Panggilan Untuk Lelaki Tidak Dikenali

Hey guys!

Aku cukup tak suka nak menyapa seseorang lelaki yang tidak dikenali.

Nak panggil abang, takut lelaki tu get the wrong idea.
Aku pernah kerja sebagai pembantu mini market lepas habis SPM dulu. B
Bos Cina aku memang suruh sapa semua lelaki sebagai abang, walau lelaki tu berkedut seribu.
Seorang auntie India pembantu kedai telah menyapa sorang customer sebagai 'pak cik'.
Pada aku, diorang nampak macam sebaya.
Teruk jugak lah auntie tu kena marah dengan bos kedai.
Auntie tu bela diri dengan mengatakan panggilan 'abang' akan buatkan lelaki jadi gatal.
Alhamdulillah aku tak pernah berada di situasi di mana aku kena acknowledge customer lelaki sepanjang kerja kat situ.




Nak panggil pak cik, nanti kecik pulak hati.
Waktu aku naik sebuah bas ekspress beberapa tahun lepas, ada sorang perempuan ni yang aku kira seorang penuntut IPT.
Dia meminta pemandu bas berhenti di satu kawasan.
Pemandu yang berhemah tu pun akur dan berhenti, pintu bas pun terkuak.
Perempuan tadi berlalu turun sambil mengucapakan 'terima kasih, pak cik'.
Muka pemandu bas tu yang pada tanggapan aku dalam lingkungan 30an terus jadi kelat.

Nak panggil adik? Ego lelaki boleh retak seribu.
Aku penah sekali bergurau dengan seorang kenalan lelaki yang baru dikenali dalam satu program universiti.
Selesai sesi suai kenal, kami beramah mesra.
Disebabkan dia muda setahun dari aku, sengaja aku panggil dia 'adik'.
Dia tersenyum satu macam sambil berkata; 'Hahah.. panggilah lah adik, nanti 'adik bangun' tak tahu..'
Dan aku diam seribu bahasa sepanjang program.

Jadi bagaimana?
Sebagai jalan penyelesaian bilamana keadaan memaksa, aku akan bahasakan orang tu sebagai 'encik'.
Lantaklah korang ingat aku skema ayam ke, formal ke, sombong ke apa janji aku selesa.
Panggilan 'encik' universal.
Tak timbul masalah kalau lelaki tu tua, muda, miskin, kaya, duda.

'Encik, nanti tolong berhenti lepas simpang depan tu ea'
'Encik, tumpang tanya, jabatan perundangan di tingkat berapakah?'

Aku cukup susah nak panggil orang abang.
Pergilah tanya bekas-bekas boyfriends aku dulu mana ada penah aku panggil diorang abang.
Aku hanya guna abang untuk abang-abang kandung darah daging sendiri.
Dan semestinya panggilan 'abang' di reserve untuk suami aku nanti.
*batuk berdarah*


Hai encik! 

17 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. haha sama aku pun guna encik to be safe.
    kenapa eh lelaki yg muda setahun dua ni rasa offensive kita panggil dia adik? kalau perempuan suka jeee. aku igt aku je encounter prob bila ckp kt laki 'kau mcm adik aku je' and dia mcm x gemar hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. The same reason bila kitaorng tak suka perempuan yang lagi tinggi..hahaahahaha..

      Delete
  2. kihkihkih....hai encik.....encik lebih senang dan lebih formal...

    ReplyDelete
  3. hmm.. xperasan pulak aku apa kriteria yg aku pakai untuk bahasakan lelaki-lelaki disekeliling aku. Klau kt tempat keje, budak department aku yg dah kawen je aku pggil abang. Yang belum kawen panggil nama. Kat site encik. Klau rapat tapi dia lg tua, pangkat lagi tinggi, panggil boss. Orang yg bahasakan diri ngn aku Abang, aku paggil abang. Setakat ni xpanggil lagi sape2 adik. Muda sikit dari aku semua beraku engkau. Itu klau cakap ruang lingkup kerja la. Klau pegi pejabat kerajaan confirm encik. Klau strangers memang panggil abang ngan pakcik tapi aku sendiri pun x pasti cane aku tentukan panggilan mana yang aku pakai.


    Pergh berjela

    ReplyDelete
  4. Panggilan untuk orang tak dikenali...hmmmmm...setakat ni macam aku avoid jek memanggil lelaki stranger dan tak pernah lagi berada dalam keadaan perlu address or berurusan dengan lelaki tak dikenali..

    Tapi Inchikla senang.. tapi kalau kat pasar malam or nak berjual beli kat mana2, asal nampak muda jek, aku tibai adik..lantakla..

    mujorla masa bercinta dulu tak pernah plak kena panggil abang.. =_=

    ReplyDelete
  5. paham sgt ni....taw takpe...jadi takyah pggl la boleh tak

    ReplyDelete
  6. salam,kita pernah terpanggil sorang lelaki ni,masa tu kerja dkt satu kedai,lelaki ni datang situ mengajar ,tumpang mengajar dekat sana. terpanggil pakcik,muka terus kelat. silap saya juga rasanya,macam tak berbudi bahasa pula. gil huhu.. patutnya panggil cikgu pun da boleh..lelaki pun ada yg sesetengah sensitif sikit bab panggilan macam ni..

    sama la kita sis,susah nak panggil orang abang. huhuh... abang sendiri pun panggil sekadar gelaran,along ke angah...

    ReplyDelete
  7. If it were me I would try to make sentences without mentioning any names but there are times where you need to properly address the guys so at that time I used encik even though it sounds too formal because just like you 'abang' is reserved for bakal imam lol

    ReplyDelete
  8. Samalah! I oftenly called boys especially man as encikk instead of abang T-T

    ReplyDelete
  9. Kalau saya..... Encik lagi selesa... Hehehehehe

    ReplyDelete
  10. Aiyokkk adik bangun. Kahkah

    ReplyDelete
  11. Aku panggil 'Encik'
    Senang takyah nak fikir dah haaa..
    Hehe.

    ReplyDelete
  12. Panggil saya abang, sebab saya dah tua. Eh, nak panggil pakcik pun takpe. Wkwkwkwkw

    ReplyDelete
  13. lagi satu gelaran yg bermasalah: 'awak'.
    Bila guna ni, terasa macam gedik. Macam drama. Ke saya je rasa begitu?

    Oh, ya, dulu zaman saya muda tak tahu apa-apa, saya pernah je guna 'abang'. Menyesal. Jadi bahan umpatan orang cuma sebab tu.

    ReplyDelete
  14. Ikutkan usia sekarang, siapa yang sebaya atau lebih tua akan dipanggil abang.
    Lelaki yang nampak lebih muda sangat akan dipanggil 'aku-kau', 'saya-awak' kalau lebih rasmi.
    Budak kecik bawah umur 12 akan panggil adik, tapi budak lagi kecik tak sekolah lagi akan panggil abang.

    Untuk perempuan pula, yang sebaya atau nampak lebih tua akan panggil akak.
    Even makcik pun panggil kakak je. Yang nampak macam nenek-nenek baru panggil makcik.
    Yang nampak lebih muda akan panggil cik.
    Budak sekolah akan panggil awak, tapi budak sekolah rendah ke bawah akan panggil kakak.

    Basically, just panggil ikut keadaan je hehehehe

    ReplyDelete
  15. pada aku sesuai la tu bahasakn encik kalau perempuan nak cakap dgn lelaki. Tapi, kalau kat pasar malam nampak formal sgt kot.. Macam lebih sesuai panggil abg je...

    Kalau perempuan sebaya atau beza lebih sikit aku panggil sis je. Kalau nampak tua sikit akak. Nampak baya2 mak aku, aku panggil mak cik. Ikut keadaan je sebenarnya..

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape