Seminggu Berhari Raya

Hey guys!

Masih dalam mood raya raya lagi. Macamana dengan raya korang, adakah mencapai expectation? Aku tanya sebab memang aku ada expectation untuk raya yang lepas tapi as always: expectation takkan selari dengan realiti.

Anyway, I am a simple girl with simple needs menjelang raya: kasih sayang, ketupat rendang, biskut Y. Mari aku ceritakan serba sikit tentang tiga perkara berikut kat sini.

Kasih sayang. Dah tetua bangka ni memanglah takleh nak manja-manja macam kecik-kecik dulu lagi. Tapi kasih sayang sesama saudara tu masih lagi terasa. Sekarang turn aku pulak menunjukkan kasih sayang dekat anak-anak buah dengan mencium dan menggomol mereka bertalu-talu, hahaha.

Aku harap mereka faham apa yang aku cuba nak sampaikan, hahahaha. Er. Untuk yang remaja takkanlah aku nak menggomol lagi, karang viral pulak. Lalu aku tunjukkan kasih sayang dengan bergurau. Kot. Hahahah nasib korang lah dapat Mak Su macam aku.

Ketupat rendang. Tahun ni kerja-kerja merendang jatuh kepada kakak aku, hahahaah sapa suruh dia beraya kat Kedah tahun ni. Namun itu tak bermakna aku tak buat kerja. Kerja macam potong ekor ketupat, masak sambal daging, umm, apa lagi yek. Adalah banyak lagi, takkan aku senaraikan semua, wahaha.

Tapi tahun ni aku tak berapa nak merasa sangat rendang kat rumah orang sebab: tak dihidang, tak buat rendang tapi pencicah ketupat yang lain, aku terlalu 'penuh' untuk mencicip rendang mereka, wahaha. Aku tak puas hati. Aku rasa kurang sangat makan tupat rendang raya kali ni.

Biskut Y. Aku tak tahu kat tempat korang sebut nama biskut ni sebagai apa, ataupun kat tempat korang tak penah wujud biskut ni. Yang pasti aku sangat sukakan beliau. Dulu kini dan selamanya selain Samperit. Tapi Samperit tak susah nak dapat. Kebanyakkan rumah masih mampu hidangkan Samperit.

Gambar ikhsan Bzeecake 

Tapi biskut Y pada zaman sekarang ni dah di kira rare & collectibles sangat. Raya tahun ni aku tak jumpa langsung biskut Y di mana-mana rumah hatta kedai biskut sekalipun. Tapi hari terakhir beraya kat kampung aku telah menjumpainya! Fuh dia punya feeling tu macam jumpak jodoh.



Maka, lengkaplah raya aku.

Walaupun raya tahun makin rasa tak best. Sebab masa cepat sangat, baru sudah makan ketupat rendang dah pun petang raya. Apa pun tak boleh.

Mari puasa enam 

20 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. hahahaha biskut y? biskut apa tu tak pernah dengar pun >< selamat hari raya zyra!

    ReplyDelete
  2. biskut Y? tak pernah tengok pun. Ke negeri perak buat bentuk X?

    ReplyDelete
  3. Aku pun ada perasaan yang raya berlalu dengan cepat..guhuhu.. Sedar2 dah duduk dalam jammed nak balik Shah Alam.. TTT3TTT

    Aku tak pernah dengar biskut Y tapi perasaan ko jumpa biskut Y sama dengan perasaan aku jumpa kueh batang buruk yang saddaapp..haaahh..! *//////q//////*

    ReplyDelete
  4. tak pernah dengar. camne rasa dia?

    ReplyDelete
  5. ha ah, x perrnahh jmpe..huhuhuuuuu

    ReplyDelete
  6. comel lak aii...dulu nuget je ada alphabet gini

    ReplyDelete
  7. mane nk dpt biskut Y tu.. haha.. xprnh tgk pon sblom ni..

    ReplyDelete
  8. perghh, macam rare je biskut tu, tak pernah tahu ada biskut tu...ke org utagha je ad?

    ReplyDelete
  9. biskut Y, dah lamer xmakan...acuan pown ntah ke mana...hehehe....

    ReplyDelete
  10. Saya tak pernah jumpa dan makan Biskut Y. Apa rasanya? Nak rasa gakkk.. huhuhu...

    ReplyDelete
  11. Saya tak pernah jumpa dan makan Biskut Y. Apa rasanya? Nak rasa gakkk.. huhuhu...

    ReplyDelete
  12. seriously? biskut y? tak pernah tau pasal kwujudan biskut nih.

    ReplyDelete
  13. Tak pernah kenal dan dengar biskut Y ni? Apakah ia? Terasa nak cuba tetiba. Haha

    ReplyDelete
  14. raya kat kedah?? kedah kat mana tu hehe..

    ReplyDelete
  15. Biskut Y? omai...my fav zaman kecik dulu..sekarang nan hado nak jumpak..sejak jiran sebelah rumah dah x dak..x dak sapa nak buatkan..and ramai jugak yg x penah tau kewujudan biskut y..tapi serius sedap!! ah rindu!!

    ReplyDelete
  16. Tak pernah jumpa pun biskut tu hahaha

    ReplyDelete
  17. Selamat hari raya aidilfitri Zyra.
    Serius baru tahu ade biskut Y tu, ce citer sket rasa biskut Y tu.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape