Miracles Happen

Hey guys!

Aku rasa aku lebih baik diam dan count my blessings instead of ranting tentang ketidakcukupan dalam hidup.

Minggu lepas aku sibuk macam first lady. Banyak betul deadline nak kena kejar. Dalam pada celah kesibukan tu, memerlukan pulak untuk aku selesaikan satu kes terpencil. Terpencil tapi penting. Aku perlu sampai ke satu destinasi tu dalam masa kurang dari setengah jam. Kurang dari setengah jam, pada waktu puncak, di.. Penang Darul Traffic Jam? Satu keajaiban jika itu berlaku. Sebelum mulakan perjalanan, aku berdoa dalam hati "Ya Allah kau permudahakanlah urusan duniawi ku ini".

Dan keajaiban memang berlaku. 
Aku sampai seminit awal. 
Tetiba hati rasa sebak.
Sungguh Allah sentiasa ada. Manusia je yang kadang berlagak taknak meminta.

Dalam minggu yang sama. Ditakdirkan aku terlupa bawak purse ke ofis. Entah berapa ekor semut yang aku telan sampai lupa nak masukkan purse dalam beg lepas guna malam sebelumnya. Nak beli sarapan baru aku sedar. Mujur belum ambik lagi makanan. Aku pun berlalu ke ofis dengan perut yang berdendang lagu akustik. Sampai di ofis diam diam aku korek beg, jumpa syiling berjumlah RM1.70. 

Jadi aku merancang-rancang apa yang boleh dibeli dengan RM1.70. Perut memprotes inginkan nasik. Nasik lemak mungkin dapat. Perut memprotes lagi nak nasik berlauk, esok! Hahahaha. Aku termenung di depan skrin komputer sambil tangan mengorek-ngorek perut beg. Tetiba tangan aku terasa seperti menyentuh kertas bertekstur duit. Dan alangkah bahagianya bila mendapati ia merupakan note RM20. yang terselit di celah poket beg.

Aku harap jumpa RM1 je, tapi RM20 Dia bagi.

Terus aku tersedar dari lamunan yang panjang. Selama ni aku mencari/meminta sesuatu yang 'besar'. Tanpa aku sedar sesuatu yang 'kecil' yang sentiasa berlaku di sekeliling. Z, please counting your blessings instead of your problems.


Maka, nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang sedang engkau dustakan wahai Z? 

21 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. betul tu.pernah gak tertingal wallet
    nsb duit merata.'dlm porch bag @ sling bag' kdg2 20, rm5, rm 10

    syukur alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Betul2.. ^^ Kita akan lebih happy bila lebih menghargai.. UvU


    Aku, jumpa duit tak heran, aku memang jenis suka letak duit merata-rata.. =_='''''''''

    ReplyDelete
  3. Kannn, kita mintak sikit dia bagi banyak.

    Kita yang kurang meminta 😊

    ReplyDelete
  4. Dia takkan biarkan doa kita dibalas kosong :)

    ReplyDelete
  5. Kita yang selalu sombong tak nak meminta pada-Nya. Allahu...moga sentiasa beringat...Amiin..

    ReplyDelete
  6. Very inspiring.. Kita selalu lupa Allah, tapi Allah selalu ingat kita :')
    Thanks for this entry..

    ReplyDelete
  7. huhuhu...tacingkan....btul, kdg kdg kita leka dan alpa...

    ReplyDelete
  8. Syukur alhamdulillah kau dah sedar

    ReplyDelete
  9. Touching ah Zygha.. Terima kasih atas peringatan yang bagus ini. Kadang kita tak perasan. Padahal dengan ihsan Dia gak kita still bernafas ni pun.

    Semoga kerap jumpa duit 20 celah beg..

    ReplyDelete
  10. yeahh. setuju. count every blessing. dalam hidup ni bila kita yakin dengan Allah, semuanya akan berjalan lancar inshaAllah.

    ReplyDelete
  11. betul tu sis .. suka baca tulisan sis. sangat berbakat.
    followeed here kalau sudi follo kita balik!
    keep in touch sis <3

    ReplyDelete
  12. Kannnnnn... I pun kadang-kadang mengalami keadaan ni... Rasa syukurnya lahai ..
    Take care Z..

    xoxo.

    ReplyDelete
  13. Aww~~~ Saya suka cerita macam ni.. Benda-benda kecil yang indah.

    ReplyDelete
  14. Nice one, Alhamdulillah.. Little blessings that we lost count of :3

    ReplyDelete
  15. Dia sentiasa ada bersama kita kan.. :')

    ReplyDelete
  16. buat mata aku berair je pepagi buta ni. thanks jira

    ReplyDelete
  17. tetiba air mata bergenang pula baca entri ni. Ye lah, kekadang kita 'mengamuk' sebab Dia tak beri apa kita mahu. Tapi Dia bagi kita apa kita perlu. :')

    ReplyDelete
  18. Betul sangat.
    Kita selalu merungut benda yang kita tak ada daripada bersyukur dengan apa yang kita ada.
    Merungut sebelum berusaha daripada bersyukur dengan apa yang sudah kita usahakan.
    Semoga cerita Zyra ni menjadi peringatan untuk semua.
    Sekian.

    ReplyDelete
  19. memang banyak blessing yg kita tak sedar.
    dulu BV pernah masa study, duit utk mkn cukup2 je.
    pastu terjumpa duit rm100 hasil selitan diri sendiri dalam wallet. XD
    kalau masa banyak duit kena main selit2 kat mana2 celah beg. lama2 mesti lupa.
    dan bila perlu, inshaALLAH, muncullah duit tu XD

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape