Hey guys!
Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan. Sebab aku bosan orang asyik sembang fasal menu berbuka aje, maka aku pun mengambil keputusan sembang sahur. Memang sedari kecik aku diajar bersahur. Malas, ngantuk setara mana sekalipun aku tetap bangun sahur. Walaupun hanya dengan sebiji kurma. Ada orang prefer makan sesiap sebelum tido, itu bukan sahur okey itu supper, supper tak dapat pahala, wee.
Berbalik kepada menu. Atas faktor yang tak dapat dielakkan, masa aku di dapur sangat terhad. Aku agak kureng dengan nasik berlauk di pagi hari (kecuali kalau sahur di kampung, empat pinggan please). Oleh kerana nak makan makanan yang berkhasiat dan menguatkan daya penarik tahan tubuh serta mudah untuk disediakan, maka...taddah!
Dah tak payah aku cerita panjang tentang menu yang dah viral sejak tahun lepas ni. Untuk menyediakan OO, korang perlu guna rolled oats. Bagi yang tak lalu makan oats segera, apakata cuba beralih kepada rolled oats ni sebab ia tak rasa lembik dan melekit/berlendir.
Dan bahan paling mahal: Chia seeds. Mungkin sebab diimport dari Bolivia dan mungkin sebab ia organik maka harganya RM21.79 (168g je..) di Tesco. Memang kalau tumpah aku nangis sampai malam raya, hahaahaha. Chia seeds bukan biji selasih (Basil seeds), jadi jangan salah masuk bahan. Tapi korang jangan gundah gulana, tak wajib pun letak. Cumanya aku terpesona dengan keajaiban bijian ni, itu yang nak try (nasib sesudu sehari sudah memadai).
Bahan asas OO adalah rolled oats, susu, yogurt (preferably greek, tak greek pun takpe), madu sebagai pemanis (boleh gak ganti dengan susu pekat, nutella, tapi kurang sehat). Bahan sampingan untuk menyedapkan tekak yang menelan: Peanut butter, kekacang seperti gajus, badam, buahan masam seperti mangga, stoberi, anggur, segala beri, kiwi, kurma, kismis (pendek kata, ikut selera memasing).
OO tadi korang masukan dalam peti sejuk semalaman (overnight). Kalau lepas dua hari lagi sedap sebab rasanya dah bersatu padu jitu. Jadi korang bangun sahur takyah bukak mata pun takpe. Grab OO makan sambil pejam. Great untuk yang selalu terlajak tidur dan waktu sahur dah tinggal hujung-hujung.
Apa yang bagus?
- Oats baik untuk turunkan kolestrol dalam diri.
- Hari yang lebih bertenaga dan keletihan yang minimum*
*Hasil berbeza bagi setiap individu. Kalau korang makan oats tapi still lemau, itu bukan salah aku.
Kata takde dapur? Celah mana nak boil eggs? Hahahaha ye memang tak guna dapur sebab aku guna multipurpose water heater jadi aku rebus guna tu jelah. Rebus telur sebelum tidur. Bangun sahur, kupas telur, cincang, masukkan dalam mangkuk. Gaulkan telur cincang tadi dengan mayo dan taburan lada. Susun salad/tomato (optional) atas roti. Letak campuran telur tadi. Siap.
Testimoni: Aku makan tiga keping sandwich ni pada pukul 5 a.m. dan tak rasa lapar langsung sampai pukul 1.05 p.m. Not bad.
Testimoni: Aku makan tiga keping sandwich ni pada pukul 5 a.m. dan tak rasa lapar langsung sampai pukul 1.05 p.m. Not bad.
Ai makin merepek pulak menu sahur si Zyra ni. Sebenarnya aku jemu dengan ramen/mi segera biasa. Jadi aku pun tukar angin ke mi segera berperisa tempatan. Mi ni dikeluarkan oleh Agromas dan agak susah nak dapat di pasaraya terkemuka. Mujur depan rumah aku ada kedai yang jual produk bumiputera dan muslim sahaja. Masukkan daging dan sayuran kegemaran. Tambah telur rebus yang dah direbus sesiap semalam, taburkan daun bawang. Aku ni kalau ada telur rebus dan daun bawang, terus berselera makan mi apa pun. Nyum!
Oh, tak usahlah korang refresh page sebab memang takde image pun, aku baru makan pagi tadi lalu malas nak ambik gambo, muhuhu..
Oh, tak usahlah korang refresh page sebab memang takde image pun, aku baru makan pagi tadi lalu malas nak ambik gambo, muhuhu..
* * *
Sebelum aku merepek dengan lebih lanjut, cukup setakat itu dulu menu Sahur Tanpa Dapur aku. Nanti kalau post ni mendapat sambutan yang menggalakkan, aku kongsi lagi (harap takde). Sementara itu, aku ulang tiga menu ni je sampai benci. Selamat bersahur. Jangan malas-malas!
Heharap paras kolestrol menjunam turun
Salam menarik dan simple! :) malas jugak tak tahu la
ReplyDeleteMuehehe thanks ;D
Deletehaha..tu la pelik..xde gambo pulakk..hihi
ReplyDeletemenu 1st tu nmpk menarik sgt..
Hiks, nak juga ea gambo :p
Deletepergh sihat betul menu sahur kau. keep it up! cehh baru nak refresh, pepagi tgk gmbr makanan okay lagi haha. aku sahur nasiiii. tadi nasi goreng udang. yamm yamm hahaha
ReplyDeleteArghh jgn sebut nasik gorengggg *jadi hulk kuning sbb kolestrol*
DeleteOvernight Oat aku dah try and still takleh telan. Aku rasa the only way to get me to eat oat is by adding them into rice porridge. Tapi tu pun aku x suka sangat sebab still ada rasa oat hergh.. memilih!
ReplyDeleteEgg sandwich is my favorite sandwich. easy to make. very tasty.
kalau bab mee segera aku suka makan mamee klasik ngan mee sedap goreng. Lain aku kureng sikit.
Nicelah cik zyra punya juadah sahur. health conscious sangat aww
Ko mkn biskut oats jelah mon mon.
DeleteHealth conscious tang sahur je, tang berbuka.. *batuk2
Tapi aku tak suka makan biskot.......... memilih sangat ah
DeleteBagus2.
ReplyDeleteada org yg ada dapur tanpa sahur.
Muhuhu terbalik kuangg ><
Deletehuyohhh best... mudah lagik simple.. thorrbaekkk...!!
ReplyDeleteHehe thanks, yg penting tahan lama ヽ(´▽`)/
DeleteWoo no 2 buleh buat ni aha. Den hantu roti. Xda nasi xpa. Jgn xda roti. Yeah
ReplyDeleteAmboi abiang sado jaga badan keww.. wkwkwk
Deletepernah dengar juga sal chia seed ni....nak cr la weekend ni...bleh buat desert...sbb bila malam makin lewat...pwut kembali lapar...hehehe...
ReplyDeleteCari jgn tak cari, bagus sgt ni katanya ^^
Deletei prefer sandwich masa sahur.. Ada juga try Overnight Oat tapi macam ...uh..rasa dia, i dont really like it. hehe.. Biasa tuna/egg sandwich. Memang yummieh makan pagi-pagi. Perut pun selesa je.
ReplyDeleteSelamat berpuasa zyra. Take care.
Ha ah kan, sandwich telo dh lah sedap, simple dan perut pun suka amat, hehehe
DeleteThanks Zhi, you too :*
Cis...penat aku refresh huhu
ReplyDeleteKeh keh keh terkono eh jang ;p
DeleteTerkena aku, beria nak tengok gambar mee bandung. Aku suka gila oat tapi tak suka part dia buat aku kerap kencing. I donno why :(
ReplyDeleteHehehe maafkan aku Ben Ben, saja je letak tak sangka plk rmai tokono, i feel bad, muhuhu..
DeleteKerap kencing? hummm aku tak rsa plk. Lain org lain sistemnya, huhu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHahaha maybe sbb guna instant oats? cuba lagi guna rolled oats pulak, Chia chia chia ;p
ReplyDeleteapasal menu sahur tanpa dapur ni lagi sedap dari yang ada dapur??
ReplyDeleteaku biasa sahur ikut lauk berbuka semalamnya...kalau tak lalu bancuh air oligo dgn makan kurma jerlah...
kalau lalu bantai semua makanan yang masih bagus...
Hahahaahaha ambui tak rasa lagi mana tahu sedap? ><
ReplyDeleteMakan kurma bagus, kurma kan byk khasiat hebat!
Bahan-bahan dalam OO tu macam high standard je. Huhuhu. Malas nak mencari kat pasaraya. Post ke rumah saya, plis. Hehehe
ReplyDeleteSebenarnya saya tak pernah kisah pun menu sahur.
Ada, makan. Tak ada, buat sesuatu untuk dimakan. Megi cup pon memadai. Al maklumlah, bujang. Hehehehe
Makan kurma je pun insyaallah boleh isi perut
ReplyDeleteRajinnya... Orang minum air kosong dengan kurma je. Alhamdulillah bertahan sampai ke petang ... ;)
ReplyDeletemenu 1 tu nampak macam menyelerakan, tapi itulah, bahannya payah nak cari. haha.
ReplyDeleteHmm... menarik. menarik... Boleh cuba satu hari nanti.
ReplyDeletesalam. aku pon sejenis manusia yg tak berape boleh telan oat-oat nih =P
ReplyDeleteTak pernah jumpa pon rolled oatss... hua hua hua
ReplyDeletesimple tapi kenyang...ok jugak..
ReplyDeleteFamili Mrs. A pun memang jenis yang bangun sahur.
ReplyDeleteKalau tak terbangun tu memang satu kesalahan besarlah.
ermmm... tapi menu-menu Z tu tak kot sebab perut we all ni perut mintak nasi jugak