Mengkarung Dan Semut

Hey guys.

Sejak akhir-akhir ni aku selalu diserang oleh cramps (kekejangan) dekat bahagian jari telunjuk kaki (get it?)
Dekat kampung aku kejang tu dikenali sebagai 'tarik mengkarung'. Aku tak tahu apa kaitan mengkarung (sejenis cicak licin) tu dengan kejang jadi jangan tanya aku. Aku mula kenal frasa 'tarik mengkarung' sekitar usia 5 tahun.

Waktu tu aku sedang mencangkung memerhatikan sorang jiran mengupas kelapa. Tiba-tiba dia mengerang kesakitan: 'adoi, tarik mengkarung'. Sebelum itu, biar aku bagitahu yang aku memang takut/geli dengan ular, keluarga cicak, biawak dan yang sama kaum dengannya. Mendengar jiran tersebut sebut 'mengkarung' aku terus anxious.

Aku: Mana?
Jiran: Nii..(sambil menjuih-juih ibu jari kaki)
Aku: Takda pun? (Sambil tertinjau-tinjau)
Jiran: Apa yang takdanya, adoi sakitnyaaa..
Aku: Mengkarung lah.
Jiran: Ya tuhannnn.. hahahahahaha bukan mengakarung binatang tu la, adoi hahahahahah!! Adoii!
Aku: (orang dewasa memang pelik)


Selepas kejadian tersebut, aku mendapatkan maklumat lanjut dari emak. Selepas faham konsep tarik mengkarung tu tiba-tiba aku rasa selalu diserang oleh kejang. Its a cursed words (patutnya namakan 'tarik sesumpah'). Korang dah baca ni, tunggulah ia datang serang, muahahaha!

Dan setiap kali kejang aku akan teringat dekat si Patrick Star. Ada satu episod dia asyik kena kejang bontot. Hahaha tak dapat aku bayangkan. Baru kejang jari kaki pun dah rasa macam nak terajang orang di sekeliling. Sangat tak kelakar apabila ia berlaku semasa tengah drive.

Ngilu betul sakitnya weh!


Anyway, aku difahamkan dekat negeri-negeri selatan gejala kejang otot ini dikenali sebagai 'semut-semut' atau 'sesemut', betul ke? Mengkarung lah, semut lah. Apalah yang haiwan ni semua dah buat sampai dapat nama. Swag betul.

Sebagai seorang baby sister yang comel, mestilah aku mengadu fasal gejala kekejangan ni dekat group family.
Kakak A cakap banyakkan makan pisang;
Kakak B pulak cakap minum susu banyak-banyak;
Dan paling best dan murah, mestilah dari Abang Chik: Minum air garam.


Kena minum Pamoga barangkali 

35 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Kenal perkataan tarik mengkarung masa sek. Menengah. Lepas tau maksud selalu kena serang. Huh ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. its a cursed word! hahahahaha moh le mkn pishang :3

      Delete
  2. Tapi ... kenapa character Zyra dah embam ? adakah ini.... ermm..takpelah..
    Bab mengkarung ni, sy pun dulu selalu kena.. tp kira dah bertahun juga la takde dah. Tak tau, mungkin sebab sy jaga makan skg. (Tapi tak kurus jugak) ..
    Mengkarung takde, Semut2 je kadang hinggap.
    (Mengkarung dengan semut2 tu lain rasa nya)

    Take care zyra !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sbb avatar dia masa kecik kan. sbb tu chubby sket

      Delete
    2. hahaha mcm yg budoxe ckp, zaman kekecik chubby sket baru comel. hahaha. tips: baju mickey = zyra kecik.

      oh yeke? sbb rajin minum susu kot?

      Delete
  3. ooo itu nama dia
    tapi x penah kene lagi kat kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis tu kena kt mana, jgn ckp kat bontot mcm patrick:))

      Delete
  4. Kat daerah Mrs. A (Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus) panggil semut-semut atau ular-ular. Tapi itu pada firasat Mrs. A tak sama dengan tarik mengkarung tu yang sama erti dengan cramps.

    Semut-semut atau ular-ular itu lebih kepada kalau kita duduk lama-lama atau buat apa-apa dalam posisi yang sama agak lama kemudian kita bangun tetiba kita tak rasa kaki kita hah! itu semut-semut la tu. Hurmm.. betul ke explanation Mrs. A nih tetiba sendiri blurrr... ok bai!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ular-ular??! Gulp, lg ganas.. hahahaha.

      oh oh i get it sesemut ni kira kebas (numb) lah kan? oh totally unrelated dgn tarik mengkarung :3

      Delete
  5. Replies
    1. eeeeeuu biawak lg geli. hahaha kenapa mesti reptiliaa

      Delete
  6. sesemut ke kejang...dua2 rasa sama...haha...memang haru kalau kena...huaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terus rasa down oh :3
      terus teringat betapa nikmatnya hidup sebelum kejadian kejang atau sesemut :3

      Delete
  7. Betul. Time aku drive balik kerja sbb jalan jem time tu lah dia nak kejang. Kelam kabut aku dibuatnya dh la kaki kanan pulak tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly! Sakit senak ngilu semua ada, kaki kiri dok rilek je xnk pegi serang pulak kt dia, hahaha

      Delete
  8. orang Terengganu panggil "Settok Karung".. Kalau ditranslate dalam bahasa standard, Tersentak Mengkarung.. hahahaha.. Kenapa mengkarung jadi mangsa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHAHHAHAHAHAHAHAAAHA. Aku translate mensentak kengkarung. XD

      Delete
    2. Ahh? Mengakrung jugak. Kiranya hewan ni universal lah. Ye. Ni yg bertambah curious nk tahu asl usul terma tersebut, huhu

      Delete
    3. Yura: hahah kengkarung tu mcm comel pulak ><

      Delete
  9. selalu kena kalau tidoq kat lantai, bangun sejuk pagi2, tengah sedap mengeliat, zzzzuuuppp!!! apatu? tarik mengakrung T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mungkin ada kitan dgn urat sarap, hm.. dgn faktor cuaca kot

      Delete
  10. Ni yang jari kaki cramp tu kan?
    Tapi kenapa saya selalu yg cramp jari telunjuk kaki bersilang dgn jari tengah kaki, bukan dengan ibu jari kaki?
    Tak pernah tahu pun nama dia, panggil cramp je. Tak pernah tahu pun ada triggernya tapi kebanyakkan keadaan yang malar adalah suasana sekeliling kaki yang sejuk.
    Selalu kena masa keluar naik dari mandi sungai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu kadang jr telunjuk dgn jari tgh jugak, suka hati dia je. Tp tak sejuk pun jd. Maybe sbb kasut sempit di hujung jari kot, hu

      Delete
  11. Petua last tu paling mnjadi. Segelas air tu taruk secubit garam pn cukup dh.
    kalau terlebih masin mcm air laut bkn mengkarung je mati, org pn boleh tercekik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha oh kira menjadi la yek, hahah harap tak kena darah tggi

      Delete
  12. oh semut-semut. tapi kenapa semua nama binatang eh? haha. aku pernah jadi tak tak perasan pulak jari boleh bertindan gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sbb dulu2 binatang je kot yg top selain manusia, hahaha. Kadang tak bertindan pun, cuma merapat

      Delete
  13. ooo plis dont curse me...hehehe....rietta pernah kna...sebab terlalu sejuk, roomate pasang aircond....skank selimut mesti smpai kaki, dah serik....huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu gitu sekali ye. Zyra nasib bila sejuk tak jd, huhu

      Delete
  14. First time hearing this "tarik mengkarung or sesumpah"... swag tak swag gua ni Z? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi swag betul, hahHa maybe org Perlis pnggil cramp je kot tanpa sebarang penggunaan haiwan, hahahH

      Delete
  15. Aku panggil simpul biawak benda ni.... Selalu gak kena n memang sakit la kalau kena. Tapi, kalau relax x pikir apa masa kena, 30 saat dh ok dah aku rasa...

    Cuma kdg2 kena balik, then kena relax lg...xde pun pernah kena minum air garam. Mcm leceh je..

    'Semut-semut' tu refer kepada kebas. Kadang2 annoying, kadang2 best gak....hahaha..

    ReplyDelete
  16. Roommate kita dulu owg johor dia panggil simpul biawak...lagi klakar haha

    ReplyDelete
  17. Roommate kita dulu owg johor dia panggil simpul biawak...lagi klakar haha

    ReplyDelete
  18. oh itu ke tarik mengkarung. hhehehe. selalu jugak kena. orang kata sebab sejuk ( ekon,hujan) taktahu lah betul ke tak. tapi masa dulu dulu memang takut lah. terjerit jerit panggil mak

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape