Bukan Manusia Kopi

Hey guys!

Semalam aku terbeli kopi kegemaran para hipster.

Ini pertama kali aku hirup kopi mahal.
Banyak betul ekpektasi aku sewaktu membaca bismillah.
Dengan harga begitu, aku sangka akan rasa sedikit syurga.
Tapi hampa. 

disklemer: dia ni pakai inner ketat warna putih. 
maka selamat untuk ditonton oleh anak-anak di bawah umur 18 tahun.


Rasanya sama seperti kopi kebanyakkannya dengan harga jauh lebih murah.
Entah,  mungkin deria rasa aku ni tak berapa artistik dalam menilai seni.
Atau aku mungkin bukan manusia kopi.

Kopi mungkin dapat buat sesorang menjadi bertenaga.
Tapi untuk aku,  kopi hanya melemahkan. Aku jadi lemau seharian.
Itulah, apa yang baik untuk orang lain, belum tentu baik untuk kita #deep

Kalau makan di luar, aku selalu menimbal-balik dua perkara:
Makanan sedap atau minuman sedap.
Sebagai seorang gadis yang mempunyai lapan nafsu makan, pilihan aku mestilah yang pertama.
Aku tak kisah dengan minuman, air putih kosong pun dah memadai.
Minuman sekadar untuk menolak makanan/hilangkan pedas, bukan untuk dinikmati, hahaha.
Tapi bab makan, perlu extravaganza.

Ternyata tindakan aku selama ini membeli makanan instead of over-priced beverages adalah tepat dan munasabah.

Food for life 

18 comments:

Sebagai bukti lu seorang manusia, sila beri respon. beep.

  1. Starbucks terlampau manis bagi aku. Sebagai ex-coffee addict, I can vouch that Starbucks is overrated.

    Makanan sedap > Minuman sedap

    ReplyDelete
  2. Kopi bukan feveret tapi saya tak kisah minum kopi. Cuma tak suka beli kopi2 hipstur sebab mahal huhu

    ReplyDelete
  3. Saya peminat kopi,
    Tak kisah stabik atau kopi apa pun. Mungkin zyra tak order kopi yg sedap agaknya. Maklumlah kat stabik ada banyak jenis minuman kopi. saya suka Asian Dolce Latte, Dark Mocha dan Caramel Macchiatto saja. Iced. BUkan Frap. (Benci Frap sebab manis)

    Tapi kan ..
    sebenarnya Black Canyon Signature coffee sedap lah. Mintak extra kopi yang tabur atas dia tu. Boleh buat terkenang-kenang rasa dia. eheks~ Jangan lupa cuba!

    Take care.

    ReplyDelete
  4. saya kalau minum kopi,,lps tu heart rate increase,jadi tak tenang je ..

    ReplyDelete
  5. Saya x pernah minum kopi stabak, tapi saya adalah penggemar kopi fresh brewed tak berapa fancy ngan kopi dalam botol. Majulah kopi unyuk sayaaaaaa.. koh koh koh koh.. lenkali belanja saya kopi ya... koh koh koh

    ReplyDelete
  6. Saya x pernah minum kopi stabak, tapi saya adalah penggemar kopi fresh brewed tak berapa fancy ngan kopi dalam botol. Majulah kopi unyuk sayaaaaaa.. koh koh koh koh.. lenkali belanja saya kopi ya... koh koh koh

    ReplyDelete
  7. Nak try minum tapi rata2 kata tak sedap..
    Tak berani la pula..

    ReplyDelete
  8. rietta pown xmnat kopi....xleh ngn kafein, sakit kepala....tpi kopi es sedap....walau dalam hujan....

    ReplyDelete
  9. kopi cap raga lagi sedap daripada kopi stabakkkkk

    ReplyDelete
  10. mungkin juga kau ni seorang yang alah pada kopi. humm

    ReplyDelete
  11. Sekali sekala bolehlah cuba kopi memahal ni. Tapi lepas cuba, pokai jadinya. Ahah!

    ReplyDelete
  12. ko betul. aku setuju sangat-sangat-sangat-sangat.
    rugi la ko nak acah2 jadi hipster. melayang duit.
    kahhhh

    ReplyDelete
  13. Selaku peminum kopi yang setia, tak ada kopi, tidak kira yang mahal, hipster, atau rare, yang lagi sedap dari kopi-o hitam pekat hasil proses nenek sendiri.

    ReplyDelete
  14. yee kopi itu popular hanya sebab branding. sedap lagi kopi tepi jalan. atau mungkin tekak aku kg. hahaha

    ReplyDelete
  15. aku manusia kopi tapi aku tak cakap bahasa manusia kopi elit (orang berada)
    kopi paling sedap, kopi hasil tangan mak aku...pergggghhh..

    aku pun value good food, then good drinks..XP

    ReplyDelete
  16. frappuccino je yg best. yg lain biasa je. starbucks ni ok jer cuma mahal. so, lebih baik minum kopi kapal api je la.

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape