasa di sekeliling aku yang sakit gigi. Waktu tu sakit gigi aku hanya associate dengan budak-budak: banyak makan gegula, gigi berlubang. Tapi bila orang dewasa sakit, aku jadi curiga.

Seorang kawan bagitau its a phase. Nanti aku, kau, dia pun akan mengalami sakit gigi tu. Jadi aku pun menanti dengan penuh debaran sejak cukup umur 18 tahun. Tapi tak datang-datang pun sakit tu. So I just lost interest dan teruskan menjalani kehidupan seperti biasa.



Sehinggalah tahun lepas bila seorang kenalan mengadu sakit gigi yang teramat. aku pun tanya dia what is it with this sakit gigi? Tapi of course lah aku tanya bila dia dah cabut gigi tu dan kembali menjalani kehidupan normal. Gila kau nak tanya time tengah nazak? sakit gigi ni bukan boleh dibawak berunding, silap haribulan laki bini pun boleh bercerai-berai.

Dapatlah aku ringkaskan di sini bahawa wisdom tooth/third molar/gigi bongsu ini adalah gigi yang akan tumbuh paling last sekali dalam senarai. Dan kebanyakkannya akan datang bersama dengan kesakitan yang tak mungkin dapat dibendung tanpa kuasa luar biasa adiwira, hahahaha dan perlu mendapatkan rawatan doktor gigi.



Jadi aku pun print gambarajah lengkap gigi dan periksa gigi aku satu per satu (rasa macam Mr Bean pun ada). Selepas puas meraba dan mengira serta menanda, aku disahkan sudah mempunyai dua gigi bongsu pada bahagian bawah. Bila mereka menumbuhkan diri mereka? Kenapa aku tak sedar?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, aku pun membuat satu penyiasatan apasal orang lain selalu rasa sakit bagai nak gila? Hasil penyisatan menunjukkan bahawa ia disebabkan oleh ruang untuk gigi bongsu mereka tumbuh adalah sempit dan terhad, menjadikan gigi bongsu tak dapat tumbuh dengan sempurna, tumbuh secara melintang, tumbuh separuh, tumbuh senget yadda yadaa which resulting in pain.
tak sangka rupanya gigi bongsu pun boleh tahan #PotterHead nya, gagagaga


Nampak gayanya wisdom tooth aku tinggi ilmunya sampai kewujudan mereka pun aku tak sedar, hahaha. Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka kerana hadir tanpa menyakiti aku atau memperabih duit aku. Terima kasih untuk 'extra blade' bagi aku mengunyah dan menghancurkan makanan dengan lebih padu.

Bah! *baling glittered-confetti untuk diri sendiri*

Wait a minute.
Baru dua biji gigi bongsu tumbuh. Mana lagi dua? Macamana kalau dua 'adik bongsu' tu datang membawak petaka yang maha dasyat?
*sedut balik glittered-confetti*


Kebijaksanaan tidak datang bersama gigi 

Jual Mahal

Hey guys.


Situasi di atas boleh berlaku terhadap objek mahupun manusia.


Lukisan di atas adalah dari page Zyraroxx Inc. 
Mulai Mac 2016 aku berusaha untuk post lukisan berlainan di page dan di blog.
Bagi mengelakkan rasa ketinggalan, eloklah kiranya korang like page aku tu, huahahahahahawau!

Tapi kali ni aku terpaksa guna lukisan dari page.
Sebab handphone aku tertinggal di kampung, agak memakan masa untuk kembali ke pangkuan aku.
Dan pada masa yang sama aku tak nak korang rindu entri dari aku di hari Rabu.
Eh, ini bukan perasan, ini optimis.

Jap, apa kaitan handphone dengan entri baru?
Sebab handphone merupakan sumber internet aku di rumah.
Maaf, laptop aku dah masuk kategori warga emas untuk melepak di cafe hipster.
*batuk batuk


Like jangan tak like! 

Out of Sorts

Hey guys.

Sejak diserang demam teruk dua minggu lepas, aku rasa aku dah tak berapa nak normal.

- Makanan menjadi tak berapa nak sedap (makan tak kenyang)
- Mandi jadi tak menyegarkan, lepas mandi berpeluh balik (mandi tak basah)
- Tidur yang tak berkualiti, asyik terjaga sebab haus, sebab mimpi pelik-pelik (tidur tak lena)

Maka lengkaplah peribahasa Melayu lama.

I can take this no more..

I'm sorry..

So sorry..

Taddahh!


Betapa panaihnya bumi Penang ni.
Oleh itu, aku telah mengambil langkah drastik (lebih kepada dramatik) dengan memotong rambut. Satu keputusan yang sukar sebab aku perasan lawa dan seksi berambut panjang mengurai. Tapi keputusan perlu diambik sebab:-
1) Aku dah tak tahan panas. Sanggul dah tak jalan. Haba panas terperangkap dalam rambut barangkali.
2) Terpengaruh dengan music video P!nk: Perfect.
3) Bosan.

Aku harap hujan cepat turun di bumi Penang, sebelum aku bertukar menjadi asam keping.
Bila nak diadakan pembenihan awan? I can use some fake rain right now.

Lepas berambut pendek terasa ringan kepala. Wah leganya, wah lihatlah donia!
Tapi timbul satu masalah baru.
Aku menjadi semakin comel.

K.

Kita tinggalkan sekejap Zyra bersama labu-labunya.
Mesej aku di sini adalah: Please take care of our mother nature. Bila dia mengamuk karang kita sebagai manusia jugak yang susah. Sebab prinsip dia mudah: What you give, you get it back.
Pemanasan global ini salah satu daripadanya.

Daripada korang baca fakta tentang anak sulung, fakta lelaki Kelantan tu semua, bacalah jugak fakta tentang bumi kita. Aku bukan seorang aktivis alam sekitar, just a concerned citizen. Aku tak pilih penghawa dingin. Aku rasa penghawa dingin yang tinggi kandungan CFC punca utama menipisnya lapisan ozon bumi. Dengan kata lain, penghawa dingin yang buatkan aku panas sekarang ni!

Hek eh, just admit it Zyra you are just damn broke.


lelaki dalam MV ni, oh oh.


Jimat syampu & perapi 

Nukilan si Abang

Hey guys,

Harini aku nak kongsi catatan Abang sulung tentang dia dan emak.
Tidak seperti si bongsu ini, si sulung lebih banyak kenangannya bersama emak.


*********************************************************************************
*********************************************************************************

Sunday, March 8, 2015


Emak Datang

Dan pohon kemuning akan segera kutanam
Satu saat kelak dapat jadi peneduh
Meskipun hanya jasad bersemayam di sini
Biarkan aku tafakkur bila rindu kepadamu
Walau tak terucap aku sangat kehilangan
Sebahagian semangatku ada dalam doamu
Warisan yang kau tinggal petua sederhana
Aku catat dalam jiwa dan coba kujalankan
Meskipun aku tak dapat menungguimu saat terakhir
Namun aku tak kecewa mendengar engkau berangkat
Dengan senyum dan ikhlas aku yakin kau cukup bawa bekal
Dan aku bangga jadi anakmu
Emak aku berjanji akan aku kirimkan
Doa yang pernah engkau ajarkan kepadaku 

Setiap sujud sembahyang engkau hadir terbayang
Tolong bimbinglah aku meskipun kau dari sana
Sesungguhnya aku menangis sangat lama
Namun aku pendam agar engkau berangkat dengan tenang
Sesungguhnyalah aku merasa belum cukup berbakti
Namun aku yakin engkau telah memaafkanku
Air hujan mengguyur sekujur ke bumi
Kami yang ditinggalkan tabah dan tawakkal
Emak aku mohon maaf atas keluputanku
Yang aku sengaja maupun tak kusengaja
Tolong padangi kami dengan sinarnya sorga
Teriring doa selamat jalan buatmu emak tercinta


Image result for ebiet g ade
 Di atas adalah lirik dari lagu yang saya minati lama dahulu. Ciptaan dan nyanyian seniman tanah seberang, yang nama diKTPnya, Abid Ghoffar bin Aboe Dja'far. Yang saya ubah hanya satu kalimat pada bait keempat dan bait akhir.Ayah saya tukarkan kepada Emak. Tajuk aslinya Ayah Aku Mohon Maaf.

Lirik itulah yang terlintas pada malam setelah emak berangkat, tiga tahun lalu. Tiga perempat isinya menepati apa yang saya lihat dan rasa saat kepergian emak. 

Hujan lebat. Menangisi kehilangan. Selamanya berasa tidak cukup berbakti. Yakin dengan bekalan yang emak bawa. Doa-doa yang emak ajarkan. Memohon maaf.

Lirik itulah yang saya ulang hayati, setiap terkenang hari akhir emak di sisi kami... 

Paling melekat adalah satu doa yang emak tulis cantik meski hanya pada kertas buku nota dengan menggunakan pensil tumpul...




Ayat yang emak berikan itu adalah dari surah Al Ahqaaf, ayat kelima belas:

 وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

Bagaimana tidak melekat kalau sering terimbau detik ini:

2002. Satu hari, emak yang meniarap, membaca kitabnya seperti selalu, menggamit saya yang kebetulan melintas di depannya. "Hang 'dah 40. Tua 'dah. Macam mana hang rasa?"

Saya terpempan. Menjadi tua? Saya tidak merasa apa-apa sebenarnya. Semua kegiatan yang dilakukan sepuluh tahun lalu masih saya teruskan. Saya tidak merasa lelah atau apa-apa.

Emak tidak pun menunggu saya menjawab. Dikeluarkannya satu helaian kertas buku tulis. Ditulisnya sesuatu dalam masa tiga empat minit. Dilipat elok kertas itu dan menyerahkannya kepada saya. "Hang hafal elok-elok. Esok lusa mak 'nak dengar!" katanya.

Saya hanya membuka kertas itu ketika pulang ke rumah.

Emak! 

Di dalamnya tertulis cantik sepotong ayat al quran, lengkap dengan baris diikuti maknanya. Tidaklah panjang maka tidaklah mengambil masa yang lama untuk melekatkannya dalam memori. Ketika yakin betul betul melekat, barulah saya menghayati maknanya. Dua tiga kali membaca, mata saya bergenang. 

Selain maknanya, saya sebak mengingatkan emak. Benar kata emak dulu: tua itu akan dirasa tiba-tiba. Kalau saya sudah tua, maka emak tentulah lebih tua. Tua akan berakhir dengan......... Emak!

Pagi itu saya ke rumah emak. Dua tiga kali melintas di depannya dan berbual tentang hal lain. Kemudian dia menggamit saya agar mendekat. "Cuba hang sebut tengok..."

Duduk di depannya, dengan sekali nafas serta dengan yakin pula saya membacakan ayat yang diberi. "Makna dia?" Saya sebut makna ayat itu tetapi tersangkut-sangkut. Emak membetulkan. Emak memegang tangan saya. "Ingat na. Amal selalu lepas sembahyang, sampai mati! Perturun kat anak-anak!" Saya tak tipu, saya terus menangis. Saya cium tangan emak. Dia cium ubun-ubun saya. Sesuatu yang asing kerana saya biasanya akan bersalam dan mohon ampun pada pagi raya sahaja.

"Kat depa?" tanya saya dalam esak kepada emak. Depa maksudnya adik-adik saya.

"Depa tak tua lagi..." balas emak. Saya betul-betul menangis. "Hang tua 'dah...." [lihat entri Menjadi Tua]




Emak!

Kini, enam anak emak telah melepasi usia empat puluh tahun. Mereka mungkin tidak memasuki usia itu dengan pesanan lisan dan tulisan seperti yang saya peroleh. Semoga catatan ini dianggap pesanan emak dalam bentuk tulisan buat mereka serta semua pembaca...

Hari ini, genap tiga tahun emak pergi...

Saya masih belum mengantuk.

Emak datang dalam kilatan kenangan yang pelbagai - dalam setengah abad kesempatan bersamanya...

Salam kasih dan AlFatihah untuk emak dan ayah serta isteri juga seluruh keluarga yang telah pergi. 

Saya juga semakin tua, emak....



Image result for alfatihah

Emak, aku mohon maaf atas keluputanku
Yang aku sengaja maupun tak kusengaja

Emak, aku berjanji akan aku kirimkan
Doa yang pernah engkau ajarkan kepadaku

*********************************************************************************
*********************************************************************************

Jika anda semua perasan, catatan di atas bertarikh 8 Mac 2015.
Harini ini, 8 Mac 2016, tiada catatan baru dari Abang.
Tak mungkin akan ada.
Kerana Abang kini berada bersama emak dan ayah di sana..

Kadang-kala diri ini rasa lemah, tak mampu untuk rasa kuat.
Tapi Allah tidak akan sekali-kali menguji lebih dari kemampuan hamba-Nya.
Zyra kuat. Comel dan kuat.



Kehilangan di Hari Wanita Sedunia

Hey guys.

Esok, tanggal 8 haribulan Mac adalah Hari Wanita Sedunia.
Aku telah kehilangan seorang wanita yang cukup hebat di Hari Wanita empat tahun dulu.
Hari yang paling suram dalam hidup aku.

Terlalu banyak kenangan yang berputar dalam benak fikiran.
Takkan mampu tertulis.

Satu waktu dulu emak menghampiri aku dengan secebis kertas.
"Baca ni bila rasa sedih" kata emak ringkas.

Aku tatap cebisan kertas bertulisan tangan emak.
لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا
"Usah bersedih kerana Allah bersama kita".

Sungguh! Perasaan kehilangan seorang ibu itu hanya Allah saja yang tahu.
Bagi yang masih mempunyai ibu, gembirakanlah hatinya selalu.
I mean it.
Oh ibu.. kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini dan kesepian..

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan 
Hasrat ku ini

Masih belum sempat
Ku buktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Ku curahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Ku renungkan kalimah yang diberi..



 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape