Bumbung Kereta

Hey guys!

Minggu ni aku ada sebut nak tulis kisah best kan?

Well, I lied.


The unfortunate events of Zyra diteruskan lagi dengan kisah bumbung kereta. Sebelum tu aku nak tanya. Korang penah tak tertengok satu iklan di mana seorang gadis terlupa minum kopi/breakfast or something then tertinggal handbag atas bumbung kereta dan drive. Kemudian ada dua lelaki dalam lori hon dan cuba bagi isyarat but that girl just rolled her eyes sebab ingat lelaki tu semua nak menggatal.

Well, iklan tu ada point.
Tapi point nya pada aku bukan pasal breakfast, tapi:
Jangan.sesekali.letak.barang.atas.bumbung.kereta.

Sepanjang aku berkereta sendiri, baru dua kali aku letak barang atas bumbung kereta dan aku dah berazam takkan letak apa-apa lagi.

Kali pertama aku letak bekas air pagi hari bekerja. Aku rasa aku fumbling for keys or something then terus lupa pasal bekas air. Nasib baru berapa meter berjalan aku tersedar. Botol tu pun tak sempat nak jatuh lagi. Tapi kalau jatuh pun aku hanya perlu kena beli botol baru je, no big deal.

Tapi Khamis lepas, it might cost me my job.

Aku pergi letak kertas penting atas bumbung sebab ada sesuatu yang menyucuk pinggang aku dari dalam beg. Rupanya jarum jahit. Biasalah, beg perempuan 3 dimensi. Kemudian ambik kunci, masuk kereta, jalan dan terus ke jalan raya. Cermin sisi aku kerling dan ternampaklah kertas putih berterbangan di udara.. eh macam kenal.

Aku bagi signal dan berenti tepi jalan secara drastik sambil berdoa jangan lah ada yang hilang atau digilis tayar lori yang basah. Nasib menyebelahi aku bila takde kereta kat belakang. Kelihatan sorang Chinese guy tengah pungut kertas aku. Maka terjadilah scene tipikal drama Melayu kami saling pungut kertas yang bertaburan di atas jalan.


Dalam sibuk nak matey pun sempat lagi berdrama kejap.


Dah macam orang Jepun aku berterima kasih tak berenti sambil bongkok badan dan angguk angguk.
Oh ada jugak lelaki melayu datang tolong.
Tolong tengok dan tolong cakap: "Nasib baik takda kereta!"

Terima kasih ya Allah for sending me that Chinese guy and for amazingly clear traffic at that particular time.


Fokus Z, fokus! 

24 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Ini kelakar, tapi tak pernah terjadi lagilah dalam kamus hidup kita.. ;)

    ReplyDelete
  2. haha nasib baik sedar, rasa mcm drama x? aku tak pernah jadi and tak pernah letak brg atas bumbung kereta. tapi pakcik aku pernah bawak bra atas bumbung kereta, tali tersepit dekat pintu kereta so bra jadi bendera hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow Nad.. wow! Aku sgt ingin tahu macamana bra boleh berada kat atas kereta pakcik hang :O

      Delete
    2. aku gelak keras kejong perut baca yang ni..hahaha..!

      Delete
    3. yg ni win Jira, xleh kalahkan yg ni.

      Delete
    4. haha time tu pakcik aku park kereta bawah tempat sangkut bra tu. maybe time dia tutup pintu tersepit tali dia hahaha.

      Delete
  3. Takde scene tukar no telefon? Tukar tukar nama? Why? Why?

    Pernah jadi, tapi sampah jer laaa.. so, belum ade penyesalan yang sebegitu lagi 😄😄😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Um, sbb tak penah habis tgok drama, kehkehkeh

      Ceh apa ke letak sampah atas keta

      Delete
  4. nasib baik...kerja sekarang sukar sikit nak dapat =)

    ReplyDelete
  5. Hahahaha ya tuhan zy.. macam plan2 je ngan pakwe chinese..

    ReplyDelete
  6. Lelaki melayu yg tolong tngok tu takut gf or bini. Hehe.

    Btw beg pmpn mmg mcm poket doraemon.

    ReplyDelete
  7. ALHAMDULILLAH...naseb baek selamat dokumen nye....rietta pernah terletak sarung kaki di atas boot belakang keta...huhuhu...tlpa smpai la half way...tpi dah selamat diterbangkan entah ke mna....

    ReplyDelete
  8. hahah...pengajaran nya..jangan letak jarum dalam beg tangan..

    ReplyDelete
  9. Pengajaran,jangan pakai kete...hahaha.. Tak pun, jangan pakai kete yang berbumbung..so tak bolehla letak barang kat bumbung.. UvU

    Naseb baikla tak jadi apa2 tragedi.. Hiiiissshhh.. Kisah cinta aku taktaula.. XP

    ReplyDelete
  10. Bukan kereta je, moto pun boleh jadi.
    Letak dalam bakul, pecut laju-laju then melayanglah segala khazanah yang ringan.

    ReplyDelete
  11. Takde scene tukar no telefon? Tukar tukar nama? Why? Why?

    Pernah jadi, tapi sampah jer laaa.. so, belum ade penyesalan yang sebegitu lagi 😄😄😄

    ReplyDelete
  12. Haha.. Ingatkan lelaki Melayu tu tolong apa tadi.. XD

    ReplyDelete
  13. wuargh.. zyra.. alhamdulillah 'ala kulli hal.
    mesti rasa syukur sangat kan..hehe

    hehehe, ades, rasa senget kejap sebab tak boleh nak berhenti sengih sebab terkena gula
    adegan jejaka cina malaya jadi hero.. masyaAllah3x.. gula mencair.. wuargh.. #akumeroyandah :P

    ReplyDelete
  14. Pergh!!! Nak laju juga jantung baca. Alhamdulillah nasib masih menyebelahi.

    ReplyDelete
  15. sebenarnya kan,laki melayu tu nak buat drama tolong kutip, tapi sebab pakwe chinese tu datang dulu. Dia terus bengang dengan keadaan hahahaha

    ReplyDelete
  16. Member aku lupa letak parking ticket kat mana,baru 10 minit masuk.Dia kata letak atas kereta.Cari atas kereta tak jumpa.Gelabah la nk keluar cemana.Last kne bayar rm50.Masuk tmpt shopping setengah jam tak beli pape...

    ReplyDelete
  17. ok. tu tanda awal jodoh ko dah nak sampai :D boleh la mula tempah sireh junjung :D

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape