Hey guys!
Harapan aku korang semua dah berjaya melakukan amal ibadat dengan khusyuk di bulan barakah ini. Apa yang berdebarnya dengan lebaran? Takde apa, cuma sedap didengar/dibaca.
Aku nak menulis sikit pasal persiapan raya aku dulu dan sekarang. Yelah, nak tulis minggu depan, dah hari raya. Siapa yang nak baca? Wahahahhha. In fact, aku haramkan korang buka blog aku di hari raya ni. Tolonglah minimakan penggunaan gajet dan maksimakan interaksi sesama umat. Simpan kejap rindu dendam korang kat blog ni *batuk keras
Kenapa kita selalu rasa raya dulu lagi meriah dan seronok dari raya sekarang? Adakah faktor umur dan persekitaran? Malam raya aku dulu happening bagi aku. Sebab..
Malam tulah nak pasang tirai..
Aku tak tahu kenapalah tak pasang seminggu awal, atau di awal ramadhan. Dan macam jadi tradisi kena pasang malam raya, kalau tak, kurang meriahnya. Memang meletihkan tapi sangat puas hati bila tengok hasil ruang tamu jadi kemas rapi menawan.
Aku tak suka pasangkan besi cangkuk kat tirai. Susah nak masuk satu hal, salah selang barisan satu hal yang lain pulak. Salah selang barisan boleh membawak kepada tirai jadi pendek tak sampai ke destinasi, atau terlebih lebar hingga sampai ke tingkap sebelah. The struggle is real. Kakak aku ambik pendekatan bijak dengan menulis SELANG 3 BARIS di atas tirai tu. Tapi struggle balik sebab kesan tulisan hilang lepas dibasuh.
Aku tak suka pasangkan besi cangkuk kat tirai. Susah nak masuk satu hal, salah selang barisan satu hal yang lain pulak. Salah selang barisan boleh membawak kepada tirai jadi pendek tak sampai ke destinasi, atau terlebih lebar hingga sampai ke tingkap sebelah. The struggle is real. Kakak aku ambik pendekatan bijak dengan menulis SELANG 3 BARIS di atas tirai tu. Tapi struggle balik sebab kesan tulisan hilang lepas dibasuh.
Sekarang: Dah takda sapa nak rajin pasang tirai malam raya. Kakak aku awal lagi dah pasangkan. Hilang sikit meriahnya. Aneh, tugas yang sangat aku tak suka dulu, kini dirindui pula.
Malam tulah nak buat biskut terakhir..
Masa dulu panjang. Bukan aku mengarut tapi itu satu fakta. Masa semakin lama semakin singkat. Malam raya aku dulu lazimnya mesti ada paling kurang sejenis kuih dan kek yang akan dibakar. Seronok dia lain macam sambil buat sambil dengar lagu raya. Memang keesokan harinya tu para tetamu dihidangkan dengan freshly baked biscuit and cake.
Aku pulak dulu jenis tak senang duduk kalau jenis biskut sedikit. Paling koman mesti ada 5 jenis. Tu pun aku merengek dekat kakak suruh tambah lagi. Mesti ada 6 jenis ke atas. Sebab? Bukan tak nak kalah dengan jiran sebelah tapi bekas kuih raya ada enam bijik, aku tak suka tengok bekas kosong, haha.
Aku pulak dulu jenis tak senang duduk kalau jenis biskut sedikit. Paling koman mesti ada 5 jenis. Tu pun aku merengek dekat kakak suruh tambah lagi. Mesti ada 6 jenis ke atas. Sebab? Bukan tak nak kalah dengan jiran sebelah tapi bekas kuih raya ada enam bijik, aku tak suka tengok bekas kosong, haha.
Sekarang: Meh, sapa ada masa untuk semua tu? Semua biskut dan kek dah tersedia di dalam bungkusan..
Malam tulah nak habiskan menjahit baju raya..
Ini bukan aku, menjahit bukan bidang aku, tapi kakak aku. Dulu aku mana ada beli baju raya, semua kakak buat (kecuali baju raya kasual skirt, jeans, t-shirt lah). Pulak tu bukan baju kurung biasa, ada je dia bereksperimentasi dengan fesyen. Baju kebaya lah, kebarung, kebaya Johor dengan padanan kain yang memang menongkah arus fesyen semasa kat kampung aku masa tu. Seringkali jugak aku dipanggil oleh anak-anak dara kampung bila aku pergi beraya untuk meneliti busana raya pertama aku, hahaha bangga mak nak.
Keburukan buat sendiri ni, suka bertangguh. Agak cemas lah bila lagi seminggu nak raya tapi baju raya kau masih dalam bentuk kain ela, hahahah. Sedangkan rakan sepermainan lain dah enam kali try baju dan kasut raya memasing, fuh.
Keburukan buat sendiri ni, suka bertangguh. Agak cemas lah bila lagi seminggu nak raya tapi baju raya kau masih dalam bentuk kain ela, hahahah. Sedangkan rakan sepermainan lain dah enam kali try baju dan kasut raya memasing, fuh.
Sekarang: Kosser kakak nak menjahit baju untuk aku. Baju dia sendiri, suami dan anak-anak pun beli siap di kedai je sekarang.
Bagi aku, memang terasa beza sangat kemeriahan raya dulu dan sekarang. Dulu abang kakak memasing belum kahwin, rumah meriah. Sekarang, tinggal aku je belum kawin, maka aku sorang jelah yang beraya di kampung dengan sorang kakak dan dua anaknya. Siblings lain raya kedua/ketiga baru balik sebab beraya di rumah mertua memasing dulu. Takbir raya yang mendayu sure bring back memories with arwah ayah dan emak, dan abang sulung.. huhu.
Korang teka baju raya aku biru kan? Tahniah! Hahaha memang aku suka biru. Tapi dalam kes di atas, kaler biru kelihatannya seperti baju pengawas sekolah jadi aku pilih.. um.. lilac.
Korang teka baju raya aku biru kan? Tahniah! Hahaha memang aku suka biru. Tapi dalam kes di atas, kaler biru kelihatannya seperti baju pengawas sekolah jadi aku pilih.. um.. lilac.
Dan di kesempatan ini, aku nak mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog Zyraroxx. Maaf sekiranya ada tulisan yang menggangu, walaupun awal-awal lagi aku dah warn kat atas blog 'read at your own risk' muakakaka. Selamat menyambut lebaran dengan yang tersayang tidak kira di mana anda berada. Buat yang bertugas di hari raya, terimalah salute dari saya. Dan sekali lagi aku nak ingatkan, kurangkan interaksi di media sosial, bersosial lah dengan sedara mara rakan taulan sepupu sepapat. Please disconnect to connect more, ewah dah macam iklan. Bencinya.
Pandu cermat, ingatlah orang tersayang
Selamat menyambut hari raya yang bakal tiba, hihi~
ReplyDeleteLILAC, CANTIK..SOFT GITUUU
Aku first ke ni? Hahaha..nampak sangat mengular pagi2 pun time keje..
ReplyDeleteHmmmmmm, aku baru merasa kemeriahan tuh 2-3 tahun kebelakangan ni sebab baru beraya kat rumah sendiri.. Sebelum ni rasa meriah dok kemas2 baju nak balik kampung jek.. xde buat kueh or pasang langsir or kemas rumah.. Cuma mak aku tukang jahit..so faham2lah.. Pernah sekali takde baju raya sebab xdan, tempahan banyak sangat..haha.. Kalau malam raya baru pulun siapkan baju sdr and adik2, tu dah terlalu common dalam family aku..XP
So sekarang dah ada rumah sendiri, aku excited nak balik kampung, nak buat keuh raya, nak pasang pelita (memang keje aku, aku dah mengangkat diri aku as supervisor pelita..haha..), pasang langsir, tukar kusyen..bla..bla..bla..
Samela kita, aku pun nak susun semua jari yang ada, nak minta maaf atas segala kekurangan yang disedari atau tidak..kat blog ke kat fb ke kat mana jela ye.. akhir kata, majulah sukan untuk negara..! UvU
Tertinggal, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..!! MAAF ZAHIR DAN BATIN..!
DeleteMalangnya, aku terlambat beberapa minit, aku bukan yang first.. XP
masalah pertama itu memang sama dengan aku! aku tak suka betul pasang benda alah tu. mak aku pulak buat tingkap dekat rumah punya banyak sampai rasa elok jemput orang masuk rumah ikut tingkap. lol.
ReplyDeletememang lain raya dulu dgn skrg. dulu raya excited beli baju sebab guna duit ayah haha. skrg guna duit sendiri so lebih kepada hiba haha. dulu excited nak dapat duit raya, sekarang ketar-ketar nak bagi duit raya pulak. zaman berubah, kita pun dah berubah. haha
cool entry..
ReplyDeleteSelamat hari raya..
-kartunster-
Selamat Hari Raya, mohon ampun dan maaf andai ada silap dan salah...huhuhu...skank mlm raya dah xbuat semua tu...mlm hjg hjg puasa dh buat sket sket...sebab memasing sbuk...
ReplyDeleteRaya nnti kita balik kampung kirim salam jelah dengan blog hahaha :') Raya is raya :D
ReplyDeletewahhh, cantik ayu kemas ermm..ape lagi ek...heee..cantik la hai zyra berbaju kebaya....
ReplyDeleteselamat hari raya zyra! maaf zahir batin....tak kan jemu datang ke blog ini =)
Selamat Hari Ray Zyra .. ! =)
ReplyDelete*Raya
Delete(Ray tu sapa?) hmmff
yang tirai tu memang setuju.
ReplyDeleteErm erm. ketupat rendangnya mana?
Sedih Ramadhan nak habis. Tapi happy sbb raya leh jumpa sedara2 yg lama dh x jumpa. Tak best sbb bila dah jumpa bnyk soalan peribadi yang nk kena jwab. I wish mak2 nek2 tak busy sgt dh nk kenen aku ngn org sbb semua aku tolak mentah. XD
ReplyDeleteSelamat getting ready for Raya z! XD
Kau rasa dulu struggle tukar sarung kusyen zyra. Sadis.
ReplyDeleteMak aku tukang jahit. Memang tak pelik la baju aku pagi raya baru siap. Pernah sekali dia salah jahit, berbaju senget aku dipagi raya. Sob.
Selamat hari raya zyra. Maaf zahir batin ya :*
Zaman kekecik dok tuko sarung kusyen jer laa tugasannya. Dan tolong makcik buat kuih raya. Peling best, kena cat rumah setiap kali nak raya. Dah tua tua ni, rindu tu semua. Huhuhu.. sebab bila raya, manjang tak dapat beraya bersama 😁
ReplyDeleteSelamat hari raya zyra~~~ ucap awal sikit, tak apa kan? hehe..
ReplyDeleteDulu memang semangatt sungguh buat biskut raya. Siap pegi rmh mak sdara sbelah rumah buat rmai2 smpai lewat malam. Haha
ReplyDeleteSkarang klau buat pun satu dua je, klau tak beli ajerlaa.
Btw, slamat hari raya zyra~ Maaf zahir batin. ;)
dan kegiatan2 malam terakhir diatas dilakukan hampir setiap rumah hahaha selamat hari raya !
ReplyDeleteSelamat hari raya, Zyra.
ReplyDeleteRaya kali ni sure lain bagi saya, rasanya raya kat hospital je kot.
Tapi tak apalah, tak ada yang diralatkan lagi.
Warna lilac, eh?
Lawa warna tu.
Hantar laa satu dua gambar selfie nanti kat saya. Hahahahahahahaha
selamat hari raya zyraaa!
ReplyDeleteSatu part lgi yang tinggal iaitu duit raya.. ehehe
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir & batin :)
ReplyDeleteTumpang lalu, lama tak komen kt sini, hehehe. Memang ramai je kot manusia2 yg rasa raya makin lama tak best. And teringat dulu kalau time raya mesti berbalas kad raya, seronok kumpul. sekarang dah jarang gila kot org bagi kad raya. Selamat Hari Raya ^^
ReplyDeleteselamat hari raya zyra
ReplyDeletebudoxesquire
selamat hari raya :)
ReplyDeleteSelamat hari raya zyra. Betul la tu dulu punya raya memang lain dgn sekarang. Dulu kecik2 ada la gak aku tolong mak aku cetak kuih raya. tapi sekarang takde dah siapa2 semangat nak buat kuih raya lagi. Maybe semua dah membesar dan hilang minat nak buat kuih raya sesama kot... Ye la skrg ni malam raya la malam untuk shopping....memang tak la nak buat kuih raya, pasang langsir semua tu...
ReplyDelete