Sehati Sejiwa

Hey guys!

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara tercinta Malaysia yang ke-59 tahun. Yipeee!


Negara dah merdeka dari penjajah, kita entah bila nak bebas merdeka dari hutang piutang, hahaha.. Aku taknak tanya mengenai erti merdeka bagi korang. Aku yakin pembaca blog ni semua dah besar panjang. Dan aku jugak taknak mention betapa 'merdekanya' kita.

Pada suatu malam yang panas, aku ke mall untuk beli kasut jogging (ehem). Puas menjelajah dan meneliti, aku duduk di bangku untuk buat perbandingan. Tiba-tiba terdengar sorakan dan teriakkan yang kuat dari level bawah. Aku kaget, Tsunami kah? Maklumlah, Queensbay Mall memang dekat dengan laut. tapi rupanya pada malam keramat itu, Dato Lee Chong Wei telah mengalahkan musuh tradisinya, Lin Dan. Buat kali terakhir di pentas Olimpik.

Gadis di sebelah aku yang sejak tadi ralit menjilat Baskin Robbins buy 1 free 1 bangun dengan teruja sambil menarik tangan teman lelakinya untuk ke tingkat bawah. Aku juga turut serta meskipun tidak ditarik oleh sesiapa. Dan setibanya di sana, aku rasa sesuatu yang aneh. Something glowing inside me, warm. And I wish it could stay inside me forever.

Di hadapan mata aku orang ramai bertepuk dan bersorak di hadapan sebuah skrin, punching the air, laughing, hugging each others, huge grin pasted on every single face. Mereka gembira bukan sebagai Cina, Melayu, India dan lain-lain. Tapi mereka bersorak dan gembira sebagai satu warga Malaysia. 

I feel proud. 
Bibir aku tersenyum.
Mata aku bergenang. 
Aku pun berlalu pergi ke kedai kasut sebelum aku termenangis kat situ.
Hahah imej kena jaga beb.

Dan aku terfikir, ahli politik selalu melaungkan unity, bersatu-padu, tapi deep down aku rasa mereka bukan peduli. 

Sistem pecah dan perintah. Penah dengar?
Tak pernah? 


Apa sumbangan kita untuk negara selain cukai? 

13 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Sukaan lagi power menyatukan rakyat Malaysia, ahli politik takleh harap sangat ... huhuhu 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah Ojin. Blog Zyra rajin pulak komen. Blog aku singgah pun tidak. Padahal aku dgn Zyra publish waktu yang sama kot. Hahahaah

      Delete
    2. Ojin gender-biased.. eh, blog aku pun dia tak komen..singgah pun tak..huh.. Ojin Zyra-biased..haha..

      Delete
  2. Sukaan lagi power menyatukan rakyat Malaysia, ahli politik takleh harap sangat ... huhuhu 😅

    ReplyDelete
  3. Harap Lee Chong Wei masuk politik lepas bersara nanti huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah Boss pon sama dgn Ojin. Blog Zyra rajin pulak komen. Blog aku singgah pun tidak. Padahal aku dgn Zyra publish waktu yang sama. Hahahaah

      Delete
  4. Sumbangan aku selain cukai2 dan tol(ol):

    Never simply believe in whatever claims made by politicians. Dlm 10 bnda yg dorg ckp blm tentu satu pn betul.

    ReplyDelete
  5. yeah perasaan tu susah nak digambarkan kan? Sukan memang boleh menyatukan rakyat dan dalam masa yg sama juga boleh berlaku sebaliknya. Kemenangan dirai, kekalahan dikongsi, bukan kekalahan dimaki.

    ReplyDelete
  6. Yup.. I feel the same way.. The power of sports.. ^^

    Aku rasa aku takde pape sumbangan.. cukai pun aku tak kena..huhu..

    ReplyDelete
  7. Yes, sukan satukan kita.
    Tapi masih wujud orang yang buat lawak rasis guna meme sukan.
    Dan harapnya, bila habis sukan juga kita akan tetap bersatu, bukan cuma hanya di depan TV je.

    ReplyDelete
  8. sukan menyatukan rakyat malaysia. betul kan?

    ReplyDelete
  9. huhuhu...kitorg kt cni pown riuh rendah masa tu...so happy....eehh QB...hehehe...bru lpak sana merdeka hr tu....

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape