Kapitalisma

Hey guys!

Anda semua tengah atau sedang atau belum shopping raya? Walau di mana pun anda berada, harap dapat berhemah berbelanja.

Di musim perayaan ini, selain kanak-kanak riang, ada satu lagi kelompok manusia yang gumbira dan teruja: kapitalis. Hasil jualan boleh mencanak-canak naik sampai tembus graf. And somehow, aku rasa kapitalisma ini telah sedikit sebanyak berjaya mencuci otak aku (baca brainwash)..


Sekarang ni aku rasa, kalau baju tanpa jenama yang berharga lebih dari RM30 dah jatuh mahal bagi aku. Tapi, bila baju branded, RM80 pun aku rasa murah. Aku rasa jelah, tapi takde rasa meluap-luap nak memiliki. Still managed to curb that omg-must-have-this feeling. Hohoho.


Dulu (sekarang pun masih sikit) aku lemah bila masuk ke sesuatu kedai, belek barang lama-lama, jurujual layan baik gila. Aku end-up beli atas dasar serba salah, huhu. Sebab tu bila aku masuk kedai, nampak je jurujual datang menerpa, aku terus buat pusingan U keluar kedai. Itu langkah mudah menyelamatkan poket.

Dan sekarang aku rasa aku dah tak mudah dihujani rasah bersalah atau pujuk rayu jurujual. Sebab? Baru-baru ni aku masuk butik baju muslimah. Aku mencuba baju itu ini sampai kakak aku pun jemu. Tapi aku tak berkenan lalu blah lepas mengucapkan terima kasih kepada jurujual yang masam kelat senyumnya. Savagenya hang dik... kata kakak. Saat itu aku sedar. Aku dah berjaya menepis rasa membeli kerana taknak rasa bersalah! Yeah, achievement unlock! Kuasa pengguna kembali berada di tangan! Yadda yadda!

Sekali lagi aku nak tanya, kau orang dah beli baju raya? Haritu aku jalan jalan sekitar Penang. Aku tak tahulah sebab taste orang Penang ke apa tapi mostly baju raya diorang lebih kepada baju pengantin raja sehari. Merelit-merelap, bling bling, renda labuci over-loaded dengan pilihan warna yang meremangkan bulu dada mamak.

Lalu aku pun mengambil keputusan muktamad.
Aku balik beli di kampung halaman jelah.
Cuba teka baju raya aku warna apa?



Jangan membazir, ingatlah orang tersayang 

19 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. aku masih ada dilema rasa wajib beli sebab jurujual haha. sebab tu aku tak suka jurujual yang menempel ni. Kena berguru dengan kau ni. Baju raya aku biasa je, mini kurung dengan tudung bawal. settle haha.

    biru?

    ReplyDelete
  2. Aku selalu akan pandang slek kt jurujual yg datang dekat aku pastu slow2 mengundur keluar kedai. Yahahaha. padan muka sapa suh creepy sgt ikut aku sana sini..

    Baju raya.. Arghhh baju rayaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. baju raya IQ dah siap, beli kain di Jakel bln 2 lepas, baru ambik hujung minggu lepas. so, dikira baju raya pertama dan kedua dah setel...yang seterusnya? pakai lama sudah..hehe

    kuasa atas pengguna nak beli ke tidak...jangan biarkan diri anda diselubungi rasa bersalah~ hehe

    ReplyDelete
  4. haha jangan buat eye-contact dengan jurujua.,bahaya

    ReplyDelete
  5. Dia kalau dah minat, dah tak dulik dahhh.. Yang mahal pun jadi murah... tapi kalau tak minat, yang murah pun rasa mahal. wkwkwkw

    ReplyDelete
  6. pernah jugak beli sbb rasa bersalah. pastu balik sedih sendiri. T_T baju takd brand RM 45. tak pernah pakai sebab kat patung rasa lawa. kat sendiri rasa lawak T_T

    ReplyDelete
  7. Thn ni baju raya ank brnk pk mntua sponsor. Yadda yadda!

    Baju raya hang kaler biru!

    ReplyDelete
  8. rietta blom shopping...tunggu mode lpas hr ke 10 dan hr ni adalah hr ke 10...makanya dengan rasmi hjg mggu ni bru nk g lawat serata bazar yang ada area rumah mencari kelengkapan....hehhee...

    ReplyDelete
  9. biru! mari teka siapa yang kenaaa~

    Hehehe. Hai Z. Aku dah beli. Jubah standard je. Kaler gold. Dah pakai pon time kenduri sepupu aku rtu. Yup.. baju is just baju lahh.. kadang aku recycle je pkai baju raya tahun lepas sebab tak dan nak jahit! Tak hantar 3 bulan before mang tak yah mimpi ade tailor nak amek dah. huhu..

    ReplyDelete
  10. Tak suka jurujual ikut.huhu tapi Hana jenis hati kering.ngeee
    Lagi pun Hana suka tengok ja Dari membeli.hehe

    ReplyDelete
  11. salam , tang baju raya merelip merelap tu memang setuju , kalah orang nak menikah

    ReplyDelete
  12. Tahun nie takde baju raya baru. Kihkih

    Baju Kak Jira wana biru kot... Erm erm ermmmm

    ReplyDelete
  13. Saya teka baju awak kaler biru. Huuuhu

    Tahun lepas beli baju rasa. Hampir setahun berlalu, baju tu tak pakai pun, entah apa sebabnya.
    Rasanya tahun ni tak beli baju raya dah kot, pakai yang tahun lepas je.
    Huhuhu

    ReplyDelete
  14. aku juga tak suka bila penjual duk ikut promote..aku akan rasa bersalah dan beli..-_-
    aku syak baju raya hang tahun ni kaler hijau...

    ReplyDelete
  15. Baju raya hang colour biru maybe!

    Baju raya tahun ni dan tahun-tahun sebelumnya baju kurung moden cuma berlainan warna sahaja. hehe..

    ReplyDelete
  16. sama jugakk, selalu rasa mcm tu bila tgk baju ada jenama dgn tanpa jenama. aishh tak boleh, kna jugak brjimat hahah

    warna biru?

    ReplyDelete
  17. Untunglah dah boleh tepis.. saya nie stil tak boleh tepis kalau nampak jenama polo.. fuhhh

    ReplyDelete
  18. Oleh kerana Mrs. A dah berkeluarga dan kena pulak ada tema-tema kekdahnya tempah aje di kedai tailor yang hubby suka tu. Takdelah mengelap-mengelip pun.

    Kalau nak kelap-kelip kena pi beli sendiri.

    ReplyDelete
  19. Yup aku tak berapa suka jurujual yg follow je kita macam kita pencuri pulak. Takde freedom pulak tu rasa nak belek2 n test baju... Kalau aku ada org follow aku keluar kedai x jadi beli terus. haha...

    Btw, branded ke x branded tengok kualiti kain tu la. Kalau memang jenis yg berkualiti n ada branded, ada offer sikit aku pun akan rasa murah....

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape