Masalah Tak Flush Toilet (18PL)

Hey guys,

Kepala hotak aku ni berkebolehan memikirkan tentang kek cheese coklat dan berubah kepada tandas awam dalam masa sesaat.

Dan semalam aku memikirkan tentang isu yang tak habis diperkatakan oleh orang ramai - Masalah tak reti flush (pam) tanda selepas digunakan. Sapa je yang suka apabila masuk bilik kecik tersebut lalu disambut oleh seketul tahi yang ditinggal sepi? Boleh termati terus hasrat nak melepaskan hajat. Persoalannya, kenapa susah sangat manusia ni nak flush tandas lepas guna? Maka aku pun cuba untuk menyelami apa yang mereka lalui..


1- Takde Air
Mungkin diorang masuk tandas lepas orang lain baru guna, then air dalam tangki belum sempat nak penuh, tarik flush pun keluar angin je. Maybe they just shrug their shoulders dan berlalu pergi dengan sedikit rasa bersalah. Nasib baik aku tak pernah jadi macamni. Mungkin sebab aku selalu guna tandas duduk yang kurang digemari orang ramai, maka air dalam tangki sentiasa ada. Mungkin.

2- Flush rosak
Tipikal tandas awam. Tarik flush rupanya flush dah loose. Tak pun picu (picu ke?) dah patah atau tercabut entah ke mana-mana. Again, just shrugging shoulders then berlalu pergi dengan rasa kurang bersalah, hey bukan salah aku, dah flush yang rosak. What to do?

Dua alasan di atas pada aku agak munasabah. Munasabah lah jika nak dibandingkan dengan alasan seperti: nak cepat, terlupa, pemalas, pengotor, bukan hal aku, nanti makcik cleaner takde kerja dan 1001 alasan lain. Sejujurnya, bila dah melepaskan hajat dan terjadi salah satu (atau kedua-dua) perkara di atas, apa korang akan buat?


Adakah korang akan memikirkan untuk cari gayung atau sesuatu yang berupa bekas, tadah air kat sinki, kendian flush secara manual? Tapi melalui pengalaman berak selama lebih 20 tahun, untuk melupuskan tahi, memerlukan kuantiti air yang banyak dan tekanan air yang tinggi. Kalau siram sikit-sikit ni umpama mencurah air ke daun keladi je. 

ATAU

Bagi kes (1), kau boleh tunggu sampai tank penuh balik, lalu tarik flush. Penantian itu satu penyiksaan. Buatnya sejam kemudia baru tank penuh, membusuk lah kau dalam bilik kecik tu. Atau sekumpulan pasukan bomba dan penyelamat datang memecahkan pintu sebab menerima laporan orang ramai yang menunggu giliran untuk guna tandas.

ATAU

Kau buat tipu muslihat sikit kekonon macam David Copperfield. Kau ambik tisu tandas (kalau ada), kalau takda kau ambik tisu sendiri je lah (kalau ada), kalau takda juga lantak kau lah. Kemudian kau selimutkan hasil masghul tadi dengan tisu. Taddaa! Takde tahi kelihatan. 

ATAU

Cubalah untuk berak di kediaman sendiri instead of tandas awam. Jangan keluar rumah jika kau makan makanan pedas, nyiahahah! Cuba paksa berak sebelum keluar rumah.

Entri kali sangat menjijikkan bukan? Tapi mari lah berfikir sejenak. Kebenaran itu memang pahit. Sampai bila isu tandas awam ni nak berleluasa? Tahun 2020 tak lambat lagi dah, empat tahun je lagi. Takkan kita masih nak hidup seperti cavemen?


Selamat bertinja dengan bergaya 

37 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. hahaha agak lah jijik. tapi kebanyakannya mmg jadi sebab ke-2 tu kot. yang aku bengang, management tak reti baik kan ke? Kita bayar apa nak basuh tandas. Kau perlu bawa isu ini ke tribunal haha.

    sebab tu aku kalau pergi tandas kat luar kalau terpaksa je. Tempat yg aku yakin adalah rnr dan petronas pump station. kalau kat mall so far tandas terbaik aeon. kalau mall2 tak popular ni dah la masuk kena bayar, tandas rupa jembalang jaga dengan hancing nya lantai kotor gila. erghhhhhhh.

    paling aku pelik yang bersepah, wehhh gila apa, punggung senget ke apa. lps tu pls la cuci kalau ye pun. oh people where your common sense?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tandas berbayar satu hal, tandas free satu hal yg lain plk. Yeah aku suka guna tandas awam rnr je. Berak bersepah tu aku takleh nk hadam

      Delete
  2. kan??dilema betul kalau nak kena guna tandas awam ni..kalau taik tu boleh bercakap nak je tanya hang ni sapa punya, rumah kat mana..senang nak cari tuan nya..telefon suruh mai ambik.."oi..hang tertinggal taik ni..mai ambik.."..masalah akan selesai kalau taik boleh bercakap .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau gitu, jgn terkejut tetiba2 taik balik depan pintu ><

      Delete
  3. Aku kalau tandas awam tu cam selekeh aku agak keberatan nak masuk kecuali kalau nak kencing je. Pernah sekali emergency nak nombor dua, tengok keadaan tandas, nombor dua terus mengundur dari rektum ke usus kecik, punya la dia trauma tengok kedahsyatan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dang mon, aku baca sambil terimagine pergerakkan nya...

      Delete
  4. entry busuk.. hahaha.. tp mmg betul .. tak faham macam mana org boleh biar je tak flush. Kalau yg jenis bersepah tu lagi tak boleh faham... eh makin pelik2 lah manusia sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha entri berlalat. Itu belum masuk item lain yg bersepah spt tisu dan tuala wanita eugh

      Delete
  5. Saya adalah manusia yang akan clearkan segala peninggalan saya sebelum meninggalkan tandas. Tak nak orang cerca saya walau hanya disebabkan ti ja yg ditinggalkan. Wuwuwuwwuw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambui, clearkan..rasa macm Ojin suka buat sepah pulak, wkwkwkw

      Delete
  6. Saya adalah manusia yang akan clearkan segala peninggalan saya sebelum meninggalkan tandas. Tak nak orang cerca saya walau hanya disebabkan ti ja yg ditinggalkan. Wuwuwuwwuw

    ReplyDelete
  7. ahhaha I pun concern pasal benda ni. benci nak pegi public toilet seboleh boleh nak tahan. tapi time peknen ni memang minum seteguk pun dah rasa nyilu nyilu gtew -__-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan, heven rsa blh berak dgn selesa kt kediaman seniri. Tp klau tahan2 karang sembelit plk, huhu org preknen tak elok sembelit. Titew tak tawu rasa apa titew blm preknen, tawen pun belum, hahahah

      Delete
  8. hahahahaha memang perasaan jijik menguasai bila baca post ni hahahaha tapi betul jugak kadang-kadang pelik tengok orang yg tak reti flush toilet ni padahal boleh je flush haih -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha maafkan patik, tp perkars ini perlu disuarakan out loud :p

      Delete
  9. ahaha..entry pasal 'ketahian' si pembuang 'tahi' hehehe

    ReplyDelete
  10. hmm three words:

    WELCOME
    TO
    MALAYSIA

    ReplyDelete
  11. salam , kalau saya , memang tak membuang la kalau dah masuk pon 'ehem'. ni kan tertengok yang ditinggalkan . fuh sabo je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangta tak boleh.. otomatik keluar dr situ mcm baru nampak jembalang, hahaha

      Delete
  12. aku pernah kena sekali.. Aku tunggu.. Ye, aku tunggu flush tu penuuuuuhhh.. Aku pun taktau kenapa aku sanggup tunggu, mungkin aku adalah good citizen..

    nak cakap pasal isu toilet ni, sampai kiamat pun tak abeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. woah Lee! hang boleh dijadikan icon wanita contoh cemerlang di Malaysia!
      engkau satu dalam berjuta, muah ciked. hahaha

      yup, mmg takkan habis sbb mentaliti manusia takkan blh diubah.

      Delete
  13. setuju sangat! sekarang ni lebih suka guna tandas sendiri dari tndas awam...sebab elak situasi kat atas berlaku...naya aih!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus, semoga usus besar dan kecik kita memahami, huhu

      Delete
  14. Pada saya, always plan your berak schedule.
    Rasa-rasa jap lagi nak keluar melantak kenduri, pergi laa clearkan dulu perut berisi tahi.
    Rasa-rasa seruan sampai di tempat awam, plan laa tandas mana yang okey untuk dijeram.
    Rasa-rasa tandas yang kita pergi tu takde air, tahan laa sikit dan berharap isinya bukan yang cair.

    Planning. Planning is always important.

    Paling suka tandas kat Aeon. Selalu bersih sbb cleaner bangla sentiasa ada untuk mencuci. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, pantun ke syair ke tu, its rhymes! hehe
      kalau tempat awam yg familiar takde masalah rasanya. huhu.

      Delete
  15. paling takutlah kalau benda ini terjadi. miahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sediakan lampin pakai buang dalam beg, eh.. hahahah

      Delete
  16. wooo. ada sambutan hangat dari jamban..
    hi, selamat datang ke jamban ini. sila flush saya dulu sebelum anda guna. dan jgn lupa tinggalkan saya untuk menyambut kedatangan yg lain..


    boleh blah~~
    flip toilet (table) ~~

    spoil mood nk berr jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambutan 'hangat' sbb fresh lagi, bhahahah!
      geli doww

      Delete
  17. selalu masuk tandas yang bersih je...klu xbersih....sanggup cancel ataw cr tandas lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, nak nak mall yg tiap tingkat ada toilet, rela pnjat tangga g cari, haha

      Delete
    2. aku lak selalu bernasib malang kalau masuk tandas.. dalam banyak2 yang kosong mesti yang ada kapal selam jugak yang aku dapat..hampes..ketahian apa kah ini..aku ni jenis malas reverse maka redho aja lah.kekadang aku lepas hajat kecil dlu baru flush skali gus..jimat air.bagus kan aku.hmm..

      Delete
  18. ingatkan aku sorang ja yang memikirkan isu pertandasan nasional.. hadoi.. tak sangka lama sekarang monyet pon dah pandai masuk tandas tapi tak reti flush..nak flush bukan susah pon. bukan kena angkat baldi dari sungai cuma perlu picit atau tarik tombol. Apa nk jadi dengan manusia pemalas ya hamat sampai perlu dicipta tandas auto macam kat soping complex...begitulah sedikit luahan perasaan.huhu tumpang lalu.

    ReplyDelete
  19. Eiii... ini memang masalah tandas awam kat Malaysia.
    Selalu aje anti-climax dari luar rushing nak melepaskan bisnes sesampai aje terus tak jadi.
    Penyelesaiaan cara Zyra Rox tu ada logiknya.

    ReplyDelete
  20. sebab tu sy slalu pkir 3 4 kali klu nk msk tandas awam..klu kt opis ni jarang2 ade masalah tak flush sbb flush auto..tp slalu ade masalah tiru dibuang dlm toilet bowl..uwekk..nk muntah jgk rs..selfish btl spesis2 cmni..die ingt kite ni lalu nk tgk sisa die tu

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape