Hey!
Zaman aku kecik dulu, ada satu permainan yang agak syirik iaitu Mentadak Mentadu.
Cara naik main dia mudah, kau cari seekor mentadak (praying mantis), letak atas telapak tangan, dan chant:
Mentadakkkk mentaduuuu (masukkan nama orang yang berkenaan) tidoq macamana?
Dan mentadak tersebut akan mengerekot, mengiring, atau apa-apa jelah yag dia suka.
Konon menggambarkan posisi tidur si polan yang disebutkan dalam mentera tadi.
Dan kemudian masing-masing gelak terbahak-bahak bila si mentadak buat aksi tidur yang pelik dan memalukan. Tapi kesahihan posisi tidur tak dapat dikenalpasti melainkan pergi tanya sendiri ahli keluarga si polan tersebut. Kalau ada yang betul tu, eksaited jugak, mula lah percaya si mentadak ada kuasa magis. Tapi aku sangsi dengan pengakuan kawan-kawan yang mengaku posisi tidur mereka sama macam si mentadak sebab mengaku untuk posisi yang senonoh je.
Ada yang tak ambik kisah, macam aku. Do it just for fun sake. I don't need a freaking praying mantis to tell me what to do, hahaha. Tapi ada jugak yang take it seriously. Bila berselisih di sekolah "wehh.. hangpa tau dak Zyra tidoq menonggeng.. hahahaha.." Dan budak tu bila dah besar, dia jadi seorang yang sangat annoying dan berfikiran sempit yang sangat taksub dengan teori konspirasi.
I guess she never growing up.
Sejujurnya, aku pun tak tau aku tidur macamana. Pernah aku nak rakam aksi tidur sendiri (wth?), tapi bimbang kalau-kalau terakam aksi lembaga lain sekali. Jenuh pulak aku nak mencari teman tidur upahan, hahaha. Jadi aku anggarkan posisi tidur aku adalah gaya macamana aku bangun. Jangan risau awak, saya masih tidur setempat tak berguling-guling atau berpusing 360°.
Kau ingat mentadak mampu ke nak buat posisi tidur anggun macamni?
Hahahaha (sebenarnya mampu, penah tengok ia buat -..-)
Dulu penah sekali aku kena 'tindih' masa tidur. Bila tersedar dan mampu mengucap, terus aku berlari ke bilik housemate mintak tumpang tidur, atas lantai pun jadilah, hahaha, Aku ingatkan bila jadi rocker, hati kental dan keras, ilusi je semua tu nak. Sesungguhnya, hanya Roy yang berhati keras, Roxx belum.
Sleep tight
Kih3. Ada eh org pcaya?
ReplyDeleteWah hebatnya sampai nak rakam posisi tidur. Saya tak pernah pulak fikir macam tu
ReplyDeleteTapi masa i kecik dulu,
ReplyDeleteI tanya mentadak .. "Macam mana si polan berak" hahahaha..
Sungguh tak senonoh hasil posisi yang ditunjukkan ...
Rasa macam pernah main masa kecik tapi tak ingat. Cabut kepala pelesit pernah lah huhu.
ReplyDeletehaah pernah main jugak menatang ni hiksss
ReplyDeleteZaman kekanak dulu pun pernah main benda ni, siap ada lagu lagi utk mentadak.
ReplyDeleteTapi bila nampak mentadak, lagi kagum dengan kaki dia yang berlipat-lipat tu daripada nak bertanya gaya tido orang lain. Hahahaha
BTW, orang yg ngaku gaya tidur dia tu betul, camne dia tau?
Dia ada pengalam keluar dari tubuh ke boleh nampak gaya tidur diri sendiri?
Hahahaha
*pengalaman
Deletepengalam pon boleh...hahaha
mentadak mentadu dalam loghat ganu = sudu sening
ReplyDeletekitorang tak tanya geng tido cane, kitorang tanya mak dia tido cane. "Sudu sudu sening, mok mu tido gane?" Hahaha.. game yang takde point pun.
haha aku pun pernah main benda tu. siapalah yg mencipta permainan dengan menatang mentadak ni haha
ReplyDeleteaku dh bsr ni tidur tak ganas, buktinya tidur atas sofa kecik pun tak jatuh kehkehkeh tapi err mmg aku pernah jgk ada niat nk rakam aksi tidur. kot la mengigau ke apa kan blh tgk kahkahkah
pernah main jugak kalau terjumpa mentadak mentadu ni kat mane2..haha..
ReplyDeleteTak sangka ada orang amek serious..LOL.. Aku ngan adik beradik gelak suka sebab mentadak mentadu respons baik punya bila kita nyanyi..hahahaha.. kadang2 aksi yang dia buat pelik.. hanya mentadak mentadu je boleh buat..XP
hehehe...dlu kecik kecik selalu jgk tgk kwn kwn main...sekarang mcm susah plak nk crik si mentadak ni...
ReplyDeleteohh pernah tengok dalam upin ipin. memang bebetul ada ek ? :D
ReplyDeletePernah!! Tapi satu je isu dia. Aku takut menatang tu. Semua gara-gara abg sepupu aku ckp dia berbisa. Walaupon it's not true aku still seriau tgk mentadak. T^T
ReplyDeletedulu selalu nyanyi gitu, tapi mentadak tak ada! hentam je la labuuuu. hahahaha.
ReplyDeleteKesian kat mentadak yang tak berdosa tu.. ahaha
ReplyDeletelain lak dengan kami, mentadak mentadu, di mana lorong hantu, haaaa pastu mentadak tu tunjuk la kat mana, konon situ la ada benda tu. hahahahhaha XD
ReplyDeletemasa kecik dulu selalu memerhati serangga~
ReplyDeletemantadak salah satunya,
tgk dia makan belalang, kejam jugak dia ni ahaha.
ada juga jenis mentadak makan pasangan dia setelah 'mating'
ni hyper kejam.
first time saya dengar permainan ni. Huhu.. ketinggalan~~~
ReplyDeleteMacam tak pernah main. tapi macam ada pernah main yang pusing2 botol tu nanti dia tunjuk arah kat orang yang kita maksudkan. Rasa macam guna lagu sama je. "Mentadak mentadu siapa berak tak cebok?(pusingkan botol)" Nanti dia tunjuk kt orang tu... Entah lah...
ReplyDelete