Kehebatan Ayah

Harini, 14 September pukul 7.45 pagi aku memandu pulang ke Penang.

Memandu dengan hati yang retak dan perasaan yang berkecamuk.
Aku terluka. Sekali lagi. Harapnya yang terakhir.
Lantas aku teringatkan ayah.
Ayah, satu-satunya lelaki di dunia yang mengasihi anak perempuannya tanpa sebarang syarat.

Bagaikan terhubung-kait, aku melintasi tanah perkuburan para syuhada yang terkorban dalam kebakaran asrama puteri Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya. Lantas aku teringatkan cerita tentang ayah yang diceritakan kepada aku oleh abang dan kakak..

***

Tahun 1989.
Pagi itu hampir seluruh negeri Kedah digemparkan dengan tragedi kebakaran asrama puteri Pondok Pak Ya. Hebahan diumumkan di corang radio RTM meminta para waris segera ke kawasan asrama. 

Sekembalinya ayah dari sawah, emak menghampiri ayah yang sedang duduk di atas anak tangga rumah. "Asrama sekolah Yati terbakaq, pi la tengok.." kata emak perlahan. Yati kakak aku nombor empat, merupakan salah seorang penghuni asrama puteri yang hangus dijilat api.

Tanpa berlengeh dan melepas lelah penat di sawah, ayah segera bermotosikal ke rumah Pak Tam di sebelah. Diajaknya Pak Tam yang berkereta ke kawasan asrama. Pak Tam yang masih mamai-mamai baru bangun tidur hanya diam tanpa jawapan.

Melihat Pak Tam yang tidak memberikan respon, ayah nekad bermotosikal ke kawasan asrama. Seketika kemudian ayah kembali ke rumah dengan berlumuran darah. Ayah terjatuh motor di persimpangan jalan. Emak kaget. Manakan dengan nasib anak yang belum diketahui, suami pula ditimpa kemalangan. Seketika kemudian muncul Pak Tam. "Aku tak cakap apa lagi, aku tak cakap pun tak mau pi!" kata Pak Tam menggeleng melihat keadaan ayah.

"Jom pi klinik" kata Pak Tam kepada ayah sebaik ayah memasuki keretanya. Ayah menggeleng, "asrama Yati" kata ayah tanpa menghiraukan keadaanya. Pak Tam memandu. Cuba jugak dia mengajak ayah supaya mendapatkan rawatan terlebih dahulu semasa perjalanan. Tetapi ayah tetap berkeras dengan keputusannya.

Tiba di perkarangan asrama, ayah terus hilang dalam lautan manusia tanpa sempat ditahan oleh Pak Tam. Ayah tercengang-cegang, matanya meliar mencari satu susuk tubuh anak perempuanya. Pak Tam yang lebih tenang dan rasional menuju ke papan kenyataan yang tertulis nama-nama pelajar yang terkorban. Pak Tam terserempak dengan Pak Teh yang lebih awal tiba di lokasi.

Ayah kembali ke perkarangan asrama bertemu Pak Tam dan Pak Teh. Sesusuk tubuh kecil muncul dari belakang Pak Teh. Yati, anak ayah. Melihat anak yang dikasihi selamat, ayah jatuh rebah. Baru ayah terasa sakit di badan sendiri akibat kemalangan tadi. Ayah dan Yati dibawa pulang. Kali ini, ayah bersetuju untuk mendapatkan rawatan.

Syukur kakak aku bukan salah seorang dari 27 orang pelajar yang terkorban.

***

Tanah perkuburan tersebut telah lama aku lewati dan tanpa sedar aku telah pun berada di atas lebuhraya.
Tak banyak kenangan aku bersama ayah.
Kadang aku rasa cemburu apabila mendengar cerita-cerita tentang ayah dari abang dan kakak.

Hanya 10 tahun ayah dipinjamkan kepada aku.
Ayah yang memujuk setiap rajuk dan duka.
Ayah yang mengejutkan aku dari tidur dengan mengusap wajahku.
Ayah yang hanya ketawa dengan setiap marahku.
Ayah yang sabar dengan setiap kenakalanku.

Ayah..

Bersama titis air mata rindu datangnya semangat.
Semangat untuk terus ke depan.
Satu hari nanti inshaAllah, akan ku temui lelaki yang dapat menerima aku.
Dan hebat seperti ayah.

18 comments:

I know you got something in mind, c'mon spill it out!

  1. Semoga roh ayah tenang di sana..
    Cantek gaya penulisan Zyra..

    ReplyDelete
  2. :( no one can replace our dad, no one. Aku takut nak mengharap dapat laki mcm ayah sebab aku takut aku akan kecewa. keep praying and be strong zyra. semoga arwah ditempatkan di golongan orang yg beriman kerana sangat menyayangi anak-anak.inshaAllah jumpa di sana, selamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak harap banyak. Suku pun jadilah.
      Thanks, aminn.

      Delete
  3. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  4. al fatiha semoga ayah akak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah untuk ayah Zyra..

    Aku nak tanya banyak pun aku taktau pokok pangkal citer tapi aku harap hang bertabah..

    Btw, kat kampung aku, ada satu sekolah pondok, nama Pondok Pakya jugak.. saja nak cakap.. ^^

    ReplyDelete
  6. Kasih sorang ayah kepada anaknya tak berbelah bagi. Dahulukan anak sebelum dirinya sendiri. Semoga dia tenang di sana.

    ReplyDelete
  7. kau buat aku menangis malam2 buta ni
    kalaulah kau tahu pulak hubungan aku dengan bapak aku macam mana
    mesti kau akan kata aku bodoh ...

    ReplyDelete
  8. Penulisan yang sampai ke hati. Sedar-sedar je mata dah berair. Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

    ReplyDelete
  9. Dah macam drama cerita kau. Mujurlah akak kau selamat.
    Semoga arwah ayah kau dirahmati dan ditempatkan bersama orang yg beriman.

    ReplyDelete
  10. Emosi aku baca entry ko ni Zyra. Memanglah kasih sayang ayah tu tak terbalas dek budi. Al-fatihah aku kirimkan untuk ayah ko Zyra. Ingat-ingatlah dia selalu.

    ReplyDelete
  11. Semoga arwah ayah Zyra ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
    Al-Fatihah.
    Samalah kita dah takde Abah lagi.

    ReplyDelete
  12. Mesej yang nak disampaikan, diterima.

    Lelaki ni, Zyra, bila dia decide untuk menjaga seseorang, tak kira apa pun dia tak akan senang berubah fikiran, apatah lagi jika dia adalah seorang ayah dan yang nak dijaga itu adalah anaknya sendiri.

    Good luck!

    ReplyDelete
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape