Terima Kasih Cikgu!

Hey guys,

Entri bersempena dengan Hari Guru 2016.

Terima kasih aku ucapkan kepada Cikgu Jah (panggilan mesra orang kampung), cikgu tadika KEMAS aku dulu yang membuat aku kenal apa itu twinkle twinkle little star dan baa baa black sheep ketika aku berumur 5 tahun. Juga yang sabar melayan kerenah aku yang tak suka mengira syiling plastik. 

Tidak aku lupa jasa Cikgu Ramli yang sabar dan tekun mengajar aku dalam kelas matematik aku yang pertama di darjah satu. Terima kasih kerana sabar menunjukkan kepada aku bahawa sepuluh ditulis sebagai 10 dan bukannya 01.

Terima kasih juga kepada cikgu Rosli, guru Bahasa Melayu merangkap guru kelas aku selama 3 tahun berturut-turut. Terima kasih kerana mendorong aku dalam akademik dan bidang seni (melukis dan mewarna, bukan seni suara). Telah diadakan pertandingan mewarna besar-besaran yang dianjurkan oleh sebuah syarikat penerbitan ketika aku di darjah tiga. Cikgu Rosli kelihatan resah mencari-cari dalam lauatan pelajar. Rupanya mencari aku. “Buat yang terbaik!” katanya bersemangat. Dan petang itu, hidung aku begitu kembang sekali bila merangkul title juara.

Terima kasih kepada semua guru-guru yang sangat sabar dengan kerenah aku yang rebellious di awal remaja. Terima kasih kerana memahami dan bukan sekadar menghukum.

Dasar pemalas tahap sloth. Main recycle komik page FB je. Huhu.
Selamat Hari Guru Disiplin!

Dan akhir sekali, jutaan terima kasih kepada guru-guru tingkatan enam aku, Cikgu Basir, Cikgu Rosli, Cikgu Hasnah, Cikgu Helmi, Cikgu Maryam dan ramai lagi yang tak dapat aku senaraikan. Terima kasih kerana tak pernah putus harapan dan sentiasa menggalakan, memberi sokongan padu dan perhatian tanpa sempadan sehinggalah dari C- menjadi A+

Terima kaseyyyh!!!
(Dah macam Alleycats..)

Ajar anak kau menghormati guru 

29 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. suka tengok komik tu kelakar... zaman dulu2 walau garang mana pun cikgu kita..hormat dan sayang tetap ada walaupun mulut bebel benci...tpi zaman skg..hmmm penumbuk bagi dekat cikgu...haishh sedih..btw selamat hari guru walaupun ada sikit terlambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheeh betul tu. Guru pun mcmtu rasanya, marah2 tanda sayang, huhu. Zaman sekrg ni agak seram jgklah nk jd cikgu..

      Delete
  2. suka tengok komik tu kelakar... zaman dulu2 walau garang mana pun cikgu kita..hormat dan sayang tetap ada walaupun mulut bebel benci...tpi zaman skg..hmmm penumbuk bagi dekat cikgu...haishh sedih..btw selamat hari guru walaupun ada sikit terlambat

    ReplyDelete
  3. syiling plastik hahahaha legend tuuuuu. lepas kau cerita baru ingat balik

    cikgu memang banyak berjasa pada kita. dan kita dapat bezakan cikgu yg betul nk bagi ilmu dengan cikgu yg hanya tunggu hari gaji hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh ko pun ada gak kira2 syiling plastik? Hahahah osem!

      Delete
  4. Alamak! I don't have my own Hari Guru appreciation blog post. Huhuhu

    No, jangan korbankan rambut si Ijan. Afro itu nyawa dia. Afro itu cinta dia. Hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah modal bila takde idea.. :3

      No worries, Ijan is safe wth me cos im his gf to be, muahahahah

      Delete
  5. Sama sama.. eh.. haha..
    Suka komik parodi OB ni. Hahahahaha.... Gelak guling-guling masa mula-mula baca hari tu. Terbaik~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eheh, yeke Amna?
      Wuwuwu terharu ada yg suka :')

      Delete
  6. Asal aku tak ingat pape pun masa tadika? 😂😂 .aku cuma ingat zaman tu zaman berebut taman je.nampak lah banyak main je dekat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha otak kita tend tu simpan memori yg kita tak suka. Mcm aku tak suka sgt main duit syiling plastik tu, sbb tu melekat. memori Berebut papan gelongsor pun byk, hahahaa

      Delete
  7. Hebatnya ingat nama cikgu zaman tadika. Saya dah tak ingat dah cikgu-cikgu tadika saya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat laa sbb baru lima tahun tgglkan alam tadika..... hahahaha. Takdela, sbb cikgu tu rapat dgn org kg, semua org kenal dan selalu gak disebut2 namanya

      Delete
  8. ahaha yg laki tu ok la kene gunting pendek, skola den dolu2
    botak terus~ ahahaha jadi budak2 shaolin lah jawabnya kami~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambui sekolah apa tu? Henry Gurney? Hehehehe gurau je Bulee ;p

      Delete
  9. Tetiba teringat kena rotan dgn cikgu disiplin sbb fly. Eheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb fly? Terbang? Fly zip? Ko lelaki? Hoh?

      Delete
    2. Aiyo.. fly.. terbang kluar hostel tanpa pengetahuan warden. Org baik (ehem) klau buat jahat mmg cepat kantoi.

      Delete
  10. selamat hari guru!! eh? silap sekolah laa

    ReplyDelete
  11. tu la kan cecikgu ni tak jemu mengajar kita. moga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik lah semua para guru yg setia mendidik anak2 murid sekalian..

    *tudia globalnye rasa ucapan aku kikiki =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha amiinn.. dan semoga terus tabah dan sabar hadapi generasi baru

      Delete
  12. Hebatnya otak perempuan boleh ingat macam ni sekali. Seram aku.. Hahaha...

    Lepas baca komik tu teringat aku dulu2 kena potong rambut dgn cikgu disiplin. Takde nya bawak pergi bilik guru, Kat perhimpunan tu jugak kena. Nasib baik x pernah kena yg teruk2 sampai x boleh nak trim lagi. Kalau kena memang kena potong pendek atau botak la citer dia..

    ReplyDelete
  13. tetiba rindu nak blk skulah....huhuhuh....i miss my school days....

    ReplyDelete
  14. cikgu..... (tak tau nak komen apa..) hahaha

    ReplyDelete
  15. GURU DULU DAH GURU SEKARANG BANYAK BEZANYA

    ReplyDelete
  16. blm terlambat lg kot nk ucapkan selamat hari guru utk sume warga pendidik kt malaysia ni..tanpa anda2 siapa la kami.. :)

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape